Pages

Monday, July 27, 2009

VIRUS

Komputer aku (asal hak milik anakku) kata anakku yang lagi satu dah kena virus. Kalau aku yang kena demam virus boleh la aku cerita bagaimana uncomfortablenya diri ini dengan tak de selera makan nya tapi dalam tak sihat ada kebaikannya pula bila perut kempis sikit dan kolar bone pun timbul sikit. Tak payah aku nak turun naik bukit (exercise)lepas tu ada orang minta belas kasihan nak pinjam sepuluh hinggit mengapa tak minta seratus ke sribu dengan senang hati aku kata 'Takdak!', ini sepuluh ,kan susah dan impossible nak kata tak ada!

Komputer aku yang kena virus aku yang sakit !Sakit hati sebab lembab dan kadang2 susah nak masuk facebook atau nak buka e mail..kata anak aku yg konon katanya dia terrer tu ,alamat e mail aku orang da spam habis2an kadang2 aku pun keliru tiap kali nak masuk banyak sangat soal security questions sampai aku pun fedup, bukannya aku ingat sangat apa yang aku tulis naseb baik le ada satu kali tu jawapannya tepat bila dia tanya nama pet aku..of courselah aku tak boleh lupa nama kuching aku si Pushie tu..jadi boleh la aku buka e mail aku tu.

Hari tu pun jadi lagi kes gila babi bila aku tak boleh nak upload gambar dari kamera digi aku..ada lak dia tulis apatah dekat skrin tu dah lupa kemudian gambar hilang..kata anakku yang kononnya terrer tu ,ini semua pasal anakku yang lagi satu suka pakai pendrive .Katanya pen drive le yang paling banyak bawa penyakit komputer . Bukannya sorang kawan dia tapi berdua campur dia yang ada pen drive tiga orang sekali gus dok ngadap komputer ni download lagu ke apa tah. Marah2le anakku yang kononnya terrer tu pada adik dia ,aku pun macam nak tumpang marah je dengan anakku yang ini . Tapi jarang yang berkesan ...agaknya kalau aku marah ,setakat mana sangat gred nya...weak ,good , best,excellent.

Sebab aku ni jenis ibu yang kuat marah tapi anak2 tak de rasa gerun pun jadi satu hari tu aku nekad betul nak lepaskan marah aku dengan sempurna...dah le malam tu dia susahkan abang dan abahnya drove dari BB ke The Times nak jemput dia dan dia ngan kawan dia ,sedap2 dah sampai BB naik bas..Esuk tu tanpa minta maaf dia ikut pula kawan2 dia yang nak pulang ke KL , bila aku tegur katanya dia pegi hantar dan akn pulang terus....bagi juga cun2 30 ringgit ,duit tambang ,bayar hutang dan minum (dengan harapan dia tak melepak dan merayap jauh2).

Dalam duk tunggu dia pulang (maklumlah risaukan H1N1 ,lagi) ,dia boleh talipon abngnya dia singgah Klang. Apalagi aku pun macam nak marah balik ,tapi no point marah depan dia sebb aku tahu sangat gred kemarahan aku pada anak2 aku so aku nekad kali ni kalau dia tak dapat bas di Kuala Selangor jangan harap aku nak suruh abngnya gi ambil.

Malam tu di Kuala Selangor dia talipon dan naseb baik aku yang angkat maka sempurnalah Kemarahan aku. Esuk pagi dia sampai sambil bagi tahu dia kena migrane- alasan tak dapat t idur dalam masjid sebab banyak nyamuk...lepas sarapan bihup sup dia terus naik atas dan sambung tidur sampai petang.....aku suruh dia fikir satu je...kalau dia pandai keluar nak enjoy, kami pun ingin juga ...kenapa dia pergi enjoy sorang2 tak bagi tahu orang dekat rumah kemudian bila susah baru nak talipon. Alasannya tak tahu jadual bas aku tak boleh terima sebab dia boleh tanya ankku yang terrer pasal BB ni....sebagai anak aku harap dia paham kenapa ibunya tiba2 je boleh dapat virus kejam ni!

Wednesday, July 22, 2009

KERA

Oh ya, tak berapa ok hari ni, berhingus sikit sebb lebih makan sotong semalam/atau mungkin terlebih hidu habuk ,bermakna supplements yang aku dok telan dalam sebulan ni belum memberi daya tahan yang optimum bagi sarung dan isi badan yg berusia hampir separuh abad ini , tetapi aku kira masih ok jika di bandingkan tanpanya.

Ada dua cerita lagi yang aku nak tulis dalam satu posting , pasal ketidak perihatinan anak aku dan perangai buruk kera.

Aku tak percaya cakap2 yang aku dengar dari mulut orang2 tu yang kononnya kita kena buat baik dengan kera2 ni sebb nanti dia pandai berdendam dan tunjuk perasaan.Apa ? Buat baik di balas baik kononnya. Aku tak nafikan sifat dia ada sedikit sahaja persamaan dengan kita jadi mudah sangat nak buat andaian.

Mereka pun pandai 'auta' (berlakon) macam kita.Juga pandai bak kata ahli politik , 'main gemparq ' dan pandai tenguk gender atau sexist.Kekuatan fizikal penting untuk naik dan lantik diri sendiri jadi ketua.Kat sinilah mungkin timbul makhluk inteligent yang bergelar manusia panggil sebagai 'hukum rimba', tak de pakai undi... berhukum juga ye kera2 ni.

Cuma satu je yang aku belum tenguk untuk kepastian samaada kera2 ni pandai dak berkomplot dan berkonspirasi. Yang aku tahu mereka macam ada satu law ,yang muda kena takut pada yang tua. Sebb aku tenguk mereka suka tunjuk taring .Lagi panjang dan besar taring tu lagi kecut le saingannya .Kat aku pun dia nak tunjuk taring,mentang2lah taring gigi aku pendek... tak payah le nak nguap2 depan aku , show off pulak.

Semalam aku sakit hati sangat denagn kera2 ni ,habis pokok heleconia (daun macm pokok pisang) yang aku tanam dia cabut untuk kunyah bahagian bawahnya yang lembut.Yang kera putus ekor tu tunjuk samseng ngan aku..dia siap lompat dan 'jerkah' (guna daya imiginasi)kat aku. Bila aku buat 'cool' tanpa reaksi tergempar dia pun buat bodo dan berlalu...tau tak dalam banyak2 pokok dalam taman aku cuma pokok cabai je yang merimbum daun dan buahnya?

Sebab aku bukan kera so aku pun bertindak dengan memesin cili padi dan simbah atas pokok2 yg aku sayang tu dan tindakan ku berbaloi kerana memang kera, tak tahan pedas!Lain kali aku nak simbah air belacan pula sebb aku tahu kera tak suka bahu busuk!Aku declare perang saraf dengan kera2 ni walaupun yang salahnya ialah spesis aku kerana hutan tempat kera tinggal dah semakin pupus jadi taman perumahan.Sebab tu aku tak marah pada kera macam aku marah anak aku ni.

Petang semalam dia call kata semua students kena balik sebb ada kes H1N1 di Maktab Tentera, dia suruh ambil. Bayangkan perbezaan mentality yang terlalu ketara tahapnya...yang satu boleh berkata2 dan mengarah dan yang lagi satu hanya boleh paham dengan perbuatan...seperti tunjuk taring!The rest of the story malas nak cerita di sini......

Thursday, July 16, 2009

Sebab Di sebalik Sebab

Hari ni sebagai yg aku duga tapai yang aku buat untuk kali kedua tak jadi. Pulut yang sama (dari separuh yang terdahulu). Ragi pula nampak sama bentuk dan ok.

Apa yang aku tahu dua perkara WAJIB untuk buat tapai:

Pertama: Pulut atau bahan yang di tanak kena BETUL2 SEJUK.

Kedua: Ragi mesti eluk/kering ,tidak masuk angin atau terjejas .

Hari pertama buat, aku masak pulut dan keesukannya baru aku tabur ragi ,bermakna pulut ku benar2 sejuk. Dan aku masukkan dalam bekas plastik.

Pada kali kedua, aku masak tengahari dan petang itu juga aku tabur ragi. Namun aku pasti pulutku sudah benar2 sejuk ketika aku tabur ragi dan aku pasti ragi tidak masuk angin. Cuma satu saja yang aku baru cuba di sini...aku masukkan pulut dalam bekas corning ware yang bertutup kaca berat....aku terfikir apakah cukup udara untuk ragi ku hidup(kerana sejenis hidupan).Paada esuk paginya aku tak nampak ada tindak balas jadi aku keluarkan dan masuk kedalam bekas plastik yang bertutup ringan dan hari ini..ada tindak balas seperti bahu masam ragi..bila cuba rasanya juga MASAM!

Aku nak relate dengan cerita insurance here

Tak sangka lepas dia antar sms lepas dia talipon , suami tak juga renew premium ,tiba2 semalam dkat nak maghrib dia(tukang jual premium) dengan 2 orang lagi muncul dalm rumah dengan suami. Terkejut juga sebab suami tak bagi tahu apa2.

Dalam hati aku berdoa suami tak ambil premium tu, sejak dulu lagi kami memang berbeda kepala. Bukan tak suka suami invest untuk kemudahan jika mala petaka berlaku but please survey dulu mana yang lebih berfaedah..bukan itu saja Syarikat Insuran yang ada lagipun aku dah tak percaya dengan syarikat Amerika ni.

Maaf aku perempuan tak tahu apa yang ada dalm fikiran orang laki-laki. Otak kami kecil. Tanggung jawab sungguh berbeza.

Tetapi kalau di tanya perlukah seorang anak yang sudah berumur dua puluh tahun keatas menjadi tanggung jawab kamu jika berlaku apa2 kemalangan ? Aku jawab TIDAK! Dan jangan buat aku menyesal dengan jawapan aku sendiri.

Wednesday, July 15, 2009

TAPAI

For those who love doing business ,i guess this is a good link to observe http://www.ozsmallbiz.net/

Suami aku suka makan tapai. Aku pun suka makan tapai rupa2nya anak aku si Amat dan Alan pun suka. Kami semua muka tapai.

Minggu lepas suami beli tapai ubi bawa balik ke rumah sambil bebel-bebel tapai mahal. Lepas tu dia suruh anak tenguk int cari resepi sambil bebel-bebel (macam tajuk filem pulak) yg harap aku sure tak buat2 tapai. Lepas tu dia beli ragi kering sebanyak 6 ketul yg aku perlu hanya seketul untuk sekilo pulut.

Hari ni tapai dah siap di makan- manis 'melecas' orang utara kata tapi orang selatan tak pernah dengar word tu .Belum lagi cakap pasal masin/masam/pahit 'berdengung!'

Sebenarnya tapai amat mudah di buat tetapi jadi mahal sebab mungkin harga ubi kayu dan pulut dah mahal dan tak lupa bekas isi tapai .Kalau jual ikut kos mana nak untung wahai si suami.Sekarang boleh makan puas-puas....sampai muak!

Monday, July 13, 2009

FavIcon




Hari ni cuba favicon gunakan gambar pushie tapi entah tak keluar2 pun gambar icon tu...aku cuma paham sekerat je cara nak apply tapi bila dia suruh apply before and after and tag aku dah tak jumpa apa yang arahan tu maksudkan..so aku main hentam keromo ..masa dia suruh check macam betul je sebab dia bubuh mark betul semua bukan pangkah.Tapi muka pushie tak kuar pung dekat address blog aku ......aku pun rasa macam tak betul je....

Semalam aku ngan suami gi jumpa anak ku Khaliq kat Low Yat Plaza .Teruk betul budak tu , minggu lepas dia call abahnya kata minggu ni boleh balik rumah overnight. So aku ingat boleh le relaxkat rumah minggu ni. Malam Jumaat siap gi pasar malam dengan abngnya si Amat nak cari ayam sembelih tahu dia suka sanagt makan ayam.

Hari Sabtu ,Alan dengan Qayum pula nak balik,cantiklah boleh berkumpul ramai2.Dah petang pun dia belum call ,aku dah syak yang dia tak jadi balik.Tiba2 petang tu pula ada kelibat tentera dua orang masuk kawasan rumah menuju betul2 ke depan pintu tempat aku tengah tercangak2 berdiri. Udah lah mata aku blur tak nampak muka dengan jelas ,hati aku risau yang datang tu warrant officer anak aku. Telipon suami katanya memang ada tentera nak tumpang buat khemah dan pacak tiang pemancar apa tah. Mereka kena buat operasi apatah dekat Bukit Badong tapi Bukit Badong dah kena kikis sampai rata ,tinggallah sejemput bukit yang jadi tapak rumah ni .Nasib lak suami memang manager Bukit Badong Estate.Kalau ikut kan alamat rumah ni ialah kg sungai darah ,sebab belakang tu memang ada sungai. Mungkin kawasan ni dulu bekas zon peperangan jadi sungai tu penuh dengan darah merahke atau cuma tanah merah ke aku pun kurang arif. Yang aku nampak rumah2 kampung dah ghaib di ganti dengan taman perumahan.

Kalau ada orang datang ke rumah aku dua tiga hari ni sure nampak khemah tentera yang comel dengan bauaian tidur dan mejabewarna hijau di bwah sebatang pokok jering depan laman rumah aku ni . COMEL betul! Nak suruh suami tangkap gambar mereka lah dengan izin .Yang bestnya mereka ada bagi kami sekampit makanan tentera yang berupa paket bubur nasi ,biskut kering,jem nenas ,gula ,kopi, teh dan sekotah mancis api...belakangnya tertera Makanan Kerajaan Malaysia.Anak ku Amat bedal buburnya kata manis dan sedap, aku pula dok kunyah biskut nya yang tebal dan masuk hangin,makan dengan chesse, sekeping dah belahak....terkenang masa kecik2 dulu bila bapa bawa balik Makanan Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu yang tak abis.Sedapp!

Berbalik pasal kisah anak ku yang kat RMC tu ,dahlah dia tak balik hari Sabtu ,pada hari Ahad dia asyik call Qayum dua tiga kali suruh bapanya datang . Alasan yang di beri sebab dah sebulan tak kuar dan lagi satu dengan nada sedih , stok makanannya dah habis.(Trick ni selalu menjadi....)Mula2 ingat nak ambil dia dekat RMC kemudian bawa dia pergi The Mines..jadi boleh lah jumpa alan ,qayum and amat di UPM, bila aku dan suami keluar rupa2nya dia dah sampai dekat Times Square(RALAT)..jadi tak jadilah jumpa alan dan yang lain2. Sampai dekat BB beli barang2 keperlua nya dekat Parkson dan Watson's, RABAK POKET!

Saturday, July 11, 2009

JOM CAKAP BAHASA PASAR!!!

Suka sangat dengan bidalan Datuk A Kadir di bawah ni jadi saya tanpa izin copy and paste kat bawah . Untuk pengumuman saya pun vote 'No' untuk Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia ,kalau dalam Bahasa Melayu mungkin saya yes ,yes kan juga.

Sekali -sekala tu eluklah dengar berita Indonesia. Banayk bahasa Inggeris ceduk dari bahasa sendiri.Tak lama lagi Malaysia pun ikut sebiji macam tu, dah lah dulu nak ikut orang Indonesia baca bahasa baku sebab bunyi pelik 'bank' bunyi 'bang' ,nak bakukan sebiji-biji huruf tu bunyi dah jadi macam robot,lama-lama hilang dengan sendiri baku nya tu. Orang Negro dekat Amerika pun tak sibuk nak bakukan bahasa Inggeris mereka. Pelik betul denagn orang2 Malaysia ni khususnya ahli2 pujangga kot!Jangan sebab novel mereka dalam Bahasa Malaysia tak laris sebab orang muda lebih banyak beli novel Inggeris sudah. Kalau boleh menulis sebiji macam cerita Harry Potter , tak mustahil satu dunia akan translate cerita tu.

Kasihan tenguk budak2 sekolah yang tak paham apa2 dengan orang politik ni sekejap bahasa malaysia sekejap bahasa inggeris nasib lah buku teks semua orang dah dapat free.Kalau tak, dah kena beli baru,yang abng punya tak boleh bagi pada adik.

Kalau aku dapat A1 dalam Bahasa Malaysia pun ,dekat pejabat, dekat rumah dekat kedai kopi ,bila bersembang dengan kawan2...aku lebih selesa guna bahasa pasar.Sebab dari situ aku boleh mula perbualan ku dengan soalan,'kamu orang Kedah ke? Penang?'.'Oooo, orang Kelantan .Apa sal tak bunyi Kelantan?'....rupa2nya dah tinggal di P.Pinang 10 tahun.


Petikan dari blog A Kadir Jasin " Ada tidak pun, saya hanya hendak bercakap sedikit mengenai betapa
nenek moyang kita sudah memberikan kita pelbagai ilmu, petunjuk dan peringatan. Mungkin elok kita melawati semula kebijaksanaan mereka.

Mereka berkata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tetapi, kata mereka, kalau malu bertanya (atau dalam konteks semasa tak tahu guna Google Maps) sesat jalan.

Bunga yang cantik warnanya dan wangi baunya, akan hancur rosak jika diberikan kepada kera. Kera yang diberikan bunga itu tetap kelaparan. Kera tidak tahu apa gunanya bunga.

Tetapi jika bunga yang wangi dan cantik itu ditemui oleh lebah ia akan mengumpul madunya dan diterbangkannya balik ke sarang. Madu yang manis banyak khasiatnya.

Beri labu kepada tikus, labu yang baik menjadi rosak labu yang rosak jahanam terus.

Berikan labu tempat mengisi air kepada si Luncai dia akan terjun ke sungai bersama-samanya. Biarkan, biarkan.

Tidak mengapalah jika labu itu milik si Luncai, tetapi apa halnya jika labu itu milik kita semua dan yang terjun ke sungai itu bukan si Luncai tetapi para Yang Berhormat kita?

Kerbau suka tanah berlumpur. Dijadikannya kubang. Seekor kerbau membawa lumpur habis satu kandang terpalit.

Tetapi ada rahsia di sebalik kegemaran kerbau berkubang. Lumpur menyejukkan badan, membunuh kutu dan pijat serta mengelak lalat dan langau.

Beri ketulan tanah dan kayu mati kepada anai-anai dan ia akan membina busut yang kukuh dan kalis air. Kata nenek moyang kita, berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.

Buatlah dasar dan rancangan sehebat mana pun tetapi kalau ibarat bunga ia diberikan kepada kera ia tidak akan berjaya. Akhirnya anak cucu kita menjadi kera sumbang – tak laku dan diketepikan.

Teringat saya kepada lirik lagu Allahyarham seniman agung P Ramlee yang, antara lain, berbunyi:

Walhasil balik asal
Walasal balik hasil
Walhasil cari fasal
Itu fasal tak hasil.

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, melalui blog raksasanya membuat pungutan suara dengan bertanya soalan berikut:

“DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?”

(Adakah anda penyokong keputusan Kerajaan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia?)

Sehingga beberapa waktu sebelum saya membuat tampalan ini, 23 peratus (4,117 orang) berkata “yes” dan 77 peratus (13,603) berkata “no”.

Saya akhiri dengan mengucapkan syabas kepada para “pejuang bahasa”. Tahniah kepada para cauvinis semua kaum. Bravo kepada si penakut dan yahoo kepada para hipokrit."

Friday, July 10, 2009

T shirts



Tadi chatting ngan Qayum ,pasal idea nak print T - shirt sendiri....ia berpasangan. Untuk female/male baru nampak menarik kan.

SEMBANG POLITIK

Bangun Tido ,belum sempat korek tahi mata suami dah tanya pasal ceramah Anwar semalam. Memang dah syak dah, jadi aku cakap je apa yang aku dah rekod kat kedai makan malam tu.Malasle nak cerita secara terperinci nanti kena kutukan tak tahan cuping telinga nak kibas .

Malam tu dlam keadaan mata ku yang nampak cahaya berpinar2 ,macam kunang-kunang sempat juga aku observe dewan yang di hias dengan kain renda putih -biru dan mahasiswa-siswinya.Dewannya baru dengan lampu nak kata terang tak nampak macam terang ,studentsnya pun nampak fresh dan bersemangat dengan minda yang kebanyaknaya masih bersih .Dewan penuh.Hurmat mereka yang datang termasuk aku la.

10-15 minit kemudian rasa tak selesa duduk dalam dewan. Terpaksa tell body guard nak keluar kejap takut terpitam nanti kecuh pulak.Di luar aku berdiri di satu penjuru dan nampak Azmin tiba dan masuk ke dewan. Kelibat Sdr Anwar belum nampak..sampailah lebih kurang pukul 9.30 mlm...ye lah orang tu buat sholat Isyak terus, yang aku ni tekejar2 nak sampai pukul lapan juga tu buat apa?

Teringat kali pertama nampak kelibatnya di Airport ,waktu itu dia menteri pelajaran. Tidak ada seorang escort pun dan tidak pula dia terburu-buru. Relaks je dia berdiri sorang2 dalam airport tu...anak aku pada waktu itu pun kecik lagi , jadi aku nak cerita itu menteri kita pun rasa macam buang masa je.....waktu tu hp pun belum bersepah lagi macam sekarang.

Lepas tu dia jadi menteri kewangan dan lepas tu naik jadi Timbalan Menteri(kerusi kedua panas).Kerusi yang terpanas ialah kerusi PM. Banyak yang tak tahan bahangnya.Yang bijak,yang handal,yang banyak UWANG ,yang berpengalaman, yang berpengaruh dan macam2 yang , yang tahan dan bertahan. Sayangnya Sdr Anwar belum dapat duduk di atas kerusi panas tu. Malahan tersungkur ketika berada di kerusi kedua panas.Maksudnya di sini dia belum berada di kategori yang saya sebut Yang tadi....

Oklah Kalau dulu kehidupan ini hanya kotak bentuk 4 segi sahaja tetapi sekarang kotak itu boleh jadi 100 atau 1000 segi.Komplikated sikit kan.Banyak yang kita boleh dengar ,perhati dan belajar dari kehidupan harian. Depan tabir tak semestinya sama dengan belakang tabir ..macam kes yang di ceritakan, bila Dr Mahathir potong cakap Pak Lah dan Sdr Anwar potong cakap sapa tu...bagi kita rasa pelikkan tetapi mereka guna sistem dewan rakyat main bantai je!

Setiap PM mesti ada satu visi untuk negara yang dipimpin nya. Dr Mahathir dengan VISI 2020..iaitu negara maju. Pak Lah dengan Pertanian dan Islam Hadharinya , Datuk Najib dangan One Malaysianya dan Sdr Anwar...bebas rasuah bukan visi tetapi kewajipan kepada pemimpin.Negara korup akan dihina sepanjang masa ok. UMNO korup pun dihina sepanjang masa. PAS lebih mulia kerana tidak korup.

Sekian , mudah2an bangsa ku berjaya ,agama ku gemilang.




Thursday, July 09, 2009

CERAMAH ANWAR di UNISEL

Malam ni ,pukul 8 malam ,Sdr Anwar Ibrahim akan berada di UNISEL ,Bestari Jaya .Untuk apa pun aku kurang pasti...tapi kategorinya mestilah antara, berhujah, berpidato, bersyarah ,berceramah.Topik apa pun aku tak tahu tetapi aku dengan tak sabar dan berkobar2 nak pergi.

Sdr Anwar bukanlah insan yang aku kagumi ,tetapi lebih kepada ...perkataan apa yang sesuai aku sebut huh.

Aku selalu juga tenguk U tube nya terutama bila dia di temu bual di Indonesia dengan Kick Andy tu..Ada perkara-perkara yang aku tidak setuju contohnya bila dia bagi tahu orang indonesia di Malaysiani rakyat mereka di Zalimi sampai aku bagi komen , suami aku kerja kebun jaga orang indonesia tak pernah pun ada berlakunya kekajaman yang di besar-besarkan. Siap dapat reply lagi mengatakan aku mungkin tidak sedar..jawapan ku senang saja siapa yang tinggal di Malaysia , aku atau tukang komen tu? Sampai aku pelawa mereka tinggal duduk rumah aku dan tenguk sendiri dengan mata kepala mereka...semata2 untuk convincekan mereka.

Jadi aku nak tanya perkataan apa yang sesuai aku nak kata terhadap Sdr Anwar Ibrahim??


T Shirt


Masih practise dan lakaran masih kasar , banyak applikasi yang belum tahu di gunakan .Kata anakku Ahmad Shah ,aku perlu ada photo shop ...aku ingat mahu guna jalan pintas ambil gambar letak atas skrin tablet dan tekap aje but no way aku nak buat macam tu ,sebab aku lebih suka melakar bukan menekap.

Lukisan ku selalu berubah-rubah ,sedang mencari identiti lukisan yang boleh mengenalkan diriku sebagai pelukisnya.

Tuesday, July 07, 2009

PIN KIUT - MIUT




Pelengkap Selendangku Sayang.....

T -SHIRTS

Hahaha saya bercadang nak buat lukisan atas T Shirts...banyak sangat IDea with little Skill hahaha....

Guna Genius tablet main conteng2 dulu.. apa tu, buat doodle ke noodle..nanti dah perfect saya buat business pulak..siapa nak tempah cepat, CEPAT,first come first serve.!

IKLAN PERTAMA

http://lamadanbaru.blogspot.com/2009/07/rantai-untuk-di-jual.html

Sunday, July 05, 2009

HADIAH IsTiMeWa


Aku dapat hadiah ni dari anak daraku dua hari lepas.Nak sebut pun tak tahu jadi aku kena refer pada kotak tu yang tulis Genius Mousepen 8x6 Tablet with cordless Wheel Mouse for Drawing and Painting.

Harga ?? anak daraku berahsia .Jadi aku search dalam intrnet jumpa gambar tapi no price tag.
Hmm..bukan apa takut tak berbaloi beli mahal2 untuk emaknya tapi tak gheti' guna.Ia terbukti kali pertama mencuba ,lakaran macam cakaran AYAM!

Oh ya dengan menggunakan mousepen dan tablet ni kami buat perbandingan siapa yang lebih kreatif. Cuba bandingkan dua lukisan yang di lukis oleh anak ku Azlan dan abahnya..boleh teka yang mana satu lukisan anak ku?

Terbukti mereka belum 100% kenal siapa bapa mereka sebenarnya...




Saturday, July 04, 2009

SAVE DUIT ATAU BUANG DUIT?

Pernah dengar tak alat yang boleh save/jimat petrol kereta ? Terutama ketika harga petrol naik gila2 maka manusia yang dulunya dan selamanya boros cuba cari alternative untuk save duit...

Kahkahkah, ini adalah fakta sebenar.

Fakta terbongkar bila kami 3 beranak tengah huahua dalam kereta ketika dalam perjalanan dari BB (Batang Berjuntai) yg telah di salah tafsir oleh sorang budak tu bb dia...ke CyberJaya.

Driver (alan): Masih pasang lagi 'alat' tu ke..(bila dia nampak alat tu terpasang pada lubang api rokok tu).

Passenger@owner(akak): Pasang !Yelah benda dah ada kan.

Driver :Kawan abang dah pasang macam2 alat ,sampai 2-3 barang dalam kereta dia tapi tak ada kesan pun. Kalau 20hinggit isi minyak boleh sampai Ipoh ,lepas pasang pun 20 hinggit juga.

Owner: Itu lah kawan akak cakap pakai benda ni 3 tahun pakai baru cover harga alat ni.

Visionex promoter @ penyibuk:Alat tu harga 300hinggit , bahagi 3tahun ,setahun 100hinggit ,bahagi dengan 12bulan sebulan lebih kurang 90hinggit ,bahagi 30hari..jadi sehari lebih kurang 3 hinggit save tau !(Sambil gelak inteligent kemudian sambung)lepas 3 tahun baru le betul2 save tapi eluk le kete pun dah tua.

Driver: (Nak tunjuk dia lagi inteligent...)Mana ada , 100hinggit bahagi setahun(atau 12 bulan) dapat 90hinggit ,(sambil congak semula) lebih kurang 840sen sebulan atau 8hinggit 40sen bukan 90hinggit...HAHAHA(gelak besar)

Visionex Promoter: (Congak lagi, tak puas hati)...Hah satu hari save 30sen je, patut le tak de beza apa2..KAYANYA SALES PROMOTER TU.....

The moral of the story...TIPAH TERTIPU ,ABANG TIPAH PUN TERTIPU...




Thursday, July 02, 2009

CLASS 2001 -CHEN FLORAL DESIGN CENTRE

Di Kuching dulu saya memasuki Akademi Mengubah Bunga - for Diploma in Professional Floristry tau tapi sebab berpindah saya tak sempat nak ambil exam! Hari ni saya buka balik fail bunga lama dan cari nama Chen floral di bawah AFET melalui int..jadi saya jumpa link di bawah ni dan apa yang best nya gambar saya dan kawan saya Sabihah yang memakai tudung (saya dan dia) masih ada dalam iklan flckr nya.

Saya terus e mail intructornya Sophia minta certificate untk menandakan saya pernah jadi student dia...sekarang tengah tunggu reply dari dia..hopefully dapat lah.




















Ini LInk tempat saya pernah belajar dulu,http://www.chenfloral