Pages

Sunday, July 05, 2009

HADIAH IsTiMeWa


Aku dapat hadiah ni dari anak daraku dua hari lepas.Nak sebut pun tak tahu jadi aku kena refer pada kotak tu yang tulis Genius Mousepen 8x6 Tablet with cordless Wheel Mouse for Drawing and Painting.

Harga ?? anak daraku berahsia .Jadi aku search dalam intrnet jumpa gambar tapi no price tag.
Hmm..bukan apa takut tak berbaloi beli mahal2 untuk emaknya tapi tak gheti' guna.Ia terbukti kali pertama mencuba ,lakaran macam cakaran AYAM!

Oh ya dengan menggunakan mousepen dan tablet ni kami buat perbandingan siapa yang lebih kreatif. Cuba bandingkan dua lukisan yang di lukis oleh anak ku Azlan dan abahnya..boleh teka yang mana satu lukisan anak ku?

Terbukti mereka belum 100% kenal siapa bapa mereka sebenarnya...




No comments: