Pages

Saturday, July 04, 2009

SAVE DUIT ATAU BUANG DUIT?

Pernah dengar tak alat yang boleh save/jimat petrol kereta ? Terutama ketika harga petrol naik gila2 maka manusia yang dulunya dan selamanya boros cuba cari alternative untuk save duit...

Kahkahkah, ini adalah fakta sebenar.

Fakta terbongkar bila kami 3 beranak tengah huahua dalam kereta ketika dalam perjalanan dari BB (Batang Berjuntai) yg telah di salah tafsir oleh sorang budak tu bb dia...ke CyberJaya.

Driver (alan): Masih pasang lagi 'alat' tu ke..(bila dia nampak alat tu terpasang pada lubang api rokok tu).

Passenger@owner(akak): Pasang !Yelah benda dah ada kan.

Driver :Kawan abang dah pasang macam2 alat ,sampai 2-3 barang dalam kereta dia tapi tak ada kesan pun. Kalau 20hinggit isi minyak boleh sampai Ipoh ,lepas pasang pun 20 hinggit juga.

Owner: Itu lah kawan akak cakap pakai benda ni 3 tahun pakai baru cover harga alat ni.

Visionex promoter @ penyibuk:Alat tu harga 300hinggit , bahagi 3tahun ,setahun 100hinggit ,bahagi dengan 12bulan sebulan lebih kurang 90hinggit ,bahagi 30hari..jadi sehari lebih kurang 3 hinggit save tau !(Sambil gelak inteligent kemudian sambung)lepas 3 tahun baru le betul2 save tapi eluk le kete pun dah tua.

Driver: (Nak tunjuk dia lagi inteligent...)Mana ada , 100hinggit bahagi setahun(atau 12 bulan) dapat 90hinggit ,(sambil congak semula) lebih kurang 840sen sebulan atau 8hinggit 40sen bukan 90hinggit...HAHAHA(gelak besar)

Visionex Promoter: (Congak lagi, tak puas hati)...Hah satu hari save 30sen je, patut le tak de beza apa2..KAYANYA SALES PROMOTER TU.....

The moral of the story...TIPAH TERTIPU ,ABANG TIPAH PUN TERTIPU...




No comments: