Pages

Thursday, July 16, 2009

Sebab Di sebalik Sebab

Hari ni sebagai yg aku duga tapai yang aku buat untuk kali kedua tak jadi. Pulut yang sama (dari separuh yang terdahulu). Ragi pula nampak sama bentuk dan ok.

Apa yang aku tahu dua perkara WAJIB untuk buat tapai:

Pertama: Pulut atau bahan yang di tanak kena BETUL2 SEJUK.

Kedua: Ragi mesti eluk/kering ,tidak masuk angin atau terjejas .

Hari pertama buat, aku masak pulut dan keesukannya baru aku tabur ragi ,bermakna pulut ku benar2 sejuk. Dan aku masukkan dalam bekas plastik.

Pada kali kedua, aku masak tengahari dan petang itu juga aku tabur ragi. Namun aku pasti pulutku sudah benar2 sejuk ketika aku tabur ragi dan aku pasti ragi tidak masuk angin. Cuma satu saja yang aku baru cuba di sini...aku masukkan pulut dalam bekas corning ware yang bertutup kaca berat....aku terfikir apakah cukup udara untuk ragi ku hidup(kerana sejenis hidupan).Paada esuk paginya aku tak nampak ada tindak balas jadi aku keluarkan dan masuk kedalam bekas plastik yang bertutup ringan dan hari ini..ada tindak balas seperti bahu masam ragi..bila cuba rasanya juga MASAM!

Aku nak relate dengan cerita insurance here

Tak sangka lepas dia antar sms lepas dia talipon , suami tak juga renew premium ,tiba2 semalam dkat nak maghrib dia(tukang jual premium) dengan 2 orang lagi muncul dalm rumah dengan suami. Terkejut juga sebab suami tak bagi tahu apa2.

Dalam hati aku berdoa suami tak ambil premium tu, sejak dulu lagi kami memang berbeda kepala. Bukan tak suka suami invest untuk kemudahan jika mala petaka berlaku but please survey dulu mana yang lebih berfaedah..bukan itu saja Syarikat Insuran yang ada lagipun aku dah tak percaya dengan syarikat Amerika ni.

Maaf aku perempuan tak tahu apa yang ada dalm fikiran orang laki-laki. Otak kami kecil. Tanggung jawab sungguh berbeza.

Tetapi kalau di tanya perlukah seorang anak yang sudah berumur dua puluh tahun keatas menjadi tanggung jawab kamu jika berlaku apa2 kemalangan ? Aku jawab TIDAK! Dan jangan buat aku menyesal dengan jawapan aku sendiri.

No comments: