Pages

Friday, July 10, 2009

SEMBANG POLITIK

Bangun Tido ,belum sempat korek tahi mata suami dah tanya pasal ceramah Anwar semalam. Memang dah syak dah, jadi aku cakap je apa yang aku dah rekod kat kedai makan malam tu.Malasle nak cerita secara terperinci nanti kena kutukan tak tahan cuping telinga nak kibas .

Malam tu dlam keadaan mata ku yang nampak cahaya berpinar2 ,macam kunang-kunang sempat juga aku observe dewan yang di hias dengan kain renda putih -biru dan mahasiswa-siswinya.Dewannya baru dengan lampu nak kata terang tak nampak macam terang ,studentsnya pun nampak fresh dan bersemangat dengan minda yang kebanyaknaya masih bersih .Dewan penuh.Hurmat mereka yang datang termasuk aku la.

10-15 minit kemudian rasa tak selesa duduk dalam dewan. Terpaksa tell body guard nak keluar kejap takut terpitam nanti kecuh pulak.Di luar aku berdiri di satu penjuru dan nampak Azmin tiba dan masuk ke dewan. Kelibat Sdr Anwar belum nampak..sampailah lebih kurang pukul 9.30 mlm...ye lah orang tu buat sholat Isyak terus, yang aku ni tekejar2 nak sampai pukul lapan juga tu buat apa?

Teringat kali pertama nampak kelibatnya di Airport ,waktu itu dia menteri pelajaran. Tidak ada seorang escort pun dan tidak pula dia terburu-buru. Relaks je dia berdiri sorang2 dalam airport tu...anak aku pada waktu itu pun kecik lagi , jadi aku nak cerita itu menteri kita pun rasa macam buang masa je.....waktu tu hp pun belum bersepah lagi macam sekarang.

Lepas tu dia jadi menteri kewangan dan lepas tu naik jadi Timbalan Menteri(kerusi kedua panas).Kerusi yang terpanas ialah kerusi PM. Banyak yang tak tahan bahangnya.Yang bijak,yang handal,yang banyak UWANG ,yang berpengalaman, yang berpengaruh dan macam2 yang , yang tahan dan bertahan. Sayangnya Sdr Anwar belum dapat duduk di atas kerusi panas tu. Malahan tersungkur ketika berada di kerusi kedua panas.Maksudnya di sini dia belum berada di kategori yang saya sebut Yang tadi....

Oklah Kalau dulu kehidupan ini hanya kotak bentuk 4 segi sahaja tetapi sekarang kotak itu boleh jadi 100 atau 1000 segi.Komplikated sikit kan.Banyak yang kita boleh dengar ,perhati dan belajar dari kehidupan harian. Depan tabir tak semestinya sama dengan belakang tabir ..macam kes yang di ceritakan, bila Dr Mahathir potong cakap Pak Lah dan Sdr Anwar potong cakap sapa tu...bagi kita rasa pelikkan tetapi mereka guna sistem dewan rakyat main bantai je!

Setiap PM mesti ada satu visi untuk negara yang dipimpin nya. Dr Mahathir dengan VISI 2020..iaitu negara maju. Pak Lah dengan Pertanian dan Islam Hadharinya , Datuk Najib dangan One Malaysianya dan Sdr Anwar...bebas rasuah bukan visi tetapi kewajipan kepada pemimpin.Negara korup akan dihina sepanjang masa ok. UMNO korup pun dihina sepanjang masa. PAS lebih mulia kerana tidak korup.

Sekian , mudah2an bangsa ku berjaya ,agama ku gemilang.




No comments: