Pages

Friday, August 14, 2009

BERBALOI!

Semalam suami happy sangat nak pergi memburu. Aku pun tolong kemas dan cari apa yang patut. Dekat Malaysia ni masih tak seperti negara orang putih..kalau bapa2 pergi buat aktiviti lasak atau berbahaya ,si isteri yang punya minat yang sama tak boleh join ..bapa2 je yang boleh tinggalkan anak2 kat isteri bila nak beraktiviti gempak2 tapi isteri2 tak boleh tinggalkan anak2 kat suami, pantang Tok Nenek! Kena isteri yang spesis tak mau paham siap kau.

Sebenarnya aku sangat gembira kalau suami aktive dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah . Aku turut happy kalau suami happy ..yang penting bila giliran aku nak keluar ke tempat yang aku suka jangan say no pulak....Lepas ni aku dan anak-anak nak balik kampung..jumpa orang tersayang ,tukwan mereka yang telah berjasa pada negara Malaysia tercinta ,yes bapa aku yang satu ketika dulu pernah menerima pingat keberanian dari negara orang putih ,BRITISH.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/31/mstar_berita/20090731155358&sec=mstar_berita

Di bawah aku petik dari laman Angkatan Tentera Malaysia ,Misi PBB yang bapa aku turut serta.Dulu kecik2 suka betul aku dengar kisah Congo dari bapa aku,happy betul dia bercerita pengalamannya tapi from the other side mak aku punya cerita yang sedih2 je..mana tak aku baru lahir ...mak kena heret kami yang kecik2 balik kampung. Mesti le hati sedih ...bayang le tak de berita ,mati ke hidup...kata mak tentera yang ke sana ramai yang mati sebab kapal karam dari berperang...kapal dulu bukannya besar dan canggih pun...bayangkan le tara2 Titanic pun boleh karam.


Yes bapa aku belayar selepas aku dilahirkan pada tahun 1960 di bawah panji -panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Yang apabila selamat pulang ke kampung ,aku dapat adik dan diberi nama Abdul Shukur kata mak kerana bersyukur bapa selamat pulang dan mmm of course le dapat menambah zuriat.


petikan:
Cetak Email
Malayan Special Forces Congo (UNOC) - Okt 1960

Apabila tamat Darurat dalam tahun 1960, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai sebuah negera merdeka, membantu mengekala keamanan dunia. Penghormatan ini diberi kepada Negara selaku Negara keenam belas menghantar tenteranya berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bertugas mengawal keamanan Republik Congo (sekarang Zaire) di benua Afrika, yang sedang bergolak melahirkan kemerdekaannya sendiri.

Tentera Darat mewakilkan Batalion Keempat, Rejimen Askar Melayu Diraja, di bawah pemerintahan Lt Kol Ungku Nasarudin, sebagai batalion yang pertama berkhidmat di Congo dalam tahun 1960. Mereka diikuti oleh Batalion Keenam, Ketujuh dan Kedua. Di samping itu Rejimen Pertama Kor Peninjau serta komponen Kor-Kor lain seperti Semboyan, Perkhidmatan dan lain-lain memberi sumbangan anggota mereka. Perkhidmatan Tentera Darat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja ke tanahair pada 28 Apr 1963. Pada 11 Mei 2000 Tentera Darat telah terlibat dalam Misi MONUC (UN Mission in Congo).

---------------------------------------------------------------------------------------
Aku tak sabar bila dengar kenduri arwah kali ni , adik bongsu nak aqiqah seekur kambing dan terus nak sunatkan anak angkatnya (anak saudara sebelah suaminya।)Manakala abang Din nak sedekah yassinan dan goodies ,bapa pun terlalu happy nak sedekah juga duit yang anak2 bagi dekat dia॥mula2 nak buat untuk anak-pinak je tapi kesudahan dengar cerita ada lah 200 orang jemputan...bapa terlalu happy mungkin dia baru dapat rasa bahawa segala pengurbanannya BERBALOI! http://naha-ragammanusia।blogspot।com/2007/02/wajah-seorang-बाप

No comments: