Pages

Wednesday, August 12, 2009

Tak Paham Tanya

Pagi tadi terlajak subuh, so buat qadho dan dhuha sekali. Doa banyak2 sebb hari ni aku ada tugas nak buat ..dah plan dari semalam tapi anak aku yang pakai kereta tak balik2.

Hati ada rasa sebak sikit...sebab mcm biasalah...kalau kau yang terhegeh2 sangat buat le sendiri! Tenguk duit dalam wallet ok lah ada 10 keping duit biru dan sekeping duit merah. Minyak kereta pun ada half tank lagi...so aku pun berbuih2 tanya anak aku dekat mana bank rakyat..katanya dekat dengan Tesco..aku dah sepuluh kali pergi Tesco tapi aku tetap confius dari trafiklight akhir kena pusing kanan atau kiri..anak aku jawab pusing kanan.Aku pusing kanan sampai Kuala Selangor tanpa jumpa Tesco jadi aku pusing balik dan jalan terus baru jumpa tempat yang aku cari.

Aku gadai barang kemas dengan value 13 500 plus upah simpan untuk 6 bulan sebanayk 945 ,dah naik .75% dulu .65% je...

Lepas tu terus pergi Maybank..beli saham ASN. Semalam harga 0.7481 seunit dan hari ini ia naik 5% iaitu 0.7855...aku dah kehilangan 0.0374 dan jika di kali dengan 17 186.51 unit yg aku baru masuk tadi ,aku dah kehilangan sebanyak 642.7754 rm.

Aku target unit naik ke paras 0.98 (yang paling tinggi pernah tercatat) dalam jangka waktu satu bulan ni;

17 186.51 @ 0.98 = 16 842.7798 - 5% service charge -(842.1389) = 16 000.6409
tolak (13 500 + 157.5 ) = 13 657.5000
untung = 2 343.1409


Semasa dekat bank aku terus jumpa kerani bahagian Etiqa Insuran dengan bayar 41 rm sebulan aku cover diri aku 200 000 rm,suami 200 000 rm dan 25% tiap-tiap anak bawah 18 tahun dan anak 25 tahun yang masih menuntut.Tiada pemeriksaan perubatan macam MAA insuran ,tak yah menipu.

No comments: