Pages

Tuesday, September 29, 2009

JANGAN UNGKIT

Nak cerita pasal Pertemuan Hari Raya Ahad lepas. Sambutan bukan di hotel mewah atau di kuala Lumpur...meleset sangat jangkaan saya ok. Pertama kali aku masuk ke Estate tu ...di Carey Island(hope spellingnya betul).

Datuk Azhar tak datng cuma Datuk Helmi je yang wakil dari HQ.Lain2 yg datang ialah GM, PA, SOU ,Sr Mngr ,Mngrs, Assistants ,Staffs dan pekerja. Yang aku perasan ada yang tak hadir ,mungkin jauh sangat kot.

Kata suami estate bekas Golden Hope ni luasnya sebesar Singapura...mmmmm beso giler. Di dalamnya lengkap dengan golf course ,kompleks sukan, kompleks Asrama dan lain2.Sebb tu tiap kali ada meeting dan kursus kena hantarq kat situ,nasebla kan. Rumah2 Assistants yang aku nampak tepi jalan pun besar2 dan cantik2...ala2 English gitu.

Kami sampai lewat setengah jam ,apa taknya the new driver (anak aku le) tak fimiliar dengan jalan...bapak nya suruh ambil highway nak elak masuk bandar Klang tetapi tersasar masuk juga macam baling bola bowling pula...aim tengah tapi teargolek masuk longkang. Tapi kes bola bowling tak de nak marah2..tapi bila silap jalan ,memang nahas kau!

Walau apapun kami selamat sampai dan tak perlu nak dengar apa2 taklimat ,tak perlu nak beratur check suhu kat dahi dan sapu antibiotic kat tangan...laju je pergi cari makanan.Keseluruhan makanannya sedap2 ...anak2 aku asyik ulang ambil daging Rusa Panggang..cicah mayonese perasa mint....Aku pekena nasi lemak (sebb kelaparan) ,satey, kuih muih...rasa macam nak makan lontong dan mi soto..tapi dah tak boleh masuk.

Bila perut dah kenyang baru cari member....namanya duduk sebelah rumah tapi tak pernah jenguk pun ..main cakap dalam talipon je..jadi bila jumpa tu excited le nak bercerita..kisah cuti kisah kampung kisah anak2...yg tak best nya ada sorang lady ni (dari Guthrie)baru je diperkenalkan pada aku siap cerita pasal tidak kepuasan hatinya pada Sime Darby...Aku tanya dari segi apa?Katanya sejak merge mereka tak ada perjumpaan lagi seperti family day ..semua habis berpecah...aku tak marah dia infact kawan baik aku pun dah cakap meareaka poanggil Sime Darby tu Sime Barbie (aku ubah sikit..supaya syok telinga dengar).

Hello!Kalau kamu berpecah belah tak de family day,conference day lag,i kami ni ape , ade ke?Kan dah duduk satu bumbung ,kalau kamu tak de kami pun samele tak de jugak.Haih ,ngong nye!

Aku nampak dia macam termalu bila aku jawab, biasalah kami pun dulu selalu ada confearence ,annual dinner ,family day ,semua buat kat hotel2 mewah..sejak merge ni ,semua dah takde. Mungkin orang atas tak satu kepala kot....

Sebelum balik ...suami bagi tahu tahun depan mereka pilih tempat kami pulak untuk pertemuan hari raya..so kami ada lebih kurang setahun preparations... Dalam MPV gua siap cakap ngan suami ...tak mau ada band ,memekak telinga je nak sembang pun kena menjerit..nak pasang lagu sentimental hits..yg evergreen. tirai tingkap kena tukar baru, kusyen, bekas cakar kuching pun kena repair, lantai kat porch luar pun dah kelabu sangat..bilik air lagi..mak oooi panjangnye list!!

Sunday, September 27, 2009

Salam SYAWAL


Salam Syawal untuk semua...

Ketika ini aku berada dalam bilik anak aku di tingkat atas ,guna komputer dia ,nasib baik dia tengah berdengkur...bukannya apa ,dia dah pesan jangan shut down pc yg ada dlm bilik tido aku nanti bila on...aku tak tahu nak reset balik..maka terjadilah lagi masaalah wireless connections yg tak ter connect....

Dari semalam nak menulis perihal Raya tapi cepat ngantuk..makan banyak sangat agaknya.

Keseluruhan Raya ,amat mengembirakan sebb macam biasa kami adik beradik berkumpul dan dapat huahua..kutuk mengutuk dan ulang cerita kisah zaman tengah beringus ..ada juga yg muak dengar tapi lantak le siapa suruh punggong kau melekap tepi partner kau...macam2 kerja lain boleh buat apa especially bangun bancuh kopi untuk kaki2 gebang.

Banyak juga senario yg tak berapa happy..kes bentak2, kes tak sebulu satu kepala dan macam2 kes anak2 dan rumah tangga ..tapi itu lumrah le terutama di pihak isteri termasuk gua la .Terlalu rapuh ,lemah ,sensitif ,bengap ,pokai, perasit ,negative ,ketuaan ,tak sporting,tak direct ,tak naughty ala2 gedik dan so on and on....Demi masa depan kaum hawa gua nasihat ,bila dah ada banyak anak nanti sila2le gedik sikit ..barule hidup ni ceria sikit..jangan dok harap orang lain atau partner kita nak happy kan kita lagi macam tengah bergetah dulu ,kalau bukan diri sendiri yang menceriakan diri sendiri....kalau kita tak beronggeng ,berchacha ...ada orang nak ajak?Kalau setakat kata boring tapi tak keluarkan pendapat..sampai mampus le dok boring situ!

Ada setengah orang macam gua punya type , happy tenguk orang lain happy. Suka sangat membahagiakan orang (dengan syarat orang itu tak menyakiti hati gua le...)dan kadang2 boleh jadi' mak turut' pulak.Sebenarnya nak cerita hari raya ni macam rasa happy sangat sebab suami baik hati, sebelaaaaah keluarga saya pun suami bayar semua harga bowling dan makan lebih kurang 30 orang ,itu pun keluarga Pak Long,Pak Jang dan Pak Tam tak de wakil tu....Manakala di Taiping pulak suami beli peti ais baru sebesar pintu untuk emak mertua..lebar betul opah senyum hari tu...nanti duit elektrik naik jangan ngomel pulak.

Hari Raya keempat(24th Sept) suami dapat news kawan nya Azli yang pernah mengidap barah ,meninggal dunia...Innalillah ,dan selamat di kebumikan di Muar ,kampung halaman isteri nya. On 25th Elyn datang dengan mommy,adik dan 2 orang pupunya. Dan semalam aku terlebih makan benda2 asam yang membuatkan aku batuk darah . Aku minum dua gelas air Oren sunquick pekat, makan buah mempelam 2 biji, kemudian makan acar botol....tak lupa juga tart nenas....mmmm.Semalam juga Azlan dan Qayum bertolak balik ke kampus masing2. Hari ini giliran Khaliq pula balik ke RMC...dan petang ini juga ada makan2 Aidil Fitri di Sime Darby Convention Centre ?Gua baju tantek tarak ,suami pun tibai baju 2 tahun lepas ,ape2 pun perjumpaan ini dah jadi acara tahunan ,masa ni le orang bawah yg kutuk orang atas atau sebaliknya memohon maaf banyak2 .Sekian.

Maaf Zahir Bathin.

Monday, September 14, 2009

Apa yg Berlaku RAMADHAN MINGGU TERAKHIR

Mungkin ini entry terakhir untuk bulan Ramadhan ni..biasalah nak buat biskut guna air tangan sendiri tuk anak2 teringat kat ibunya...nak beli pun rasa2 macam tak berapa nak cukup je,baik buat sendiri bukannya susah sangat.

Sebelum tu nak crita pasal semalam.Semalam lepas saya dan darling ke Jalan TAR ,suami bawa ke SOGO. Anak2 pula naik kereta sendiri pergi Mid Valley(dah beso tak best jalan dengan mak bapak).

Sampai je di Sogo, masyaallah sekali pandang dari lantai tingkat satu ke bawah nampak manusia berkerumun macam lalat hurung tahi atau lebih manis lagi macam semut hurung gula!
Aku pulak macam orang gila mencuba baju yang banyak dan tak padan dengan potongan aku,ini dah puasa 3 minggu ni ,suey betul mesti ada yang tak kena....kadang2 bahu dah cukup ,pinggang pula ketat ..cutting dah ok lengan baju pula kembung tak kena tempat. Ada yg semua ok dan nampak cun je warna pula tinggal oren macam adik beradik Sami Budha.

Mula2 tu nak bersungut (dlm hati je) , pereka fesyen kat Mesia ni bodo ke hape,tapi fikir balik orang lain dah hangkut berhelai2 cuma orang macam aku je yg memusing-musing tak tentu arah. Cutting orang tua macam aku ni dah tak boleh pakai saiz L cutting kecil yg khusus untuk orang muda ...so aku kena pergi ke plus saiz...pantang tok nenek aku kalau fesyen blouse macam huruf T je ,baik tok sah letih2 datang supermarket.

At least aku suka yang nampak trendy tetapi selesa dan sesuai dengan umur si pemakai. Aku lebih suka baju yg tidak bercorak dan sekiranya bercorak janganlah terlalu besar dan keterlaluan.Yg pada malam tu aku tenguk banyak sanagt corak yg memeningkan kepala hotak aku....

Agaknya sebab asyik2 muka aku yang keluar masuk fitting room tak habis2 maka salesgirl india tu datang nak menolong(mungkin kesian mungkin juga muak)..lepas aku benar2 tahu saiz yg sesuai..jadi aku bagi tahu apa yang aku dambakan dan saiz apa..ada fesyen sikit dan tak mau corak. Dia terus je selak2 baju yg tergantung dan tunjukkan satu blouse warna biru tua yg buat hati tertawan macam jatuh cinta pandang pertama !Masa nak try tu macam dok berdoa je biarle kali ni yang terakhir aku masuk fitting room ni..malu tau!Leganya lepas tu..harga pun lega juga sebab new arrival no discount cecah RM 149.90. Dalam kepala hotak dok fikir kalau berat badan aku naik je lepas bulan posa ni ,naiyeje baju ni dah tak boleh pakai.

Ini lagi satu kejadian yg aku selalu bengang..waktu aku nak kontek suami..hp aku dah tak de bateri ..melilau lagi cari public phone nak bagi tahu tunggu kat mana...lepas tu turun kat food court tunggu suami tak muncul2...kedai makan Nando dengan Manhantan Fish-mart dah fully booked,tinggal le gerai nasi lemak..orang berbaris order makanan ,aku lak serba salah, kalau aku bangun orang lain akan duduk...kalau aku tinggal barang aku atas meja nanti orang kemut pulak..muka darling tak nampak2 juga ...bila suami muncul..siap dia komen lagi apasal pilih tempat ini...so kami pun berbuka puasa dengan roti piza dan air tin dan botol yg jual dalam supermarket, bihun bungkus dan secawan teh yg dah sejuk...itu pun dikira nasib kami baik juga ada bangku ..masa nak belah (lepas beli)..kami nampak ramainya orang bertenggek dekat luar ,buka posa dengan roti je...sampai kat tangga-tangga..ada yg bersila atas lantai lagi...mak oi! Suami pun cuma beli satu kemeja biru muda jenama camel, ada jalur2 memanjang...very nice especially bila bergandingan dengan baju biru tua gua punya le.

On the way back masukkan duit ke akaun adik sebanyak RM4 500 .Kami masukkan tiga nama untuk 3 lot...satu lot anggaran 6.7 ekar ....tanah usaha berkelompok(untuk kelapa sawit) kata Mak su ,dia ngan suaminya apply 3 lot juga, abng Nan 1 ,Kak Pah 1 dan Ain 1 lot jadi kalu berjaya semuanya jadi 9 x6.7 ekar dan suami diharap akan menguruskannya ,Insyaallah.

Last sekali macam biasa sampai rumah, qadho sembahyang wajib - miss sunat tarawikh!!

Monday, September 07, 2009

Tunggu Hidayah untuk Bertaubat?

Kalau baca blog ustaz dalam fav link saya pasal e mel yang di terima dari pembuat-pembuat dosa maka macam ustaz tu kata inilah dunia yang kita tinggal sekarang. Banyak yang bertanya ustaz tentang bagaimana mahu meninggalkan perbuatan dosa mereka kerana rata-rata mengatakan kononnya telah mencuba .Akhirnya mereka tidak menyalahkan perbuatan mereka tetapi meyalahkan diri mereka kononnya lemah melawan nafsu.

Ini pendapat ku,
Beza pembuat dosa dengan tidak hanya satu iaitu perasaan takut pada azab Tuhan . Perasaan TAKUT sedia ada pada setiap manusia. Takut kena buang kerja ,takut kemalangan,takut mati ,takut ditipu dan lain2 ketakutan.Kita mesti terlebih dahulu menjiwai rasa takut baru boleh terkesan pada perbuatan kita.Kekesalan yang datang sebelum datang tindakan susulan lebih bermakna .Jangan dah terantuk baru nak terngadah.Contohnya pencuri yang mahu mencuri mungkin tidak jadi meneruskan niat mencurinya kerana dalam jiwa sudah ada perasaan takut di tangkap polis.Kekesalan mencuri kerana tahu perbuatan itu salah lebih bermakna dari kekesalan susudah tertangkap dan masuk lokap.

Ada orang malas sholat bertanya...saya mahu dapat hidayah macam Malek Nor. Saya terfikir siapa yang tidak mahu hidayah kerana hidayah adalah petanda langsung kasih Allah SWT ...tunggulah hidayah sedangkan dalam kealfaan hidayah berlalu.

Sholat itu mudah namun jadi sukar kerana terbiasa .Sholat menjadi mudah dilaksanakan semudah di tinggalkan.Mula-mula melakukan sholat amat sukar melengkapkan 5 waktu. Tertinggal waku kerana malas atau sambil lewa.Phasa ini kita perlukan kawan atau famili menegur dan memaksa atau kemahuan hati yang kuat. Proses qadho. Bila berjaya melengkapkan 5 waktu maka jika tertinggal barang satu waktu kita rasa ralat dan rugi. Kita mula elak dari meninggalkan waktu sholat.Ketika ini kita sudah menanti-nanti masuknya waktu sholat samada dengan melihat jam atau menunggu azan sembahyang.Sekiranya sudah lengkap sholat jangan sekali2 meninggalkannya ...ia seperti ikatan tali ..mudah terputus yang mungkin boleh di sambung atau terus terlerai.....Sekian mudah2an kita sama2 mendapat hidayah.

RAHSIA BESAR KE?

Macam biasa nak tenguk TV nak main komputer...tekan switch on..tekan enter ...tup tup tak boleh log in.....

Sunday, September 06, 2009

CAT SCAN

Sedar tak sedar dah setengah bulan kita brpuasa, dah nak masuk pada malam-malam Lailatul Qadar. Walaupun tertinggal buat Sholat Tarawikh beberapa hari ,rasa syukur sebab tahun ini tak letih sangat. Mungkin juga cuaca yang sejuk kerana Allah turunkan hujan dan mudah2an segala kuman2 yang beterbangan dalam udara pun jadi bersih disimbah hujan.

Syukur juga loan ASB anak yang no 2 dah lulus ,cuma bayar seratus ringgit duit service dan sepuluh ringgit duit setem...tunggu anak no satu pulak kemudian nak suruh anak no 4 pula dan seterusnya...http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/09/dasar-ekonomi-baru.html

Sepatutnya Khamis lepas aku kena pergi Sime Darby Medical Centre yg dulunya terkenal dengan nama Subang Jaya Medical Centre...dan terkenal juga dengan charge nya yang mahal di mana bukan sebarang orang yang mampu kesana.Namun aku tak deny..alat2 di hospitalni canggih2 belaka!

Dah lama teringin nak guna kemudahan yang syarikat suami bagi ni tapi masa dulu duduk jauh sangat susah lah kalau sekadar nak buat rawatan pesakit luar lainle kalau kena tidur dalam tu..makan dan tempat tidur di tanggung oleh syarikat.

Masa nak daftar tu melilau juga sampai dua tiga kali tanya baru jumpa counter yang betul. Staff tu pun macam hairan sebb kali terakhir datang jumpa doktor mungkin dalam tahun 1986 kut ,lama betul !

Jumpa pakar ni satu je..walau patients tak ramai tapi makan masa berjam2! Aku rasa aku orang yang paling cepat masuk dan keluar sebab aku jenis tak banyak soal dan tak tahu pun nak soal atau nak cakap apa..apa yang doktor tanya itu je yang aku jawap..yang lain2 tu aku dapat bayangkan suka berborak dan tanya yang bukan2..mentang2 le ada consultant fees.

Masa dia jolok lubang hidung aku katanya ada infection...kemudian dia suggest aku buat scan...macam dalm link kat bawah ni.
http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=sinusct

Lepas dia tenguk gambar x ray tu ,katanya tak de sinus tapi nak pastikan ..sebb hidung aku masih rasa tersumbat...dia jolok dengan telescope sambil pusing kerusi yang aku duduk tu mengadap TV .Sebelum jolok tu dia sembur ubat kebas dulu..hmmm first time tenguk lubang hidung sendiri ,bayangkan terowong yang aku nampak tu.
Yang pastinya memang di sebelah kanan ku sinus dan kekuningan seperti ada nanah..masyaallah!

Lepas tu doktor bagi Ubat nasal yang lain dan kali ni memang mengancam..bila spray rasa sejuk dan berangin sampai ke tekak kemudian rasa pahit...kena spray 4x sehari...dua hari aku ikut jadual bila lega sikit cuma pakai 2x sehari ,lepas buka puasa dan semasa bersahur.....next week tak boleh miss sebab nak tenguk result!