Pages

Monday, September 14, 2009

Apa yg Berlaku RAMADHAN MINGGU TERAKHIR

Mungkin ini entry terakhir untuk bulan Ramadhan ni..biasalah nak buat biskut guna air tangan sendiri tuk anak2 teringat kat ibunya...nak beli pun rasa2 macam tak berapa nak cukup je,baik buat sendiri bukannya susah sangat.

Sebelum tu nak crita pasal semalam.Semalam lepas saya dan darling ke Jalan TAR ,suami bawa ke SOGO. Anak2 pula naik kereta sendiri pergi Mid Valley(dah beso tak best jalan dengan mak bapak).

Sampai je di Sogo, masyaallah sekali pandang dari lantai tingkat satu ke bawah nampak manusia berkerumun macam lalat hurung tahi atau lebih manis lagi macam semut hurung gula!
Aku pulak macam orang gila mencuba baju yang banyak dan tak padan dengan potongan aku,ini dah puasa 3 minggu ni ,suey betul mesti ada yang tak kena....kadang2 bahu dah cukup ,pinggang pula ketat ..cutting dah ok lengan baju pula kembung tak kena tempat. Ada yg semua ok dan nampak cun je warna pula tinggal oren macam adik beradik Sami Budha.

Mula2 tu nak bersungut (dlm hati je) , pereka fesyen kat Mesia ni bodo ke hape,tapi fikir balik orang lain dah hangkut berhelai2 cuma orang macam aku je yg memusing-musing tak tentu arah. Cutting orang tua macam aku ni dah tak boleh pakai saiz L cutting kecil yg khusus untuk orang muda ...so aku kena pergi ke plus saiz...pantang tok nenek aku kalau fesyen blouse macam huruf T je ,baik tok sah letih2 datang supermarket.

At least aku suka yang nampak trendy tetapi selesa dan sesuai dengan umur si pemakai. Aku lebih suka baju yg tidak bercorak dan sekiranya bercorak janganlah terlalu besar dan keterlaluan.Yg pada malam tu aku tenguk banyak sanagt corak yg memeningkan kepala hotak aku....

Agaknya sebab asyik2 muka aku yang keluar masuk fitting room tak habis2 maka salesgirl india tu datang nak menolong(mungkin kesian mungkin juga muak)..lepas aku benar2 tahu saiz yg sesuai..jadi aku bagi tahu apa yang aku dambakan dan saiz apa..ada fesyen sikit dan tak mau corak. Dia terus je selak2 baju yg tergantung dan tunjukkan satu blouse warna biru tua yg buat hati tertawan macam jatuh cinta pandang pertama !Masa nak try tu macam dok berdoa je biarle kali ni yang terakhir aku masuk fitting room ni..malu tau!Leganya lepas tu..harga pun lega juga sebab new arrival no discount cecah RM 149.90. Dalam kepala hotak dok fikir kalau berat badan aku naik je lepas bulan posa ni ,naiyeje baju ni dah tak boleh pakai.

Ini lagi satu kejadian yg aku selalu bengang..waktu aku nak kontek suami..hp aku dah tak de bateri ..melilau lagi cari public phone nak bagi tahu tunggu kat mana...lepas tu turun kat food court tunggu suami tak muncul2...kedai makan Nando dengan Manhantan Fish-mart dah fully booked,tinggal le gerai nasi lemak..orang berbaris order makanan ,aku lak serba salah, kalau aku bangun orang lain akan duduk...kalau aku tinggal barang aku atas meja nanti orang kemut pulak..muka darling tak nampak2 juga ...bila suami muncul..siap dia komen lagi apasal pilih tempat ini...so kami pun berbuka puasa dengan roti piza dan air tin dan botol yg jual dalam supermarket, bihun bungkus dan secawan teh yg dah sejuk...itu pun dikira nasib kami baik juga ada bangku ..masa nak belah (lepas beli)..kami nampak ramainya orang bertenggek dekat luar ,buka posa dengan roti je...sampai kat tangga-tangga..ada yg bersila atas lantai lagi...mak oi! Suami pun cuma beli satu kemeja biru muda jenama camel, ada jalur2 memanjang...very nice especially bila bergandingan dengan baju biru tua gua punya le.

On the way back masukkan duit ke akaun adik sebanyak RM4 500 .Kami masukkan tiga nama untuk 3 lot...satu lot anggaran 6.7 ekar ....tanah usaha berkelompok(untuk kelapa sawit) kata Mak su ,dia ngan suaminya apply 3 lot juga, abng Nan 1 ,Kak Pah 1 dan Ain 1 lot jadi kalu berjaya semuanya jadi 9 x6.7 ekar dan suami diharap akan menguruskannya ,Insyaallah.

Last sekali macam biasa sampai rumah, qadho sembahyang wajib - miss sunat tarawikh!!

4 comments:

Azlan said...

Masukkan la gambar kuih tart.. hehehe
Pegi jalan TAR? rajinnye.. mama pun dah jadi macam lalat dengan semut.

Azlan said...

Masukkan la gambar kuih tart.. hehehe. Mama pun dah jadi lalat dengan semut pegi jalan TAR.

N. A. H. A said...

Mama kategori semut gatal yang sedang pening lalat...nak tangkap gambar tunggu alan balik dulu ...

N. A. H. A said...

Mama kategori semut gatal yang sedang pening lalat...nak tangkap gambar tunggu alan balik dulu ...