Pages

Sunday, September 06, 2009

CAT SCAN

Sedar tak sedar dah setengah bulan kita brpuasa, dah nak masuk pada malam-malam Lailatul Qadar. Walaupun tertinggal buat Sholat Tarawikh beberapa hari ,rasa syukur sebab tahun ini tak letih sangat. Mungkin juga cuaca yang sejuk kerana Allah turunkan hujan dan mudah2an segala kuman2 yang beterbangan dalam udara pun jadi bersih disimbah hujan.

Syukur juga loan ASB anak yang no 2 dah lulus ,cuma bayar seratus ringgit duit service dan sepuluh ringgit duit setem...tunggu anak no satu pulak kemudian nak suruh anak no 4 pula dan seterusnya...http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/09/dasar-ekonomi-baru.html

Sepatutnya Khamis lepas aku kena pergi Sime Darby Medical Centre yg dulunya terkenal dengan nama Subang Jaya Medical Centre...dan terkenal juga dengan charge nya yang mahal di mana bukan sebarang orang yang mampu kesana.Namun aku tak deny..alat2 di hospitalni canggih2 belaka!

Dah lama teringin nak guna kemudahan yang syarikat suami bagi ni tapi masa dulu duduk jauh sangat susah lah kalau sekadar nak buat rawatan pesakit luar lainle kalau kena tidur dalam tu..makan dan tempat tidur di tanggung oleh syarikat.

Masa nak daftar tu melilau juga sampai dua tiga kali tanya baru jumpa counter yang betul. Staff tu pun macam hairan sebb kali terakhir datang jumpa doktor mungkin dalam tahun 1986 kut ,lama betul !

Jumpa pakar ni satu je..walau patients tak ramai tapi makan masa berjam2! Aku rasa aku orang yang paling cepat masuk dan keluar sebab aku jenis tak banyak soal dan tak tahu pun nak soal atau nak cakap apa..apa yang doktor tanya itu je yang aku jawap..yang lain2 tu aku dapat bayangkan suka berborak dan tanya yang bukan2..mentang2 le ada consultant fees.

Masa dia jolok lubang hidung aku katanya ada infection...kemudian dia suggest aku buat scan...macam dalm link kat bawah ni.
http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=sinusct

Lepas dia tenguk gambar x ray tu ,katanya tak de sinus tapi nak pastikan ..sebb hidung aku masih rasa tersumbat...dia jolok dengan telescope sambil pusing kerusi yang aku duduk tu mengadap TV .Sebelum jolok tu dia sembur ubat kebas dulu..hmmm first time tenguk lubang hidung sendiri ,bayangkan terowong yang aku nampak tu.
Yang pastinya memang di sebelah kanan ku sinus dan kekuningan seperti ada nanah..masyaallah!

Lepas tu doktor bagi Ubat nasal yang lain dan kali ni memang mengancam..bila spray rasa sejuk dan berangin sampai ke tekak kemudian rasa pahit...kena spray 4x sehari...dua hari aku ikut jadual bila lega sikit cuma pakai 2x sehari ,lepas buka puasa dan semasa bersahur.....next week tak boleh miss sebab nak tenguk result!

No comments: