Pages

Sunday, September 27, 2009

Salam SYAWAL


Salam Syawal untuk semua...

Ketika ini aku berada dalam bilik anak aku di tingkat atas ,guna komputer dia ,nasib baik dia tengah berdengkur...bukannya apa ,dia dah pesan jangan shut down pc yg ada dlm bilik tido aku nanti bila on...aku tak tahu nak reset balik..maka terjadilah lagi masaalah wireless connections yg tak ter connect....

Dari semalam nak menulis perihal Raya tapi cepat ngantuk..makan banyak sangat agaknya.

Keseluruhan Raya ,amat mengembirakan sebb macam biasa kami adik beradik berkumpul dan dapat huahua..kutuk mengutuk dan ulang cerita kisah zaman tengah beringus ..ada juga yg muak dengar tapi lantak le siapa suruh punggong kau melekap tepi partner kau...macam2 kerja lain boleh buat apa especially bangun bancuh kopi untuk kaki2 gebang.

Banyak juga senario yg tak berapa happy..kes bentak2, kes tak sebulu satu kepala dan macam2 kes anak2 dan rumah tangga ..tapi itu lumrah le terutama di pihak isteri termasuk gua la .Terlalu rapuh ,lemah ,sensitif ,bengap ,pokai, perasit ,negative ,ketuaan ,tak sporting,tak direct ,tak naughty ala2 gedik dan so on and on....Demi masa depan kaum hawa gua nasihat ,bila dah ada banyak anak nanti sila2le gedik sikit ..barule hidup ni ceria sikit..jangan dok harap orang lain atau partner kita nak happy kan kita lagi macam tengah bergetah dulu ,kalau bukan diri sendiri yang menceriakan diri sendiri....kalau kita tak beronggeng ,berchacha ...ada orang nak ajak?Kalau setakat kata boring tapi tak keluarkan pendapat..sampai mampus le dok boring situ!

Ada setengah orang macam gua punya type , happy tenguk orang lain happy. Suka sangat membahagiakan orang (dengan syarat orang itu tak menyakiti hati gua le...)dan kadang2 boleh jadi' mak turut' pulak.Sebenarnya nak cerita hari raya ni macam rasa happy sangat sebab suami baik hati, sebelaaaaah keluarga saya pun suami bayar semua harga bowling dan makan lebih kurang 30 orang ,itu pun keluarga Pak Long,Pak Jang dan Pak Tam tak de wakil tu....Manakala di Taiping pulak suami beli peti ais baru sebesar pintu untuk emak mertua..lebar betul opah senyum hari tu...nanti duit elektrik naik jangan ngomel pulak.

Hari Raya keempat(24th Sept) suami dapat news kawan nya Azli yang pernah mengidap barah ,meninggal dunia...Innalillah ,dan selamat di kebumikan di Muar ,kampung halaman isteri nya. On 25th Elyn datang dengan mommy,adik dan 2 orang pupunya. Dan semalam aku terlebih makan benda2 asam yang membuatkan aku batuk darah . Aku minum dua gelas air Oren sunquick pekat, makan buah mempelam 2 biji, kemudian makan acar botol....tak lupa juga tart nenas....mmmm.Semalam juga Azlan dan Qayum bertolak balik ke kampus masing2. Hari ini giliran Khaliq pula balik ke RMC...dan petang ini juga ada makan2 Aidil Fitri di Sime Darby Convention Centre ?Gua baju tantek tarak ,suami pun tibai baju 2 tahun lepas ,ape2 pun perjumpaan ini dah jadi acara tahunan ,masa ni le orang bawah yg kutuk orang atas atau sebaliknya memohon maaf banyak2 .Sekian.

Maaf Zahir Bathin.

No comments: