Pages

Thursday, October 29, 2009

Kerja Kerajaan

Betulkah aku dengar kalau kerja dengan kerajaan bukan saja diri sendiri diberi layanan istemewa oleh kerajaan malahan kedua ibubapanya . Aku cakap pasal rawatan kesihatan bila suami dah pencen nanti.Kata teman saya yg anaknya kerja dengan kerajaan, dia selalu pergi Hospital Putra Jaya untuk ambil ubat.Saya nak tahu apakah termasuk operation dan hospitalisation.... ada sesiapa yg tahu ?

Baru2 ni best tenguk rencana pasal health insuran di Amerika oleh michael moore...kesian rakyat Amerika ,ditindas oleh sistem pemerintahan sendiri.


Monday, October 26, 2009

HUJUNG MINGGU Di Rumahku

Hari tu seminggu sebelum Deepavali suami bawa kami ke PUchong ,ada open house di rumah kawan baru yg di kenalkan oleh kawan lama .Nama nyaHj Azar. He called my husband 'abang' tanda mesra but my abang rasa a bit janggal ,terasa tue ke ,segan ke ,pelik ke bunyi nye ,entah lah. For me itu tanda mesra . Minat Hj ni daki lurah dan lembah dengan pacuan 4 rodanya. Yang pada malam tu aku tenguk berderet jip pacuan 4 roda dan beberapa buah motor scrambler yang tersusun di halaman depan rumah.Dulu tanah yang mrk cacak buat rumah dan kedai tu hanya kawasan kampung tapi hari ni hulala tanah peningalan orang tua mereka yang luas tu dah jadi pekan yang sibuk nyibuk lagi.

Mula2 sampai ke perkarangan rumah Hj ni aku dah macam... Masyaallah !ramainya orang open house ke kenduri kawen ? Tetamu yang datang lebih dari 200 orang dan kata Idah,isterinya itu biasa.Apa????? Ada yang datang sejauh Tapah dan Kenyir...semua tu geng 4x4 jenis pakai radio pemancar dan main panggil melalui radio je.Malahan kalau tenguk rumah hj ni yang 3 tingkat, di atas bumbungnya ada dua lagi kubah kecil dan di atasnya ada dua tiang besi pemancar..ofisnya betul2 bawah tiang pemancar tersebut.

Isterinya memang manage cafe 2 tingkat dan anak perempuannya pulak, Nora kalau tak salah belajar bakery makanya jangan ditanya samaada makanan pada malam itu sedap atau tidak.

Dan semalam 4 orang kawan suami termasuk Aji dan isteri datang kerumah ...dan aku punya gelabah nak masak apa? Isterinya bawa kek span blue berry yang memang lah sedap menjilat jari.Bini Yusuf pula bawa biskut lapis..aku masak bihun sup dan rendang tanpa lemang....ini kes suami yang terover confident bahawa lemang ada terjual di Shah Alam...rupe2nya tak de langsung sampaike sebelah Kuala Selangor pun tak de.

Lepas sembahyang asar mereka pergi hendap ayam hutan..tinggal kami ngan anak2.Anak2 tonton TV ngan main komputer ,ibu2 sesi soal jawab.

Mereka balik dekat nak Maghrib tak de rezki ayam hutan ada tapi jenis peluru yang mereka pakai tak sesuai..lepas sembahyang dan makan nasi , mereka buka vcd yang mereka ambil ketika masuk hutan baru2 ni...Masyaallah ,baru paham apa itu hard core...hard core jenis yang memang minta ada hujan ribut supaya tanah merah jadi lecak. Hard core ialah jenis yang bawa semua alat2 complete dengan pemotong kayu ,besi ,tali dan lain2.

Kata ipah ngan idah bila tenguk aku ter-ter ketika watching vcd tu, kita orang perempuan pergi yang jenis light and eazy dah le .....tak masuk dalam2 hutan tapi main tepi2 je.

Beria2 mereka nak ajak aku n famili join sekali..fulamak anak dara aku kalau tahu mesti excited ni...

Insyaalah gambar tetamu2 ku akan di upload later...

Thursday, October 22, 2009

HUDUD- ulasan Dr Mohd Asri

Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.


- gambar hiasan

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan ‘disembah hormat’ oleh rakyat.

Ada pula berkata: “Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”. Berbagai lagi sungutan yang lain.


- gambar hiasan

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita. Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”.


1 Malaysia

How can we improve national unity according to the 1 Malaysia spirit? -DIGI

Aku cadangkan pakai baju yang ada gambar Bendera MAlaysia ,tak kira le pada sari ke ,baju kurung ke,skirt ke ,chiong sam ke ,janji ada gambar bendera 1Malaysia bukan muka PM Malaysia.

FAMILI


Wednesday, October 21, 2009

Sebahagian Koleksi Gambar ku


















Untuk tatapan anakku AZLAN yang tak dapat bersama kami ....








PEACE!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

UP DATE

Harga asn hari ni 0.7687 ,masa aku beli 11 Ogos ,nilainya 0.7481 .....kena charge 5% jadi secara teorinya nilai ketika beli ialah 0.7855 Macam tunggu durian jatuh ke bumi....

Mak Ung'ai

Sejak kami pindah ke rumah baru ni ,Mak Ung'ai dah ada, hidup solo ,sebab tulah aku panggil dia Mak Ung'ai . Dari cerita ,dulu Mak Ung'ai banyak sedara .Tapi jirannya yg perangai hanjing suka kacau keluarga Mak Ung'ai ni....dasyat,dasyat ,kalau dengar kisah nya penuh dramatik.

Aku tibe2 je macam sayang dan respect Mak Ung'ai ni bukan apa, dalam dunia serba mencabar ni ,dia boleh survive...tak padan dengan kecik garangnya bukan main2 oii. Siapa yang tak takut dengan dia, Piru ,Putih , Oyenk pun pernah kena sekeh dengan dia tau.

Banyak kali juga dia buat bising tengah malam..dan setiap kali dia memekak aku terpaksa bangun dan buka lampu kemudian hendap ikut tingkap tenguk ape ke jadah yang dibisingkan tu...sah le hanjing jiran tu tengah meronda kompaun rumah aku.

Semalam masa aku balik dari KL , hanjing2 tu datang lagi ,kali ni suami aku tembak. Habis keras kejung ibu dan dua ekur anaknya.Yang aku tak paham masa suami tembak yang Si bapak ,dapat lari kemudian lepas setengah jam dia datang balik cium2 bangkai anak2nya dan bini dia. Lepas cium dia cakar2 tanah dan pancut kencing...aku cuba halau dengan baling buah mangga busuk kat belakang rumah tapi dia buat dek je..siap cangkung berak lagii .
Dua ekur ayam piru aku yang kojol depan dia pun dia tak usik..pelikkan?Aku rasa dia nak balas dendam sambil bagi penghurmatan terakhir kat anak bini dia...

Tu le..dulu masa Mak Ung'ai happy dengan sedare-mare ,kau bawak geng2 kau datang serang hendap sekarang padan muka kau !

Subuh tadi tak semena2 Mak Ung'ai berkokok...buruk betul bunyi ayam betina berkokok.Aku tahu le kau nak jadi jantan...tapi boleh tak berkokok jauh dari bilik tidur aku sakit telinga tau!!

Ladang Teh Cameron Highland


Waktu tengahari terik di Cameron Highland...kalau berada di kaki bukit terasa amat panas sebab kawasannya terlindung angin tetapi bila dah panjat dan berada di atas bukit ,alamak bestnya angin meniup sepoi2 bahasa ,walaupun panas terik tetapi tetap nyaman.....

Monday, October 12, 2009

siNUS

Aku saja nak highlight tentang masaalah penyakit sinus ku khusus untuk suami sebab dia macam bengang je aku asyik nak jumpa doktor ...dulu kata orang lain rajin pergi jumpa doktor claim ribu-ribu dan kita pulak tak mahu guna kemudahan yang majikan bagi lepas tu mula lah ayat lain pula yang keluar! Dia tanya apa doktor kata...doktor kata elakkan semua elemen yang boleh membuat aku dapat elergi,apa saja...bab makanan doktor sebut jauhkan ais !Aku boleh buang kuching ,aku boleh tukar bilik tidur ,aku boleh pantang minum ais atau makan sotong ,udang tapi suami aku boleh ke berhenti merokok???

The best way to get rid of a stuffy nose is to avoid tobacco and cigarette smoke no matter what. I know from person experience that cigarette smoke will damage the lining of your sinuses and cause swelling in your sinus membranes, the chief cause of acute or chronic sinusitis. Many smokers suffer from chronic sinusitis and don’t know it, blaming the inflammation and congestion on their habit, when it’s quite possible that an undetected, long-term bacterial or fungal infection is doing more damage every day that it’s allowed to persist.



http://www.getridofthings.com/get-rid-of-a-stuffy-nose.htm

Wednesday, October 07, 2009

CINTAN CINTUN

Aku dah lama berfikir mahu menulis sesuatu yang agak berat secara santai ...banyak benda yang tak dapat nak ditulis semata2 ingin menjaga hubungan baik seseorang. Tetapi demi kebaikan dan panduan juga iktibar ingin juga aku tulis seringkas yang boleh.

Tulisan ini khusus untuk Elyn juga untuk anak perempuan ku juga anak2 saudara perempuan ku juga khusus untuk anak2 perempuan yang akan berkahwin. Selain hak mutlak seorang perempuan mencari pasangan(biarlah yang baik 2)ada hal2 yang kita tidak di beritahu ,iaitu perjanjian atau akad ketika di depan kita ada Wali dan dua orang saksi sebelum Khadi melepaskan kata Sah akad tersebut, kita mempunyai hak menambah syarat selain dari apa yang memang telah di wajibkan oleh Islam seperti nafkah kepada anak dan isteri dan thalaq atau denda untuk isteri ingkar .Bab ini kena baca dan rujuk pada kitab perihal nikah .

Kawen memang mudah tetapi menjayakan perkahwinan sampai ke hujung hayat memang susah. Banyak contoh yang kita dengar dan nampak dan yang akhir sekali ialah kes Ustaz Akhil Hayy yang telah selamat menceraikan isteri pertamanya (yang ada 6 orang anak)dan selamat pula berkahwin dengan penyanyi Waheeda.Alasan? 1001 macam boleh bagi..tetapi dia tak bagi apa2 alasan kecuali itu yang isterinya minta....dan TAKDIR ! Ini jawapan seorang Ustaz tau.



Yang pelik nya tak ke ustaz tu tahu perkara yang di benar oleh Islam tetapi amat dibenci oleh Allah SWT ialah perceraian! Ustaz kata nak saman sesiapa yang menulis hal dia dalam blog tetapi aku redho je...kalau Allah SWT berfirman begitu tak ke orang macam aku boleh gak tumpang benci dan mengutuk dia!

Sekali pandang isterinya tak buruk ,tak tua, tak jahat ,tak bodoh ,tak emosional ,tentu bukan itu isu yang menyebabkan perceraian di sini malahan bukan juga isu keizinan menambah cawangan...jadi isunya apa? Yang paling pelik tidak ada isu pergaduhan...maka betullah macam uztaz tu cakap dah TAKDIR....Selepas dah dapat anak berderet2...Selepas dah jadi ustaz orang PAS...(orang PAS mesti cakap dia bekas UMNO...lantak kau lah!)

Di sini aku nak tulis pendapat yang aku terima dari kawan dan tolan , dari ceramah TV dan Radio, dari buku. Rumusan terpulang lah pada empunya diri.

-Banyak mana sayang isteri pada suami tetapi jangan lupa masih ada thalaq.(emak mertua)
-Laki-laki yang sudah berumah tangga lagi mudah terbabas dari yang belum kerana mereka dah merasa .(cikgu siti)
-Jangan sekali2 padankan muka orang yang ditimpa musibah sebabnya nasib kita belum tentu.(aku)
-Mana ada suami mahu menceritakan kesalahan yg dilakukannya kecuali orang lain begitu juga aku mahupun kamu.
-Manis mana cintapun hanya sebelum berkahwin(kak Pah) sebab yang haram tu lah yang manis yang halal akan hambar.(aku)
-Cari suami yang jauh lebih tua sebb orang laki2 lambat tua.(emak) Perangai laki2 6 tahun jauh lebih keanakan dari perempuan.(Fadilah Kamsah)
-Cari orang yang sayang pada kita jangan cari yang kita sayangkan mereka.(kak Miah ,aku )
-Dulu saya ingat ada unsur penolakan dari isteri bila suami kawin lagi...(Mala)
-mana ada laki-laki yang tak mahu kahwin lebih kecuali tak berani hadapi masaalah(Amy dari kata2 suaminya)
-Laki-laki tua yang jatuh cinta tidak dapat di tolongi baik oleh dirinya mahupun orang lain ,ibarat keadaannya yang jatuh ke dalam gaung dalam...dia hanya tersadar apabila badannya terhempas ke bumi.(buku)
-im having affair and still in love with my wife (suami kawan)
-Bila banyak duit muka macam kambing tua pun nampak ganteng( pekerja dari Indonesia)

Betulkah masih ada cinta hebat seorang laki-laki terutama yang sudah bergelar suami?

Jawapannya hanya suami saja yang boleh jawab dengan tepat..tetapi bagi perempuan yang akan melalui alam perkahwinan ...aku cuma dapat nasihatkan buatlah sesuatu untuk melindungi diri ketika waktu cinta suami jadi hambar.
Sebelum berkahwin kita akan dengar segala macam janji manis...seperti aku akan jaga kamu sampai kamu tua.Hanya kamu yang aku sayang dan semua bahasa2 bunga yang indah2 yang tak pernah kamu fikirkan akan keluar ketika dia mahu menyunting kamu.

Tetapi dalam kehidupan yang sebenarnya rata2,
-suami mahu isteri menjaganya.
-suami mahu isteri melayannya lebih dari melayan anak-anak (kes Ustaz Akhil)
-suami suka isteri berperangai lebih budak dari dia,manja dan seksi ..(kalau boleh merengek -kes ustaz juga ni)
-suami mahu komunikasi , dia tetap suka dengar isterinya bercakap walaupun dia macam dinding ..(komunikasi tak sama dengan berleter tau!)
-suami mahu isteri terima semua perangai dia ,baik atau buruk.Namanya sokongan padu.
dan banyak lagi kot!
TENGAH BORING SEBB PANJANG SANGAT so
Akan ditambah jika tertimbul idea baru...

Seorang kawan ku yang bekerja telah menambah dalam akadnya bahawa suaminya boleh berpoligami sekiranya dia tidak dapat memberi zuriat pada suaminya...

Yang ini pula menambah bahawa dia diizinkan bekerja menyara keluarga nya tanpa bantahan dari suami sesudah berkahwin.

Kawan saya yg berhenti kerja kerana disuruh pula menambah gajinya setiap bulan diberi oleh suaminya sesudah berkahwin di dalam akadnya.

Tiga kawan ku ini telah menyelik mataku, satu tamparan yang sangat hebatkah untuk suami? Tidak...mereka akan menyanggupinya jika mereka ikhlas.

Kisah abang ngah aku lain pulak..dah selesai merisik dan meminang dan bila hari akad nikah tiba,pihak perempuan menambah satu syarat lagi ...menikah boleh tetapi tak boleh bawa keluar dari Terengganu ........berkecai segala impian kerana abang tak sanggup menerima syarat tersebut walaupun cintanya ikhlas! Itulah yang betul2 dinamakan dah tak ada jodoh.

Sunday, October 04, 2009

Minta Dari Yang Atas

Hari ini aku meminta dari YANG ATAS semoga rezki ku bertambah. Sedih tau sebab tenguk kantung dah mula surut.Satu je yang aku tak dapat rasakan ketika berdoa - kesedihan!

Bukan senang nak mengalir air mata ketika berdoa kecuali betul-betul dalam keadaan desperate. Dan yang itu aku belum sampai lagi.

Tak macam kes adik aku ni.

Adik aku sanggup berhenti kerja kerana nalurinya mahu mencuba bidang usahawanan terlalu kuat ,adik beradik aku tak berapa setuju tapi aku memang kenal sikap dia dan ketekunannya yg buat aku beri dia galakan..walaupun risiko nya tinggi...macam kawan aku anak businessman cakap .dalam perniagaan ada turun naik..kalau sekali gagal dan dia boleh bangkit ,maka Insyallah , dia tidak akan gagal lagi!Senang cerita kegagalan ialah rempah ratus kejayaan.

Kata adik modal dalam tangan dia hampir kering manakala projek yang dia cuba gagal..tak de hasil.Dalam keadaan desperate dia mengadu kepada kawan yg telah berjaya dan jawapannya mudah saja ....minta dari yang atas.

Sejak hari itu dia tersedar dan mula meratap depan Allah. Ketika dia ke Terengganu mengikuti kursus perikanan, dia dapat satu panggilan...orang tu bagi tahu yg dia berjaya mendapat bantuan dana dari kerajaan. Bayangkanlah dalam berapa ratus orang yang minta dia antara dua belas orang yang berjaya!Mestilah macam dalam mimpi siap ulang tanya lagi, betul ke Encik?Dah confirm betul , dia pula menangis hiba depan peserta2 pulak tu.... dia sebak bercerita ,aku dan adik aku pulak sebak mendengarnye.... sedih nya ,haram dia tak cerita masaalahnya pada kami.

Bayangkanlah walaupun adik beradik ramai,dia tahu , kami nak cekau mana duit nak bagi dia... silap haribulan dapat malu lagi kena marah sebab tak mau dengar nasihat .
Apa pun ,Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui....aku berdoa mudah2an dia n suaminya berjaya...jom kita sama-sama berusaha jadi KAYA!

Saturday, October 03, 2009

Malasnye...

Aduh malasnya nak pergi tempah baju sempena kawen ank sedare bulan Dec ni,sebelum bulan posa lagi emak dia dah sponsor dua pasang....rasa macam nak gi cari je baju pink +putih yg dah siap....kalau tempahpun tak tahu kedai mana yang bagus....adoi malasnya nak cari kedai jahit...

Friday, October 02, 2009

AKU

Sebenar nya aku bukan tak hingin nak jadi manusia warak senang cakap mereka yang benar2 menjadikan Islam itu cara hidup mereka,bertudung labuh ,berbaju longgar dan menjauhi segala bentuk kemungkaran besar dan kecil. Aku hurmat sangat dengan orang2 yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Aku suka sangat kalau dapat berkawan dengan mereka kalau mereka mahu buat aku kawan.

Tetapi perjalanan hidup seseorang dari kecil hingga ke besar berbeza. Aku tak menyalahkan ibu bapaku kerana memilih pengantar Bahasa Inggeris dari Bahasa Arab kerana sistem negara yang mengutamakan Bahasa Inggeris itu sendiri. Tahu tak apa yang aku merepek ni? Aku merepek dan merapu ni sebab dalam kepala hotak aku ada tersimpan keinginan nak tenguk Penang Hard Rock Cafe ,mana tidaknya iklan bergerak sebesar bas ekspress terpampang depan mata dan lagi aku memang dah lama tak ke Penang sebb macam tak de benda baru je. http://penang.hardrockhotels.net/view-promotion.php?promo_id=93

Jangan fikir bila aku ke tempat2 ni aku tak ingat pada Allah, lagi kerap aku sebut sebab aku takut juga tiba2 bangunan roboh dan aku tak sempat nak mengucap. Aku pun hairan kenapa di usia ni aku masih boleh dengar muzik kuat ,aku cuma boleh exercise bila ada muzik. Bila aku exercise baru badan aku ringan sikit.

Kebanyakan kawan yang rapat dengan aku dah pun pergi ke Mekah, Rosni, Amy,Mala, Zizah, Liza , Nurin , Ana, Arah ,Farid, Loma, Che' Yan, Ntah sapa lagi....Jiran sebelah , hujung tahun ni...
Aku ,kalau ikut pendaftaran 4 tahun lagi....selalu terfikir...boleh kah aku kembali menjadi sehelai kain putih yang bersih tanpa kotoran? Boleh ke diri ini berubah menjadi lebih baik?

Thursday, October 01, 2009

Kesan Tsunami ke atas ku....

Petang semalam kata suami di ofisnya ada gegaran...rumah ku walaupun jaraknya beberapa KM dr ofis tak pulak rasa apa2... internet terus tak dapat ...lewat malam baru tahu ada tsunami dan ribut tAUFAN MELANDA di kepulauan Sumatera dan Samoa....pagi ini baru internet berfunsi semula.

Teringat waktu Tsunami tahun 2003 kalau tak salah , aku dan anak ku yg menyewa di tingkat tiga apartment di Klang boleh rasa macam duduk atas pucuk pokok kelapa..seolah-olah ditiup angin pokok tu melentuk kekiri dan kekanan...ini bangunan batu beb..boleh rasa yang sama..terhayun kekiri dan kanan...Masyaallah. Dan bangunan batu tu bukan ditiup angin tetapi bergoyang mengikut pergerakan bumi di bawahnya!

Teringat penulisan Penulis tersohor Harun Yahaya...bahawa kita berjalan di atas lapisan muka bumi yang paling nipis yang di sebut permukaan bumi dan di bawah tapak kaki kita ada api yang melegak...dan kalau lah kita boleh berfikir sebentar dan berasa gerun .....