Pages

Monday, November 23, 2009

Betulah tu...

SEmalam Sunday... cuti ,walaupun aku tak bekerja makan gaji ,aku pun tertunggu2 juga hari Ahad ni.Hari untuk keluar jalan2 sebabnya kalau suami atau orang lain tak bawa aku keluar berjalan..aku tak keluarlah.Seperti biasa ,pagi suruh siap ,lepas asar baru bergerak.

Jumaat lepas dah ke KLCC....dan baru tahu ada tempat menarik dekat situ, Aquaria KLCC tapi tak sempat nak masuk sebab tutup pukul lapan malam..insyaalllah lain kali.Kat KLCC hari tu asyik betul tenguk wanita2 anggun..berkebaya dan berbaju kurung dari kain yang berqualiti dengan kasut tumit tinggi dan beg tangan yang matching....dalam kepala hotak aku dok calculate how much did they spend on those things....

Semalam last minute suami decided ke D Curve semata2 nak makan....sebab dua orang anak yang ikut pada malam tu tak pernah masuk TG its Friday,my hubby bawa kami makan di situ..sebelum masuk aku dah bagi tahu anak2 makanannya kalau ikut tekak aku tak lah sehebat mana pun tapi harganya memang hebat...dan jumlah orang yang makan kat situ malam tu pun boleh tahan hebatnya.

Amat kata aku suka komplen . Aku...tak lah!Betul!

Kalau aku masuk restoran atau kedai makan atau apa je kedai dalam dunia ni ...aku suka tenguk cara dia orang display atau menghias( AKU PATUT AMBIL ARCHITACTURE INSTEAD OF ACCOUNTING DULU..)....of course aku suka komen bahagian mana yang aku suka bahagian mana yang aku tidak suka...Amat tak suka tapi adik satu kepala dengan aku ... bila dia komen pasal dapur yang tak cantik sekurang2nya buatle seperti di Pizza Hut..BETUL 2x.

Makanan pun dia cakap suka di Barney cuma di TGIF menunya banyak ,BETUL2x dan bila tenguk jumlah yang kena bayar siap cakap...'adik rasa macam buang duit je ,baik beli baju adik ..sambil sebut jenama yang aku tak pernah dengarq .Hhmmm yang tu adik tak buaNG duit ke ???BETUL2x.

SEbenarnya aku pun nak cakap macam tu ,betullah kita ni satu kepala ye dik...

No comments: