Pages

Thursday, November 12, 2009

KEBAHAGIAAN

Kadang2 rasa macam tak adil kalau wanita di cop sebagai kaum lemah yang kurang akal .Tapi kebanyakan masanya kita terima tanggapan tu bukan kerana kita setuju seratus peratus atau apa yang dicopkan itu betul .Kita terima kerana kita tahu kita tidak boleh menang dengan laki-laki kerana sifat ego mereka yang bukan mereka sengaja buat2. Dan kita setuju kerana itu yang mereka mahu dari kita ,senang cakap kita ,wanita yang lembut sikit kena mengalah dan yang keras sikit cakap kena bagi muka sikit kat orang laki-laki ni .

Allah SWT telah mencipta satu kombinasi sempurna untuk kita iaitu pasangan dan kita dipertanggung jawabkan menjaga pasangan kita.Melalui pasangan kita belajar banyak hal dan yang penting sekali untuk memahaminya .

Tak lama lagi usia perkahwinan ku akan mencecah 28 tahun dan baru2 ni ada soalan cepu emas buatku, adakah aku bahagia?

Kalau aku boleh menyoal kamu semula erti kebahagiaan ,apa jawapan kamu? Mungkin aku mendapat jawapan yang berbeza. Kebahagian kamu dan orang lain tidak sama dengan kebahagiaan aku.Mungkin mendapat sarjana satu kebahagian buat kamu seorang penuntut , tetapi untuk kawan kamu yang baru melayari bahtera perkahwinan dengan bahagianya menjawab , mendapat cahaya mata adalah kebahagiaan mereka.

Aku yakin kebahagiaan tersebut bersifat sementara,seperti penyanyi Micheal Jackson yang kaya raya dan popular akhirnya mati dalam keadaan yang paling menduka citakan. Sebabnya? Manusia bernafas , hidup dan bergerak.Manusia melalui beberapa fasa dengan berbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.Manusia mempunyai perasaan yang sangat kompleks ,seperti tidak puas hati,kecewa, benci ,sayang ,marah dan lain-lain yang tak akan berhenti selagi bernafas.

Kebahagiaan ku ,ialah melihat anak2 ku berjaya mengharungi kehidupan dan aku berjaya mengharungi kehidupan sebagai isteri suamiku dan aku berhenti mencari kebahagiaan ? Tentunya tidak sama sekali kerana aku masih bernafas dan kebahagiaan azali masih jauh......

No comments: