Pages

Sunday, November 01, 2009

So boooring...

Kalau nak tahu semalam hari Konvo Unisel ntah yang keberapa.Kalau nak tahu juga semalam suami plan macam nak balik Taiping so excited tapi seperti biasa itu hanya PLAN.

So rumusan yang aku nak tulis ialah sebab aku ingat kan semalam nak berjalan aku tak memasak pun...

Lewat tengahari Amat bawa kawan dia pulang ...so aku goreng keropok lekor jamu mereka.Lewat petang lepas kawan dia balik...suamiku masih tak gerak2 lagi dari depan komputer...aku masih tak memasak sebab dah kenyang makan keropok lekor lagi pun kan suami ada PLAN hari ni...lepas tu suami baring atas kusyen siap terlelap lagi.

Aku masih tak masak kan suami ada PLAN...'mm ,Amat lapar ,masak ape?'

"MM tak masak tapi roti ada, maggie ada, burger ada ,hot dog pun ada."
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Telipon suami berbunyi banyak kali..takut penting terpaksa le gerak...pas tu dia cakap Lim banyk kali panggil ajak keluar makan tapi suami malas.Suami tanya mm nak keluar ke?Mestilah aku jawab YE. Tak Plan .Makan ikan bakar ke...kononnya tak menggemukkan dan tak menggatalkan hidung..tau sangat kalau dengan si Lim ni mesti nak jamu udang dengan ketam K Selangor.

Sebab Amat dah makan dekat rumah kemudian baru isi minyak half tank dia drive jauh2 tempat ikan dah habis. Si Lim pun rupanya dah makan ,suami ku pula mula2 tak mau makan tetapi ubah fikiran bila ikan kerapu kukus dan sotong goreng salut tepung sampai. Atau mungkin dia baru lapar.Jadi aku ngan suami je le yang makan malam tu...UnPlanned.

Sebelum tidur hmmmhmm suami kata esuk pagi lepas bangun je kita pergi Shah Alam.Itu plan dia. Bila aku gerak sebab pagi pun dah tak macam pagi...dia macam ada kerja lainje..talipon sana talipon sini....aku dah macam sooo boooring.Lepas tu tenguk internet nak naik Frazer Hill ,kemudian tak jadi sebab nampak macam tak best je. Bila dia cakap dia nak pergi mana ntah ,aku jawab bila dah betul2 siap baru ajak aku....then aku terlelap sampai zohor....terjaga tenguk suami tengah masak ...so aku pun sholat dan nak elak rasa booooring atau mungkin bersalah sebab tak masak, aku tak kuar bilik...mengadap lap top....

Nah padan muka kau ,suami kuar sorang2 tak ajak engkau!

Dalam hati mengeluh,
Sampai bila le nak paham-paham niiii!!

No comments: