Pages

Friday, December 11, 2009

Dua minggu yang bermanafaat.

Suami baru habis cuti semalam. Rasa macam berkurun je tinggalkan rumah .Apa taknya pokok2 yang kami baru tanam dulu ,ada yang terbakar kerana terdedah pd cahaya matahari terik ada yang layu sebab tanah kering kontang tak cukup air dan banyak juga pucuk2 yang kena patah dek monyet.Entahlah ...macamana nak selesaikan masalah monyet2 liar ni pun aku tak tahu..suami nak tembak je...aku pulak nak panggil pakar monyet buat dokumentari.Aku dah belajar sikit2 sifat monyet ni..dulu orang kata monyet dapat kenal samada orang tu laki2 ke perempuan...kalau dengan perempuan monyet lebih berani tapi aku boleh buktikan teori tu salah.

Monyet ,sama jugak macam anjing dan haiwan lain...terpaksa tunjuk kuat depan lawan. Riak kita mereka boleh baca sama juga kita boleh baca riak mereka. Oleh kerana monyet ni takde senjata nak tunjuk kuat mereka akan tunjuk gigi taring.... oleh kerana saiz manusia lebih besar dari monyet mereka akan serang secara berkumpulan kadang2 dari arah 3 atau 4 penjuru . Mereka guna eye contact dan gertak sama seperti manusia yang boleh baca dari pandangan mata ,kalau nak gaduh kau cuba2 le tenung atau jeling dengan musuh kau tu...sebab aku tak de taring ,aku akan bawa apa saja alat yang boleh jadi senjata seperti cangkul ,parang kayu panjang dll. Kadang2 benda ini tidak cukup untuk menghalau monyet2 tu jadi terpaksa le ambik step kedua iaitu keluarkan bunyi seperti mengasah pisau ,lagi kuat bunyi tu lagi seriau monyet2 tu nak datang dekat..insyaallah.

Hari tu aku berada di Taipng lebih kurang dua minggu...ada a few things yang aku belajar ...pertama; aku dapat tenguk cara orang pasang pelamin, kedua ; aku dapat merealisasi kan idea ku pada hari perkahwinan. Dapat buat satu gubahan dlam bilik tidur ,dapat hias bahagian reception, thanks to anak dare aku dan If yang pergi cari barang2 yang aku perlukan. Arif , adiknya yang nak kawin tahun depan pula minta aku decorate kereta nya pada hari perkahwinan dia ,bertemakan silver and black...aku kata insyaallah.

Ketiga; aku baru paham tentang persediaan perkahwinan ,bukan calang2 kenduri yang boleh dibuat main2...aku rasa kalau aku tuan rumah ...sure dah demam teru

SElepas kendhuri aku dan suami singgah di tempat adik di Manjung tenguk perkembangan sangkar ikannya, Dia masak gulai ikan sembilang pancing sendiri atas rumah sangkar...dengan goreng anak2 ikan kerapu yang tak sempat masuk kolam.....yang setakat ini baru siap enam buah.Gambar ,insyallah akan susur kemudian. Dari rumahnya kami naik bot dengan enjin kuasa kuda lima...its a bit slow , ambil masa 20 minit nak sampai ke sangkar yang actually boleh sampai 5 minit je kalau pakai enjin laju.Kerana waktu sunset sangat indah 20 minit tu tak rasa lame mana pun.

Paling best bila adik buat calculation.. harga benih ikan tolak harga makanan, harga ubat, harga upah dll... sambil minta aku berdoa agar dia berjaya.... kalau 20 000 ekur benih yang dia beli hanya 5 000 ekur yang hidup di jual darab dengan harga pasaran ...pulangan bersih yg sudah di tolak semua kos masih boleh dapat 20k sebulan ... katanya biarlah ramai orang kata dia bodoh kerana berhenti kerja tetapi demi masa depan anak2 nya dia sanggup mengambil risiko...

Hari tu aku rasa gembira sangat dan sedikit sedih bila adik kata aku tak minta apa2 cuma tolong doakan dia.Atas rumah sangkar tu juga aku terus sholat hajat ,walaupun badan ku hoyong hayang sebab air berombak sedikit ,aku mahu berdoa pada Tuhan memohon mudah2an dia berjaya.Dan tak ade apa yang mengembirakan aku kecuali melihat orang2 yang aku sayang berjaya.

Dari Manjung sebelum balik ,seperti biasa suami bawa aku ronda2 Lumut . Di situ juga adik call bagitau berita baik..tanah yang kami pohon dah lulus stage pertama , alhamdulillah. Aku rasa aku boleh jadi petani kot sebab minat aku pada pokok dan bumi,aku cuma minta Tuhan sihatkan aku dan permudahkan jalan ku ,itu saja...Amin.

1 comment:

Azlan said...

upload la gambar kolam paksu mama, nak tengok.