Pages

Friday, December 18, 2009

MACAM-MaCam



Dalam post lepas aku cuma upload gambar bunga ros dalam ais tapi tak sempat nak tulis apa2 sebabnya suasana tak sesuai, ada orang lain yg perlukan komputer berada dekat a ku waktu tu.

Macam sekarang ni aku agak bebas - suami dah pergi kerja ,anak sorang tu dah bertolak pergi jumpa kawan untuk hadiri majlis pertunangan member mereka di Melaka dan yang sorang lagi tu di tingkat atas dengan dunia dia....jadi inilah masa aku boleh mengetip papan kekunci ni .

Bunga ros yang aku bawa dari Johor tu amat galak berbunga .Dulu semasa Mariapan bawa benih tu aku cuma tanam dalam pasu kuranglah sikit bunganya sekarang ni dah tanam atas tanah yang di tambak dengan tanah yang bergaul denagn tahi minyak sawit.Subur betul tanah tu...campak je benih apa pun tumbuh! Bunga ros yg kembang ni hanya boleh bertahan paling lama tiga hari ,kemudian kelopaknya mula nampak layu dan akhirnya akan gugur........ada banyak teknik untuk mengekalkan bunga segar ni dari layu dan gugur .Salah satu dari caranya ialah mengeringkannya dengan menghimpit dengan kertas yang boleh serap kelembapan yg bunga tu akan keluarkan dari proses himpitan tersebut.Dan aku juga pernah tenguk bunga hidup dalam kaca yang tidak merosakkan rupa dan warna asal....jadi kerana sayangkan bunga2 ros tu aku campa mereka dalam air dan bekukan....maka jadi lah ia seperti dalam gambar ini...Segarkan?

Beberapa hari ni aku akan beli barang yang aku nampak sesuai je dgn projek aku. ...sebelum tu aku surf internet dan dari situ aku dapat ilham dan akan mengadun cara aku sendiri....

Nak hias kereta Arif, aku suka kesederhanaan ,bunga hidup sama sekali terkecuali ,begitu juga reben yang terlalu berlebihan....Aku dah beli patung teddy bear(sepasang) dalam pakaian pengantin dengan harga RM 30 ,untuk linkaran bulat pula , aku pilih penutup steering dengan harga rm3.90. Penutup steering ni di buat dari getah keras dan tidak meninggalkan kesan calar pada kereta tu nanti.

Aku hanya perlu tambahan beberapa kuntum bunga plastik dan tali reben untuk pengikat dan penyeri yang aku boleh beli kemudian. Aku mungkin menggunakan belon warna tema untuk tambah keceriaan....tak sabarnya.... nak tahu apa yang buat aku tambah teruja ...aku rasa kos aku hanya dalam linkungan rm50...dan nak tahu berapa harga untuk menghias kereta di kedai ...ia antara rm 200- rm 500 sebuah ! http://www.blooming.com.my/blooming/product_detail.jsp?prodId=101207&catId=100072

Kalai ni aku pastikan yang aku simpan gambar hasil tangan ku..sebb sad to say hasil tangan ku yang dulu ,sape pun tak ingat nak tangkap gambar....la ni nak tunjuk kat orang pun dah tak dapat...apa yang aku dengar ..Zura jiran ada zoom benda2 tu....

Dan selain dok pikir pasal projek Arif ,aku pun dok fikir bila kak ani (mak si Arif) dan Kak miah nak datang tido sini... Dulu dia mention nak datang nak beli barang pengantin.. aku pulak terlupa cuti krismas ke cuti tahun baru cina hmmmm..bukan apa aku risau suami tiba2 je nak ambik cuti nak melancung, atau senang cakap nak ikut anak melancung, ade2 je abah ni lepas tu ank pulak suruh maknya ikut abahnya sekali...ghisau2...c

Aku tak tahu bila budak rmc balik ke rumah... kalau abang Amat ada kat rumah aku mungkin tak risau sangat tapi anak sulung aku tu dah dapat tawaran kerja pada hari Isnin ni...Alhamdulillah,syukur banayk2 pada Tuhan...sekurang2nya dia dapat tawaran kerja terus di tempat yang dia nak buat praktikal tu. Ingat pesan mama ...buat diri sendiri bernilai barulah orang anggap diritu bernilai! Dalam dunia ni tak de satu benda yang free abang oi...kalau rasa nak bermurah hati nak tolong orang ,suruh bayar service abang tu dulu dan duit tu abang bagi pada orang yang betul2 perlu... pahala pun dapat ATAU bagi je kat mama ni...boleh juga mama tambah saham.Serius niii....

Okelah ,mase untuk kemas rumah....

No comments: