Pages

Tuesday, December 21, 2010

Keluarga hj hashim



Satu keistimewaan yg ada pada adik-beradik ku ialah bila kami berkumpul ,kami suka bercerita ,mengutuk ,gelak dan kadang-kadang merancang sesuatu. Idea untuk mengadakan hari keluarga atau family reunion ini timbul dari keluarga Pak Jang ,kalau tak salah idea sebenar mungkin juga dari anaknya atau orang lain,aku kurang pasti tetapi pertama kali disampaikan oleh Azhar anak Pakjang Din.
Rumah aku memang sesuai sebab ada kawasan yang luas dan jauh dari makhluk asing kecuali beberapa spesis binatang macam kera.lotong ,anjing ,kucing dan ayam.

Adik-beradik ku sebenarnya lapan orang tetapi seperti yang aku duga keluarga abang sulung tak datang sebab banyak sangat alasan tetapi satu alasan yang aku pasti dia mungkin malu pada dirinya sendiri.
Itulah hidup di dunia ini jangan suka sombong dan melepas cakap nanti diri sendiri yang rasa terpencil. Namun Alhamdulillahlah berita terakhir yang aku terima dia dah balik jenguk bapak dan mak de setelah kesekian lama menjauhkan diri.

Dari mulut keluarga yang hadir ,mereka berpuas hati dan gembira dengan agenda pada hari itu. Permainan di sebelah siang,BBQ dan karoake di sebelah malam. Makanan pada waktu itu sungguh lumayan, Satey ayam,chicken wing .ketupat dan rendang dari Makngah,daging kambing ,kek coklat ,jeli kelapa dari Makjang, agar-agar coklat dan keria dari Makcik .











Siang tu kami main futsal yang dibahagikan kepada enam team dan setiap satu team ada enam pemain.Sungguh memenatkan tetapi sungguh enjoyable!Kanak-kanak bawah umur main bowling ! Malam pula ada acara kemuncak iaitu suami make-up pasangan masing2 .Setelah berkumpul beramai2 begini baru aku tahu rupa2nya banyak bakat terpendam pada hari tu ~siapa yg ada bakat bermain bola begitu siapa yang mempunyai suara yang sedap .Hmmm ...dan bakat menyolek.

Oleh kerana aku sudah tua dan anak-anak saudara semakin ramai maka banyaklah nama-nama
yang aku kurang ingat terutama yang lahir dihujung2 usiaku.Jadi pada hari itu nama-nama mereka telah di daftar maka aku listkan di sini supaya lain kali aku boleh ingat.

Anak-anak Pakngah Nan dan Makngah Bariah terdiri dari Hafizuddin, Hanif Zakwan,Hadzrin Husaini,Hamiizan dan Hishamuddin.Anak2 Maklang Pah dan Paklang Shariff ialah ,Shaiful, Shafuan dan Shuhada.Anak2 Pakjang Din dan Ummie terdiri dari Azhar, Marliana, Farra dan Shuhaili. Keluarga Pakteh Shukur dan Makteh Za terdiri dari Ashraf, Atiqah,Diyana dan Mohd Arif .Keluarga Paktam Rahim dan Mak tam Zan terdiri dari Muhd Arif ,Nurzakiah dan Nur Afiqah. Keluarga Pakcik Dolah dan Mak cik Ati terdiri dari Alia,Sarah .Taufik.Nurul Ain .Amir dan Aishah. Keluarga Mak su Lina dan Paksu Kamarul terdiri dari Sofea dan Haziq.Anak-anak Paklong Jamil dan Maklong Laily ialah Shidah ,Liza dan Rizal.(tidak Hadir)

Akhir sekali ,mudah2an hari family ini akan berterusan sehingga ke generasi akan datang sebagai mengeratkan talian persaudaraan di dunia yang semakin moden dan penuh cabaran ini.Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, December 13, 2010

Phuket

Heello kat sana ,aku kat Phuket niiii!

Sebenarnya aku dah ada kat Malaysia.Baru saja balik dari Phuket yang nyaris2 tak dapat pergi ,sebab tarikh mati pass port aku tinggal 5 bulan yg sepatutnya kena renew paling kurang 6 bulan awal.

Aku memang dah redho kalau tak dapat masuk sebab dalam hati memang ada perasaan rasa tak mahu ke situ kononnya tempat tu macam tak bagus sangat,macam tempat banyak maksiat...aku cuma berserah bulat2 dan entah lepas staff Air Asia tu talipon dan tanya aku beberapa soalan ,akhirnya aku dapat masuk dan terbang ke Phuket dan membuka mata ku.

Tempat itu mempunyai pantai yang indah.Penduduknya ramai orang Muslim .Manakala ramai pelancung dari negara Eropah....Aku buat rumusan ku bahawa maksiat di pekan2 seperti Patong dan Karon seperti air laut manakala orang Islam yg tinggal di pinggirnya masih kuat akidah seperti minyak ,Insyaalllah tidak akan bercampur kecuali mereka yang datang seperti air hujan yang tumpah ke dalam lautan air garam..ia akan bercampur juga jadi masin.

























Mahu tahu lebih kisah kami di Phuket sila baca blog anak perempuan ku di link ini.

http://nodee.wordpress.com/2010/12/13/phuket-phiktures/

Thursday, November 18, 2010

Hari convo anak ~21 Nov

Dulu hari konvo anak yang ke dua di UPM.
http://naha-ragammanusia.blogspot.com/2010/10/sekitar-convo-upm11102010.html


Dua hari lagi konvo anak yang no satu pulak di UNISEL dan semestinya aku tak mau ketinggalan nak buat persiapan hari kejayaan anak aku tu...orang dah bergelar sarjana.Macam biasa lah tak sah kalau tak gubah hadiah ,kali ni dah tak mau pakai patung tedddy sebab banyak sangat orang pakai. Kali ni pakai soft toy yang bentuk empat segi ada kaki dan tangan tapi tak der hidung ala2 katun sponge tu. Patung ini warna merah bukan kuning .

Anak aku no 2 tu dah ambil balik kemeranya jadi aku terpaksa pinjam kamera orang lain pulak untuk ambil gambar hasil tangan aku ni...huh bila la aku nak beli kamera murah untuk diri sendiri.

Tuesday, November 16, 2010

Mana Contoh dan Nasihat yg Baik....

Hai dunia aku mengaku diri aku ada masaalah. Aku tak dapat berbincang hal sepele dengan bagus bersama orang itu hingga ke hari ini. Aku sukar membuat orang itu berhenti walau sesaat untuk mendengar dan menilai secara baik apa yang hendak aku katakan apatah lagi untuk mendengar semua isi hati aku. Mudahan orang itu akan paham aku walau suara aku tidak dapat keluar dari kerongkongan .

Semua orang ada masaalah. Kita boleh memilih apa yang kita suka dan tidak suka untuk diri sendiri tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain munyukai pilihan kita, idea kita. Kita boleh memilih kawan tetapi kita tidak boleh memilih keluarga . Keluarga seperti serumpun pokok dan dari serumpun itu tumbuhnya juga tidak sama panjang tidak sama besar.

Apa mahu mu sebenarnya? Memotong rumpun yang panjang agar sama rata pendeknya.Kamu risau ,aku juga risau.

Mahu gunakan suara ku sebagai tukang penyampai ,sudah. Mahu bangkitkan amarah mu padanya pun sudah. Mahu di pinjamkan telinga ku untuk dengar semua kejelikannya juga sudah. Lagi apa mahu mu dari aku ?

Mengapa tiada penasihat di sini ,aku perlukan penasihat ....

Monday, November 08, 2010

Kenapa Risau

Sejak anak dah besar-besar kami susah sangat nak berkumpul satu keluarga ,ada je yang tak dapt cuti atau ada hal lain.Deepavali ni semua orang balik jadi kami raikan hari berkumpul bersama sedikit istimewa macam makan malam di Secret Recepi Kuala Selangor,dan bermalam di Royale Bintang,KL sambil shopping kat Bintang Walk.

Seperti biasa tempat kegemaran abah ialah Low Yat (ejaan nya betul ke tidak aku kurang pasti menandakan aku orang yang paling tak gemar tempat tu) tapi anak-anak semua rintik cuma aku je ya bukan borek.

Pertama kali aku tak membeli untuk diri sendiri cuma melayan Ayum beli jeans di PDI..lepas tu aku lihat muka adik jadi kelat sebab dia belum dapat apa yg dicari.Oh ya aku beli anak patung dooodolls warna merah yang bermulut putih menyeringai~ seperti sedang senyum lebar .Nak buat hadiah convo anakku Amd Shah pada 20 Nov ni.Mahal juga harga anak patung ni ,sebab mahukan kelainan beli jugalah.

Malam tu kami berpecah ,budak laki2 balik ke hotel awal sebab nak tengu perlawanan bola di Astro. Abah pula lepak kedai mamak minum teh tarik sambil tunggu kami. Tapi Anak daraku macam dah letih nak terus pulang jadi aku risau dia jalan sorang2 ikut sekali. Tinggallah abah sorang2 berface book tru mobil phone di kedai mamak sambil dengar muzik.

Lepas sholat dan tenguk bola ngan anak2 kami semua tidur. Dalam pukul 2.30 pagi terjaga tapi abah belum balik ,aku tak risau lagi sebab abah mamang selalu tidur lambat. Tapi bila dua jam kemudian pun tak balik lagi aku jdi risau begitu juga anak perempuanku yg baru terjaga. Kami panggil,hand phone berbunyi tapi tidak ada jawapan.

Aku bangun sholat tahjjud dan terus tak boleh tidur ~hantar mesage suruh abah bals segera sebab kami dah risau~ dlm pukul 6 pagi baru abah call kata dia tertidur dalam kereta dan tengah menuju ke bilik ...

Masa abah tak balik aku takut abah kena samun dengan gagak hitam ke, atau abah gi masssage dan tertidur atau abah kena pukau ke sebb pukul 5 pagi ada ke kedai yg beroperasi sampai 5 pagi kecuali kedai makan MC D ,7 Eleven tapi yg penting abah tak ngantuk ke ..

Wednesday, November 03, 2010

25 tahun Sime Darby Reward

Bulan November ni ada beberapa perkara penting yang aku tak sabar nak tunggu selain darai Hari Deepavali, Raya Haji, Hari SPM , Hari Konvo anak ku Ahmad Shah, ada satu hari untuk suami ku iaitu hari 25 tahun bekerja dengan Sime Darby. Untuk pengetahuan Sime Darby akan meraikan pekerja yang setia dengan nya iaitu 20 tahun,25 tahun dan 30 tahun service~mudah2an sempatlah service yang terakhir tu.

5 tahun dulu dia pilih hadiah set rantai,gelang ,subang dan cincin emas Habib Jewels yang sampai sekarang aku masih simpan. Tahun ini aku tak tahu apa yang dia pilih kerana suami masih berahsia. Kalau aku tanya lebih-lebih nanti tentu dia nampak ada logo duit dalam biji mata aku so aku terpaksa berdiam diri lah namun aku harap dia akan pilih emas 999 .. aahh,mungkin juga kali ini dia akan pilih untuk dirinya pulak seperti jam tangan atau kamera yang bernilai tiga ribu tu....cuma aku fikir bila rosak memang akan hilang value 3 k tu...sedangkan emas aku 5 tahun dulu dah naik nilainya berkali2 ganda.

2 tahun lepas kata kawanku yang suaminya mendapat award , occasion tu di buat di hotel mewah dah lupa nama hotel tu tapi sebab kami tinggal di area Selangor iaitu dekat dengan KL ,mungkin juga tiada penginapan . Kebiasanya kalau ada meeting di KL,suami akan tumpang bilik kawannya yg datang solo jadi firasat ku mungkin juga aku tidak dapat ikut ~ sedih sekejap.

Oh ya ,esuk dah cuti Depavali ,semua anak aku akan balik ..jadi hari ni aku kena pergi market untuk penuhkan peti aisku dengan makanan hehe, Happy Depavaliiii to all!

Thursday, October 28, 2010

KKJ road trip

Gambar ni yang sedang melompat ni ketika kami bersedia nak bertolak ke Sabak Bernam~sempat lagi ambil banyak aksi lompat melompat depan rumah .


Ya ,Tajuk kali ni agak dah basi sikit ceritanya..tapi aku rasa aku patut juga tulis sebagai satu dari cerita2 yang menarik yg patut aku kenang nanti. Mula2 aku tak tahu apa yg dimaksudkan KKJ road trip yang di tulis dalam face book geng anak perempuan aku ni. Bila ditanya baru tahu KKJ bermakna kitew kitew jew...nama blog kumpulan mereka.

http://kitewkitewjew.wordpress.com/

Dari mula aku dah tahu anak perempuan aku nak buat road trip ngan kawan-kawannya tapi yang aku tak tahu bahawa aku dapat ikut sama. Semua terjadi bila abang dia yang sulung tu pun tak malu nak ikut ,lepas tu kereta yang pada mulanya dua buah dah penuh terpaksalah macam tukar plan kena bawa MPV yang lebih besar , akhirnya dah terlebih bangku pula yang boleh sumbat abang yang no dua dan adiknya akhir sekali aku pun boleh sumbat sekali.

Mula tu rasa berat juga nak pergi sebb i the only emak(tua sikit) among 12 orang budak remaja setelah benar-benar dapat keizinan dari suami 100 %,itu pun lepas explain dengan jelas why i should go ..barulah dia bagi...dan siap dapat duit saku seribu ringgit lagi.

Trip bermula dari rumah aku pada hari Juamat kalau tak slah 14 hb,dari Batang Berjuntai petang tu kami bertolak ke Sabak Bernam. Satu jam setengah sampai di sana kami disaji dengan makanan yg banyak siap ada ayam dan ikan panggang lagi.

Lepas makan budak2 ni boleh lagi main badminton di halaman rumah kerana apa taknya halaman rumah AStiq ni besar siap bersimen, sebiji macam gelanggang badminton.

Ada sesuatu yang aneh pada Gambar yang ditangkap pada waktu malam di depan rumah Atiq banyak tompok2 putih dalam gambar ~ perlu cari penjelasan .

Sebelah malam waktu tidur memang best. Rumah ni berlantaikan papan di tingkat atas penuh dengan karpet dari dinding ke dinding, bila dihamparkan tilam dan toto dan masing-masing baring mengadap TV(yang ada dua buah) sungguh santai.Tapi aku .miah dan anak dara aku tidur dalam bilik.

Esuk pagi macam biasa sistem siapa bangun dulu dia dapat masuk bilik air dulu .Salin baju ,sarapan dan akhir sekali sesi ambil gambar yang memakan masa berjam-jam.

Dalam blog ni aku nak ucap terima kasih pada tuan rumah keluarga Atiqah yang penat lelah menyediakan makanan dan tempat tidur juga bekalan semasa kami nak bertolak ke Kota Bharu pada keesukan harinya. Aku rasa time table selalu delay sebab sesi bergambar bukan sesi make-up.Yang bagusnya mereka ni semua camera concious tak yah suruh tahu je macamana nak posing.

From Sabak Bernam ke Kota Bharu ambil lebih kurang 5 jam~500km. Kami berhenti sekejap makan dan sholat di Gua Musang dan teruskan perjalanan ke rumah Miah.

Terlerai rasa rindu untuk ke Kota Bharu~sempat pergi Golok lagi untuk membeli-belah barang Siam.Kagum tenguk orang-orang Melayu Kelantan yang berjaya dengan business serunding ,keropok ,murtabak dan lain-lain. Dan oh ya ,lori balak pun tersangat lah banyak di sana~tak tahulah samaada harga papan lebih murah atau tidak.

Lepas tidur semalam dan bershopping sakan di Kota Bharu ,malam baru kami bertolak ke Kuala Trengganu lebih kurang 1 jam setengah waktu perjalanan. Tidur di home stay dekat dengan pantai buruk. Biliknya besar dan bersih siap ada peti ais dan TV astro lagi~harga pun tak mahal.

Kat sini juga nak ucap terima kasih pada keluarga Miah atas kesudian menyediakan tempat tidur dan makan-minum di rumahnya.

Gambar di atas di rakam pada waktu pagi sebelum bertolak ke Rantau Panjang. Kalau diperhatikan betul-betul ada juga terdapat beberapa tompok putih yangdapat dilihat dalam gambar .Dan penghuni rumahnya,Miah bagi tahu lokasi ni agak keras~ no komen buat masa ini.

Di pantai buruk makan malam and breakfast berbayar~ no more free sebab tak ade penaja.Pagi tu budak2 beli sarapan dan bawa ke pantai untuk berkelah. Bila dah jumpa pantai surelah ada yang tak boleh tahan kan ~ kebanyakan semua main air kecuali Rased ,Miah dan aku jer yg kering...aku tak tahu kenapa mereka bersungguh nak tarik Rased masuk air tetapi tak berjaya, Dan aku juga tak tahu kenapa Raased bertahan giler tak mahu masuk air ~kecuali alasannya tak mahu baju nya basah sebb dia terus nak balik Melaka..hmm. Dan Miah pula?

Lepas main air laut dan kenyang sarapan kami semua balik bersiap untuk bertolak ke distinasi terakhir iaitu Kuantan rumah Pijah. Jauh juga dari Kuala Trengganu ke Kuantan~lebih kurang 5 jam juga .Walaupun jauh tetapi berbaloi sebab banyak permandangan yang menarik seperti loji petronas yang besar dan pantai yang indah.Sampai Kuantan dalam pukul 8 malam agaknya~lupa tenguk jam tangan.

Lepas mandi sholat dan makan ~ budak2 berbincang lagi samada nak tidur rumah Piajh atau terus balik. Aku no hal sebab aku tak kerja tetapi tanya mereka yang ada hal. Akhirnya keputusan muktamad semua setuju mahu teruskan perjalanan.Dekat sini juga aku nak ucap terioma ksih pada keluarga Pijah kerana bersusah payah menyediakan makan malam buat kami.

Lepas rumah Pijah ~ kami berhenti di genting Sempah untuk tukar passengger dan alih barang sebab masing-masing mempunyai haluan berbeza. Lepas mereka berbual dan berpeluk2 ada yang nanges kami teruskan perjalanan dan sepanjang perjalanan tu aku tertidur dalam aku dok berwirid dan berdoa agar kami semua selamat sampai ke distinasi masing-masing dan terjaga bila kereta berhenti depan rumah Sabirin di Shah Alam...Alhamdulillah.

Dari mula bertolak sampai lah balik~aku rasa macam tak kering gusi melihat telatah budak2 ni.. Aku buat rumusan bahawa perjalanan jadi menarik sebab masing-masing bertolak ansur atau flexible mudah runding dan buat keputusan.

Melihat telatah mereka seperti melihat diri aku suatu ketika dulu.


Nota~ Kumpulan 13 orang.Kenderaan ,sebuah Honda Civic dan Naza MPV. Bayaran ,9 orang @ RM100 n 4 orang @ RM 90. Penginapan berbayar~ semalam di Pantai Buruk KT. Makan malam,tengahari dan sarapan di Trengganu. Seatelah di tolak semua kos dan duit petrol. Baki yg tinggal lebih kurang RM 25 dan baki itu diserah pada Miah yang terlajak ambil cuti tambahan satu hari.

Saturday, October 23, 2010

Hari Re-Union Suami.

Semalam ,tidur ku tidak di temani apa-apa mimpi...jadi pagi ini aku bangun dengan rasa aman dan tenang. Malahan aku tak sabar kerana aku tahu aku akan keluar bersama-sama anak-anak ku. Pertama kerana mahu menemui anak bongsu dan kedua nak cari rumah sewa abangnya yang akan mula bekerja awal November ini.

Suami bangun pukul 4 pagi sedangkan aku set alarm pukul 4.30 pagi.Semalam aku masuk tidur pukul 12 jadi sementara mahu menunggu driver suami muncul pada pukul 5. 30 pagi aku sudah teramat mengantuk.

Aku tidak tahu apa yang berlegar dalam kepala dan hati suami ku ketika mahu berangkat .Aku cuma tahu sudah hampir 6 tahun suami ku tidak ke Pontianak. 6 tahun bukannya lama kalau dibandingkan dengan 20 tahun aku tidak ke Kelantan hehe.

Semasa injin jip dihidupkan dan suami melangkah keluar dari rumah ...aku seperti biasa mahu bersalaman dengan suami tiba-tiba suami menghulurkan pipinya supaya aku menciumnya~masyallah baru aku tersedar kalau dulu di Johor aku selalu melakukannya setiap kali suami mahu ke ladang tetapi di sini jarang sekali sebab suami sudah pakai driver dan mustahil aku dapat melakukannya kecuali mencium tangannya.Tiba2 je rasa sayu pula.

Apa-apa pun aku cuma berharap suami ku gembira dapat berjumpa teman-teman pada re-union PT-SIA malam ni .

Jaga diri eluk2 Babah ,mudah2an Allah sentiasa mengawasi dan menjaga perlakuanmu.

Saturday, October 02, 2010

Ragam~bongkak

Manusia kadang-kadang apabila bertutur dengan orang depan tidak memandang siapa yang ada di tepi dan belakangnya kecuali dia memang niat menyindir seperti aku yg sekarang mulut agak jahat kerana suka menyindir mak mertua( tabung dosa ku semakin berat).Namun aku cuma berharap ia sebagai rutin untuk menebalkan cuping telinga supaya tahan panas,sebelum kami di jodohkan hidup satu bumbung.

Perkataan kiasan kadang2 memang sesuai dengan espressi tetapi kalau kiasan itu boleh menambah kejengkelan amat buruk bunyinya...tetapi yang aku nak cakap ni ialah bukan buruk orang yang di cakapkan itu tetapi perangai buruk orang bercakap tu.

Bila Allah kurniakan kamu mempunyai kulit yang mulus sanggupkah kamu menunjukkan keburukan kulit orang lain dengan berbagai2 espressi seperti memek muka dan kata2 yang betul tetapi menyakitkan kalau didengar orang tersebut?Yg paling penting , pernahkah kamu berdoa apabila melihat wajah mu di cermin dengan memohon Ya Allah sempurnakan peribadiku seperti kamu sempurnakan wajah ku?

Dan bila kamu rasa seperti kamu tinggal di bandar jauh lebih moden dan pandai dari orang2 yang tinggal di kampung dan seperti kamu menghina orang kampung semuanya bodoh dan miskin. Dan bolehkah aku yang mewakili orang kampung berdiam diri apabila melihat banyak kejengkelan yang datang dari orang bandar? Dan bila hal harta walau pun tanah kampung kamu jadi tamak.

Walau orang itu pekak kamu tidak boleh panggil dia si pekak, atau si buta untuk orang buta atau si gila untuk orang yg mempunyai masaalah jiwa. Pnggil mereka dengan nama mereka ,insaf bahawa orang itu mungkin juga kamu dan bersyukur kerana mereka bukan kamu....

Tuesday, September 28, 2010

Ragam~Hati Batu

Hari ini aku dikejutkan dengan satu lagi message kematian dari Mak su. Dua hari lepas Abag Mid (abang dua pupu ku) pulang ke rahmatullah kerana sakit semput dalam usianya dalam enam puluhan ,kalau tak salah. Tapi hari ini anak perempuan dari abang sepupu ku pulak meninggal dunia.Umurnya baru 24 macam tu. Dia sering sakit kepala dan minggu lepas tiba2 dia demam dan dibawa ke hospital ~rupa2nya dia mengalami bengkak otak~tempurung kepalanya dipotong tetapi dia tidak dapat diselamatkan.

Dia seorang anak yang baik ,mudah2an Allah cucuri rahmat atas rohnya.

Sebenarnya aku nak cerita pasal abang pupu ku ini.Ini adalah kehilangan anaknya yang ke dua~dulu anak laki2nya mati accident dalam perjalanan ketempat kerja.Ujian Allah SWT dia mendapat sedikit pampasan .Manakala anak perempuannya ini sudah berhenti kerja kerana mahu menolong ibunya menjaga budak di rumah @ baby-sitter.Kasihan Kak Nah ,mudah2an dia lulus ujian Allah ini dengan flying colors.

Abang pupu ku ini sewaktu kecilnya banyak dipelihara oleh nenek kerana waktu itu mak cik berpisah dengan ayahnya kerana tak tahan tinggal jauh dari orang.Lepas bercerai ,mak cik kahwin lagi dengan seorang duda anak dua dan mempunyai 5 orang anak dengan duda tersebut.Bila bapaku pencen dan pulang ke kampung tinggal bersebelahan rumah nenek semua orang anggap abg pupu ku ini anak bapa ,kerana dia sebaya dengan dua orang abangku.

Setelah suami mak cik yang baru meninggal ,mak cik pulang tinggal terus dengan nenek bersama semua orang anak2nya termasuk lah abang pupuku yang ketika itu baru habis MCE dan kemudian mendapat pekerjaan diLembaga padi dan beras negara di Kedah sehinggalah dia berkahwin dengan Kak Nah . Akhirnya Abg Ri pulang dan tinggal di Parit Buntar yang tak jauh dari kampung halaman iaitu Kuala Kurau.

Tetapi ini semua cerita 15-20 tahun dulu...

Baru-baru ni lepas Mak cik meninggal dunia keadaan menjadi sangat berubah~tanah sekangkang kera dan rumah yg berdinding dan lantaikan papan peninggalan arwah mak cik menjadi punca persengketaan adik-beradik dan telah mengheret bapa sekali sebagai abang arwah.

Entah kecil hati atau marah sampai tidak mahu bersalam apatah lagi bertegur sapa dengan adik2nya dan juga bapaku. Kahwin anak nya tidak di jemput sehinggalah kepada kematian...berita hanya dapat tahu dari jiran dan taulan.

Kata salah sorang dari adik2nya ~badan abag Ri kurus dan cengkung hampir tidak dapat dikenali~masyaallah apakah sampai begitu sekali dia membiarkan api kemarahan dan sakit hatinya sehingga menjadi racun yang memakan diri.Cobalah belajar untuk MEMAAFKAN dan insyaallah semoga timbul semula nur dalam jiwa.

Friday, September 24, 2010

IPM re-union.


Hari ni pakai digi broadband sebb streamyx dah kena potong biasalah ...suami dah pandai, sediakan lilin kalau elektrik terputus.Sediakan broadband prepaid bila telekom potong line internet.

Hari ni Alhamdulillah dah selesai puasa enam ...tinggal puasa nazar pulak ,harap2 dapat buat secepat yang mungkin.Tentu nak tahu nazar apakan? Nazar kerana anak2 berjaya ,anak no satu ,no dua ,no tiga ,no empat dan insyaallah no lima setakat ni dua orang dah berjaya . Malu pada Tuhan sebab banyak meminta dari memberi ....dan inilah salah satu cara mengucapkan syukur atau terima kasih pada Allah SWT.

Esuk adalah hari reunion ex IPM yg sekarang diberi nama KPM ~kolej professional MARA..tak sabarnya nak tenguk member2 lama.Malu pun ada sebab muka dah berkedut ,haha ...tapi still excited.

Thursday, September 16, 2010

Angin Perubahan

Pagi tadi aku set alarm pukul 5 pagi..kononnya nak bersahur kemudian tak mau tunggu masuk sholat subuh lama2. Tapi bila aku bangun ...aku terpaksa menyerongkong dalam jamban agak lama jugak ,lepas tu buat sholat sunat .Sedang aku berdoa di masjid orang dah bang subuh jadi tak sempat aku nak sahur....yg tak syok minda aku dah mula set angka 50-50..maksudnya dlam jangka terdekat aku terpaksa buat keputusan jadikan 100 %.

Lepas sholat subuh aku yakin aku akan puasa hari ini tetapi yg best nya bila mak cik sebut hari ini dia teringin nak makan roti canai aku rasa simpati pulak sebab aku tahu suami aku baru jer masuk tidur begitu juga anak jantan aku ...so bila apak,suami mak cik yang dah tak kuat berjalan pun masuk baring dalam bilik aku terus ajak ,jom lah mak cik kita pergi sementara ada orang di rumah dengan apak.

Aku pun bersiap dan kali ini aku lihat mak cik pun dah tak macam dulu nak tukar pakaian cantik sebelum keluar.Bila dia cakap dia nak keluar pakai macam tu ,baju kurung dan kain batik aku jawab aku tak kisah tetapi dia tetap beri tahu suaminya dia nak keluar dengan ani nak beli roti canai,susu apak dah tersedia atas meja....hari ini aku makan roti canai di restoran bismillah dengan mak cik dan order 5 keping bungkus untuk dibawa pulang.

Petang nanti dia nak pergi rumah shahrin-tun dan mungkin rumah adiknya . Aku tak kisah asalkan di rumah ada orang teman apak .

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Satu Malaysia

Nak up date blog tapi dalam bulan puasa selalu mengantuk ~ hari ini puasa enam.Berbuka dengan banyaknya dan sekarang rasa terlalu mengantuk tetapi nak tulis juga sikit ,masih di Taiping dan esuk cuti umum satu malaysia,jadi saya ucapkan ~ selamat satu malaysia n gd night....

Sambungan~
Alhamdulillah panjang lagi umur aku sehari . Hari ni 16 Sept ...Hari Satu Malaysia diambil sempena pegabungan negeri Sabah dan Serawak dalam tahun ...aku kurang menghafal tarikh dan tahun bersejarah nanti aku google.

Manusia kadang2 terpanggil untuk menoleh kebelakangan walaupun sedang melangkah kedepan.Boleh tapi hati2 jangan sampai tak nampak lubang atau longkang di depan takut jatuh tertonggeng pulak...Betapa rindunya hati mau Malaysia jadi Semenanjung Tanah2 Melayu semula.

Friday, September 03, 2010

Islam is still the best

Manusia akan jadi karut marut kalau bukan kerana Islam ...tenguk saja orang Kristian,Paderi besarnya dah mula melatah nak bakar kitab Quran beramai2...kata paderi biul tu kitab Quran kitab Syaithan. Tenguklah propaganda orang Barat menjadi Islam itu terroris,mereka putarkan erti mati syahid yang paling mulia di sisi Allah sebagai yang paling hina di mata manusia.

Aku cuma nampak orang2 kafir laknat semakin TAKUT dengan kebangkitan ISLAM sehingga tak nyenyak tidur selagi tak musnahkan ISLAM.Aku cuma nampak elaun paderi mungkin kena potong dengan Zionist sebab ramai pengikutnya mula mengenali Islam dengan cara yang betul.

Ramai terkejut bila tenguk U tube ~ada orang mencampak binatang hidup2 ke dalam sungai yang berarus deras,ada yang memijak dengan tumit kasut sampai mati dan ada juga yang buang dalam tong sampah bertutup.Islam melarang manusia berlaku zalim kepada binatang.Mengurung binatang tanpa memberi makanan adalah satu kezaliman yang berat apatah lagi sengaja membunuh binatang tanpa satu sebab yang munasabah.Ya, Islam untuk mengajar kita jadi mulia dan sempurna...

Islam agama yang menunjuk kebenaran ,semakin ramai manusia menkaji Islam semakin ramai pula akan memeluknya~ di Amerika saja sudah mencecah 1.5 juta yang memeluk ISLAM. Kerana orang Amerika ni jenis yang suka mengkaji dan membaca begitu juga di negara2 Eropah yang lain ...angkanya semakin meningkat...Alhamdulillah.

Untuk manusia yang menghayati Islam,agama yang indah semestinya melahirkan manusia dengan sifat yang indah juga ....bukan seperti manusia yang senang2 buat bayi dan buang bayi dalam tong sampah ,dalam sungai dan di mana2 saja mereka rasa nak buang.Sampai ke saat ini aku tak dapat nak buat rumusan JENIS apakah mereka ini.Apakah mereka jenis yang tak berpelajaran sehingga mereka tak tahu apa akan jadi sewaktu buat sex dan selepas buat sex....

Dan yang aku pelik tu kenapa tak menikah dulu baru buat sex kenapa terbalik nak buat sex dulu baru nak menikah itu pun kalau rasa nak menikah sebab rasa bertanggung jawab pada perbuatan terkutuk tu tapi tiba2 jer tak rasa apa2 pun,SAH NIKAH atau RUKUN NIKAH amat mudah, WALI, 2 ORANG SAKSI ,AKAD NIKAH ,JURU NIKAH dan MAS KAHWIN yg TAK MEMBEBANKAN... tetapi sebaliknya lain yang berlaku dan Allah melaknat mereka di dunia lagi kerana mereka mengaku mereka Islam sedangkan Allah tidak mengajar yang sedemikian di dalam kitabNya.Mereka malu dan takut pada hukuman manusia sedangkan hukuman Allah lagi azab iaitu api yang menyala dan bahan bakarnya ialah manusia seperti mereka.Cuba le cucuh api ujung jari tu dalam 10 saat , melolong tak?.

Lagi sekali siapalah aku dan orang2 seperti ku untuk menegur kamu sebab kamu ada Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.Cuma janganlah kamu olok2kan Tuhan kamu kerana di dalam Kitabnya Dia Berfirman orang2 seperti kamu sama seperti orang Munafik yang berkata aku Islam dan aku percaya tetapi perbuatan kamu sebaliknya.

Dalam aku dok membebel ni sebenarnya aku sedang memperbaiki diriku sendiri.Walaupu aku sholat dan berpuasa sejak aku remaja lagi tapi entah cukup atau tidak ,aku tidak ingat. Dan aku mula bertudung rapi ketika anak ku yang ke lima berumur kalau tak salah 4 atau 5 tahun....Dan ketika aku tak berkerudung itu ...aku rasa seperti orang tidak berdosa sedikit pun kepada Allah.

Aku di sekolahkan di Convent dulu, mungkin kalau aku di sekolahkan di sekolah agama ,aku pasti bertudung labuh dan mengahwini seorang penceramah agama.Aku tak salahkan ke dua ibu-bapaku kerna mereka ketika itu cuma tahu peluang pekerjaan untuk anak2 yang pandai Inggeris lebih cerah dari yang tidak~mereka lakukan dengan niat baik.Alhamdulillah aku selamat mengharungi zaman remaja ku.

Di sini aku nak berpesan pada anak2 ku pada orang2 remaja ,carilah pasangan yang baik~jauhilah sifat munafik. Jika kamu kata kamu Islam,buktilah dengan perbuatan kamu.

Wednesday, September 01, 2010

SUNGGUH COMEL DAN MURAH.........



CLICK HERE....
http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/08/gubahan-bunga-reben.html

Dah Nak Raya

Dah tinggal kurang 10 hari lagi untuk berpuasa(sedih )

Aku masih belum buat biskut lagi ~entah kenapa semakin malas nak buat biskut ~bila malas datg otak pun bercakap macam ni... membazir duit la ,bukan eluk untuk kesihatan pun makan manis2 ni... baik buat laksa 1st Raya ,popiah goreng inti otak2 ke atau inti sayur atau samosa ke..

Masaalahnya boleh ke buat sebb raya nanti tentu aku nak berjalan sana sini dari tunggu rumah.Pandai pulak cari biskut yg sedap 2 nak makan ,tak aci ... tak leh jadi ni aku kena buat juga biskut malam ni jugak!

Suami pulak belum buat keputusan berapa hari nak ambil cuti ,bila nak mula bercuti~ entah2 malam ni dia ajak balik kan terbantut cita2 aku nak buat biskut.... susahlah nak buat plan kalau ikut kepala suami~akhirnya nanti ada yang rasa tak puas hati...

Dan seperti biasa aku kena siapkan duit raya note RM 10 ,RM 5 ,RM 2 and RM 50~ ikut pangkat ~ramai dah anak buah yg bekerja tahun ni, temasuk anak sendiri sambil terdengar muzik gembira di cuping telinga....

Mudah2an tahun ini sempat mohon maaf dari orang2 yg banyak aku buat salah,mudah2an orang2 yang pernah aku sakiti atau aku buat salah sudah memaafkan aku lama dah. Mudah2an aku tiada berhutang dengan sesiapa pun di dunia ini cuma hutang aku dengan Allah SWT.

Akhir sekali Maaf Zahir Bathin.

Saturday, August 28, 2010

Hak aku dan kamu

Apa nak aku takrifkan sikap kamu kalau kamu yang sepatutnya sudah matang memberi jawapan keanak2an seperti mengungkit dan membuat perbandingan....masyaallah..aku dah bagi pendapat aku dengan terang dan jelas dan aku juga paham jenis kamu . Janganlah terlalu menurut nafsu untuk kepuasan malah mengalahkan nafsu itulah satu kemenangan bagi aku jika kamu mengerti.

Kerana ingin puas manusia tak pernah berkira2 akan pembaziran..and that's ok ... the other won't feel hurt ,its your money and your own sweat...

tetapi bila kamu mengungkit dan sampai sanggup mengatakan tidak mahu bagi apa2 kepada orang yg tidak meminta apa2 `bukankah bunyi nya sangat PELIK and it's totally HURT!


I should know my duty very well and so should u....


Dan Insyaallah aku akan perbaiki diriku menjadi lebih baik dan yakin lah kalau aku meminta sesuatu dari kamu yang terkumpul kerana hak , mustahil kamu dapat membayarnya .

Thursday, August 26, 2010

private no

Dlm pukul lebih kurang 6 ptg tadi ada satu lagi miss called tapi kali ni private number~ i don't very like private no because i don't know who the caller is and i can't return the call.... i prefer sms to a call please...

Saturday, August 21, 2010

TEKAD TAPI BELUM NEKAD

Ini gambar rumah contoh di Shah Alam 2 yg siap dihias dalamannya. Cantikkan dan apabila kami masuk sebelahnya pula ,bentuk yang sama tetapi kosong~ perasaan dari cinta yg meruap2 pada rumah tu tibe2 je bertukar jadi kosong juga~inilah penangan rumah kosong dengan rumah yang sudah dihias~paham apa maksud aku. Maksud aku,ialah tenguk contoh gambar di bawah berapa banyak gubahan bunga yg kamu boleh letak dalam rumah kamu,dekaaaat ruang tamu ruang makan ,ruang rehat ,ruang study ruang bilik tidur ,banyakkan? No wonder kedai bunga jarang yang aku nampak tutup.Tanpa bunga rumah tidak berseri....itu jer message yg hendak disampaikan.


Hari ini aku lena sungguh.Mana taknya alarm jam yang aku pasang pun tak dengar atau aku tak tekan butang on . Tak tahu lah yg mana satu samada tak dengar atau tak pasang...tapi kesudahannya aku tersedar pukul enam setengah pagi, cuma sempat buat subuh .Miss sembahyang tahajud dan witir hmm dan yg paling best tu ingat kan belum pukul empat sempat lagi cumbu2 ,pas tu macam rasa aneh sebab apa lambat sangat pukul empat setengah sebb hp tak berbunyi2 baru le terkehel2 cari henpon yg aku letak tepi tilam ..baru le aku kelam kabut bangun...sian suami puasa tak bersahur!
Oh ya hari ni aku kena tekadkan hati dan kuatkan semangat untuk keluar cari barang~sebenarnya dah 2 hari aku cakap macam ni.tAPI tak juga kaki aku melangkah keluar rumah ...mmm untung suami aku sebb senang jaga aku ...tak payah sebut toksah keluar rumah..

Sebenarnya kat kawasan aku ni tak tahu dekat mana ada semua barang yg aku perlu ,mungkin di Tanjung Karang ada kot...
Aku perlu beli ranting kayu yg bewarna pink,biru ,putih. Aku nak beli ribbon,gam,span ,penebuk lubang, pistol gam .Aku perlu cari tukang kayu yg boleh buat rak bunga yg simple.Aku kena practice to make perfect ,aku kena mula dengan satu skala ,satu product dan aku akan mulakan dengan sesuatu yang comel dan menarik.

Aku dah tekad hehe tekad lagi~ sebab aku ni punya jiwa seni jadi aku kena FOKUS pada kehendak jiwa aku walaupun aku rasa jual ikan dan sayur lagi lumayan sebb hari2 orang beli nak makan dengan nasi...tapi aku tak akan bertahan ~ people always start business with their hobbies first dan satu2nya hobby yg aku ada dan sampai sekarang masih minat ialah melukis dan mengubah so that's it.



This is my first business card OK ,cuma ada 3 keping percubaan conteng ngan tangan....siapa berminat ?At least bagi komen apa pendapat anda.Di belakang tertulis Your Florist siap ngan e mail address dan hp no...

Tuesday, August 17, 2010

Rantai dan Subang untuk DiJual

http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/08/blog-post.html

Dah masanya nak lepaskan barang kemas ni. Dulu siap ada cincinnya tetapi dah hilang .Cuma tinggal set rantai dan subangnya saja.

Rujuk link di atas untuk butir terperinci.


PRICE @ RM 2 300 (1 SET)

Nak tahu lebih lanjut pasal batu baca link towkey emas di bawah ni yang kebetulan namanya naha...:) http://towkeyemas.blogspot.com/2009/04/batu-nilam.html

Selamat Menambah Ibadah...

Pejam celik pejam celik dah seminggu aku dengan muslim yg lain berpuasa. Hmmm aku cuba hitung dan congak sepanjang seminggu ni ADA tak yang aku buat melebihi pada tahun yang sudah sudah...jawapannya tidak...aku masih tetap di takok dulu ...masih kurang mengaji dan wirid ,masih makan dengan banyak pada waktu berbuka...masih asyik dengan aktiviti duniawi masih kurang berjemaah atau bersedekah untuk mendapat pahala lebih.

Jadi aku tak terkejut kalau masih ada kes maksiat dalam bulan puasa .Tak terkejut kalau aku akan hadapi sikap manusia yang sama walaupun sendiri maklum umur sudah merayap se tahun tua tetapi masih leka seperti akan sihat dan terus hidup seribu tahun lagi.Mungkin juga keyakinan diri yang tinggi bahawa mereka tidak akan apa2 di akhirat kelak ,akan hidup aman damai di sana tanpa ada balasan2 dosa kerana apa yg mereka buat sekarang dianggap bukan dosa tapi lumrah alami kalau bukan haiwani dan insani~sebab Tuhan Maha Mengetahui ,Maha Pengampun ,Maha Pengasih. Masakan tidak diampun Nya.

Bagi yang mengakui mereka beriman pula tanya pada diri sendiri apakah kamu sanggup MATI kerana AGAMA mu...apakah kamu sanggup sadakah segala KEKAYAAN mu kerana AGAMAmu.Kerana di akhir zaman dua penyakit ini akan melanda umat Islam, Takut Mati kerana Sayang kan Dunia.....

Tuesday, August 10, 2010

Interesting Links

Jumpa bebebrapa link yang bagus untuk dibaca bagi orang2 yg berminat memulakan perniagaan seperti AKU tetapi no experience and no partners to share ~

a) ialah persediaan dan risiko perniagaan dan
b) link bagaimana kita nak letak bar code untuk barang2 perniagaan kita.


a) http://www.sba.gov/smallbusinessplanner/plan/getready/SERV_SBPLANNER_ISENTFORU.html

b)http://www.dataworks-indonesia.com/cms/documentation/help/Tutorial_1.htm

Lepas baca semua tu ,aku kena timbangkan semula cadangan nak buka kedai dalam masa yg terdekat ni sebab belum ada back up yg kuat.

Tuesday, August 03, 2010

KECEWA

Susah untuk aku luahkan....

SEbenarnya ada banyak perkara yg mengecewakan aku , tapi biarlah aku sembunyikan saja.

Hari ini ada lagi kes moles oleh van driver .mangsa umur 5 tahun ,beberapa hari lepas umur 10 tahun...tahu tak apa yg aku fikir kan ...perkara ini tak akan berhenti. Alasan...si pelaku tidak akan serik kalau sekadar hukuman penjara...bila keluar dia buat lagi sebab penyakit ini tidak boleh dirawat dengan masuk dan keluar penjara. Dan kalau dia dah masuk penjara pun nanti ada klon dia yg di luar akan melakukan yang sama.

Penyakit ini memang susah di rawat kerana bukan sahaja dia bernafsu kebinatangan tetapi lebih kejam dan tolol dari binatang. Binatang pun pandai pilih mangsa yg sudah matang ketika mahu melepaskan nafsu shahwatnya.

Aku cuma nampak adilnya hukum Allah SWT iaitu diikat atau di tanam sambil kita ramai2 membaling batu !!Supaya menjadi pengajaran kepada yang lain bahawa perangainya sangat terkutuk.

Tuesday, July 27, 2010

Gambar dulu dan sekarang..


Tahun 2003 , separuh dari kami yang dari gambar paling atas dapat berkumpul di rumah Caba selepas lebih kurang 25 tahun tak jumpa....boleh cari padanan gambar di bawah dengan di atas tak ? Kalau boleh anda memang hebat dan boleh di ambil bekerja bahagian pengecaman.





Tahun 1978, semasa dalam Tingkatan 5.....

Tuesday, July 20, 2010

Perasaan Tersepit....

Kita selalu dengar kes perebutan harta pusaka antara anak2 dan kerabat2 ,tetapi kebelakangan ini manusia dah semakin pandai siap pakai lawyer kalau tak puas hati...

Di kampung aku dulu, kesian sorang bapak ni kena tipu hidup2 oleh anak lelakinya sendiri ,suruh tukar nama geran tanah sebagai imbuhan boleh hidup dengan dia ~dia kata nak jaga bapaknya sampai mati.Hati orang tua mana tak suka dengar kalau dapat hidup sebumbung dengan anak sendiri tapi si bapak tak tahu bila tinggal dengan anak ada rules n regulations~ tak boleh kotor2kan rumah kalau ada je abuk rokok tumpah atau lantai siap la telinga kena leter dengan menantu.Tak boleh lepak dan tidur sesuka hati waktu siang ~pun kena leter sebab menantu jenis pengemas~kalau katil dah kemas tak boleh usik lagi sampailah malam.Akhirnya kerana tidak tahan di leterin dan disindirin dia pun pulang dan hidup di rumah papan buruknya yang belum roboh.

Itu cerita kes bapak yang tak bersekolah tak pandai undang2 ok.Sekarang jangan main2 ....Dalam Islam pemberian seorang bapa kepada anak boleh di tarik balik tetapi pemberian seorang suami kepada isteri dilarang menariknya semula...maksudnya bila dah bagi kat istri dah jadi hak istri. Tapi apa yg diberi pada anak belum lagi jadi hak anak...

Aku sebenarnya pada mulanya nak tulis hal aku yg ingin melakukan Umrah tetapi masih dalam keadaan was-was.Banyak hal yang buat aku dalam keadaan demikian~salah satu darinya ialah kerana aku yang beria2 mahu pergi, pasangan ku tidak.

Sebenarnya aku pun bukannya jenis muslimah yang warak yang jenis pakai tudung labuh ,yang pakai baju longgar. Aku muslimah yng banyak dosa ,banayk kilaf .Banayk perasaan gentar ,banayk pelupa ,banyak penyakit. Aku muslimah yang mahu memohon pengampunan.

Kemudian banyak sangat benda yang bersangkutan duit yang perlu difikirkan sedangkan sumber terlalu terhad.Maksudnya ,waktu inilah fikirkan mahu cari rumah area KL dan waktu ini jugalah rumah lama perlu dibaiki kerana banyak kerosakan. Kalau jual rumah lama nanti jadi isu pulak....sekarangpun masih ada desas-desus seperti persoalan kenapa apak jual rumah itu pada atan....mmm ,ada yang kata rumah tu rumah pusaka jadi aku tanya balik datang mananya pusaka bila kami BELI dari orang yang masih HIDUP~ setahu aku pusaka kalau dapat free dari orang yang dah meninggal. Nak beli dari kami ,silakan.....jawab aku lagi ,beli rumah lama lagi susah dari beli rumah baru..dan kalau kami enggan beli tentu pencen apak tak dapat penuh ,siapa yang susah jawab aku pada persoalan mak cik yang suka mengomel.

Hari tu pulang pun dah habis 2k ,beli TV,beli flask air elektrik, repair paip bocor,tukar pintu, ,tebang pokok2 tua . Barang lain yg belum beli ialah oven,blender ,awning ,bumbung yg susah nak cari sebab jenis lama ,bangku kulit pun dah koyak rabak sampai mak cik pun suruh buang...

Kata suami hujung2 ,semua duit ,yg menyakit kan telinga aku bila dia mengadu orang ni cakap macam tu dan macam ni~ tapi orang tak akan bercakap kalau dia tak mengomel~paham2 sudah. Semuanya atas bahu kami sebb itu rumah kami!

Ya Allah pada Mu aku sembah dan pada Mu aku mohon pertolongan ...Aku tak mahu tertipu dengan kesibukan dan kehidupan dunia...

Monday, July 19, 2010

Pengajaran atau sebaliknya...

Hari Ahad lepas entah macamana dapat juga aku mengajak suami ketempat anak bongsu ku.Sejak kes kecelakaan hari tu here (yang menyebabkan seorang putera jr meninggal) aku belum lagi berkesempatan menemui anak ku dan akhirnya semalam baru dapat jumpa.

Dulu kalau nak masuk ke kem ,kita cakap nak jumpa anak MP yang pakai topi merah tu akan benarkan kereta kita masuk tapi kali ni mereka tanya samaada kita orang awam atau tentera dan bila kita jawab orang awam kita kena berhenti untuk ambil pas lawatan.

Sampai di MTD kami tak boleh naik ke bangunan asrama seperti biasa terpaksa tunggu di bawah.Cuma kami tidak tahu yang kami boleh minta bantuan pada guard yg bertugas dan mereka akan memanggil pakai walkie talkie pada bilik kawalan di bangunan asrama.

Kata anakku yang kelihatan amat kurus ,empat orang budak termasuk Halim juga terpaksa dikeluarkan dari Maktab kerana orang ramai tidak berpuas hati jika seorang saja diambil tindakan..kononnya di atas alasan bersubahat.Kata anakku lagi sekarang budak Ting Empat dan Ting Lima tidak boleh ada body contact mahupun berbual. Kata anak lagi budak Ting Empat dah naik kepala,tak ada rasa hurmat pada Senior .Kalau dulu budak junior akan buat kerja untuk senior jadi senior ada masa untuk mentelaah untuk menghadapi SPM tetapi sekarang budak senior terpaksa bertungkus lumus untuk membahagi masa belajar dan aktiviti sekolah dan ketenteraan.

Patutlah aku tenguk junior pun berambut panjang macam senior kalau dulu hanya senior saja yang boleh simpan rambut sikit. Kata anak lagi kebersihan pun kurang ,ada yang bahu masam sedangkan waktu dia junior dulu walaupun senior bagi masa 4 minit untuk mandi masih sempat bersihkan badan.Kata anak lagi RMC dah jadi sekolah untuk budak2 lembik.Sekarang kata anak budak2 Ting Lima membenci budak Ting Empat ,sejak kejadian itu mereka juga dipisah kan tempat tidur ,maka tidak ada apa yang budak junior dapat pelajari dari senior mereka.

Bila aku timbangkan cerita anakku tadi rasanya RMC tak ubah seperti sekolah asrama biasa ~apa gunanya perkataan Tentera atau Military ,kan eluk di buang saja atau lebih eluk putera2 yang tak sanggup itu yang sepatutnya menarik diri...

Sebelum aku dan suami pulang aku nasihatkan anakku belajar sungguh2 ,war2kan pada semua kawan2nya tanamkan tekad untuk lulus cemerlang demi kawan2 mereka yang terpaksa dikeluarkan dari maktab .Sebab anak aku dan semua budak Ting Lima yang lain juga telah melakukan perkara yang 'sama' cuma malang tidak berbau, qadho dan qadar Tuhan yang menentukan....

Thursday, July 15, 2010

Nek,Tolonglah Paham!

Susah nya nak buat semua orang gembira dan susahnya kalau hati kita pula yang sakit. Ramuan seperti sabar ,tolak ansur ,hurmat, kasihan semua dah guna tapi hati sakit juga.

Biarlah aku dan suami ambil iktibar setiap kali pulang Taiping. Ambil iktibar macamana kehidupan bila dah masuk peringkat nenek sebab mungkin peringkat datuk tinggal selangkah dua saja lagi.

Umur Apak akan menjangkau 90 tahun manakala isterinya mungkin 60 keatas.Dulu Apak gagah ,kalau sekadar pokok mangga batang yg sepemeluk tu ..dia tebang guna tangannya sendiri sampai tak nampak tunggul..tanah boleh rata sampai kamu nak cari kesan pun tak jumpa. Tak tahu datang dari mana kederatnya ,badan kurus je...mungkin ada amalan atau doa atau latihan yg digunakan tapi aku memang hairan.

Dia juga pandai bertukang dan menjahit...aku pernah lihat hasil jahitannya ..kalau sekadar repair baju atau seluar aku tak hinginlah nak tulis tapi ini tukar kusyen bangku. Bukan dari kain tapi dari kulit PVC. Hasilnya kusyen tu nampak baru dan kemas!

Belakang rumah pun dia buat pondok macam sebiji rumah dan oh ya awning atas pintu dapur tu ...kayu silang tu diketuknya sendiri pada dinding simen..boleh pakai bertahun sampailah suamiku upah cina cat rumah tu barulah dicabut buang....

Dalam tahun 19988 isterinya meninggal ,dalam tahun 2003 baru dia kawen semula .Isterinya sekarang aku panggil mak chik.Aku tak tahu bagaimana penerimaan suami ketika itu tapi aku pula rasa ia wajar kerana bapakku di Kuala Kurau pun sudah kahwin semula.

Sekarang apak nak berjalan pun dah terketar2~ lemah, namun seleranya Allah SWT masih bagi,masih makan dan masih inginkan makanan seperti kueh -mueh dan apak juga kalau ada coco-cola,rokok atau buah2an ,pasti dijamahnya.

Walaupun apak sudah tua,sedikit nyanyuk tapi perutnya masih tetap mahu diisi.Kalau dulu apak akan kayuh basikal untuk beli kueh hingga hari ini apak teringin makan kueh tetapi kederatnya membatasi keinginannya. Dia cuma mampu menolak basikal yang disimpan dalam rumah kemuka pintu pagar sahaja kemudian menolaknya semula masuk .Bila ditanya, alasannya, tayar pancit tetapi sebenarnya apak sudah terlalu lemah untuk menolak basikal pun. Akhirnya dia masuk tidur dengan perut hanya diisi secawan teh manis yg di sediakan oleh mak cik.

Ini kisah mak cik,
Kalau emak dulu sekadar mengeluh dan mengadu kesusahan atau masaalah tetapi mak cik ini aku rasa mungkin nak mengadu tapi terlalu over sampaikan orang yg mendengar rasa didesak ,bukan sekali dua tetapi berkali-kali.

Aku cuba cakap yg benar kenapa orang sekeliling marah dengan sikapnya ,kenapa orang lain malas menjengah dia ~kalau orang yg buruk perangai tak datang mungkin aku paham tetapi orang2 yg aku kenal seperti cucunya si Arif ,kakak ipar ku Kak Miah ,mereka jenis yang tak suka jaga tepi kain orang lain ,sabar ,jujur dan tidak lokek duit..dan orang begini yang kamu kata mereka tidak mahu datang pun tak apa.Sebabnya kamu masih bongkak lagi kerana kamu rasa ada orang macam aku dan suamiku yg masih datang melayan kehendak kamu~tapi tahu tak perasaan ingin pulang kami pun sudah semakin pudar.

Aku bukan lagi rasa bersalah hari itu tapi rasa berdosa cuma aku pujukkan hati apa yg aku buat itu untuk mendidik dan mengelak diri aku dari di perhambakan mak cik walaupun aku rasa caraku tetap salah.

Setiap kali pulang aku akan menyapu ,membasuh ,mengelap dan vacum mana yg patut tapi setiap kali anak kuchingnya kencing ,muntah dan berak dalam rumah aku akn panggil mak cik dan tunjukkan pada mak cik dan dia tergesa2 cari tisu atau kertas mengelapnya~aku yang sepatutnya boleh buat tetapi tidak buat rasa amat bersalah.Dah berbuih mulut ku suruh mak cik bela dan bagi kuching makan di luar rumah tapi mahu dia dengar cakap aku?

Tuesday, July 06, 2010

Bungkusan

Adoi letihnya menulis tiba2 je tangan ni tertekan apatah terus hilang semua....haaaah bengang,dah la tak rajin nak up date blog!

Tadi aku tulis pasal berbaloinya aku pos bungkusan mkanan pada anak aku yg tinggal di RMC . Jika aku bandingkan kalau aku pergi sendiri.Travelling ambil masa hampir 2 jam juga jadi boleh kiralah berapa duit minyak dan tol yang aku kena bayar .Tak masuk letih lagi kalau tersesat dan traffik jam ,begitu juga kadang2 miss sholat lah.

Tadi aku hantar Milo 3 in 1 (30 bungkus) ,300g biskut cream untuk dia celup dlam milo dan 2 keping chokelat snickers (faveretnya) ,dan kos hantaran baru 8 ringgit 50 sen..Berbaloikan?

Aku tak tahu bila barang tu bole sampai tapi aku rasa esuk.Jadi esuk bila barang tu sampai pada anak aku terbayang2 kegembiraan di hatinya bila terima bungkusan tu sambil tak sabar2 mengoyak kertas bungkusan tu diperhati oleh kawan2 biliknya yg sama2 exited nak tenguk apa benda dalam kotak tu ~ bestkan dapat bungkusan ganti emk-ayah datang!

Tuesday, June 29, 2010

Ragam anak

Hari ni dah hujung bulan kan tapi semalam anak aku yang sulung(sedang demam) pun katanya gaji belum masuk ,anak aku no dua pun belum bergaji ... yang no satu tu bila badan tak sihat minta belikan panadol dengan air hundred plus~ aku kata tak eluk makan panadol dengan hudred plus dia jawab kawannya buat..hmmm apasal nak ikut kawan jer ,bila sakit teruk nanti kawan ke yang akan susah.

Tengah malam ketukpintu bilik tidur aku minta duit nak gi klinik sebab panas badan bertambah~ kenalah sejarum kat bontot.Betul tak apa aku cakap ,tapi degil tahap dewata.Belum lagi bila kami berbincang pasal bab lain pasal pakai kereta untuk pergi kerja ...bab ini lagi teruk sebab masuk bab ungkit2 ,macamlah dia tak dapat layanan adil ~ hah siap aku suruh dia bagi contoh jer apa mendanya?Terkial2 dia nak cari cerita untuk spin , yg aku tahu abah dah habiskan banyak duit untuk semua anknya mengikut keperluan.

Dan barulah ayat yang seperti orang lain boleh pakai kereta kenapa dia tidak...macam lagu lama di mainkan berkali2 dan lagu tu kalau evergreen oklah juga ini macam lagu keroncong asli gitu. Tak boleh kah kau bincang cara orang dewasa ,be gentleman sikit. Ayat mesti clear ,mesti ada penjelasan kenapa Saya perlukan kereta dan berapa lama~ kalau betul2 keperluan dan tidak berniat memperkudakan orang ,of course orang tua akan paham.

Anak2 kena paham ,bukan susah sangat nak ambil hati ibu-bapa ,just listen to what they said and tryto follow if not all but some of their advices. In return they will listen to yours.

Abah tak suka tenguk kau pakai kasut croc yg koyak tu .Abah juga tak suka kau sepuk baju hapak dalam kereta sampai lekat bau. Abah tak suka kita makan gula2,chokelat ,kek manis2. Abah suruh jaga sikit kebersihan diri ...itu jer yang abah selalu komplain.
Kalau semua ok,nak pinjam MPV pun abah tak kisah .

Oh ya~jangan lupa ambil semula lesen L. Jangan lupa menyimpan , jangan lupa beli insuran ,kalau boleh berhenti merokok dengan kadar segera~itu saja .

Love,
mm.

Sunday, June 27, 2010

MTD

Hari Jumaat ,aku on the way to Klang ,bawa motor cap cai atas jip untuk alan . Sampai Meru terima call dari anak aku Amat Shah, dia tanya aku samada Khaliq (anak bongsuku) ada callke tidak sebab dalam radio ada berita seorang budak junior di MTD mati kena ragging.

Tiba2 je jantung aku rasa macam nak luruh ,cuba juga call no yang ada dlm hp ku tapi tiada jawapan.

Sampai saja di rumah sewa Klang ,on broadband dan layar semua kisah dan berita bersangkutan MTD hari itu. anak masih tidak menghubungi aku.Malam itu dapat tahu dari suami anak saudara Fadzil antara lima yang terlibat,dan aku tahu budak itu dari caompany Bravo jadi keatakutanku sedikit reda. Kemudian aku mula risaukan kawan baik anakku Halim yang sama company Bravo walau aku rasa mustahil sebb dia budak baik tapi hari ini anak aku call aku dan sah Halim terlibat.

Aku kasihan dekat budak yg mati tapi aku lebih kasihan pada budak2 yang hidup ~jangan hukum dari mata kasar tapi hukum dengan mata hati.

Bila aku baca forum2 dlam internet rata2 kutuk budak2 MTD pasal ragging ,kejam ,jahat dan lain2. Itu kata kita, tanya semua pelajar di sana ,mereka bangga dengan adat ragging tersebut' ,aku sebagai ibu pun seperti terpaksa terima yang anak2 ku di latih secara tentera dan tentera tidak boleh berperangai seperti budak2 kecil yang tidak tahan sakit!Tahun lepas sebagai junior anakku bangga tunjuk kesan2 lebam di buku lali ,dada dan paha nya padaku .

Lebih hebat setiap kali balik ke rumah disuruhnya kami menumbuk perutnya sekuat yang boleh.
Anakku selalu kena denda sebab anakku jenis yang selalu lewat.Keistimewaan ankku pula dia jenis menurut perintah ,bukan jenis melawan perintah~ namun apapun karakter budak2 disana mereka terpaksa patuh pada orang atasan mereka.Silap sikit mereka akan didenda.

Kes kematian yang berlaku dari cerita anakku tidak ada kes buli atau ragging atau dera ~ tetapi hanya kes biasa iaitu didenda senior kerana tidak ikut perintah.Cuma satu saja kata anak,budak itu sudah menunjukkan tanda2 yang mereka tidak sedari seperti memberitahu kawan rapatnya bahawa dia tidak sempat naik Tingkatan .Aku juga terkejut kerana didalam surat khabarpun menceritakan bahawa budak itu siap menalipon dan minta ampun kepada ibu-bapanya seakan-akan tahu dia tidak akan hidup lama~atau ada ayat lain yg lebih manis?Mungkin dia da sakit~pernah dengar cerita seorang laki2 yg rebah mati selepas bermain bola~doktor dapati badannya sihat cuma dia punya masaalah kurang tidur ~pelik tapi benar!

Cerita anakku, budak itu didenda push-ups dan di usik sikit-sikit(dari mulut anak aku usik mungkin bermakna sepak atau tumbuk )Kemudian dia masih boleh bangun tetapi beberapa langkah dia rebah kebelakang dan kepalanya terhempas pada lantai. Dalam berita juga telah menulis tiada kesan lebam pada badan si mangsa bermaksud tidak ada luka luaran jadi kemungkinan luka dalaman~tetapi jenazah telah di kebumikan ,bagaimana mahu post mortem?

Nasib kawan anakku Halim yg datang dari kampung ,anak sulung yang menjadi harapan dan kebanggaan keluarga bagaimana? Mungkin akan di buang dari Maktab ,tidak kah kita patut kasihan,sedangkan dia juga pernah lalui denda yang sama seperti budak yang malang itu?

Aku sebagai ibukpd anak yg sedang belajar di MTD kalau dahulu tidak tahu apa yg dibanggakan sangat oleh orang2 yg menyebut anaknya ,suaminya,abangnya ,bapaknya atau sapa2 ex MTD,sekarang sudah tahu JAWAPANnya. Bukan senang mahu masuk ke sana! Bukan setakat result PMR tetapi kena sedia dengan IQ,EQdan SQ. Dan bukan itu saja badan juga kena betul2 GAGAH dan SIHAT!

Apakah adil untuk menghukum budak2 yg terlibat dan tidak sengaja mengakibatkan kemalangan jiwa ? Apakah adil kita menghukum mereka jahat ?Fikirlah dan letakkan sedikit simpati .

Friday, June 18, 2010

700-850square-feet apartment

Aku tengah cari poin untuk buat perbandingan antara hidup dlam apartment dan hidup dalam rumah teres.Secara umumnya mesti aku kata rumah teres jauh lebih bagus tapi tinggal di apartment tak kurang hebatnya ~terutama yang di bayar duit up keep atau maintenance setiap bulan.

Hari2 ada orang sapu sampah sampaikan sampah yang terjatuh dalam lift pun ada orang sapu.Kedua kita tak payah buka tutup gate untuk masuk cuma buka dan tutup pintu apartment masing2 kalau rumah teres kena turun kereta buka dan tutup pintu pagar.Bila malam ,risau jugak orang tunggu kita dalam semak samun atau belakang tiang pagar...hmm.

Kedua ,kita tak perlu potong rumput dihalaman rumah atau cuci longkang ,sebab apartment cuma ada lantai simen untuk ruang berjalan atau berlari masuk dan keluar ke apartment masing2.

Ketiga ,sebab apartment tidak ada halaman cuma ada pintu dan anjung yg ditutupi dengan dinding maka kami langsung tidak pernah ternampak muka jiran kami kecuali di tempat parking kereta dan di dalam lift.Pun kalau kami terjumpa di tempat parking kami tidak tahu dia penghuni tingkat dan pintu nombor berapa.Sebab tu banyak maksiat berlaku di apartment.

Seperti apa yang aku lihat , satu unit apartment tu keluar tiga laki2 dan satu perempuan pakai uniform yg sama .Mungkin perempuan tu dah jadi bini atau mungkin adik atau kakak salah sorang laki2, tapi yg lain2 tu siapa?Sebab sekarang sudah jadi seperti di negara Barat bagi sewa bilik kemudian tak kisah siapa penghuninya kau muhrim ke mahram ke janji penuh dan jimat dari bayar harga satu unit apartment.

Semalam sewaktu masuk lift ada dua ekur ni ,yg betina tangannya macam nak bergayut di tengkuk laki2 tu ,bila aku masuk terus tarik balik dan tersengih2 macam kerang busuk ~ayat yg pertama keluar dari mulut aku ialah "Dalam lift pun nak buat projek ke?", sepontan ayat tu keluar kemudian si perempuan tu jawab ,"tak lah ,ni ha takut2 kan orang dengan cerita hantu..".masyallah !! yang hantu tu kamu ,yang iblis tu kawan kamu!

Bila ada apartment di tingkat 8 kena lelong aku fikir banyak kali samada mahu beli dan menyewanya pada orang takut kalau aku tak berhati2 dapat si penyewa yg kaki buat maksiat memang aku akan makan duit haram .

Hal2 lain yang aku perhatikan ialah bila penggemar kuching berjiran dengan pembenci kuching,siap kamu akan lihat dia mula pasang jaring buruk depan grillnya yang cantik tu.Samada kamu mahu rasa kecil hati atau marah ,terpulanglah pada diri kamu.Sekurang2nya kamu tahu jiran kamu tu tak suka invader.

Lain2 yang kamu kena paham ialah bila bunyi air dari tingkat atas yg kamu rasa seperti dari dalam jamban kamu sendiri atau orang depan yg bagi salam kamu ingat orang tu ada depan pintu rumah kamu atau orang depan pintu kamu bagi salam kamu ingat orang depan pintu rumah jiran kamu sebab antara pintu dia dengan pintu kamu cuma berapa depa saja .Jadi aku rasa perlu buat sesuatu seperti ikat tali dengan loceng atau dua tin kosong di hujungnya agar penghuni tahu ada orang di muka pintu!

Akhir sekali apartment kecil mempunyai masaalah ruang untuk menyidai pakaian, dari segi mengemas rumah pula ruang kecil amat mudah dijaga sekali sapu di apartment sama seperti baru menyapu satu bilik tidur di rumah bungglow!

Tuesday, June 15, 2010

Not too late

Ahad kemarin pulang dari Klang malam tu juga ,bila sampai rumah sholat Isya lepak2 kejap depan TV rasa ngantuk terus masuk tidur. Esuk tu bangun pagi as usual masuk dapur tenguk apa yg ada nak masak~ingat nak buat yg ringkas dan cepat tapi roti dan maggie habis . Nasib baik ada pisang beruk eheh buruk ,jadi apa lagi buat cucur kodok la jawabnya.

Lenyek punya lenyek pisang, gaul punya gaul tepung dengan gula tiba2 cari botol minyak masak pulak tak ada,botolnya dah di buang dlm tong sampah,dah habis~ Yang jadi penyelamat pagi semalam ialah 3 bij telur ayam yg entah kenapa tak di perabiskan oleh penghuninya.
Jadi sarapan hari itu untuk suami ialah telur rebus separuh masak dan sekole/mug milo panas.

Bila suami pergi kerja aku keluar ke 99 mart,beli beras yg kampit 5kg,beli minyak botol kecik ,beli pencuci lantai ,beli pemutih (bleach),beli milo,susu dan maggie buy 5 free 1,beli air seven up n soda,beli telur dan roti ,kuaci dan kacang ,beli makanan kuching,beli tuala ,beli bawang,beli asam ,santan serbuk,dan garam.
Jumlah semua seratus lima puluh tiga ringgit~ itulah 3 keping limapuluh yg terakhir dari enam ribu yang aku ada dlm tangan.Sekarang aku da pokai....(info untuk anak2)

Malamnya suami bawa aku ke Rawang ,dah ada bangunan baru di situ,cantik dan ceria. Satu kedai tu nama antamax (kedai perunding gak nya) sebelahnya sebuah restoran nama jam's kitchen ,pemilik yang sama. Yg menarik perhatianku pemiliknya pasangan Melayu, bila masuk waktu maghrib pemiliknya akan berhenti dan naik sholat~bergilir2.Hari itu sebb kami da makan dari rumah , kami cuma order teh tarik(suami puji sedap) dan air tembikai ~jumlah sembilan ringgit +.

Aku pengagum orang kaya yg tidak lupakan Tuhan ok,pengagum bukan bermakna aku malu siapa diri aku atau benci atau regret atau marah dll.Jadi tak perlu rasa rendah diri rasa macam loser atau apa2 rasa. Dalam kepala aku macam kena jentik je persoalan bagaimana mereka boleh berada di tahap ITU?

People said better late than never better late than NEVER!Bermaksud it is never too late.Itu yg terngiang dalam kepala ku. Macam ada benda yang aku tinggalkan dan aku CUBA untuk memungutnya kembali.

Tapi aku dan suami selalu tidak sekata dlm soal hati. Suami lebih senang guna ayat aku tidak pernah puas dan bersyukur~ yg buat aku selalu kalah dlm mencari jawapan.Suami kata aku suka status dan duit berkepok baru aku rasa selesa dan selamat.Suami lebih suka guna ayat "kan aku ada ." dan ayat" kalau aku mati ambil lah semua nya.." dua ayat yang langsung tidak membantu aku.

Seorang suami kena buat isteri lebih berdikari dan percaya diri walaupun dengan keberadaan dia, jadi dia tak boleh guna ayat aku ada dan harap isteri akan tenteram.Suami harus paham ,isteri selalu merasa tiada suatu ikatan perkahwinan yg ada cop kekal sampai akhir hayat walaupun di takdirkan kekal tetapi ia terselindung dari pengetahuan manusia.Malahan isteri banyak belajar dari cerita semasa bukan dari membuat perbandingan.Pernah baca dalam paper suami tinggalkan keluarga kerana jatuh hati lagi?Itu realiti ok.

Terus terang aku juga sudah letih untuk memulai sesuatu yang baru .......namun semangatku hanya satu jika apa yang aku lakukan hari ini boleh berterusan menyenangkan anak2 dan cucu2 ku kelak ,aku mahu gagahi jugak.So better late than never lagi.

Semalam sedih ,nangis2 ok.
Anak2 yg rasa dia tak dapat fair treatment just hantar je komen ok....

Saturday, June 05, 2010

EASY ~ RHB

Kalau dulu aku kutuk2 service di CIMB ,hari ni aku nak promote RHB bank EASY~perbankan mudah dan pantas. Setakat sehari semalam semua berjalan seiring dengan motto banknya iaitu EASY.

Semasa berada di TESCO Setia Alam ternampak booth RHB ni dengn lima paparan Easy ~easy pinjaman ekspress, easy simpanan mesra ,easy ASB(yg menarik perhatianku), easy~insuran kasih(minat juga) dan last sekali Hadiah Menarik untuk di menangi. Kelima2 paparan ini dalam segi empat dan bewarna-warni menarik minat ku untuk singgah .

Tetapi niat pertama aku ialah nak mengecek insuran yang aku ambil dari pejabat pos dengn kerjasama RHB~ tetapi melekatpula pada pinjaman ASB.

Inilah pertama kali terdapat satu skim pinjaman yang peminjam hanya perlu bayar duit faedah pinjaman selama 5 tahun tidak termasuk bayaran pokok. Selepas 5 tahun berturutnya barulah kita membayar duit pokok .Maksudnya per year kita cuma bayar 5+% interest of amaun yg kita loan.Kalau saya ambil $40k saya kena bayar sejumlah $171.56 /bulan selama 5 tahun after that kena bayar around $756.27 /bulan selama 5 tahun lagi dan kalau tak sanggup boleh jual balik dan biarkan dividen itu(anggaran $ 18 ooo ) sebagai imbuhan simpanan kita.

Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut berkunjunglah ke booth RHB Tesco.

Kadang2 kita tak sedar inflasi yg begitu ketara dalam hidup kita kecuali kalau kita berbelanja.Apakah nilai dua ribu seperti dua ratus , dan dua ratus macam dua puluh . Mungkin kalau aku bukan kategori good spender tetapi big spender rasanya lagi ketara duit ku lolos dari gengaman.Aku bukan jenis gila shopping atau kaki kejar jenama.Jenis paling mudah ,jika aku suka harganya mesti berpatutan aku akan puas.

Tika aku ambil loan ASB aku disoal anak untuk apa aku mahu duit itu. Jawap aku ringkas, aku seorang yang berpenyakit .Kalau aku cepat pergi menemui Tuhan lain cerita tapi kalau umurku panjang ,siapa yang akan menanggung kos perubatan jika aku sakit.Entah apa yang difikirkan oleh anak ku entah sebb dia tidak memberi sebarang komen.

Aku nak cakp macamana dalam sebulan aku habiskan enam ribu setiap bulan malahan lebih. Aku bayar dalam dua ribu untuk 3 buah kereta,lebih kurang dua ribu untuk duit belanja bagi 5 orang anak,Astro ,Seratus ringgit, untuk insuran seratus ringgit ,aku akan ke tesco dua kali dalam sebulan dan habis kan anggaran tiga ratus sekali belanja.Walaupun tak ramai dah tinggal dalm rumah tetapi harga barang melambung hingga kadang2 aku rasa cashier tu salah kira.Duit ubat atau farmasi juga beratus2 tetapi alhamdulillah dapat claim.


Biasanya kalau lebih akau akn masukkan semua kedalam maybank ku tapi macam biasa soal anak2 ,aku akan dr balik .

Pernah dulu setelah tolak duit sewa rumah ,bil telefon dan internet serta lain2 loan, baki dalam tangan ku hanya ada tiga ratus setiap bulan, dari situ juga aku kena bagi belanja anak2 yg ketika itu masih di sekolah rendah dan menengah. Aku terpaksa displin untuk belanja sepuluh ringgit satu hari ,kalau aku belanja dua puluh ringgit aku kena skip satu hari dari berbelanja. Tapi Alhamdulillah setiap kali aku melepasinya aku bersyukur dan rasa gembira. Salah satu sebabnya kenapa aku berjaya mengahrunginya ialah kerana aku jenis boleh berkurung dalam rumah, kecuali keluar menghantar dan mengambil anak2 dari skolah dan singgah kedai di dalam perjalanan.Dan kedua aku tidak suka mengomel.

Sekarang bagiku Tuhan sudah mencurah rezki yang berlipat kali ganda kenapa harus aku komplain, cuma satu2 nya yang aku risau bila suami tidak lagi bekerja ,aku sakit dan kos ubat dan rawatan kena tanggung sendiri sedangkan sebulan boleh cecah ratusan dan semua orang tahu berapa nilai seratus ringgit sekarang cuma sepuluh ringgit!




Friday, June 04, 2010

Bila hATI SUDAH benci

Layakkah isterinya menerima layanan seperti itu( di benci) hanya sekadar mahu menegur ?

Aku mencari beberapa faktor kelemahan isteri yang selalu berlaku semata2 mahu merealisasikan kata2 layak di sini...
1) kerana isterinya tak buat kerja rumah .

2) tak pandai layan dia makan atau minum.

3) kurang layanan atas katil.

4) tak pandai jaga kewangannya.

5) tak pandai jaga ego dan emosinya.

6) kurang ayat menggayat.

7) tak mengiyakan kemahuan dan ideanya

8) tidak pandai pasang badan/bergaya mengikut seleranya.

9)tidak pandai cari wang/bekerja untuk mengurang kan bebannya.

10)Tidak pandai .

Kalau ada lagi saya akan tambah kemudian.

Nampak kecil je tapi bila dikumpul akan jadi besar .Kalau type suami suka bercakap dengan isteri suka menegur baik2 dengan ikhlas mungkin isteri akan paham tapi kalau jenis suka tegur cara kejam sambil jueh2 mulut mungkin andaian isteri satu ,suami sudah benci sudah muak dengannya.Apatah lagi permintaan suami seperti impossible dituruti.

Contohnya,isteri yg sudah separuh abad mahu nya badan seperti anak gadis belasan umur,mustahilkan.

Fikirlah kan dulu sudah jenuh merasai ,biarlah giliran anak2 muda pulak. Atau mungkin belum jenuh?

Orang bahagia atas dasar perkongsian hidup, saling hurmat menghurmati, saling menjaga perasaan orang terdekat,tahu bezakan apa yg isteri suka atau tidak ,maka faktor2 yang boleh mengeruh hubungan dapat dielakkan ,sayang-menyayangi dengan ikhlas dan jujur, dengar nasihat dan pandangan walaupun pada tanggapan kamu orang itu lebih rendah darjatnya dari kamu.Luangkan masa berbual2 kosong supaya timbul rasa mesra,bukannya mengambil kesempatan dengan menggertak dan merungut kerana yang dia gertak ialah isterinya yang paling dekat dengan dia.

Atas alasan bosan kamu menghindari semua peluang yang ada sedangkan masa berlalu dngan pantas ,umur semakin tua, atau kamu yakin punya separuh abad lagi untuk hidup. Kalau itu yang kamu yakini kamu kena bertindak pantas. Cari peluang melipat-gandakan usaha mencari duit.Walaupun bukan untuk anak dan isteri mu tetapi kesejateraan kamu.




Thursday, June 03, 2010

BerKaLi suDah

Kamu cerdik kah tidak.....

Dunia manusia ni pelik sikit ,kadang2 kita tak sangka pun orang yang malang ialah orang yang cerdik. Yang cerdiklah yang suka tibai dadah untuk perangsang ,tibai anak sendiri ,tibai dari belakang dan lain2 benda yg tak masuk di akal. Aku tak pula kata orang bodoh tak buat tapi kalau orang bodoh kita memang tak hairan Kerana dia bodoh tapi kalau orang cerdik?

Dalam berita hari2 ada cerita pasal face book menjahanamkan ikatan kekeluargaan ,mustahil orang cerdik pandai tak baca ..tapi mereka rasa mereka cerdik mustahil mereka akan berada di tempat yang sama.Tahu tak siapa yg mereka face book ni ,aku yg bodoh pun boleh teka.Ya orang Yahudi yg cerdik ...yang mensasarkan mangsa2 yang cerdik juga .

Senario 1~

Seorang bapa yang sibuk dengan kerja dan tidak ada kawan sepejabat yang rapat selalu pulang ke rumah yang hanya ditemani seorang isteri separuh abad kerana anak-anaknya semua sudah masuk pengajian tinggi.Setiap kali pulang tiada perbualan yang menarik dengan sang isteri kerana cerita yang dia ada hanya soal kerja.Sekali sekala dia akan bercakap pasal politik tanahair~ bila cerita sensasi politik tamat maka tamat pula perbualan suaminya.
sedangkan si isteri suka juga dengar cerita anak-anak , agama , business dan masa depan.

Senario 2~
Anak2 semuanya ada face book begitu juga isterinya yang berface book kerana mengikuti perkembangan hal anak2. Kemudian si bapa pula berface book. Mula2 tidak pandai kerana tidak ada yg memasuki ruang komennya . Lama -kelamaan dia mula mendapat ramai kawan dan tukang komen ~malangnya bukan dari ayat2 serius tapi dari ayat2 menggayat nya dan sudah tentu yg membalasnya yg punya niat dan maksud sepertinya juga. Atau yang punya masaalah hati seperti Complicated relationship.

Senario 3~
Kerana dasarnya dia seorang yang peramah ,suka menonjol diri dan ego untuk berjenaka dengan isteri dan anak2 maka sekali lagi dia menunjuk sifat ramah dan lucunya pada face book. Kerana sifat2 itu juga yang amat di sukai oleh wanita dan anak2 . Sama seperti ahli keluarganya .Yang layaknya macam ikan-ikan dalam bakul yang sudah lama di tangkap ,sudah tidak melupur lagi ,sudah tidak ada ghairah kalau dibandingkan dengan ikan yang baru dipancing dalam face book yg baru terlekat pada mata kailnya ,cabaran menangkap ,menarik tali pancing secara lembut dan berhati2,itulah yang dirasai saat ini.

Senario 4~
Dan yang paling malang dia menjadikan dirinya mangsa sama seperti cerita dalam paper. Bukankah bertukar2 no hape itu sama seperti membiarkan hidup peribadinya diganggu. Mula takut meletakkan hpnya merata2 tempat takut apa yg tertulis dibaca.Mula rasa tidak tenteram dalam rumah sendiri .Kenapa harus takut kalau tidak ada niat buruk.

Senario 5~
Belum terlambat sebelum kecanduan ~ kalau kamu orang yg benar dan benar dengan kata2 mu , berkata benar maka yang salah dapat di perbetulkan ,maka kata saja yang benar dan perbetulkan apa yang salah .


Nota~ aku mungkin bodoh berbahasa tapi perasaan ku sebaliknya sebab itu apa yang aku cakap dari apa yang aku rasa banyak kebenarannya.

Wednesday, May 26, 2010

Dah besar-panjang.

Dua tiga hari ni aku tinggal di rumah sewa@apartment anak ku di Klang.Masa mengetik key board ni hidung aku berhingus sambil ter bersin dengan kuat sekali-sekala~ simpton biasa kalau aku mengemas rumah.

Aku nak cerita sikit betapa zaman berubah ~ dulu waktu aku dapat kerja ,emak bapak aku cuma keluarkan duit tambang keretapi jer hantar aku ke rumah sedara yang tinggal di Kuala Lumpur dan aku akan tinggal disitu makan tidur free sampai aku dapat gaji yang pertama.

Orang dulu2 kalau ada saudara mara tapi kalau tak singgah atau cari mereka, mereka akan marah atau merajuk .Tapi sekarang lain, kalau lebih dari satu malam sudah dikira menyusahkan mereka.Tambah lagi kalau tinggal sebulan,mulalah dengar macam2 cerita akhirnya sampai merajuk dan putus talian kesaudaraan.

Anak-anak ku harus ingat betapa beruntungnya mereka. Belum bergaji lagi dah dapat tinggal dalam apartment yang agak selesa tanpa menyusahkan saudara kecuali bapanya. Mana mereka nak cekau bayaran deposit dan sebulan sewa + deposit api dan air lagi ,termasuk barang2 asas. Paling kurang dah habis 2 ribu kalau bukan dari duit bapanya.

Tadi pula keluar dengan anak perempuanku ,beli beberapa helai baju dan seluar campur scarf yang sesuai untuk dia pakai buat praktikal di KLCC. Masa dia mencuba baju2 kemeja tu, kelihatan sungguh anggun dan baru aku tersedar anak2 ku sudah besar panjang tapi aku masih lagi melayan mereka seperti dulu,sepatutnya mereka dah berdikari .

Dalam blog ni sebagai ibu aku nak ucapkan tahniah kepada anak sulung ku yg menjawat jawatan network engineer, anak ke dua ku yang menjawat Dr Veterinar,walaupun keduanya baru dlm probationary periods dan anak perempuan ku yg baru nak praktikal ,semoga kamu semua berjaya dalam kehidupan di dunia dan jangan lupa juga pada kehidupan kekal di akhirat ~ n don't forget your mum n dad if some day you become somebody .Good luck in your new world.

Nota;
Aku baru je balik ke rumah ,makan ubat pradnisolone untuk alahan ku .lepas maghrib terus tidur dan bangun dlm pukul 3.30 pg terus buat Isya dan tahajjud dan witir.Jaga sampai pagi ,buat sarapan untuk suami dan anak2.

Azlan bertolak ke Klng pukul 8 pg...lepas tu suami pulak siap2 untuk pergi kerja, aku tak mengomel sampailah pada waktu seketika suami macam biasa tidak puas hati dengan pilihan Azlan bekerja dengan Klinik Swasta . Amboi ! ,yes amboi ialah kata2 yg keluar dari mulut aku...Dah letih mulut aku beritahu suamiku ~ cakaplah depan anak2 ,bila anak2 pulang.Kenapa awak diam ,bila mereka pulang kenapa baru bercakap.

Monday, May 17, 2010

Dunia macam2

Jumpa satu blog yg ada unsur2 agama tetapi di olah dengan caranya sendiri seperti kebiasaan kita menyebut Allah tetapi dia menyebut Allaha ,kalau bismillah jadi bismillaha dan seterusnya ..
Aku rasa pelik jadi aku tulis seperti ini~apa selama ini aku salah!

... pernah tak kamu kadang2 rasa gerun pada seseorang ~ dan se 'orang itu ialah diri KAMU sendiri !

Pernah tak kamu rasa kemungkinan kamu di pihak benar mungkin salah ~ yang di pihak salah mungkin benar !

Bagaimana mahu cari jawapannya kalau kamu sendiri hidup bersama arus itu ~ apa kamu sanggup menongkah arus? ~ sukar ,maka berdoalah pada Allah bahawa kamu berada di jalan yang benar lagi lurus.

Siapa yang tak ingin mempunyai pasangan yang boleh memberi laluan atau tiket kita ke syurga~membahagiakan kita juga di dunia ~ memelihara zuriatnya dari azab api neraka dan membimbing mereka mencari kejayaan.

Andaikata kamu telah menemuinya maka bersyukur lah selalu pada Allah SWT, dan andaikata kamu masih terumbang ~ambing ,berdoalah. Bukan semua cerita gembira itu indah dan sedih itu buruk.Mungkin cerita yang sedih itu lebih nikmat.

Doa~
Ya Allah seandainya aku sesat siapa yang akan menemukan aku jalan keluar kecuali dengan izin Mu jua, maka peliharalah setiap langkah ku....

Thursday, May 13, 2010

13Mei 1969

Sebab dlm fb, dlm blog tiba2 je orang cakap pasal 13 mei aku pun ambil kesempatan nak citer pengalaman aku pulak.
13 mei 1969 tolak 5 ogos 1960 ...umur aku waktu tu baru 8 tahun lebih .Bapak aku baru je pencen askar jadi aku baru jer berapa bulan jadi budak kampung .Kalau darjah dua tu biasalah hingus hijau asyik meleleh kat hidung aku. Masih terbayang aku dok sedut hingus tu srot ,srot,srot.
Masa tu paling best duduk kampung, dapat main guli, main getah, main galah panjang, main police n thief ,main layang2 ,main pukul berapa datuk harimau ,main batu tujuh ,main congkak dan macam2 permainan.Asyik main jer.

Tiba2 ada curfew.Kedai Cina depan kampung semua tutup .Kami Diberi beberapa jam saja untuk beli barangan dapur. Aku tak paham apa2 cuma macam suka pula.Sebiji macam citer filem melayu dulu2 kisah negeri yg dilanggar Geruda. Sunyi-sepi.Paling best aku tak yah pergi sekolah. Kalau tak salah aku ada dua kali kot curfew.
Dalam umur sementah itulah aku dengar macam2 cerita ,aku dengar orang cina mengamuk. Satu muara sungai Kurau tu di hadang dengan bot2 mereka. Habis nelayan Melayu yg baru pulang di bunuh..dalam hal itu juga ada juga yang diselamatkan oleh orang China yg baik dengan menyorok nelayan tu dalam rumah mereka tidak bagi keluar~ itu secebis kisah yg aku tahu kemudian semua orang Melayu tidak kira parti dan keturunan keluar beramai2 dari kampung2 pendalaman bersatu bawa parang.Keadaan sangat genting waktu itu perselisihan sedikit akan merebak sampai berparang2.

Bila aku masuk sekolah menengah ,cikgu Bahasa mencerita pengalamannya semasa kejadian dia bergelar siswazah .Kemudian setelah aku bekerja dan menyewa di salah satu Flat Kg Bharu Kuala Lumpur, tuan rumah menceritan keadaan dimana dia dan anak2 muda Kg Bharu bangun menentang dan membunuh ramai Cina dan menyampak mayat2 dalam sungai yg terletak depan flat yg aku sewa...katanya sungai itu bertukar jadi merah .

Patutlah orang2 lama masih tak boleh lupa tarikh 13 Mei~ sila baca blog Jebat Must Die tajuk 13 mei 1969 ,anda yg belum lahir ketika itu mungkin boleh paham dengan lebih jelas.

Monday, May 10, 2010

Dunia Baru

Tahniah kerana kamu sudah melangkahi dunia baru (dunia pekerjaan) ~ dunia bagaimana nak cukupkan duit gaji sampai hujung bulan ~ dunia bagaimana nak kurangkan belanja supaya boleh simpan dikit untuk bayar duit ubat jika demam~ dunia dimana kamu rasa ada duit tapi tak da duit.Macam2 nak beli tapi lepas tolak macam2 tak dapat nak membeli apa pun.So apa macam??

Lihat aja di bawah :~
Sewa rumah~ 500RM ;PTPTN ~160RM ;EPF ~ 250RM ;Broadband ~69RM, Kereta n petrol ~500RM ;Makan n minum~ 500RM, api n air ~100 RM, Digi post paid minimum 30RM ; Lain2 ~200RM(contoh~tenguk wayang ,maintainance kereta)

Ujung tahun sampai pulak surat cinta.Ooops! silap ...surat cukai !

Saturday, May 08, 2010

Tunggu Hari Yg Bertuah

Jumpa satu blog Hidup Biar Sedap ,dah dua hari aku dok selak cerita dlm entrynya ,intere3sting. Entrynya kalau baca macm kisah aku kisah ibu2 yang lain tapi dia memang jenis yg rajin menulis...yg paling best ialah dia salah satu dalam seribu di Malaysia ini yg bertuah dapat suami BAGUS.Sila baca blog dia kalau nak tahu kenapa aku kata suami dia bagus.

Kalau kamu seorang suami yg baca coretan ringkas aku ni ,aku nak tanya kalau kamu keluar rumah ,pernah tak balik kerja singgah kedai belikan makanan atau sesuatu kerana kamu ingatkan isteri kamu? Pernah tak kamu masukkan tarikh harijadi isteri kamu dalam list atau hari ibu atau anniversery dlm diari kamu semata2 nak ambil hatinya. pernah tak kamu rasa seperti mahu mengucapkan terima kasih kerana isteri kamu telah menjaga dan membela anak2 kamu sampai berjaya? Atau sekurang2nya berdoa pada Tuhan kamu "Ya Allah ya Tuhan kami, Kau ampunilah dosa isteriku ,semoga dia beroleh tempat yang baik di sisi Mu."

Yang aku tahu banyak suami hanya fikir tekak dia saja. Mahu makanan yang sedap, layanan yg tip-top,kalau tak mula rasa jengkel ,marah ,frust dan lain2. Kemudian cari jalan berfantasi dan berbagai...

Kalau kamu yg tak mula ----- kamu ingat dia yg akan mula?

Friday, April 23, 2010

Ideas dari Otak kecil

Tiap kali aku cakap pasal idea aku nak buka kedai yang beroperasi di rumah ,suami terCinta mesti bantai aku balik. Kadang2 cara dia bantai aku macam susah aku nak jawab Contohnya like "dinda tak kerja ,mentaliti dinda sekadar tu saja, buka kedai tepi rumah." Aku dah kata susah nak jawab kan?

Tapi tau tak nak kata idea aku tak bagus,jiran depan rumah aku dah ubah bahagian depan rumahnya jadi kedai . "Tenguk, idea dinda tak teruk sangat kan ,kanda?"



Tetap suami ada je alasan kenapa orang tu buka kedai di rumah.Aku tak kechik hati pun sebab tu baru cadangan .Jadi aku nak dengar juga cadangan dari dia.Kan aneh bila dia kata aku buat sesuatu mesti tak jadi sedangkan aku belum buat apa2 pun.

Teringin tahap gaban nak tahu idea besar dari orang pandai .Aku fikir mungkin betul2 impossible aku nak laku kan. Rupa2nya nak semai pokok dalam plastik hitam.



Lepas dia cakap mesti ada ayat2 kutuk aku ,"kanda yakin dinda mesti tak boleh jaga punya..."

Aku tunjuk pokok palm yg aku tanam dalam pasu yg hidup segar bugar tu sambil cakap,"alaa kanda ,kat depan rumah tu sape yg tanam kalau bukan adinda..."

Kalau dia serius aku pun serius.. cepat2! berapa benih palm tu nak di semai anggaran limapuluh ke seratus.Tak sabar pulak nak daftar nama kedai hmm bawah nursery dan landscaping ,tiru nama ala2 d'rimba boleh tak ,d' hutan ke atau d' belantara ke.


Satu lagi ayat Cinta suka gunakan ialah ,"kalau kanda banyak masa macam dinda, kanda dah masuk Forex, dah beli saham tu saham ni. Tenguk je internet 24 hrs ,naik je jual ,naik je jual,naik jual..." sedap betul telinga dengar.

Aku suka ASB ,ujung tahun guarantee ada bonus dan dividen..tapi cintaku kurang SABAR la .Sebab kurang sabar dia terpaksa bersabar tunggu harga saham naik.


Cintaku juga suka provoke minda aku dengan tunjuk kedai2 kosong sambil berkata," kalau dinda dapat itu kedai kosong apa barang dinda mahu berniaga?" ..of course aku tenguk location dan apa aku nak jual.Tak kan aku nak jual benda yg orang keliling tak rasa penting nak beli.

Bila aku sebut macam nak jual tudung dan maxi dan kelengkapan sembahyang sebab rumah dekat dengan Masjid,cinta aku akan bantai ayat aku sekali lagi. ."Susah lah kanda mahu bincang dengan adinda.."hehe.


Kadang2 aku pun tak mengerti dengan cintaku ini..apakah dia betul2 serius mahu bikin business atau dia mahu aku yang serius bikin business.Apapun yang akan terjadi dinda tetap sayang sama kanda...

Monday, April 12, 2010

Tanah o Tanah

Aku senang baca blog orang berilmu ,hujah mereka semua best2 susah aku nak celah walau pun aku ada hujah juga tapi jenis hujah orang senang cantas. Kategori hujah orang tak sekolah tinggi.

Aku belajar dari apa yg aku nampak dan apa aku dengar.

Nampak tak orang Melayu pandu kereta mewah ?Tabik spring!Mereka kaya tapi aku tak tau berapa harta yang mereka betul2 kumpul atau sekadar cukup2 untuk beli rumah dan kereta mewah.Yang berpelajaran tinggi aku tak nafi.Ramai!

Dalam kepala hotak aku selalu bertanya betulke hak Melayu dominant dalam Malaysia?Masa aku duduk kawasan Bukit Rajah ,depan mata aku je, ladang kelapa sawit dah di beli oleh Ah seng ,Ah Hong ,Ah Beng beribu2 ekar .Melayu? Cuma rumah teres harga sederhana tu je dengn kereta proton saga parking depan rumah.

Pindah ke Bestari Jaya pun macam tu juga.Towkey Cina yang tak sekolah pun ada berekar2 kebun. Melayu banyak yang duduk atas tanah TOL.Aku baru tahu senyap2 macam ada satu deklarasi antara apek2 tu ,jangan sekali2 jual tanah pada bangsa asing !

Melayu paham tak? Mesti tak paham ayat aku ni sebab mereka terlalu pandai. Kalau aku kata jangan jual tanah sekangkang kera tu pada bangsa asing. Mesti depa kata aku yang bodoh...entah2 aku pun jual kalau suku juta jadi tawaran ! Nak kumpul dalam 50 tahun pun macam nak terberak darah ,ini dalam satu hari untuk jadi suku jutawan..macam tiga suku lah kalau tak terima!

Aku tak marah pada orang Melayu kaya sebab jual tanah sekangkang kera tu. Aku marah sebab aku sendiri tak de tanah ,bila nak beli tanah yang sekangkang kera tu aku tak dapat nak challenge bangsa asing. Maka terberak taik kapurlah orang macam aku ni.

Cuba Fikir, agak2le kalau dibuat bancian ...Bumi Malaysia yang kita pijak ni siapa yang punya ?