Pages

Tuesday, January 19, 2010

2010

Tahun lahir ku ialah 1960 bermakna aku akan memasuki separuh abad pada bulan lapan ini. Bagi setengah manusia umur hanya angka ,tidak merubah banyak perkara. Termasuklah keadaan fizikal dan perasaan . Tidak mampu mendatangkan apa-ap perubahan dari jahat menjadi baik atau baik kepada bertambah baik.Umur hany aangka.

Dalam melayari hidup mana ada manusia kebal dan kekal. Biar lah yang muda dengan tenaga muda nya memproses dan menjana segala ketidak pastian kehidupan yang mendatang. Perubahan kemodenan kerakusan kedegilan kekuasaan kehancuran kebencian yang dicipta manusia sendiri dan penghujungnya yang antara jauh dan dekat,kalaulah tanda-tanda itu muncul ,maka segeralah bertaubat dan ingat pada yang satu iaitu Pencipta mu dan aku.

Diri ku masih sihat ,Alhamdulillah .Entah esuk atau lusa kudrat yang dipinjamkan ini mungkin diambil Nya kembali. Jadi aku mesti gunapakai secepat dan sebaik mungkin. Pernah aku bertanya pada ibu mertua ku, apakah perasaan dia ketika begitu...terdiam dia dan aku sendiri menjawab di dalam hati cuma.Ingin aku tahu cerita bagaimana dia mendidik anak2nya... apakah sama seperti aku mendidik anak2 ku sekarang kerana ada yang tidak mampu aku laksanakan.

Atau lebih jauh lagi bila aku melihat orang yang dulunya kacak dan gagah kini sudah tanggal semua giginya dan mata berselaput tahi mata ,sudah tidak boleh mengenal apatah lagi membaca. Berbasikal setiap hari tanpa baju.Kadang2 lupa jalan pulang ,kadang2 jatuh dalam longkang. Yang pandang mengandai dan bersalah sangka ,yang zuriatnya merasa malu kerana tak menjaga , dan aku kelak, bagaimana ya?

Tolonglah ya Tuhanku , jangan bebankan aku pada orang lain seperti aku tidak bebankan mereka sekarang dan jangan bebankan mereka atas ku kelak kerana usia ku. Hingga saat ini aku masih pasrah menanti sedangkan angka semakin tinggi dan bakinya tinggal sedikit cuma.Ya Allah Ya Tuhanku ,engkau satu2nya yang tahu keresahanku dan mudah2an tahun baru ini kau kurniakan kedamaian buat ku.

No comments: