Pages

Sunday, January 24, 2010

Cuba Ingat

Aku suka lupa dekat mana aku beli barang yang ada dalam rumah ku. Macam frame gambar biru yang Atiq suka tu... Rimaas betul bila cuba nak ingat supermarket mana yang aku pergi sebab di Malaysia ni memang banyak sangat shopping complex.Ada yang aku suka ada yang tidak...ada yang mampu aku beli dan ada juga yang tidak.

Terlalu banyak tempat shopping sampai ada yang aku belum jejak.Kat sini saja aku nak mention tempat yang aku dah pergi supaya aku tak lupa, contoh nya Alamanda...dulu dok dengar adik aku sebut je...pasal gerai dia di situ bilamana Dr Mahthir dan Dr Siti Hasmah singgah di sana. Tak beli apa pun di situ tapi adik belanja makan dan makanan di situ boleh tahan sedapnya..tapi nama restaurant tu pulak aku dah lupa.

Tempat yang suami paling suka pergi ialah Low Yat dan aku pula suka ikut tetapi bukan di situ ,yang di sebelahnya iaitu Sg Wang Plaza...dekat2 situ ada Metro Jaya dan Parkson...kalau aku masuk dalam tu aku tak miss beli baju kalau fesyen dan harganya ok untuk aku.Hari tu aku dapat beli mangkuk crystal bohemia yang berkaki after 70% discount harganya about dua ratus berapa ntah..jenuh argue dengan adik...dia kata membazir tapi aku kata aku tak mampu beli kalau tak de discount...dan aku tak pernah dapat duit belanja dari abah ..so aku beri alasan kira itu duit belanja aku le sekali setahun ,alhamdulillah alasan aku tu berkesan sangat .Ikut lojik kan..dia pun abah dok bagi tiap2 bulan.

Baru2 ni abah bawa kami ke mana tah , aku cuba recall tapi tetap lupa..rasa nya tetap dalam area Sg Wang kot ,entahlah..kena tanya anak ku Ahmad sebab aku jumpa bekas tisu coco-cola dengan harga murah dari supermarket .Dalam supermarket harga lima puluh enam ringgit ,mahal. Kat luar aku jumpa benda yang sama baru enam belas.Bezanya kalau dgn mata kasar tak nampak tapi kalau pegang baru tahu yang satu tu bahannya agak tebal sebab tu mahal.

Oh ya aku rasa aku beli frame biru tu di One Utamalah ...first time pergi ,terlalu besar dengan waktu yang singkat. Rasanya kami tenguk wayang lah hari tu ..oh ya tenguk cerita 2012 .Dalam masa yg singkat dan buru2 nak tenguk wayang jumpa kedai gift yang tengah buat sale...harganya pun dah lupa tapi ada diskaun le tu yang beli....

Baru2 ni abah bawa ke Sun Way Lagoon ,aku selalu confuse dengan Mid Valley...mana satu yang ada gambar piramid dan singa tu..nanti aku cuba nak recall.Sun Way Lagoon yang aku ingat ialah tempat ice skatingnya. Bila tenguk ice skating nya aku teringat first time jumpa If dan Puteri. Makan pizza kat situ lepas jalan2 baru nyesal sebb berlambak lagi kedai makan lain dalm tu...pizza kat luar pun makan .

Banyak kedai2 berjenama di situ yang kalau tak de discount rasanya terduduk aku nak beli...tapi yang aku terkejut tu ada satu kedai yg jual barangan yang sama dengan apa yang aku pernah tenguk dijual dengan harga berlipat kali ganda macam 600%.Dalam mahal2 pun aku dapat juga beli satu shirt kelabu jenama springfield yang aku tak pernah dengar bila ada diskaun separuh harga.Kemudian aku beli seluar kaler macam jingga ,sebb belum ada lagi kaler tu....Harga aku beli dalm lima puluh tapi kat JJ dalam tu boleh dapat dengan harga separuh je..nasib baik kaler yg aku beli tu tak de..jadi boleh sedapkan hati lagi.Satu je yang aku tak suka diSunWay Lagoon ni aku langsung tak jumpa tempat sembahyang..dan bila aku berada disuatu kawasan reception talipon terus hilang,bermakna aku tak boleh bergerak jauh takut sesat tak jumpa suami atau lupa arah.(thats my weakness).

Tempat lain yang suami pernah bawa ialah KLCC, yang langsung aku tak membeli apa2 sebab pakaian terlalu mahal di sini....mungkin kalau potongan aku cantik macam waktu remaja dulu gagah juga aku fikir dua tiga kali nak beli tak beli .Kami cuma makan dan minum di Starbucks.Sogo tempat yang konon popular untuk orang yang bekerja di KL bershopping tak pula dapat menambat hati aku .Mungkin dah dua tiga kali pergi ...apa yang aku hajati tak ada .

Satu lagi tempat suami selalu pergi alah Sri Kembangan. Suka tenguk ikan keli yang besar2 dalam air yang mengalir menembusi pasaraya ni ,ada yang sebesar peha orang.Kat sini pun ok sebab ada panggung wayang ,tempat bowling ,kedai makan dan harga barangan di sini pun dalam linkungan mampu beli. Tempat sembahyang pun mudah jumpa.

Selain Low Yat, Sg wang, Mid Valley, Sun Way, KLCC, Sri Kembangan, One Utama,Sogo,Alamanda ,aku dan suami tibe2 je nak tenguk Times Square tempat anak bongsu suka lepak...baru tahu atas tu ada macam keretapi ala roller coaster, suami ajak naik tapi aku tak hingin menyiksa bathinku menjerit minta nyawa.Dah, itu je rasanya tempat yang aku dah cover so far, Oh ye terlupa D Curve juga dah sampai...kalau ada tempat lain yang aku belum sampai harap2 ada orang tolong canang kat suami ,nanti sampaile kot ke situ.

No comments: