Pages

Friday, February 12, 2010

hamdan poligami

Lucu juga bila aku kena bubuh tajuk ku dengan nama hamdan poligami....ia nya secara kebetulan. Sebab aku dah kata tajuk paling aku minat di samping tajuk politik ialah tajuk poligami.

Teringat juga trailer komedi los n foun yang aku belum berpeluang tenguk..macam tu lah aku JUMPA satu blog ni mengisah kan pasal niatnya nak pasang satu lagi.Dunia internet ni memang canggih sebab dia main pas-pas dari satu link ke satu link kalau lupa nak bookmark alamat kau kena putar balik link-link tu...jadi sebab aku tak book mark blog dia semalam,DAH HILANG .Aku cuba cari dari seluruh link bloggers yang aku selalu masuk tapi tak berjaya.

Aku cuma tahu blog dier pakai nama hamdan jadi bila tekan google hamdan keluar hamdan lain..so last sekali aku tekan" hamdan poligami"...dan walla keluarlah sebiji blog yang aku CARI iaitu Hamdantaha di http://hamdantaha.blogspot.com/2010/01/poligami-2_25.htl

Best juga kalau lebih ramai laki-laki diluar sana boleh berbicara soal poligami secara peribadi maksudnya keluar dari hati...biasanya laki2 hanya berani cerita depan laki2 bila poligami mereka tak menjadi...di luar cerita cerita yang best2 tup2 dengar mati mengejut (harap maaf kepada sesiapa yang tersinggung ,bukan bermaksud melukakan hati orang2 tertentu cuma mencerita keadaan yang sebenar)

Dan ini telah di jelaskan sendiri oleh kawan Encik Hamdan yang berumur 63 tahun dan baru menikahi janda yang dianngapnya muda iaitu 35 tahun.Dia menulis bersahaja dan kelihatan seperti lucu...dan kawannya tersebut sudah pun menjadi aruah belum sempat mengecapi nikmat berbini muda.Dan dia juga menulis bagaimana arwah sempat menasihatinya kalau mahu kawen lebih biarlah di umur muda..kenapa beliau dinasihati sedemikian kerana beliau memang di kenali telah memasang niat untuk berkahwen lagi cuma beluam ada calon atau jodoh....

Dan di selit juga cerita kawannya yang sudah berpoligami juga memberi beliau nasihat atau rahsia besarnya iaitu mesti ada 3 RAS iaitu ,waRAS, beRAS dan keRAS dan kalau boleh aku nak tambah...bagi sedap biar aku tambah ada 3 RAS 1 RAN dan yang akhir itu insuRAN yang bini dapat 3 RAS sampai sekurang2nya semua anak2 mereka cecah 18/19 tahun.

Macam penelitian yang di buat di Amerika dlm siri OpRAH..muka bukan sukatan bagi wanita memilih pasangan tetapi kedudkan kewangan.Kerana balik kepada basic wanita mahu anak2/zuriat mereka mendapat yang terbaik.Kalau dalam Islam pula di tambah satu lagi iaitu yang ada ilmu agama yang tinggi..jadi tak hairan antara wanita2 yang sekolah agama atau yang soleh akan mencari Ustaz di samping agama mereka mempunyai pekerjaan yang tetap.

Berbalik pada Hamdan saya rasa teramat simpati pada isterinya kerana beliau selalu melawak didepan isterinya dengan niat memasang lebih dari satu secara terbuka....Walaupun kebanyakan laki2 memang mempunyai niat tetapi semua berada didalam hati sahaja.Boleh kah saya dikatakan membantah suruhan rasul atau tuhan sekiranya saya membantah di poligami? Apakah junjungan kita Nabi Muhamad SAW tidak pernah membantah apabila menantu kesayangan nya mahu dijodohlkan lagi oleh saudara2nya?

Kenapa ada ayat Al Quran (tolong buat rujukan sendiri kerana saya bukan ilmuan),membenarkan kahwinilah kamu dua atau tiga TETAPI culuplah dengan satu seandainya kamu tidak boleh berlaku adil...sesungguhnya kamu tidak akan sama sekali akan berlaku adil.....mustahil ALLAH SWT bertarik tali dengan jiwa manusia..maksudnya sekejap bagi dan sekejap tidak...MUSTAHIL.

Isu sekarang ialah ADIL dan apa yang boleh kita jadikan sebagai sukatan supaya senang kita meletakkan diri kita kepada syarat BOLEH berpoligami kerana kita yakin sukatan kita sudah cukup, iaaitu kita boleh ADIL. Apakah sukatan itu hanya di pihak suami sahaja atau di pihak isteri saja atau di ke dua2 belah pihak atu di semua pihak ,termasuk anak2 dan keluarga di kedua2 pihak.

Dan saya mahu rujuk semula kenapa Rasul tidak membenarkan Saidina Ali berpoligami..Mungkin Ali tidak memperolehi sukatan tersebut...Dari pihak keluarga melihat Ali mampu mempunyai lebih dari seorang isteri..tetapi itu cuma di satu pihak ..belum beoleh di buat sukatan....dan begitulah pendapat saya .

Sebaik2 poligami ialah yang dicari sendiri oleh isteri...kenapa saya katakan begitu. Mudah kerana isteri mewakili tiga pihak iaitu pihak keluarganya ,keluarga suaminya dan anak2nya manakala suami hanya mempunyai satu pihak iaitu keluarganya.Mudahkan.Dan sekiranya ini berlaku maka akan aman walaupun tidak memenuhi 3 RAS tersebut...

-Berpoligamilah secara Niat yang BETUL!

No comments: