Pages

Friday, February 19, 2010

How to get you there...

CARA HENDAK DAPATKAN APA YANG KITA MAHU.........

1-ABAH- Nak pakai komputer bagi tahu nak check important e -mel dari HQ sebenarnya nak buka face book.
2- ADIK-Berjanji macam nak rak akan jaga barang yang hendak dipinjam- lepas tu bagi hilang kemudian cari excuse.
3-ADIK- Guna ayat ,'Cikgu yang suruh .'
4- ALAN- Tulis dalam face book ,'saya pokkai 'dengan nada minta simpati sure dapat reply tahap segera.
5- AMAT- Antar mesage yang melemahkan ego laki-laki,'tak gi mane2 ke minggu ni, Amat bosan giler arr kat sini...'
6- AYUM - Hantar message melalui HP ,'Ma ,call Ayum.'
6-AKAK - Cairkan hati secara direct.
7- ME - Guna mukadimmah .....'Abah jangan marah ye kalau.....(baru sambung dengan ayat bernada hajat)

KLCC AQUARIA - Tiket masuk untuk orang dewasa lebih kurang RM25/28 satu kepala. Bagi aku ia berpatutan kalau kita tenguk tempat tu yang di penuhi dengan beratus2 ekur ikan ,kecil-besar, tua-muda.Bukan ikan saja tetapi ada spesis reptilia seperti katak, kura2,ketam, belangkas dll.Aku yakin kanak2lah yang amat gembira kalau dapat masuk aquaria ni sebab aku dapat bayangkan mereka tentu rasa seperti berada di dalam dunia fantasi...mesti akan melekat dalam kepala mereka sampai mereka besar....Oh ya waktu tutup pukul 7 malam dan sebaiknya tenguk jadual pukul berapa binatang khususnya ikan jerung diberi makan...kerana waktu itulah yang paling menarik.

Manakala tempat kedua yang kami lawati iaitu tempat kelip-kelip di kampung Kuantan ,Kuala Selangor , menakjubkan pandangan ku.Dulu masa zaman aku selalu berhingus, aku selalu juga tangkap kelip-kelip yang tersesat masuk rumah aku...asyiknya tenguk lampu bawah perut dia. Mak cakap orang cina percaya tu ada kaitan dengan hantu..entah kuku hantu ke apa...not too sure.Tapi ia amat cantik ,selain kelip-kelip ni yang selalu juga tersesat masuk rumah ku ketika tu ialah riang-riang ,macam sejnis kumbang bila kita pegang ia akan keluarkan bunyi bising.

Binatang2 ni dah lama aku tak nampak, sehinggalah aku berpindah ke kawasan Kuala Selangor ni.Selalu lalu kawasan Kg Kuantan ni dan nampak papan tanda pasal kelip2 ni tapi dalam hati macam terbayang apa best nya tenguk kelip-kelip yang ada seekur dua ekur atas dahan pokok tu...tetapi bila anak yang dah biasa pergi bercerita macam seronok pula.

Hari yang aku plan nak pergi tu anak perempuan bawa kawan dan anak bongsu pun ,kira waktu yang bagus juga le untuk bawa tetamu melancung. Waktu untuk tenguk kelip-kelip ni hanya pada waktu malam..kalau tak tak nampak le cahayanya.Waktu tutup lebih kurang 11-12 malam tetapi pendayung sampan cakap kelip-kelip mengeluarkan cahaya sampai pukul 2 hingga 3pagi.

Dari tempat kami beli tiket untuk tenguk kelip-kelip hanya di tebing seberang sungai je ,tak jauh tetapi air sungai sedang surut jadi kita nampak betapa lajunya arus. Tiket satu kepala cuma sepuluh ringgit dan boleh naik empat orang setiap satu sampan yang di kayuh tangan.Mula2 tak nampak apa 2sebab pukul 11 malam, gelap bila hampir dengan tebing aku cuma mengucap Subhanallah ,cantiknya.Dari jauh nampak berjuta kelip-kelip di sepanjang tebing tu macam rangkaian pokok krismas...kata pendayung tu sejauh 20 km dan Kg Kuantan ialah tempat penghidupan kelip-kelip yang terbesar di Malaysia!

Kita di beri peluang menghampiri ranting pokok berembang tempat kelip2 tu..sambil si pendayung tu explain yang nampak lebih terang tu ada dua ekur sedang mengawan.... jadi malam tu memang le banyak yang mengawan sebab cahaya yang lebih terang lebih banyak dari yang kurang terang...hehe tak pandai nak explain ok.Amaran ! seekur kelip-kelip nilainya seribu ringgit jika anda di tangkap membawanya pulang....

No comments: