Pages

Monday, February 01, 2010

Kisah Kamu -Pt 1

Aku mesti cerita...

Hari tu entah kenapa hatiku tersentuh sangat-sangat....cerita pasal kamu, pasal aku pasal derita yang kamu tidak tahu atau lebih jelas kamu belum dapat mengingati kerana kamu terlalu kerdil dan terlalu kudus untuk mengingati dan dibebankan dengan ingatan itu...cerita tentang kamu yang pertama kali melihat dunia fana ini...

Hari ini aku ingin kamu tahu .

Betapa kamu masing-masing mempunyai cerita misteri dan miseri.Cuma aku yang boleh menceritakannya...dan Tuhan tahu aku juga sudah hampir lupa penderitaan itu kerana kata orang itulah penderitaan yang datang dari kebahagiaan.Kerana itu ia bukan miseri lagi.

Aku dapat rasakan keghairahan laki-laki yang ingin menjadi bapa ,terlalu ghairah sehinggakan dia lupa perasaan insan yang akan menjadi ibu. Terlalu ego sehinggakan dia memperlecehkan jantina lain selain laki-laki.Setelah menemui doktor yang mengesahkan aku hamil, reaksiku terlalu ketara sehingga doktor bertanya, kamu gembira?Ya!jawabku.Sedikitpun aku tidak sangka yang aku akan mengubah kata2ku selepas tempuh sembilan bulan,taubat, aku tidak mahu mengandung lagi!Tetapi di dalam aku rasa taubat ,aku hamil lagi selapas 2 bulan berpantang.Memang sesuailah perkataan Taubat ditukar ke Tau Buat .

Ketika tanda darah muncul aku berada di rumah keluarga ku di Kuala Kurau...Entah kenapa mak dan pak bawa aku terus ke Hospital Taiping dengan kereta sewa.Kata emak kembar darah lebih susah dari kembar air.Memang benar aku datang tanda waktu pagi dan malam baru aku melahirkan. 23 tahun umurku . Misi disitu seakan bersimpati dengan ku kerana aku paling lama mengerang kesakitan setiap kali datang rasa sakit hanya perkataan Subhanallah dan Astaghfirullah menemaniku ,dan bila sakit itu berlalu aku tertidur keletihan .

Kesakitan itu datang semakin kerap pada waktu malam .Pada 9hb Mac ,1983 jam 9.52 malam penantianku berakhir dan puncak kesakitan yang aku rasa ketika melahirkan melebihi rasa sakit yang tubuh badanku pernah rasai selama 23 tahun aku hidup!Mak pernah cakap rasa seperti nyawa di hujung rambut..tapi aku tak mengerti....Sekarang ,cukuplah kalau aku katakan ,ketika isi daging ku di gunting tanpa bius, ketika aku mendengar bunyi kain koyak...aku tidak merasai apa2 ketika itu cuma dapat mendengar dan merasa kerana kesakitan melahirkan anakku ke dunia fana ini lebih sakit!Kaetika itu hati kecil bertaubat tidak akan ada dua atau tiga...janjiku mahu membanyakkan zuriat seperti hancur lebur....

Aku menahan sebak apabila doktor menunjuk anakku yang di pegang kaki ke atas dan kepalanya ke bawah sambil menunjuk alat kemaluannya dan memberitahu tidak ada cacat pada tubuhnya yg kerdil.Yes! Anak ku laki2 .Abahlah orang yang paling gembira ketika itu.Di bang kan azan di cuping telinga anakku dan entah apalah harapan yang tersimpaan dalam lubuk hatinya...aku tak pernah tanya hinggalah sekarang.

2 comments:

kerajinan perca said...

met kenal dari yogyakarta

N. A. H. A said...

Met Kenal juga dan apa bisa tasnya di pos ke Malaysia...