Pages

Wednesday, February 03, 2010

Kisah kamu- pt ii

Aku tak pernah menyesal mempunyai kamu cuma menyesal pada diri ku sendiri kerana tidak dapat menyusui mu. Menyesal kerana kurangnya pengalamanku sebagai ibu. Paling tolol ialah pekerja hospital, doktor,staff nurse ,nurses dan semua yang menghuni hospital itu. Tidak seorangpun yang membantu ku dan menunjuk ajarku cara yang betul menyusui mu. Mereka menggalakkan bayi yang baru lahir diberi susu botol setiap kali menagis.Supaya suara tangis kamu dan kanak2 lain tidak kedengaran.

Dan bila aku di benarkan pulang aku tinggal di rumah mertua atas kehendak suami. Ibu mertuaku baik dan terima kasih kerana menjaga ku dalam pantang tetapi satu yang ibu mertuaku tidak prihatin ialah kenapa anakku menolak susu ku.Atas sebab itu juga (tidak menyusu badan) maka aku mudah dihamili lagi.

Ketika badanku hampir pulih dari melahirkan ,berita mengenai kehamilanku kali kedua membuat aku trauma . Kengerian kesakitan ketika labor menghantui aku semula, kerana terlau baru. Suami banyak memberi kata semangat tetapi bila masa berlalu ,ubat yang paling mujarab ialah kamu! Si kecil tempat aku bermain. Sejak ada kamu aku tidak keseorangan lagi.Masa ku penuh dengan kesibukan. Tidak lelah aku mendukung mu malahan mendukung adik mu juga yang berada dalam perut ku.

Pelik,kalau dulu kamu kurang bergerak didalam rahimku(mungkin juga ruang agak sempit maklumlah kamu yang pertama menghuninya).Adikmu pula agak aktif. Selepas 4 bulan menghuni di tempat kamu huni dahulu ,dia seperti bergerak di setiap penjuru perut ku.Dan rasanya seperti ada berudu tersepit bawah kulit perut ku tergodek2.

Dan seperti biasa ...bila sudah sarat dan tariikh sudah hampir aku dihantar pulang ke rumah mak dan pak .Pulang semula ke Kuala Kurau....saat ini paling manis kerana dapat bermanja semula dengan mak.Kali ini aku pohon pada mak mahu melahirkan di rumah sahaja, tidak mahu ke hospital.Mak setuju tapi bila sampai saatnya, bidan kampung datang dan memberi tahu emak budak di dalam agak besar. Akhirnya aku diusung dalam ambulan ke hospital paling dekat iaitu Parit Buntar.

Dalam hospital,oleh kerana aku sudah tahu prosidur...aku sudah bercukur dan kencing dahulu di rumah.. atau mungkin juga bidan kampung dah explain semuanya ,jadi aku tak payah pergi bilik air hospital lagi untuk bercukur atau buang air....dan alhamdulillah masanya memang tepat ,sebaik saja aku di letakkan atas katil hospital...aku terus mahu meneran ,amat mudah pada mulanya kerana aku dapat rasa air ketuban yang pecah tetapi sekali lagi aku tersilap....tali pusat anakku terlilit di tengkuk dan sekiranya kepalanya melunsur keluar ,riisiko terjerut amat besar.Dua orang misi berteriak dengan tiba2 supaya aku menarik nafas semula dan dalam situasi aku sedang meneran dan menarik nafas serentak membuat dada ku bunyi seperti meletup atau bunyi patah - aku panik kerana misi cuba meleraikan tali pusat anak ku dan lega apabila misi memberi arahan supaya teran semula.

Aku melihat anakku yang lebam di bawa oleh misi ke dalam satu bilik,kecut kerana tidak ada suara tangisan yang keluar...selepas beberapa minit baru misi datang semula bersama anakku yang berbungkus dengan kain tuala yang aku bawa dari rumah.Suaranya amat perlahan kerana dadanya dipenuhi air...ya, dia hampir lemas dalam rahimku. Pada 8 hb Feb 11.40 malam anakku struggle untuk melihat dunia fana ini.

Keesukannya selepas waktu subuh, sebelum ahli keluarga ku datang, suami orang sebelahku datang bersama Imam Masjid untuk membaca azan dan doa serta meletakkan manisan di bibir anak itu.Dan aku juga mahukan anakku diperbuat seperti itu....dan alhamdulillah anakku yang kedua telah di azankan oleh Imam Masjid.

Bila kamu di bawa pulang ke Kuala Kurau ,Tok menjagaku dengan sempurna. Di urutnya buah dadaku dan adakala dia menggunakan sikat rambut untuk menyisir katanya untuk membetulkan urat dan melancarkan susu.Dia tahu semua hal itu kerana dia dahulu juga begitu...air susu lambat keluar.

Jika anak pertamaku ...aku melalui sakit kerana terpaksa digunting dan dijahit ,anak keduaku pula aku mengalami sakit dada yang teramat sangat....apapun yang aku rasa hanya terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan siksaan ALLAH SWT....

1 comment:

Nur said...

heyyy.. what a wonderful words.. semua itu ada hikmahnya...

yok ke rumah...