Pages

Wednesday, February 10, 2010

NALURIKU

Naluriku jarang yang tersasar walaupun aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi tetapi ia tepat ,tak ade alasan cuma mungkin aku masih boleh menggunakan akal yang waras.

Aku mahu sentuh mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian ,yang aku bantah dari segi niat si pengguna itu.Dan dari segi orang berbahas bahawa kita tidak mempunyai hak mutlak atas nama Allah tetapi kita ada hak sebagai pengikut Islam.Aku yakin tidak akan ada umat Islam yang suka nama Allah dipermainkan.Akhirnya melalui video 7 bahagian ini aku berpuas hati.



Aku juga mahu menyentuh soal wanita tabah Wan Azizah.

Naluriku juga berkata sebagai seorang isteri ,kamu mesti dapat menghidu kelainan pada ahli keluarga mu...dan aku yakin Wan Azizah mesti telah menghidu sesuatu..namun apa yang menghairankan aku kenapa dia tidak bangun menentang?Naluri wanitaku berkata....selagi ada perasaan kasih memang rasa berat mahu melepaskan tetapi bila perasaan itu kosong maka dengan sendiri ia terlepas.

Namun ini bukan sahaja naluri wanita tetapi naluri seorang isteri yang pernah dilimpahkan dengan kasih-sayang dan wang ringgit dari dahulu sampai sekarang cuma suaminya memiliki nafsu songsang yang diserakahkan pada orang lain.Ketika ini aku rasa perasaan sayang dan kecewa wan azizah berperang seperti dia benar2 berperang besar dengan suaminya ...namun masih boleh dilembutkan apabila suami menunjukkan sifat terpuji pada anak2nya yang sedang remaja.

Maklumlah waktu remajalah paling sukar seoarang ibu menjaga tanpa bapa.

Naluri ku perkata inilah penyebab utama seorang wanita tabah akan kalah.Kerana tidak mahu anak2nya malu dan tertipu kerana ayah kesayangan dan sanjungan mereka mempunyai perangai buruk di luar rumah jauh dari mata.Walaupun tali seakan reput tetapi masih kuat mengikat diri Wan Azizah. Yang dapat meleraikannya sekarang ialah anak-anaknya.

Mudah2an anak-anaknya paham situasi ibu mereka dan memberinya kekuatan kerana tanpa anak-anaknya dia benar2 lumpuh. Sekian naluri ku.

1 comment:

Mien Organization said...

salam..maaf...pada saya selagi mahkamah x memutuskan dia x bersalah....jangan cepat menilai...nak2 di akhir zaman ni yang penuh ngan ftnah dan penipuan...renung2kanlah...