Pages

Friday, February 12, 2010

Sambungan dari kisah hamdan

Aku nak sambung sikit lagi tumpang masih ada benda yang difikirkan tu mahu keluar ..lagi pun baru je habis memasak..suami pun masih belum pulang dan zohor pun belum masuk...

aku nak tolong bercakap bagi kaum aku le kaum HAWA ...jangan tokok yg belakang tu dengan NAFSU ye sebb dunia lagi tahu siapa yang lebih bernafsu dari hawa.

Mesti ada sebab kenapa Allah jadikan perbezaan ketara antara golongan laki2 dan perempuan apabila mereka sama2 tua. Kata hamdan umur kawannya 63 dan isterinya pun 63 dan maklum sajalah isteri tak tahu yang suaminya masih kepingin nak benda tu...

Kenapa isterinya tak tahu....mudah je jawapannya sebab suaminya tak pernah bagi tahu.Cuba kalau suami dia bagi tahu...tentulah isterinya cuba usahakan.Dalam soal ini tak tahulah siapa yang malu ,suami atau isteri...kalau isteri yang malu tak lah suami kawin cara sembunyi.

Nak katakan isteri yang menopause tidak boleh klimaks dan tak bernafsu...sila buat rujukan sendiri ok atau anda yang masih muda kena tunggu lama lagi baru nak paham.Persoalannya saya di sini kenapa Allah jadikan perbezaan ketara kepada tubuh manusia terutama wanita apabila mencecah tua. Rujuk balik kepada Junjungan kita Nabi Muhamad SAW.

Apa yang Rasul lihat pada isterinya Siti Khatijah tidak akan ada satu orang laki2 lain yang kononnya berselindung di bawah Sunahnya akan melihat apa yang Rasul lihat!
Dengar apa Rasul sabda -lelaki yang paling baik adalah lelaki yang baik terhadap isteri2nya....

Jangan semata2 cakap saja wanita itu lemah tetapi buktikan mereka benar2 LEMAH.Maka sebab itu Allah beri perbezaan yang nyata dari segi fizikal pada wanita supaya lelaki itu insaf seinsaf2 nya dengan banyak membantu isteri apatah lagi bila isteri sudah tua .Ada yang benar2 mahu ikut Sunah Nabi...BELA ISTERI TU DENGAN PENUH KASIH SAYANG ...bukan saja melalui kata2 tapi perbuatan seperti ,jaga anak ,memasak ,pergi pasar ,cuci rumah dan lain2 sebab isteri dah tak larat..Tapi yang nak ikut bila Dr fazilah kamsah suruh mandi berua2an dalam bilik air...for me stll OK ler kalau sanggup TENGUK!

No comments: