Pages

Wednesday, March 31, 2010

Sembang kosong.

Sejak berfacebook ni macam tertinggal pulak blog tempat curahan hati ni mcam my hubby suka tulis ayat curhat ,malming yg di maksudkan malam minggu dan apa2 lagi ayat rigkas orang indo ...manakala bahasa serawak untuk org tak biasa pun susah nak paham.

Alhamdulillah, 2 tempt yg aku mention kat atas ni aku dah pernah tinggal jadi dapat juga paham walaupun tempias jer.

Apa yang aku belajar dari fb ni kalau kita nak beri komen dlam fb orang indo kita kena tulis ala2 dilect diorang kalau tak rasa macam tak menyambung komen kita ,begitu juga dengn fb orang serawak atau orang2 kita ...

Ada yg kalau kita baca ayatnya seperti mengutuk , ada yang macam miang2 ngade , ada yang serius ada yang berbentuk ilmiah ,walau apapun cara bahasanya yg aku perasan kalau ada orang jenguk dan bagi komen dlm face book kita rasa macam kita di ajak berbual atau welcome macm tu.

Face book boleh mendekatkan orang yang jauh macam aku yg tak kenal sangat dengan orang kg ku dah boleh berinteraksi kemudian boleh join jadi fan Kuala Kurau iaitu bandar kecil tempat aku membesar.Semua ini buat aku tak miss buka fb seperti aku tak miss buka e mail ku setiap hari.

Aku yakin sesuatu yang baik tentu juga ada buruk nya. Kadang2 ia boleh melekakan kecuali kita kena kawal waktu kita supaya ada ruang untuk aktiviti lain ..sekian sembang2 kosong malam ini.

Where is Azlan?





Azlan is my son ....hope you all enjoy watching this video.

Sunday, March 28, 2010

Kakitangan kerajaan

Kami bertukar2 pendapat pasal kerja ngan kerajaan dan apa orang selalu komplen.
1) Kerja kerajaan lebih relaks
2) Kakitangan nya lembab


dan dibawah adalah jawapan kawanku tanpa diubah satu ayat pun...






S
alam,

Just nak info 2 all regarding " berurusan dgn gov.lembab...." I've 2 or 3 cases staffs swasta (dari bank, pej lawyer n company IT) yg at last berjaya masuk kije gov....
Tau apa komen derang....

Yg kije bank: " Dulu sebelum masuk kije gov...mmg saya pun selalu ckp org kije gov lambat/ lembab dsbgainya.... bila dah masuk baru tau criter sebenar... cth kerani kaunter... if yg jadi cashier di bank kije dia may B tertumpu pada 5 perkara sahaja.... tapi PT kaunter gov... ada 20 perkara yg terpaksa dia handle... belum lagi masuk hal-hal lain lagi...maksud saya kijer2 adhoc... lawatan rasmi pegawai lain/pembesar2.... jadi D C tu lah mmbezakan nya...dan D C tu lah jugak yg menyebababkan berlaku kelewatan.. workload staff gov (level =) lebih bnyak...

Yg Kije pej lawyer : " Mula2 saya join gov.... saya mengalami kejutan budaya kerja- rasa menyesal sgt2 masuk gov...... sbb all saya terpksa handle..dengan pengalaman yg tiada...dari urusan perjawatan, kewangan, hal2 tatatertib dan hal pentadbiran...seme kena buat...(ni jwtn macm aku leni EO) masa saya di pejabat lawyer dulu saya cuma jaga kes...which is melibatkan 3 or 4 perkara sahaja...masuk gov?...kalau ikutkan hati masa tu mmg saya turn back balik kije pejabat lama... tapi PK kan jangka masa panjang saya sabokan juga teruskan ...skrang baru saya fhm kenapa kije gov di katakan lewat...sbnonya 1 staff buat pelbagai kerja yang sepatunta di Swasta dilakukan oleh may B 10 org staffs!!!

Yg dari com IT..: Ingat masuk gov dapatlah relax Ckit.... rupanya = jer...malahan makin teruk sbb terikat dgn pelabagi peraturan yg tak boleh D ubah... dah le tu terpaksa akur dgn prosidur yg di tetapkan oleh PBN(pihak Berkuas Negeri)... cuma stay jugak sbb lebih terjamin... gov tak senang2 nak buang staffs unles U ada buat kesalahan yang besar... tapi if kije Company....pengurusan nak kecik kan size... silap tak kena gaya kita jadi mangsa...mmglah compared gaji swasta > tinggi...saya hilang > separuh dari yg saya dapat masa kije swasta... tapi jangka masa panjang > baik lah saya stick dgn gov...walaupun dari segi work load adakalanya D gov > tinggi...

So U all yang dok swasta or company... jgn ingat kije gov tu semudah yg D PK... bab mcm Ani ckp...yg berlaku kat adik dia tu.... dlm gov pun berlaku gak.. = je ... tapi how U handle D kes... Namun aku X nafikan mmg berlaku staffs yg pmlas n X buat kije... itu mmg X D nafikan...mmg ada...

Wassalam.
Adios..



Kawan saya ni memang dalam kategori orang yang rajin ,cekap dan amanah.

Wednesday, March 24, 2010

Kata-kata

Dari dulu aku ingin sangat nak tahu siapa Melayu2 pertama yang ungkap kata2 kiasan yang boleh di pakai sampai sekarang.

Pendek ,ringkas ,padat dan sedap bila di sebut...cubalah orang sekarang reka satu simpulan bahasa atau pribahasa baru kalau boleh.

Tak termasuk siapa yang mula2 buat resepi sambal belacan ,sambal tempoyak atau sambal cincalok.Masaalahnya orang kita dulu tak tulis atas daun kering,tak de trade mark sampai nak gaduh2 satu nusantara.

Orang tua dulu suka pas2 dari mulut ke mulut dan jadile apa yang jadi sekarang .

Contohnya;
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa,cuba kau buat ayat lain yang sama maksudnya susah kan....ada juga orang cuba tapi dah jadi lawak pulak..macam ada udang di sebalik batu dah jadi ada udang di sebalik mee atau mee hoon.

Sebenarnya aku nak cakap sikit pasal kata-kata.Kata-kata keras dan tajam boleh membinasa diri kita,kata-kata lembut boleh mencairkan jiwa kita .Kata-kata boleh menjelaskan maksud dalam hati.Kata-kata juga boleh mencerminkan diri.Kata-kata boleh jadi janji yang ditagih dan dengan kata-kata juga orang boleh ingat sampai mati.

Maka dengan itu control le kata-kata terutama sewaktu marah .Macam hari tu aku kat kedai Mat Bangla ni nak beli tuala kecil..murah je dlam 5 ringgit untuk 5 helai ,different colors.Nak ambik yang tersangkut kat depan tu tapi dia suruh masuk pilih dalam. Yang itu kononnya untuk display.

Bila aku tenguk semuanya teruk. Ada yang kecik ada yang tak 4 segi..tak serupa yang digantung di depan. So aku tegurla "apasal semua tarak cantik."Dia boleh kata balik kat aku ,"tak mau beli sudah lah!"

"Mestilah (tak mau beli)! depan awak gantung banyak cantik kasi tipu orang...."

Sebenarnya aku tak berniat pun nak sakit kan hati dia yang mungkin tengah bengong kan benda lain . Tapi ada kalanya kata-kata boleh keluar secara otomatik dan itu lah yang selalu berlaku.

Apasalahnya kalau aku tak berkenan , terus je belah dari situ.

Nota: Sebenarnya aku selalu terfikir-fikir mahu terjah staff kat CIMB tu!

Monday, March 22, 2010

CIMB PENIPU!

Perasan tak orang Malaysiani banyak yang kaya hutang. Pergi bank kalau tak caya .Hutang apa yang tak boleh buat ,nak hutang beli kereta ,beli rumah , beli kedai ,nak kawen ,nak belajar ,nak melancung ,cakap je mesti bank bole kasi dengan syarat anda ada IC menunjukkan anda baligh dan anda boleh bayar balik bersama kuntum2 bunga yg memekar selalu.

Hari tu aku ngan anak pergi bank tanya pasal simpanan apa yang paling bagus pulangannya.Nak tau apa depa promote ,ambik loan ASB!

Dalam sekitar bulan Ogos budak2 IPT atau IPTS memang tengah kaya dengan duit hutang PTPN atau JPA mestilah aku kononya yg cerdik ni nak mengajar anak melabur untuk CERAH MASA DEPAN.

Dan aku baru je perasan bila hujung tahun je adelah promosi beli ASB dengan tawaran bank rate yang rendah ,tak caya tunggu hujung tahun ni.

Syaratnya cukup mudah
Ada IC = cukup umur
Ada buku ASB dengn minimum 10 ringgit.
Ada pekerjaan ATAU penjamin jika tidak bekerja.
Ada buku simpanan CIMB kalau tak de kena buka dengan amount 250 ringgit.

Cara perempuan2 yg kerja kat situ bertutur (esp puan johani dan supinah)memang convincing.

"Tahun pertama kita bayar instalment tiap2 bulan the next year tu tak payah bayar apa2 dah sebab dividen asb tu akan automatically tolak instalment tu..."

Anak2 aku sain Letter of Offer dalm bulan Ogos dan Sept dan bila aku tanya directly about the loan dapat ke tidak kat dua perempuan nama di atas ,jawapannya dah dapat...

Mestilah aku dah kira at least dua bulan dividen yang patut kami dapat out of 50 thousand loan.Dalam 7-8 ratus juga kan. Tapi malangnya bila pergi upgrade buku asb anak2 kat pej pos ...tak de pun .

Lepas tu aku pergi direct jumpa puan Supinah sebab puan johani tak ade pun dekat meja depan (dapat tahu dia dah cabut kerja ngan bank lain ,alasan; tak gamak menipu)

Lidah puan supinah masih lembut ( dia memang gadis lembut kot tak macam aku).

Bila dia bagi alasan mungkin loan approved bulan 12 jd div tak masuk lalu aku jawab dulu kamu juga yg bilang loan anak aku dah approve dlam bulan 9.

Jawabnya lagi ,yang beli saham bukan mereka tapi Kuala Lumpur .Kebanyakan clients nya akan kontek dia directly n keep asking about the loan..dalam hati masyaallah dah berpusing dan berbelit2 cakap pulak dah.

Yang saya dengar dengan jelas puan kata once loan dah approve dia akan deduct automatically dari saving acc anak saya that's why saya make sure duit dalam bank anak saya cukup untuk bayar instalment tu selain dari tu puan tak cakap apa2.

Dia ada tolak tak?

Saya baru check ,baki yang ada tetap sama..apa makna semua ni?

Bagi no talipon puan nanti saya call.

Dah 2 bulan satu phone call pun tak de dari puan supinah.Sudah lah tu bila suami call manager CIMB Bestari Jaya ..after a week or so datang dua keping surat beralamat nama anak aku bertarikh 24 Dec.

Ref: 3572009006756

Re:Application for CIMB BANK CREDIT CARD


dan satu lagi ,

Date 24 Dec

Ref : 3572009006761

Re: Application for CIMB ISLAMIC BANK CREDIT CARD

We regret to advise blablablablaaaa...............



Yours faithfully ,

Direct Banking and Cards




This letter is system generated . No signature required.

(Maksudnya tak de sape nak bertanggung jawab le tu kecuali komputer )


Dan yang paling aneh ,anak aku masih menuntut dan tak pun pernah apply dua2 card tu.Kalaulah mereka fikir nak kan duit 100 ringgit unrefundable fees yang dikali dengan dua org anak aku dan mangsa2 pelajar2 lain(esp UNISEL) yang cuba apply ,aku masih tak kisah ...tapi cuba le fikir students yang tinggal jauh ,nak exam ,curi2 balik sebb nak sain borang proposal tu, cuba le fikirkan budak2 yang mengharap dan sudah berkira2 ada dividen hujung tahun untuk mereka gunakan pada sesuatu .

Cuba lah fikirkan! dan kamu tak boleh hantar sekeping surat untuk mengatakan loan mereka gagal!

ATAU ,kamu hanya peralatkan nama2 applicants untuk keluarkan loan dan kamu beli asb atas nama kamu dan guna semula borang jual yang sudah siap di sain untuk jual semula dan masukkan semula ke dalam bank .

Aku berani kata DIVIDENnya KAMU KEBAS.Sebb itu promosi hujung tahun kamu memang HEBAT!

Thursday, March 18, 2010

On Line Investment

Sekarang ni aku rasa budak kecik pun dah tahu kuasa yang ada pada duit..macam lagu duit,duit ...dah lupa lirik seterusnya.Soalannya siapa tak mau duit??

Dalam blog ni aku nak cakap sikit pasaaal pelaburan. Kalau dulu emak bapak cuma ajar simpan duit je untuk masa depan. Tapi dunia sekarang ajar kita macamana nak biar duit yang kita simpan beranak pinak.

Dalam blog dulu aku ada tulis pasal swiss cash. Dalam tak mau percaya tu aku melabur juga 5 ghibu . Bukan apa teruja sangat dengan sistem online ni ,maksudnya tak yah angkat punggong ,ngadap je lap top dan tenguk angka pakai ID yg di berikan . Ada kot dalam sebulan ,pas tu mula le buat hal sebb kerajaan dah haramkan swiss cash tu.

Aku marah sungguh kat kerajaan masa tu bukan apa..apasal le tunggu benda ni berlegar bertahun2 baru nak ambil tindakan. Sebb lambat tu lah banyak orang macm aku yg mula2 was-was kemudian tewas.

Yang aku tahu swiss cash masih on cuma kerajaan je yg tak benarkan....aku terfikir juga waktu tu kerajaan rampas duit yg kami labur kemudian akaun apa yang kerajaan nak masukkan duit tu ,bawah cukai pendapatan kami ke? Aku syak kerajaan memang nak tangguk duit pelabur waktu air tengah penuh dan keruh2 sikit...

Lepas beberapa bulan mungkin ramai komplen kot(mana tak, ada yang labur semua simpanan hari tua), kerajaan takut juga kan . Kerajaan nak pulangkan duit pelabur tapi banyak sangat songel ,macam2 bukti yang dia mahu...mana aku nak simpan semua bukti tu ..contoh resit maybank setelah aku berpindah .

Walau apapun aku bersyukur ,kerana dapat pengajaran ni, jangan mudah percaya pada pelaburan yang tidak nyata.

Dalam aku dah mula lupa pasal swiss cash tu tiba2 kawan aku e mel . Ada lagi pelaburan baru yang tengah hangat sekarang..iaiatu beli gold bar ,pulangan 2.5% sebulan.

1 kg ketul emas mungkin dalam rm 145 000 jadi sebulan dapat rm 3625 .Ketul emass boleh simpan dan kalau tak mahu boleh jual semula kepada mereka....

Aku tak payah tunggu satu malam untuk fikir tapi sedetik tu juga bagi jawapan. Kawan aku kata aku skeptikal.

Aku nak tanya kalau dia jual emas dengan harga semasa (macam kita beli saham) apa untung yang dia dapat. Setahu aku setiap kali jual emas ,kedai akan potong 18-20% ,kerana itulah untung mereka. Bila dah jadi gelang ke rantai mereka akan tambah lagi dengan harga upah design. itu pun untung mereka. Mana ada untung di pihak pembeli. Pembeli hanya untung memakai dan kalau bernasib baik harga emas naik dapat lah cover 20-30% yang kita rugi pada nilai emas tersebut.

Entahlah sampai bila manusia akan terus jadi hamba duit.....


Next post aku nak tulis pasal CIMB - bank paling teruk yang aku pernah berurusan!!

Monday, March 15, 2010

Adil

Kalau kat dunia ni ada sorang manusia yang kononnya boleh berlaku adil , aku macam nak ajak orang ramai2 pi jilat kaki dia sampai bersih (TAK MAU?),'macam 'nak ajak , serupa tak ajak ok.

Kalau setakat nak bagi seketul coklat kat tangan dengan dua orang budak,mungkin senang lagi.Kerat dua dah agak boleh adil .

Itu pun kalau tak de kes . Tiba-tiba yang si gempal(ala-ala kaki buli) tu tak setuju .
Mana boleh caya yang minta dulu caya dapat cama...atau, apacal badan caya besar dapat cama jer macam dier ...dah tergaru2 kepala otak aku nak bercakap pasal adil!

Kalau dalam satu negara yang berbilang bangsa dan agama lagi le pening.Aku pun nak tergelak juga dunia ni yang penuh dengan manusia kepala bergeliga..macam2 di rekanya untuk memuaskan nafsu masing2.

Ada yang tunjuk perasaan dengan berbogel ...ramai pulak tu yang sokong dan ikut...tak perlu pakai loud speaker pun ajak tapi cukup ada satu alat canggih macam facebook contohnya .
Kat sini nak tokok sikit , aku dulu pun terpengaruh dengan kain kuning keadilan ...huhuhu mudahnye terpengrauh dengan tulisan manusia dlm internet jer tu.

Banyak dah yang berlaku...contohnya perempuan Mat Salleh yang ajak orang berjihad atau tolong orang Muslim di negara lain berjihad...sayang sekali dapat di tangkap..mudah2an niatnya memang murni.

Kemudian ada pulak puak Mat Rempit kat negara orang putih yang ajak naik bike ramai2 berderum2 kononnya cara mereka berkabung memperingati mangsa2 'penyerang' yang mati kat Afghanistan.Kononnya dah tak mahu sunyi2, hiba2.

Lepas tu dari susulan itu mesti la ada orang Muslim yang mahu berarak untuk memperingati orang Afghanistan dan keluarganya yang mati kena serang oleh penyerang...apasal tak boleh pulak.

Bongok ,bodoh ,gila babi , negara adil ,negara pandai ,negara maju apa? Laknat betul sifat adil mereka.

Friday, March 12, 2010

Penantian 1435 hijrah.

Pernah tak rasa was-was. Dalam kita rasa yakin nak buat sesutau tetiba terdetik pula rasa kurang yakin kita akan berjaya melakukannya.

Ada masa was-was tu bagus sebagai indicator agar kita boleh berhati-hati. Ada juga was-was yang boleh melemahkan langsung semangat kita.

Kadang2 bila duduk sorang2 kita akan maenyoal diri kenapakah, adakah , siapakah ,mungkinkah ,bilakah ,dimanakah ,betulkah ,salahkah dan banyak lagi kah di ujung soalan.

Pernah aku bertanya orang yang rajin sembahyang dan kuat beribadah , kalau ajal sampai apakah kamu takut? Jawabnya takut.

Rupa2nya sama dengan jawapan ku .

Walaupun kita kerap memohon ampun segala dosa2, apakah sudah diketahui...Kata orang dosa kita terhadap Allah mudah diampuniNya tetapi bagaimana dosa terhadap sesama insan dan makhluk lain yang kita sadar dan tidak sadar.Bagaimana pula pada mereka yang sudah pergi.

Dan aku juga bertanya diri ku berulang kali tentang niatku menunaikan haji.

Apakah kerana wajib, Kerana aku benar2 takut Allah SWT atau sekadar malu pada jiran tetangga yang telah melakukan haji.

Ya, kerana ia rukun yang wajib. Ya, aku takut pada Allah SWT dan ya, aku malu pada jiran dan tolan yang sudah pergi.

Jika wajib aku rasa seperti aku mesti lakukan kerana kewajipan ,jika takut aku rasa seperti aku terpaksa untuk mengelak kemurkaan ,jika malu aku seperti mahu menunjuk2.

Doa ku,Ya Allah , sebagai seorang hamba yang banyak kekurangan aku ingin jadi tetamu Mu di sana ,diraikan dan meraikan Kebesaran Mu.Mudah2an aku masih bernafas dan sihat dan pergi tanpa was-was.

Dan jika aku mati terlebih dahulu ,terimalah hajatku ini walaupun dalam keadaan aku masih tertanya2 dan tercari2 jawapan.

NOTE: kelebihan wanita ialah perasaannya ,kelebihan laki-laki ialah kekuatannya.

Thursday, March 11, 2010

Link Ceramah Agama

Rezeki aku.

Bila aku cakap pasal rezeki jangan pulak fikir aku dapat duit...sebab rezki tu pun macam-macam. Ilmu yang berguna juga rezki. Hari ni aku terjumpa link yang amat bagus .Sebab ada banyak penceramah hebat2 .Dulu aku selalu beli tape Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dekat market ,dekat pasar malam .Suka sungguh aku dengar ceramahnya..dengan loghat utara tu.

Ada juga setengah hamba Allah bila kita pasang je ceramah agama ,mulalah sakit telinga ,sakit hati dan jantung sekali .Start komen. Itu tak betul ,ini tak betul..tapi kalau pasang bab politik yang dia suka , betul.Kalau pasang lagu yang dia suka ,ok walaupun tak sedap tara manapun.

Apapun aku tak mau ngumpat2 kat sini berdosa.Tersangat happy terjumpa link di bawah ni, nak dengar ,dengar. Tak nak sudah.
http://www.almuttaqin.tv/

Saturday, March 06, 2010

Salahkan orang...

Tak syok le bila kita asyik salahkan orang je .Kalau betul orang tu bersalah tak pe lah .Tapi apa yang aku nak tulis ni ialah tabiat suka salahkan orang walaupun tak de kena mengenapun.

Kalau jenayah semakin banyak kita salahkan polis ,tak pe la sebab ada kaitan dengan kerja mereka ,tak buat kerja dengan betul ,memang salah!

Kalau anak murid lembab ,salahkan cikgu sebab tak mengajar dengan betul ...kalau tak tahu mengajar jangan jadi cikgu...cari je kerja lain...kerani ke ,tukang urut ke .

Tapi ini kes anak dia tak tutup aurat ,tak pakai tudung ,kes anak perempuan pakai jeans ketat, tau tak sapa yang si bapa salah kan...akula!

Walaupun masa Pak Lah jd PM aku tak mengundipun sebab aku rasa Pak Lah tak layak jadi PM.Tapi dia salahkan aku sebab sokong kerajaan kononnya aku dah sokong bini orang tu tak pakai tudung...

Aku melatah juga hari tu .Dosa masing-masing tanggungle, apasal dia tak pakai tudung aku pula kena tanggung...kata dia kita tak tegur kita berdosalah..kita macam sokong dia...

Alahai pak cik ,macamana lah saya nak pergi jumpa bini PM dan tegur dia,kalau lah dia jenguk blog saya ni boleh juga saya tegur, Puan, tolonglah insaf dan tutup aurat puan tu ,kalau boleh puan jangan pakai glemer2 sangat ,tabaruj tu puan, berdosa puan.Jangan pegang2 tangan orang yg bukan muhrim puan ,kalau nak pegang juga pakai sarung tangan atau lapik dengan sapu tangan ,ye puan. Mudah2an puan dapat hidayah dan di panjangkan umur.

Settle tak dosa saya dengan Tuhan?Tapi anak awak yang masih tak mau pakai tudung tu macamana ? Salah saya juga sebab tak tegur, suruh dia baca blog ni.

Apa jenis bapak yang kamu dapat ni nak oiii, kau tak mau bertudung aku pulak yang dia salahkan.


Wednesday, March 03, 2010

BALASAN

Benarlah kalau Allah SWT nak balas kezaliman yang kita lakukan kat dunia ni kadang2 tak perlu tunggu lepas mati , waktu hidup pun tuhan akan tunjuk.

Tenguk saja dalam dunia politik kita hari ini. Dulu aku tak berapa paham juga bila kita di suruh berdoa untuk elakkan fitnah ,sampailah ke liang lahat jangan ada fitnah.Maksudnya jangan ada orang bercakap hal2 buruk atas kita.

Kalau orang tak alim dilonggokkan dengan fitnah mungkin aku paham contohnya kalau perempuan pakai baju sexi di chop sebagai jalang atau yang bukan muhrim yang bebas pergaulan di fitnah kan dengan perangai2 jijik.Tapi bila kamu bawa imej alim tiba2 kena fitnah ,ini aku tak paham !

Dulu aku kesian sangat kat Dr Mahathir ,bila sorang hamba Allah dari puak PAS ,dah arwah pun ,tulis buku ibaratkan Dr Mahathir macam najis. Nauzubillahiminazzallik. Tak ada seorang pun yang menegur hamba Allah tu malahan ada yang menganggap perkara itu biasa .

Hari ini aku banyak melihat gambar-gambar seorang insan yang di gelar ulamak di pamerkan dengan cara keji dan apa yang boleh aku katakan kecuali Allah itu maha kaya.Bagaimana kamu hina seseorang maka akan datang harinya orang lain akan menghina kamu.Nauzubillahiminazallik .

Monday, March 01, 2010

Kata Orang....

Kata Orang Wan Azizah kena hikmat....aku nak jawab ,mungkin juga.

Sebab aku pun pernah terkena....dan orang yang paling rapat dengan aku pun pernah kena. Aku yang kena dulu . Bila aku cerita al kisah aku pada kawan aku tak sape pun yang beria2 dengar ....mungkin bunyi macam penipu ...tapi sungguh aku tak tipu dan pantang tok nenek aku menipu dan kena tipu.

Lepas tu kawan aku pulak kena...barulah dia cakap kat aku dulu masa aku dok cerita kat dia mampuih dia tak dapat nak figure ,masuk telinga kiri keluar telinga kanan ...tup ,tup kena pulak kat dia barulah dia perasan cerita tu bukan karut.

Nak mengesahkan cerita orang tu kena hikmat senang je....pergilah jumpa mana2 doktor dalam dunia ni ,dia akan kata kamu tak sakit apa2 tapi kamu rasa sakit dan doktor tu mula main agak2 lalu bagi kamu sebakul ubat untuk kamu lantak tapi sakit kamu tak hilang pun.Itu kalau fizikal kamu kena hikmat tapi what about mental dan perasaan kamu pulak...macam rasa kasih atau rasa benci , ni lain pulak ceritanya.

Yang ni kalau kamu masih waras kamu akan tertanya-tanya sendiri...eh apasal aku ikut kehendak dia ha, tapi kamu tetap juga ikut walaupun kamu rasa tak patut buat ...yang ni selalunya kepala kamu je yang berkata-kata tapi suara kamu lain pulak...kalau ada orang tegur kamu tetap kata kamu buat benda yang betul walau pun kepala kamu pun tertanya2 kenapa aku buat macam tu huh?

Kalau jadi kes macam ni kamu memang confused ,kalau orang tak paham orang ingat kamu jenis baik dan penyabar tahap dewata tapi sebenarnya hati kamu macam terikat.Benci jap ,sayang jap ,benci jap , sayang jap ,sayang terus ke atau benci terus ker...macam tu le lebih kurang.

Dan akhir sekali aku nak bagi tahu..orang yang kena hikmat ni tak akan pergi cari bomoh dengan sendirinya la sebab dia sendiri pun tak tahu atau tak sedar, ada paham tak? Kalau nasib dia baik ,ada orang yang rasa pelik atau rasa kasihan yang akan tolong bawa dia pergi jumpa orang yang pandai bab2 penyakit ghaib ni. Atau pun mungkin secara kebetulan orang yang pandai bila terpandang muka kita yang macam ayam berak kapur ni yang akan menghulurkan pertolongan...

Nak bukti lagi? Tunggu sampai kamu pulak kena penyakit pelik ni.

,