Pages

Monday, March 01, 2010

Kata Orang....

Kata Orang Wan Azizah kena hikmat....aku nak jawab ,mungkin juga.

Sebab aku pun pernah terkena....dan orang yang paling rapat dengan aku pun pernah kena. Aku yang kena dulu . Bila aku cerita al kisah aku pada kawan aku tak sape pun yang beria2 dengar ....mungkin bunyi macam penipu ...tapi sungguh aku tak tipu dan pantang tok nenek aku menipu dan kena tipu.

Lepas tu kawan aku pulak kena...barulah dia cakap kat aku dulu masa aku dok cerita kat dia mampuih dia tak dapat nak figure ,masuk telinga kiri keluar telinga kanan ...tup ,tup kena pulak kat dia barulah dia perasan cerita tu bukan karut.

Nak mengesahkan cerita orang tu kena hikmat senang je....pergilah jumpa mana2 doktor dalam dunia ni ,dia akan kata kamu tak sakit apa2 tapi kamu rasa sakit dan doktor tu mula main agak2 lalu bagi kamu sebakul ubat untuk kamu lantak tapi sakit kamu tak hilang pun.Itu kalau fizikal kamu kena hikmat tapi what about mental dan perasaan kamu pulak...macam rasa kasih atau rasa benci , ni lain pulak ceritanya.

Yang ni kalau kamu masih waras kamu akan tertanya-tanya sendiri...eh apasal aku ikut kehendak dia ha, tapi kamu tetap juga ikut walaupun kamu rasa tak patut buat ...yang ni selalunya kepala kamu je yang berkata-kata tapi suara kamu lain pulak...kalau ada orang tegur kamu tetap kata kamu buat benda yang betul walau pun kepala kamu pun tertanya2 kenapa aku buat macam tu huh?

Kalau jadi kes macam ni kamu memang confused ,kalau orang tak paham orang ingat kamu jenis baik dan penyabar tahap dewata tapi sebenarnya hati kamu macam terikat.Benci jap ,sayang jap ,benci jap , sayang jap ,sayang terus ke atau benci terus ker...macam tu le lebih kurang.

Dan akhir sekali aku nak bagi tahu..orang yang kena hikmat ni tak akan pergi cari bomoh dengan sendirinya la sebab dia sendiri pun tak tahu atau tak sedar, ada paham tak? Kalau nasib dia baik ,ada orang yang rasa pelik atau rasa kasihan yang akan tolong bawa dia pergi jumpa orang yang pandai bab2 penyakit ghaib ni. Atau pun mungkin secara kebetulan orang yang pandai bila terpandang muka kita yang macam ayam berak kapur ni yang akan menghulurkan pertolongan...

Nak bukti lagi? Tunggu sampai kamu pulak kena penyakit pelik ni.

,

No comments: