Pages

Thursday, March 18, 2010

On Line Investment

Sekarang ni aku rasa budak kecik pun dah tahu kuasa yang ada pada duit..macam lagu duit,duit ...dah lupa lirik seterusnya.Soalannya siapa tak mau duit??

Dalam blog ni aku nak cakap sikit pasaaal pelaburan. Kalau dulu emak bapak cuma ajar simpan duit je untuk masa depan. Tapi dunia sekarang ajar kita macamana nak biar duit yang kita simpan beranak pinak.

Dalam blog dulu aku ada tulis pasal swiss cash. Dalam tak mau percaya tu aku melabur juga 5 ghibu . Bukan apa teruja sangat dengan sistem online ni ,maksudnya tak yah angkat punggong ,ngadap je lap top dan tenguk angka pakai ID yg di berikan . Ada kot dalam sebulan ,pas tu mula le buat hal sebb kerajaan dah haramkan swiss cash tu.

Aku marah sungguh kat kerajaan masa tu bukan apa..apasal le tunggu benda ni berlegar bertahun2 baru nak ambil tindakan. Sebb lambat tu lah banyak orang macm aku yg mula2 was-was kemudian tewas.

Yang aku tahu swiss cash masih on cuma kerajaan je yg tak benarkan....aku terfikir juga waktu tu kerajaan rampas duit yg kami labur kemudian akaun apa yang kerajaan nak masukkan duit tu ,bawah cukai pendapatan kami ke? Aku syak kerajaan memang nak tangguk duit pelabur waktu air tengah penuh dan keruh2 sikit...

Lepas beberapa bulan mungkin ramai komplen kot(mana tak, ada yang labur semua simpanan hari tua), kerajaan takut juga kan . Kerajaan nak pulangkan duit pelabur tapi banyak sangat songel ,macam2 bukti yang dia mahu...mana aku nak simpan semua bukti tu ..contoh resit maybank setelah aku berpindah .

Walau apapun aku bersyukur ,kerana dapat pengajaran ni, jangan mudah percaya pada pelaburan yang tidak nyata.

Dalam aku dah mula lupa pasal swiss cash tu tiba2 kawan aku e mel . Ada lagi pelaburan baru yang tengah hangat sekarang..iaiatu beli gold bar ,pulangan 2.5% sebulan.

1 kg ketul emas mungkin dalam rm 145 000 jadi sebulan dapat rm 3625 .Ketul emass boleh simpan dan kalau tak mahu boleh jual semula kepada mereka....

Aku tak payah tunggu satu malam untuk fikir tapi sedetik tu juga bagi jawapan. Kawan aku kata aku skeptikal.

Aku nak tanya kalau dia jual emas dengan harga semasa (macam kita beli saham) apa untung yang dia dapat. Setahu aku setiap kali jual emas ,kedai akan potong 18-20% ,kerana itulah untung mereka. Bila dah jadi gelang ke rantai mereka akan tambah lagi dengan harga upah design. itu pun untung mereka. Mana ada untung di pihak pembeli. Pembeli hanya untung memakai dan kalau bernasib baik harga emas naik dapat lah cover 20-30% yang kita rugi pada nilai emas tersebut.

Entahlah sampai bila manusia akan terus jadi hamba duit.....


Next post aku nak tulis pasal CIMB - bank paling teruk yang aku pernah berurusan!!

2 comments:

nad said...

CIMB?..kenapa?

N. A. H. A said...

Citer pasal ambil loan ASB nantilah bila sejuk sikit.