Pages

Friday, March 12, 2010

Penantian 1435 hijrah.

Pernah tak rasa was-was. Dalam kita rasa yakin nak buat sesutau tetiba terdetik pula rasa kurang yakin kita akan berjaya melakukannya.

Ada masa was-was tu bagus sebagai indicator agar kita boleh berhati-hati. Ada juga was-was yang boleh melemahkan langsung semangat kita.

Kadang2 bila duduk sorang2 kita akan maenyoal diri kenapakah, adakah , siapakah ,mungkinkah ,bilakah ,dimanakah ,betulkah ,salahkah dan banyak lagi kah di ujung soalan.

Pernah aku bertanya orang yang rajin sembahyang dan kuat beribadah , kalau ajal sampai apakah kamu takut? Jawabnya takut.

Rupa2nya sama dengan jawapan ku .

Walaupun kita kerap memohon ampun segala dosa2, apakah sudah diketahui...Kata orang dosa kita terhadap Allah mudah diampuniNya tetapi bagaimana dosa terhadap sesama insan dan makhluk lain yang kita sadar dan tidak sadar.Bagaimana pula pada mereka yang sudah pergi.

Dan aku juga bertanya diri ku berulang kali tentang niatku menunaikan haji.

Apakah kerana wajib, Kerana aku benar2 takut Allah SWT atau sekadar malu pada jiran tetangga yang telah melakukan haji.

Ya, kerana ia rukun yang wajib. Ya, aku takut pada Allah SWT dan ya, aku malu pada jiran dan tolan yang sudah pergi.

Jika wajib aku rasa seperti aku mesti lakukan kerana kewajipan ,jika takut aku rasa seperti aku terpaksa untuk mengelak kemurkaan ,jika malu aku seperti mahu menunjuk2.

Doa ku,Ya Allah , sebagai seorang hamba yang banyak kekurangan aku ingin jadi tetamu Mu di sana ,diraikan dan meraikan Kebesaran Mu.Mudah2an aku masih bernafas dan sihat dan pergi tanpa was-was.

Dan jika aku mati terlebih dahulu ,terimalah hajatku ini walaupun dalam keadaan aku masih tertanya2 dan tercari2 jawapan.

NOTE: kelebihan wanita ialah perasaannya ,kelebihan laki-laki ialah kekuatannya.

No comments: