Pages

Saturday, March 06, 2010

Salahkan orang...

Tak syok le bila kita asyik salahkan orang je .Kalau betul orang tu bersalah tak pe lah .Tapi apa yang aku nak tulis ni ialah tabiat suka salahkan orang walaupun tak de kena mengenapun.

Kalau jenayah semakin banyak kita salahkan polis ,tak pe la sebab ada kaitan dengan kerja mereka ,tak buat kerja dengan betul ,memang salah!

Kalau anak murid lembab ,salahkan cikgu sebab tak mengajar dengan betul ...kalau tak tahu mengajar jangan jadi cikgu...cari je kerja lain...kerani ke ,tukang urut ke .

Tapi ini kes anak dia tak tutup aurat ,tak pakai tudung ,kes anak perempuan pakai jeans ketat, tau tak sapa yang si bapa salah kan...akula!

Walaupun masa Pak Lah jd PM aku tak mengundipun sebab aku rasa Pak Lah tak layak jadi PM.Tapi dia salahkan aku sebab sokong kerajaan kononnya aku dah sokong bini orang tu tak pakai tudung...

Aku melatah juga hari tu .Dosa masing-masing tanggungle, apasal dia tak pakai tudung aku pula kena tanggung...kata dia kita tak tegur kita berdosalah..kita macam sokong dia...

Alahai pak cik ,macamana lah saya nak pergi jumpa bini PM dan tegur dia,kalau lah dia jenguk blog saya ni boleh juga saya tegur, Puan, tolonglah insaf dan tutup aurat puan tu ,kalau boleh puan jangan pakai glemer2 sangat ,tabaruj tu puan, berdosa puan.Jangan pegang2 tangan orang yg bukan muhrim puan ,kalau nak pegang juga pakai sarung tangan atau lapik dengan sapu tangan ,ye puan. Mudah2an puan dapat hidayah dan di panjangkan umur.

Settle tak dosa saya dengan Tuhan?Tapi anak awak yang masih tak mau pakai tudung tu macamana ? Salah saya juga sebab tak tegur, suruh dia baca blog ni.

Apa jenis bapak yang kamu dapat ni nak oiii, kau tak mau bertudung aku pulak yang dia salahkan.


2 comments:

Anak Pak Man said...

nice blog ^_^

Anak Pak Man said...

nice blog ^_^