Pages

Friday, April 23, 2010

Ideas dari Otak kecil

Tiap kali aku cakap pasal idea aku nak buka kedai yang beroperasi di rumah ,suami terCinta mesti bantai aku balik. Kadang2 cara dia bantai aku macam susah aku nak jawab Contohnya like "dinda tak kerja ,mentaliti dinda sekadar tu saja, buka kedai tepi rumah." Aku dah kata susah nak jawab kan?

Tapi tau tak nak kata idea aku tak bagus,jiran depan rumah aku dah ubah bahagian depan rumahnya jadi kedai . "Tenguk, idea dinda tak teruk sangat kan ,kanda?"



Tetap suami ada je alasan kenapa orang tu buka kedai di rumah.Aku tak kechik hati pun sebab tu baru cadangan .Jadi aku nak dengar juga cadangan dari dia.Kan aneh bila dia kata aku buat sesuatu mesti tak jadi sedangkan aku belum buat apa2 pun.

Teringin tahap gaban nak tahu idea besar dari orang pandai .Aku fikir mungkin betul2 impossible aku nak laku kan. Rupa2nya nak semai pokok dalam plastik hitam.



Lepas dia cakap mesti ada ayat2 kutuk aku ,"kanda yakin dinda mesti tak boleh jaga punya..."

Aku tunjuk pokok palm yg aku tanam dalam pasu yg hidup segar bugar tu sambil cakap,"alaa kanda ,kat depan rumah tu sape yg tanam kalau bukan adinda..."

Kalau dia serius aku pun serius.. cepat2! berapa benih palm tu nak di semai anggaran limapuluh ke seratus.Tak sabar pulak nak daftar nama kedai hmm bawah nursery dan landscaping ,tiru nama ala2 d'rimba boleh tak ,d' hutan ke atau d' belantara ke.


Satu lagi ayat Cinta suka gunakan ialah ,"kalau kanda banyak masa macam dinda, kanda dah masuk Forex, dah beli saham tu saham ni. Tenguk je internet 24 hrs ,naik je jual ,naik je jual,naik jual..." sedap betul telinga dengar.

Aku suka ASB ,ujung tahun guarantee ada bonus dan dividen..tapi cintaku kurang SABAR la .Sebab kurang sabar dia terpaksa bersabar tunggu harga saham naik.


Cintaku juga suka provoke minda aku dengan tunjuk kedai2 kosong sambil berkata," kalau dinda dapat itu kedai kosong apa barang dinda mahu berniaga?" ..of course aku tenguk location dan apa aku nak jual.Tak kan aku nak jual benda yg orang keliling tak rasa penting nak beli.

Bila aku sebut macam nak jual tudung dan maxi dan kelengkapan sembahyang sebab rumah dekat dengan Masjid,cinta aku akan bantai ayat aku sekali lagi. ."Susah lah kanda mahu bincang dengan adinda.."hehe.


Kadang2 aku pun tak mengerti dengan cintaku ini..apakah dia betul2 serius mahu bikin business atau dia mahu aku yang serius bikin business.Apapun yang akan terjadi dinda tetap sayang sama kanda...

Monday, April 12, 2010

Tanah o Tanah

Aku senang baca blog orang berilmu ,hujah mereka semua best2 susah aku nak celah walau pun aku ada hujah juga tapi jenis hujah orang senang cantas. Kategori hujah orang tak sekolah tinggi.

Aku belajar dari apa yg aku nampak dan apa aku dengar.

Nampak tak orang Melayu pandu kereta mewah ?Tabik spring!Mereka kaya tapi aku tak tau berapa harta yang mereka betul2 kumpul atau sekadar cukup2 untuk beli rumah dan kereta mewah.Yang berpelajaran tinggi aku tak nafi.Ramai!

Dalam kepala hotak aku selalu bertanya betulke hak Melayu dominant dalam Malaysia?Masa aku duduk kawasan Bukit Rajah ,depan mata aku je, ladang kelapa sawit dah di beli oleh Ah seng ,Ah Hong ,Ah Beng beribu2 ekar .Melayu? Cuma rumah teres harga sederhana tu je dengn kereta proton saga parking depan rumah.

Pindah ke Bestari Jaya pun macam tu juga.Towkey Cina yang tak sekolah pun ada berekar2 kebun. Melayu banyak yang duduk atas tanah TOL.Aku baru tahu senyap2 macam ada satu deklarasi antara apek2 tu ,jangan sekali2 jual tanah pada bangsa asing !

Melayu paham tak? Mesti tak paham ayat aku ni sebab mereka terlalu pandai. Kalau aku kata jangan jual tanah sekangkang kera tu pada bangsa asing. Mesti depa kata aku yang bodoh...entah2 aku pun jual kalau suku juta jadi tawaran ! Nak kumpul dalam 50 tahun pun macam nak terberak darah ,ini dalam satu hari untuk jadi suku jutawan..macam tiga suku lah kalau tak terima!

Aku tak marah pada orang Melayu kaya sebab jual tanah sekangkang kera tu. Aku marah sebab aku sendiri tak de tanah ,bila nak beli tanah yang sekangkang kera tu aku tak dapat nak challenge bangsa asing. Maka terberak taik kapurlah orang macam aku ni.

Cuba Fikir, agak2le kalau dibuat bancian ...Bumi Malaysia yang kita pijak ni siapa yang punya ?

Thursday, April 08, 2010

POLITIK 2x5


Di petik dari chat box Neatral Daily:

agus
: ape fatwa nik aziz yg belit2? yg berbelit tu sebab ko tak paham islam, bodoh tak bleh di ajar. kecik2 tanak mampos da besar jadi munafiq. bongok!
6 Apr 10, 23:26
agus: ape yg lembab sgt ko ni, moto PAS skrg ni PAS for All. yg korg wawasan 2020 ntah ke mane had-hari ke mane?? pegi mati la yahudi umno!
5 Apr 10, 00:03
asry: mana slogan2 pas yg dulu? keluar barisan.. masuk bulatan.. la ni org dah tak nak dok dlm bulatan dah....
5 Apr 10, 00:00
asry: membangun bersama islam pun dah tak dengar dah.. telo puak2 pas semua dah kena genggam dek dap! dasar manusia munafik pas ni..!


Nak gelak pun ada nak marah pun ada pasal politik tanahair ni.
Tapi satu je yang aku pegang sampai sekarang , kata2 bapak aku, "Yang kaya orang yang ada jawatan dan pangkat je, kita yang duduk bawah ni buat apa nak bergaduh ,bertikam lidah."

Yang bestnya dia pangkah orang bukan lambang,maksudnya kalau hang bagus next election dia akan pangkah yang sama..maklum la duduk di kampung mesti bermasyarakat.

Mungkin sebab faktor ni kot aku pun tak hingin nak kata siapa lebih bagus tapi aku nak cakap sikit kat dua2 puak kat atas yg bergaduh pasal dua lambang ni ...Umno dan Pas ,tak pasal2 je dapat dosa kering.

Ambik dari dua kaca mata yg berbeza ,kalau kamu orang Umno apa yg kamu tak puas hati pasal Pas, kalau kamu orang Pas apa yang kamu tak puas hati pasal Umno.

Ok orang Umno dulu hurmat sikit pada Pas sebb dia bertarung sendirian..Melayu Islam tak de campur aduk ngan bangsa lain..Bila da kawen dengn Dap ,rasa macm tak eluk je ..tapi fikir balik umno pun kawen campur ngan Mca dan Mic ,no hal je.

Orang Pas ,benci ngan Umno sebb tak islamik ..tak mau hudud..pikir balik ...kawan2 kita pun masih banyak yg leka agama.Masih banyk yang tercicir dalam pelajaran, ramai yang masih daif dan miskin.

Aku nak suggest ;
Boleh tak buat politik tu macam gelanggang bola sepak, kita cuma jadi penyokong yang berhemah....biar wakil rakyat jadi pemain ,tenguk siapa kuat ,siapa pandai. Menang kita sorak ramai2 tanda gembira , kalah jangan pulak kita kutuk.

Next game ,yang kalah tu perkuat kan lagi pertahanan dan strategi dan yang menang tu pulak perkukuhkan benteng...Bila tiba masenya lawan, lawanlah secara adil .Penghujungnya siapa yang menang jaga hadiah kejuaran tu dan kongsi2lah kegembiraan tu dengan semu
a orang yang menonton.

Racist.

Risaunya ujung bulan 4 ni..orang yg nak bertanding aku pulak yg risau tenguk senario semasa...wakil MIC dipilih untuk bertanding ..dan aku RACIST gila tau tak!

Monday, April 05, 2010

Seloka Orang Bercinta

Update ,8 th april.
Laki2 tua berbini muda :"Sedap, ulam muda..."
Bini :" Kurang puas.Kena bagi makan telur ayam kg dengan madu."

Laki2 :" isteri saya(bangsa Indo) selalu pakaikan stokin setiap kali saya pergi kerja."

Original, 5th april.
Dalam blog ni aku ingat nak tulis kata2/luahan biasa dari pihak laki2 dan perempuan yang sangat berbeza antara satu sama lain sebagai koleksi blog ini.

Contohnya laki2: Lebih senang minta maaf dari minta izin.

Dari kawan perempuan aku pulak macam ni : I can forgive but i cannot forget.

Dari semasa ke semasa, insyaallah aku akan sambung ayat2 yang aku jumpa/dengar dari dua sexes ni . Sebelum tu layan je pantun yg aku karang ni...

-Cinta Retak Seribu-
Kalau ku tahu retak seribu
Tidak ku unjur kail sejengkal
kalau ku tahu cinta mu palsu
Tidak ku gagah untuk berkenal

Kini terlanjur menyintai kamu
Rindu ku pendam dalam kesumat
ku sebut nama mu bertalu-talu
Agar derita ku terubat

Cintaku harap tuba yang dapat
Jiwa merana jadi melarat
Hati yang robek tak dapat diubat
Merajuk meratap

Badan ku kini kurus kering
Mata cengkung makan hati
Meratap menangis seorang diri
Akibat cinta yg di khianati

Ku bawa lara sejauh benua
Mengikut kaki kemana sahaja
Ku renangi lautan air mata
Kenapa wajah mu datang juga?

Thursday, April 01, 2010

Jiwang karat.

Tak tau kenape tiba2 je macm jiwang karat pulak hari ni...mula2 tu rasa jengkel macam nak marah pasal komputer kena lacur dengn gamba porno pas tu berubah angin pulak.

Cuma nak cakap di sini walau kita bernafas dalm ruang yg sempit ni masih banyk ruang boleh kita selitkan semua cerita , kenangan dan larangan.

Semua orang ada kisah silam layan jelah kalau mahu.

Orang kata persekitaran membentuk siapa kita .Dulu rasanya aku boleh karang satu cerita dalam kepala otak aku ,sepatutnyalah aku jadi novelis tapi mustahil kerna aku malas mengarang apatah lagi membaca ayat2 panjang. Aku cuma suka melayan cerita dalam kepala ku saja.Sampai sekarang aku tak suka novel melayu yang berbunga2,rimas nak tunggu penghujung cerita ,aku suka ringkas dan senang di pahami.

Watak aku watak kamu mungkin berbeda tapi layan je lah.

Dulu kamu mungkin pernah jatuh cinta ,pernah jumpa seorang dewi , mungkin juga pernah kena reject .Ada aku peduli ?Itu dulu ok. Dulu kamu mungkin jagoan , serius, cergas ,pencinta wanita , inteligent ,kaya ,handsome .Ada aku peduli? Itu dulu ok.

Ayat cinta,
Malam itu aku temani kakak untuk bertemu buah hatinya...bukan nya lama pun ,habis sangat 10 minit ,sekadar melepaskan rindu sambil bertukar surat cinta.

Tiba-tiba di deretan kedai cina aku ternampak satu susuk memandang kearahku.Betul-betul dari arah bertentangan . Cahaya bulan agak terang . Aku yang duduk bertenggek di tebing batu itu cuma memerhati dia sambil berfikir ,"Ah ,malunya duduk tertonggok di sini sambil di perhati oleh budak Cina!"

Tetapi anehnya dia tersenyum .Aku juga tersenyum.Seperti memahami . Dia menyeberangi jalan . Masih tersenyum.Senyuman yang paling manis dari seorang budak laki-laki Cina.Aku cuma memerhati susuk badannya yang tinggi dan tegap berjalan dengan perlahan tetapi nampak gagah dan tenang menghampiri ku.

"Nama saya Loo Wah Lai."

"Saya Noor Aini."

Entah apa yang di bual aku tak ingat ,yang aku ingat cuma namanya...
Kami sempat bertukar2 surat ,entah apa isinya ,cuma lukisan ...

Sampai ke saat ini aku berdoa pada tuhan mudah2an Allah SWT memberi dia hidayah untuk memeluk Islam yang Suci.....