Pages

Wednesday, January 27, 2010

INSPIRING



Baru je balik dari pusing kebun dengan abah. Panas terik ,pekerja cuti hari ni cuti hari union,, tapi jentera yg korek parit tetap kerja hari ni. Sebab panas terik dan tengahari rembang ,aku sempat ter lentuk dalam jip semasa abah tenguk kerja yang dijalankan......lepas tu apa lagi kena tegur le..apa le mama ni tidoq tak sedar diri sampai pekerja tenguk@@@@@

Balik rumah leganya...pas mandi dan sembahyang ...dapat tenguk video ni.

Tenguk video ni buat aku ketawa sorang2 . ia beri aku ilham jugak macamana nak ikat reben dan gantung anak patung teddy bear kat depan keeta tu...

Baca ONE INDIA news lepas tu baca komen orang ARAB

Saudi girl gets 90 lashes for using mobile
Friday, January 22, 2010,12:47 [IST]

Editor's pick
Man divorces wife through SMS in Saudi
London, Apr 10: A Saudi man divorced his wife by uttering 'I divorce you' thrice through a text message.According to the Arab News, the man was in Iraq to participate in what he described as 'jihad' when he sent the SMS more
Saudi Arabia lashes teens after riots
Riyadh, Sep 30: Saudi Arabia authorities have flogged a group of teenagers after a rare riot in the eastern region of the Islamic kingdom, a local newspaper said on Tuesday, Sep 29.Newspapers such as al-Hayat and al-Watan said some 20 teenagers more

Dubai, Jan 22: Carrying a cell phone to school turned out to be a bitter experience for a 13-year-old girl in Saudi Arabia.
oneindiain121:http://news.oneindia.in/2010/01/22/saudi-girl-gets-90-lashes-for-using-mobile.html

Buzz up!

The girl, whose identity has not been revealed, has been sentenced to be flogged 90 times, including two months detention, by the Saudi Court for carrying camera equipped mobile phone to school, a media report on Thursday, Jan 21 said.The country has banned mobile phones in girls' schools.OneIndia News
User Comments
[ Post Comments ]
[ Read All Comments ]

By: Abdul
On: 27 Jan 2010 3:06 am
Update: The girl was born in 1989 (20 yrs-old) and she is home-schooled. She has hit the headmistress with a cell phone and thrown a coffee pot at the headmistress. Again I'm against the lashing punishment but I also hate spreading the lies and racism as much as I despise ignorance. If you hate Islam or Muslims , that's your problem. Go see a psychiatrist
Reply Report abuse

By: Fez
On: 27 Jan 2010 2:38 am
This is bullshit. There is no such law. All they do is confiscate the mobile phones. How do I know? Because I live in HERE IN SAUDI ARABIA AND GO TO SCHOOL HERE.
Reply Report abuse

Ini pulak komen aku, nak cerita tu biar le details sikit jangan sampai pembaca buat macam2 tanggapan..TAPI itu le yang editor suka kan...tulis sejengkal provoke minda pembaca konon lepas tu mula le pembaca macam kami yg penuh daya imiginasi sambung berjela2 ....lepas tu bertoje (tikam lidah le, pun tak pe lagi sebab lidah lembut dan berlendir)kalau parang panjang ke, kontot ke ,buluh runcing ke, tumpul ke....MESTI ada yg terluka!

Dan ini pulak di petik masuk dalam Malaysia Central News..tuk apa pun ENTAH!

16-year-old Bangladeshi girl receives 101 lashes for conceiving during rape
Tuesday, January 26, 2010,11:19 [IST]


Ads by Google
Life CoachPersonal Life Coaching Sessions Completely Confidentiallifecoachm.viviti.com/
Dhaka, Jan. 26 (ANI): A 16-year-old Bangladeshi rape victim was given 101 lashes as "punishment" for conceiving during assault, while the alleged rapist was left untouched.
oneindiain121:http://news.oneindia.in/2010/01/26/16year-old-bangladeshi-girl-receives-101-lashes-forconceiv.html
Buzz up!
Apart from issuing the 101 lashes fatwa, the village arbitrators also fined the victim's father 1,000 takas and issued another fatwa that her family would be forced into isolation if he failed to pay up, Bangladesh's Daily Star newspaper reported.According to family, Enamul Mia of Gabbari, 20, used to eve-tease the girl on her way to her school. He raped her in April last year, but the girl didn't disclose the incident fearing shame.Human rights activists said, the girl, who was quickly married after the attack, was divorced weeks later after medical tests revealed she was pregnant.On January 17, the influential group arranged the arbitration at the yard of the victim.At one stage of the inhuman torture, the girl collapsed and fainted. She regained her sense after two hours."Enamul has spoiled my life. I want justice," said the girl as tears rolled down from her eyes. (ANI)

Tuesday, January 26, 2010

BILA IBU2 BERBINCANG

To:
"Shamsuddiar Ramli"
Cc:
"Rosnah Yahaya" , "noor aini" , saloma_ishak@yahoo.co.uk, "Khairiah Ahmad" , zarinah_abubakar@yahoo.com, "Mardhiah Ariffin" ... more
SALAM.....

AKU PULAK, CAMNI......SKRG AKU BERFIKIR MACAM ORG TK BRP KAYA, SO AKU PLAN NK BUAT SIMPLE GILER....JEMPUT SEDARA MARA DN KWN YG PALING RAPAT JE...BUAT KAT RUMAH SNDIRI, SO ESTIMATE JEMPUTAN, NGAM2 JE MUAT SERUMAH....LPS KWIN, TERUS G HONEYMOON....HADIAH PARENTS....ONE DAY AFFAIR JE....N, TK DE SANDING2!!! GAMBAR GAMBAR BOLEHLA...LG PUN, TMPT AKU DIAM NI, KECIK KE, BSR KE, TK ADA ORG KISAH....TAPI. KALAU AKU KAYA GILER......LAIN PULAK CRITANYA.........KORANG SEMUA AKU BELIKAN TIKET KE KUCHING DN TURUT BERHONEYMOON SMLM DUA DI HOTEL.....KAH...KAH...KAH...

SO, SHAM....JGN FIKIR APA2 LAGI......(EH, BILA BOLEH MERISIK NI?...................HE..HE..HE..)

2010/1/26 Shamsuddiar Ramli <shamsuddiar@gmail.com>
Tak tau apa aku nk komen bila ckp psl nk kenuri anak ni. Aku kena pikirkan 6 org anak dara nk diuruskan. Rapat2 plak tu umur diorg.
Dengar cite Loma belanje kenuri simple pun 20,000 belanje, dgn Cenah kirakan duit sewa itu ini cam gitu, aku dpt byangkan, kalo aku kenuri kt S Alam ni, entah berape lah abis. Kalo kenuri Along abis 20,000 tahun ni, tahun dpn kenuri Angah lg 20,000, ps tu Ayang plak tahun berikut, mana nk cari 60,000 dalam 3 tahun. (Masa mengandong n beranak dlu, tk pikir beranak rapat2, kemudian ari masalah nk kenuri.) Duit hantaran dapat pun the most dalam 10,000 sorg je. Ye lah mcm Loma ckp, tk kn kita nk caj mahal2, anak kita juga ps tu nk tanggung ngn laki dia lps kawin. Ari tu aku yg sibok tanya pengalaman Leha, Farid n Loma, tp skrg aku yg tk nk pikir. Tk nk pening .......

Leha, nko jahit seniri cadar tu? Cantiknye... n kemas. Mgkin 1 cara nk jimat kos, mntk Leha jahit cadar, Ani siapkan bunga... sape lagi bleh tolong gotong royong??

from Leha,

salam semua..
disebabkan aku dah ada pengalaman buat kenduri kawin anak jadi aku pun nak citer la sikit pengalaman aku. Aku rasa untuk kenduri rasanya sikit je aku keluar duit belanja. maklumla kenduri pun bukannya grand sgt. Sekadar buat kenduri. Tapi aku rasa puas hati.
Aku gunakan khidmat wedding planner. Maklum la aku dok kat penang, tapi kendurinya kat taiping. Tak de masa dan jauh utk aku ulang alik nk buat persiapan.Terpaksa buat kat taiping sebab sedara mara aku semua dok kat taiping, lagi rumah aku kat penag flat quarters kerajaan je. Mana aku nak letak diorang kalo datang. So aku mengalah je. Untuk penginapan aku sekeluarga kami sewa rumah puspanita yg dekat dgn dewan mpt tu, Harganya rm180 sehari. Terlalu besar rumah tu, terlebih cukup untuk keluarga aku dan keluarga suami aku.
Untuk kendurinya wedding planner aku charge rm7500. Murah kan.Ini termasuklah sewa dewan mpt lengkap, hiasan pelamin, kelengkapan kawin, gambar, solek menyolek dan makan untuk 65o orang jemputan, Tapi biasa la kata je 650 tapi dibagi lebih. Serta makanan sampingan mcm cendol dan rojak,Dan aku serta suami aku pulak dah jadi mcm tetamu je. Macam kata wedding planner tu " akak xyah susah hati , xyah pening kepala,semua ditanggung beres je," Makan pulak jenis berhidang bukan buffet.Sebab aku dan suami aku memang xsuka jenis buffet. Kesian tetamu.. macam aku la cukup xberkenan buffet. Makan xpuas. Dah la pinggan kecik lauk pulak penuh, kekadang sampai xnampak nasi. Memang la jimat makan jenis buffet tapi kesian la tetamu yg datang. Makan pun xpuas.Pada aku kalu buat kenduri biarla tetamu puas hati.
Lepas Kenduri aku balik rehat je. Tau2 ada makanan siap dipack satu satu untuk sedara mara bawak balik.
Memang aku cukup puas hati dgn khidmat wedding planner tu. Aku rasa aku la orang yg tak pening kepala fikir pasal kenduri.Dan aku ingat nak guna khidmat dia lagi lain kali insyaallah.
Untuk benda2 lain macam bunga telur, kamar pengantin semua aku buat sendiri. Berdikit2. Kata orang buat main2. Sebab tu tak terasa.Since anak aku bertunang aku dah start buat. Set cadar pengantin anak aku tu butik nak beli, tapi sayang pulak, aku nak buat koleksi. Simpan buat kenangan. Macam barang2 kawin aku sampai sekarang aku simpan. Nanti bila aku mati dah jadi ketogari barang antik, jadi sejarah. hehehe. Aku suka tgk gaun pengantin aku.. sedih rasanya tgk saiz dia. Jauh beza dgn sekarang...
sekian. Salam semua



Date: Mon, 18 Jan 2010 08:56:34 +0000
From: saloma_ishak@yahoo.co.uk
Subject: Re: Salam...bab kenduri kawin anak
To: khairiah@water.gov.my; cikguodah@gmail.com; zarinah_abubakar@yahoo.com; aflia@hotmail.com; glumber@po.jaring.my; fadzilah@simedarby.com; cherohaya_mohamad@yahoo.com; naamah60@yahoo.com.my; shamsuddiar@gmail.com; fatimahyan@yahoo.com; rahimah@risda.gov.my; salomawati@psas.edu.my; faridah@uniten.edu.my; khairiah@anm.gov.my; rosnah_yahaya@yahoo.com; queennoor60@yahoo.com.au

wsalam semua,

mmg mcm tu la Ani. Loma dulu pun habis 20 k. my sister pulak buat lagi simple - habis 15k. itu termasuklah kita hias dan baiki rumah yg mana patut. my advice is kalau boleh bertunang, nikah n kenduri in one occasion. boleh jimat banyaaaaaak duit. ini dari pengalaman Loma ler.sbb hari tu bertunang lain. nikah dan kenduri lain occasion. sedara mara pun jauh jauh. penat dia orang nk involve byk kali. tp itu pun klu pihak lelaki setuju. anak Loma dulu hantaran rm 8800 shj. (tahun2008) supaya pihak lelaki tak pressure sbb perlu himpun duit lama sgt. smpai mrk pihak lelaki mcm tak caya.siap tya RM ke US dollar?.maklumlah org kedah kan terkenal dg hantaran yg tinggi. My sister lagi la . RM5000 je walaupun anak daranya cikgu graduate.

Loma faham perasaan Ani dan kwn2 yg anak daranya hampir disunting org. apa pun kan nabi kata, "sebaik baik pekerjaan adalah sederhana". kenduri beso sgt tidak, dan kecik sgt pun tidak." wallahu a'lam.
cepat le Ani. kami tak sabo nk mkn nasi minyak Ani pulak

sekian dulu. wslam.

--- On Mon, 18/1/10, noor aini wrote:

From: noor aini
Subject: Re: Salam...
To: "khairiah" , "SAUDAH HUSIN" , "Inah Abu Bakar" , "alia ali" , "glumber" , "fadzilah muhammad" , "CheRohaya Mohamad" , "NAIMAH MAHMUD" , "Shamsuddiar Ramli" , "Fatimah Yan" , "Rahimah Ibrahim" , "Salomawati Ishak" , "Loma" , "Faridah Basaruddin" , "Khairiah Ahmad" , "Rosnah Yahaya"
Date: Monday, 18 January, 2010, 10:51

Wkmsalam Cenah n salam to all,
Cenah aku pun sama dengan mu yang part nak g Mekah tu...suami aku memang tak kata apa...aku pun tengah fikir nak join sedara atau kawan yang rapat ,cuma urusannya kena pergi Shah Alam dan aku belum buat lagi dan entah bila aku nak ke sana.

Bab kenduri kawen ni aku pun mushkil sikit..bab persediaan yang banyak membazir..baru2 ni anak sedara belah suami kaawen,baru pertama kali dapat tenguk persediaan cara dekat..mak oi, bertunang nya dah le satu bab( ni aku tak balik), waktu akad nikah aku tenguk cara pengantin make up pun aku dah nak pening kepala dah le ramai pasangan yg tunggu giliran kat masjid semuanya pakai macam nak masuk peraduan siapa lebih cantik! Hari perkahwinan anak sedara aku tu dapat juga aku gubah bunga sikit2 di samping yg dah di tempah , anak perempuan sorang yg sulung pulak tu..jadi mak dia beria2 menghias...aku buat guest book dan tampal gambar muka pengantin masa akad dekat pintu masuk....taiping tak macam KL jadi semua yg datang nampak teruja sebab first time ada macam tu.

Baca dalam majalah ,bajet pertunnangan cecah 5 ribu manakala bajet perkahwinan termasuk kos kursus perkahwinan ,mas kawen,cincin , upah jurunikah ,kad jemputan, pakej pelamin ,kenduri dll ialah 15 ribu.Jadi semua kena ada lebih kurang 20 ribu.Dalam pada tu yg kenduri makan tak sampai pun 8 ribu.Aku suka cara Farid uruskan perkahwinan anaknya di dewan UPM hari tu , nampak ringkas ,pasangan pengantin nikah kat masjid hari tu kemudian duduk makan bersama2 dalam hall, tak payah nak buat pelamin kerana tujuan nya sama je nak kenalkan pada hadirin....tapi anak dara aku dah bagi hint nak bunga macamana ,kaler ape ,haihhh....

nooraini hashim

--- On Sun, 17/1/10, Rosnah Yahaya wrote:

From: Rosnah Yahaya
Subject: Salam...
To: "khairiah" , "SAUDAH HUSIN" , "Inah Abu Bakar" , "alia ali" , "noor aini" , "glumber" , "fadzilah muhammad" , "CheRohaya Mohamad" , "NAIMAH MAHMUD" , "Shamsuddiar Ramli" , "Fatimah Yan" , "Rahimah Ibrahim" , "Salomawati Ishak" , "Loma" , "Faridah Basaruddin" , "Khairiah Ahmad"
Received: Sunday, 17 January, 2010, 1:22 AM

Assalamualaikum,

X pasti Dee dapat mail kita or not le ni...sbb recently ketika dia dtg ke Kuantan early this month dia ckp email dia dah X leh guna... Dee dah resign dari glumber sumtime September last year..
Apa kabo seme? Hrp all fine n OK menjalani kehidupan seharian... tahniah buat Loma kerana dah selamat present paper D Manila... I bet tentu dah bleh panggil Dr skrang?..Tahniah gak uat Hjh ...Lah.. tak sangka dlm diam2 lepas dah dia ke Mecca... Cenah lah tak tahu bila nak G nya...Last year ajak hubi G dia ckp Ghani nak peksa... tahun ni?... X selesa pulak...X tahu lah apa yang tak selsesanya.... tahun depan confrm X G sbb dah Ghani nak SPM pulak...akupun jadi keliru dan tertanya akan apa yg tersirat sebenarnya.... nak kata X der $...rasanya sepatutnya X lah berat mana sbb dia pun dah dpt ganjaran abih dgn BPM ari tu.. Julai ni pencen betul lah...sbb uat masa ni masih 'attach' dgn Agrobank... PK2 balik Cenah tinjau dgn adik2 lah kot ada yg mendaftar nak G...at least Umrah dulu ke... tngoklah cmner... nampaknya nak tunggu hubby...bio la dia dgn alasan dia dulu... aku kena work out sendiri dulu... mana tau last minit dia akan ubah fikiran...
Dee ke Cni rupanya on 'duty' gak... jadi Cenah sempat G jumpa dia kejap D bandor Kuantan... borak2 lah...lain org korporat ni... berani invest...tabik springlah dgn Dee...tapi bila PK2 balik asal ada modal... apa pun boleh jadi...mcm gak nak uat kenduri kahwin... modal OK... kita boleh plan yg terbaik...if modal 'ciput'....kenduri pun ciputlah...
last week...ada lah staf Cenah D opis ...yg dtg mintak tlong buat pengesahan sbb dia nak uat loan untuk kenduri kahwin anaknya bulan Mei/Jun ni... mcm besa(bukan mnyibuk..dah tugas)Cenah minta slip gai..dia tak bawak..call PT gaji minta bawakan salinan opis..nak tngok..sbb I X leh simply nak uat pengesahan if gaji dah tak mmbenarkan... rupanya take home pay - RM892 shj... yg mana ngam2 40.02%...If 40% n below..cnfirm kena anto nama ke SUK.. Dia minta sgt2 uat srt pengesahan sbb dah nak PT N17... cuma pejabat belum terima waran dari JPA/SUK... so gaji masih pakai yg PTR N11!!.. Tapi dah jadi t/jwb Cenah... "saya boleh minta PT sediakan surat berkenaan tetapi dgn syarat bila buat loan tu yg appear dlm slip gaji amaun ini..." Dia terpaksa mengorbankan potongan simpanan untuk tabung haji yag dia buat utk buat potongan pinjamannya...sbb on and off pihak SUK minta nama those yg take home pay kurang dari 40%... masa tu aku tingat lah zaman aku nak kahwin dulu... terbalik kot... masa tu aku sendiri yg buat loan...sbb gaji Kerani bnk mana sgt?...mak sedara suh beli pealatan bilik tidur...aku mana ada $ simpanan masa tu...
Sbb tu lah utk anak2 besides uat potongan ke dlm tabung haji derang... kini dah 2 tahun gak aku uat potongan gaji masuk ke akaun ASB anak2.... aku ckp kat derang... sbgai bantuan untuk uat kenduri kahwin nnti...mak nak kasi sedebuk...mmg X der... nak uat pinjaman..rasanya malas dah...dah tua2 nak loan lagi..kecuali yg sedia ada spt loan umah n kete...potong taklah bnyk...$30@sorg setiap akaun - Tabung haji n ASB..;potongan tabung haji utk ank2 mmg dah D buat sebaik aku masuk kije selepas bersalin...jadi yg tu dah bnyk lah gak... tapi bila sesak...C tu lah juga yg d koreknya....
Just to share dgn U all.... keciwanya aku baru2 ni bila mana D maklumkan bahawa GCR (gantian cuti rehat) yg dah aku kumpulkan ketika servis bawah lantikan state dulu..tetiba2 je back to 0!!!..Aku di katakan terpaksa kumpul semula GCR jika mahu menikmati maksima 150 hari...walhal aku dah kumpul 120 hari n just perlu kumpul 2 tahun je lagi bagi cukupkan maksima 150 hari tu.... hanya D sebabkan pihak berkuasa melantik yang berbeza jadi GCR yg D kumpul dulu tidak boleh di bawa - aku kena kumpul semula... Yg buat aku jadi bengang/marah adalah disebabkan tiada siapa pun memaklumkan kepada kami tentang peraturan ini...aku juga dah tngok dlm seme pekeliling tiada penjelasan terperinci yang di beri...yg aku belum semak di bawah akta pencen... yg mana pada aku X der sesiapa pun yg tengah sibuk kijer ada masa nak G teliti akta berkenaan un less org yg kije bhgn berkenaan... Aku ckp pada pegawai dari SUK..."Sekiranya masa tawaran PPT N27 ari tu org JPA beritahu tentang hal ni.... masa tu juga saya akan 'angkat punggung' balik ke jwtan lama saya... waktu itu kami hanya di maklumkan balik nnti buat surat 'MELEPASKAN JAWATAN DENGAN IZIN' jgn buat meletak jawatan nnti faedah persaraan U tak dapat... tak der sesiapa pun yang info ttg GCR akan hangus... X kan lah saya nak terima PPT N27 yang sedikit sgt bezanya dgn apa yang saya terima...dan saya korbangkan GCR saya yg dah tentu dpt >< src="http://mail.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/tsmileys2/17.gif">..dah le berkira2 nak pencen awal... if aku kumpul baru pun sampai aku pencen wajib pun aku tak dapat 120 hari tu... sbb servis pun X sampai 10 tahun dah...infact tinggal 6 tahun je lagi...setahun boleh simpan 15 hari shj!!!
Cenah mmg tengah kumpul maklumat n fakta...sbb tak puas hati dgn kes ini...ramai yg terlibat.. sbb bila sebut pihak berkuasa melantik yg berbeza... ia akan melibatkan anggota yang di lantik dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, dan lain2... masalahnya derang ni dok kata State G Federal jer... walhalnya spt yg aku ckp tadi SPP yg berkenaan juga tidak = dgn SPA Malaysia!!!.. Aku smpai ckp ke peg SUK.." Jika tau mcm ni...mmg saya X terima... dah la kije teruk nak mampuih...kejo sana sini...pas tu senang2 je org nak hanguskan GCR saya....mana adil? Tentu ada cara nak buat?... Quran je yg X leh ubah!!!Setidak2nya kami yag tak di beritahu ni di kecualikan.. dan yg selepas tarikh tu baru terlibat... sbb le ni dah kuo pek perkhd bil 23 tahun 2009 yg menerangkannya...
OK cukup setakat ni.... lain kali ada masa aku list kan pulak apa yg dah aku uat D opis sepanjang jadi PPT D PTG...mungkin U all tak de yg alami spt yg aku sdg alami...
WASSALAM
Cenah
01.20am/17/01/2010

Sunday, January 24, 2010

Cuba Ingat

Aku suka lupa dekat mana aku beli barang yang ada dalam rumah ku. Macam frame gambar biru yang Atiq suka tu... Rimaas betul bila cuba nak ingat supermarket mana yang aku pergi sebab di Malaysia ni memang banyak sangat shopping complex.Ada yang aku suka ada yang tidak...ada yang mampu aku beli dan ada juga yang tidak.

Terlalu banyak tempat shopping sampai ada yang aku belum jejak.Kat sini saja aku nak mention tempat yang aku dah pergi supaya aku tak lupa, contoh nya Alamanda...dulu dok dengar adik aku sebut je...pasal gerai dia di situ bilamana Dr Mahthir dan Dr Siti Hasmah singgah di sana. Tak beli apa pun di situ tapi adik belanja makan dan makanan di situ boleh tahan sedapnya..tapi nama restaurant tu pulak aku dah lupa.

Tempat yang suami paling suka pergi ialah Low Yat dan aku pula suka ikut tetapi bukan di situ ,yang di sebelahnya iaitu Sg Wang Plaza...dekat2 situ ada Metro Jaya dan Parkson...kalau aku masuk dalam tu aku tak miss beli baju kalau fesyen dan harganya ok untuk aku.Hari tu aku dapat beli mangkuk crystal bohemia yang berkaki after 70% discount harganya about dua ratus berapa ntah..jenuh argue dengan adik...dia kata membazir tapi aku kata aku tak mampu beli kalau tak de discount...dan aku tak pernah dapat duit belanja dari abah ..so aku beri alasan kira itu duit belanja aku le sekali setahun ,alhamdulillah alasan aku tu berkesan sangat .Ikut lojik kan..dia pun abah dok bagi tiap2 bulan.

Baru2 ni abah bawa kami ke mana tah , aku cuba recall tapi tetap lupa..rasa nya tetap dalam area Sg Wang kot ,entahlah..kena tanya anak ku Ahmad sebab aku jumpa bekas tisu coco-cola dengan harga murah dari supermarket .Dalam supermarket harga lima puluh enam ringgit ,mahal. Kat luar aku jumpa benda yang sama baru enam belas.Bezanya kalau dgn mata kasar tak nampak tapi kalau pegang baru tahu yang satu tu bahannya agak tebal sebab tu mahal.

Oh ya aku rasa aku beli frame biru tu di One Utamalah ...first time pergi ,terlalu besar dengan waktu yang singkat. Rasanya kami tenguk wayang lah hari tu ..oh ya tenguk cerita 2012 .Dalam masa yg singkat dan buru2 nak tenguk wayang jumpa kedai gift yang tengah buat sale...harganya pun dah lupa tapi ada diskaun le tu yang beli....

Baru2 ni abah bawa ke Sun Way Lagoon ,aku selalu confuse dengan Mid Valley...mana satu yang ada gambar piramid dan singa tu..nanti aku cuba nak recall.Sun Way Lagoon yang aku ingat ialah tempat ice skatingnya. Bila tenguk ice skating nya aku teringat first time jumpa If dan Puteri. Makan pizza kat situ lepas jalan2 baru nyesal sebb berlambak lagi kedai makan lain dalm tu...pizza kat luar pun makan .

Banyak kedai2 berjenama di situ yang kalau tak de discount rasanya terduduk aku nak beli...tapi yang aku terkejut tu ada satu kedai yg jual barangan yang sama dengan apa yang aku pernah tenguk dijual dengan harga berlipat kali ganda macam 600%.Dalam mahal2 pun aku dapat juga beli satu shirt kelabu jenama springfield yang aku tak pernah dengar bila ada diskaun separuh harga.Kemudian aku beli seluar kaler macam jingga ,sebb belum ada lagi kaler tu....Harga aku beli dalm lima puluh tapi kat JJ dalam tu boleh dapat dengan harga separuh je..nasib baik kaler yg aku beli tu tak de..jadi boleh sedapkan hati lagi.Satu je yang aku tak suka diSunWay Lagoon ni aku langsung tak jumpa tempat sembahyang..dan bila aku berada disuatu kawasan reception talipon terus hilang,bermakna aku tak boleh bergerak jauh takut sesat tak jumpa suami atau lupa arah.(thats my weakness).

Tempat lain yang suami pernah bawa ialah KLCC, yang langsung aku tak membeli apa2 sebab pakaian terlalu mahal di sini....mungkin kalau potongan aku cantik macam waktu remaja dulu gagah juga aku fikir dua tiga kali nak beli tak beli .Kami cuma makan dan minum di Starbucks.Sogo tempat yang konon popular untuk orang yang bekerja di KL bershopping tak pula dapat menambat hati aku .Mungkin dah dua tiga kali pergi ...apa yang aku hajati tak ada .

Satu lagi tempat suami selalu pergi alah Sri Kembangan. Suka tenguk ikan keli yang besar2 dalam air yang mengalir menembusi pasaraya ni ,ada yang sebesar peha orang.Kat sini pun ok sebab ada panggung wayang ,tempat bowling ,kedai makan dan harga barangan di sini pun dalam linkungan mampu beli. Tempat sembahyang pun mudah jumpa.

Selain Low Yat, Sg wang, Mid Valley, Sun Way, KLCC, Sri Kembangan, One Utama,Sogo,Alamanda ,aku dan suami tibe2 je nak tenguk Times Square tempat anak bongsu suka lepak...baru tahu atas tu ada macam keretapi ala roller coaster, suami ajak naik tapi aku tak hingin menyiksa bathinku menjerit minta nyawa.Dah, itu je rasanya tempat yang aku dah cover so far, Oh ye terlupa D Curve juga dah sampai...kalau ada tempat lain yang aku belum sampai harap2 ada orang tolong canang kat suami ,nanti sampaile kot ke situ.

Nasib Ketam

Nak tahu apa jadi dengan dua ekur ketam semalam..tak jadi masuk tong sampah tetapi jadi rencah kuah mi bandung buat makan malam .Akak balik kerumah semalam tapi aku dah masuk tido sebab ngantuk sangat...bila tanya mereka sampai rumah pukul satu pagi...dan pagi ni bila bangun terus siap nak balik kerana nak singgah Shah Alam....tak puas jumpa, tapi tak apa lah....

Saturday, January 23, 2010

Hari ini

'Jangan membazir....ini bukan pesanan ringkas..tapi amalan baik yang dituntut....tapi ketam tu tetap aku tak mahu makan.....tak pe, nanti mesti ada makhluk lain makan.....' Selamat masuk dalam perut tong sampah.

Kasut Jogging aku hilang ....padan muka aku, hari tu suami bising pump air kolam ikan dia yg harga beratus hilang dan aku buat tak dengar je....kali ni aku baru sedar kasut jogging aku yg harga ratus-ratus juga hilang ,SIAL punya PENCURi I!!

Pagi tadi suami bersuara nak balik TAiping..dan aku...mmmmm dah terbayang rupa orang yg aku tak berapa gemar tu. Terbayang apa nak jawab kalau aku tak bawa balik TV leper yg ntah tiba2 je rasa sayang dan kedekut nak bagi kat orang tu.Ntah tibe2 je aku jadi Jahat dan Kedekut! Suami tak suka le aku lokek2 ni sebab rumah tu rumah aku jugak ,bila balik nanti aku juga yg nak dongak tenguk TV tu...alahai jiwa sasau.

Aku terkejut bila tiba2 je suami tanya hari tu kenapa tak ajak Kak Ani sekali pergi Bangkok...alamak soalan terkejut, nak test aku ke?Sebab terkejut le aku terus jawab ,Kak Ani nak pergi umrah . dia ada bincang hari tu nak pergi umrah ramai2 sekali dengan Kak Miah sebb Kak Miah banyak pengalaman di Mekah...

Betul, tak tipu.

Kak Miah restu sangat..dan hari tu aku betul2 sebak sebab Kak Miah nak sponsor separuh dari tambang aku ke UMRAH...aku pun tak tau kenapa bab-bab bila orang nak sponsor aku jadi sebak dan sedih...Mungkin tak percaya ada orang belas kasih pada aku kot ...especially orang tu bergelar Kakak Ipar.

Dan hari ni tak tahu le , samada jadi tak balik Taiping atau jadi tak anak-anak nak balik Batang Berjuntai..kamu tunggu dan lihat saje ok.

Friday, January 22, 2010

Semalam ,Hari ini.

Hari ini Abah ajukan soalan yang sama seperti semalam ,"apasal tak makan ketam tu ?"

Aku ,sambil merenung pada dua ekur ketam masak asam pedas yang di bakar dalam daun pisang dan dibungkus dalam aluminium foil yang berada depan mataku....apa nak jawab huh ,semalam dah cakap sebab pedas sangat ,hari ni nak jawab apa pulak...

"Abah tak makan ketam tu?"

Nah hambik kau, soalan di jawab dengan soalan.

Tuesday, January 19, 2010

2010

Tahun lahir ku ialah 1960 bermakna aku akan memasuki separuh abad pada bulan lapan ini. Bagi setengah manusia umur hanya angka ,tidak merubah banyak perkara. Termasuklah keadaan fizikal dan perasaan . Tidak mampu mendatangkan apa-ap perubahan dari jahat menjadi baik atau baik kepada bertambah baik.Umur hany aangka.

Dalam melayari hidup mana ada manusia kebal dan kekal. Biar lah yang muda dengan tenaga muda nya memproses dan menjana segala ketidak pastian kehidupan yang mendatang. Perubahan kemodenan kerakusan kedegilan kekuasaan kehancuran kebencian yang dicipta manusia sendiri dan penghujungnya yang antara jauh dan dekat,kalaulah tanda-tanda itu muncul ,maka segeralah bertaubat dan ingat pada yang satu iaitu Pencipta mu dan aku.

Diri ku masih sihat ,Alhamdulillah .Entah esuk atau lusa kudrat yang dipinjamkan ini mungkin diambil Nya kembali. Jadi aku mesti gunapakai secepat dan sebaik mungkin. Pernah aku bertanya pada ibu mertua ku, apakah perasaan dia ketika begitu...terdiam dia dan aku sendiri menjawab di dalam hati cuma.Ingin aku tahu cerita bagaimana dia mendidik anak2nya... apakah sama seperti aku mendidik anak2 ku sekarang kerana ada yang tidak mampu aku laksanakan.

Atau lebih jauh lagi bila aku melihat orang yang dulunya kacak dan gagah kini sudah tanggal semua giginya dan mata berselaput tahi mata ,sudah tidak boleh mengenal apatah lagi membaca. Berbasikal setiap hari tanpa baju.Kadang2 lupa jalan pulang ,kadang2 jatuh dalam longkang. Yang pandang mengandai dan bersalah sangka ,yang zuriatnya merasa malu kerana tak menjaga , dan aku kelak, bagaimana ya?

Tolonglah ya Tuhanku , jangan bebankan aku pada orang lain seperti aku tidak bebankan mereka sekarang dan jangan bebankan mereka atas ku kelak kerana usia ku. Hingga saat ini aku masih pasrah menanti sedangkan angka semakin tinggi dan bakinya tinggal sedikit cuma.Ya Allah Ya Tuhanku ,engkau satu2nya yang tahu keresahanku dan mudah2an tahun baru ini kau kurniakan kedamaian buat ku.

Thursday, January 07, 2010

Calypso ,BANGKOK









Bangkok







Melancung adalah satu aktiviti yang menarik bak kata paepatah jauh berjalan banyak pengalaman..itu apa yang aku selalu rasakan setiap kali berpeluang melancung tak kira lah dalam negeri ke atau luar negeri. Tambah gembira kalau boleh melancung beramai2 dengan famili atau kalau dengan kawan biar lah yang satu kepala orang kata...

Aku cuma nampak satu je keburukan melancung...poket cepat kempis jadi kalu boleh ,carilah tempat penginapan ,transport , tempat makan, tempat shopping dan hiburan yang murah yang boleh melambatkan poket kempis....dan lagi satu cari orang yang boleh membantu kita ,bertolak ansur ,paham memahami dan cekap kerana ini juga boleh membuat perjalanan kita jadi lancar dan menarik.






My memory lane:

Pada 24 Dec malam ,kami (aku, suami, anakku ,Azlan dan Nodee ,kawannya Ifran, Kak Miah dan kawannya Kak azizah)bertolak dari Selangor ke Taiping degan Naza .Sebelum tu kami ke Klang dulu untuk jemput Ifran .Tidur semalam di Tping dan keesukannya selepas sarapan lebihkurang pukul 10 pagi kami teruskan perjalanan ke Butterworth. Sampai stesyen keretapi dalam pukul 12 tengahari ,oh ya lupa nak beritahu perjalanan hari tu dari Batang Berjuntai sehinggalah ke Butterworth kami pakai GPS.Ia sungguh lah tepat dan membantu.Kak Miah dengan kawannya yang bertolak dari Penang pula sampai beberapa minit kemudian.

Di Stesyen keretapi terdapat kedai ,buku ,money changer ,kedai makan dan juga tempat sholat. Selesa sebab tempat menunggu ada ruang berhawa dingin...jalan ramai2 yang bagusnya boleh ganti2 tunggu beg yang besar2 dan banyak tu.Kami sempat lakukan sembahyang jamak kasar kerana keretapi bertolak pukul 2.20 ptg cuma yang ralatnya kami tak sempat tukar duit RM ke Baht kerana kedai tutup separuh hari lupa yang hari tu jatuh hari JUMAAT!

Perjalanan dalam keretapi ambil masa 22 jam....dari Butterworth digalakkan beli makanan dan minuman terlebih dahulu sebab dalam perjalanan yang jauh tu dah tentu perut rasa lapar dan tekak rasa haus...dan yang paling kami tak sangka cuma dua gerabak penumpang sahaja tanpa gerabak kantin.Bila sampai di Padang Besar(Boarder) baru ada berberapa gerabak di sambung termasuklah gerabak kantin dan di situ juga kami kena turun untuk chop pas port dan visa.Nasib kami agak baik sebab ada penjaja menjual nasi goreng bungkus dan minuman sejuk untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga atas keretapi.Dan kami baru tahu harga sarapan keesukannya cecah 12 RM satu kepala!

Sampai Hadnyai hari mulai gelap, staf keretapi yang berbangsa Thai mula menjadikan bangku yang kami duduk menjadi katil yang di lapik dengan tilam .Katil di bawah jauh lebih besar dan selesa dari yang di atas jadi harga tiketnya tentulah lebih sedikit tetapi tetap berbaloi....malam tu aku tidur di bawah saja dengan suami sekurang2nya tak lah kesejukan sangat walaupun berselimut...hmm selimutnya berbau harum dan segar kerana setiap hari ia akan di tukar dengan yang baru.

Lepas 22 jam akhirnya sampai juga ke Bangkok,di stesyen keretapinya juga disediakan tempat sembahyang dan ada gerai makan Islam yang sedap ... ia amat menyeronokkan kerana kami travel dalam kumpulan jadi tak lah rasa lama dan bosan sangat dan ia satu pengalaman yang bagus.Satu lagi nasihat saya kalau ada sesiapa yang ingin ke Bangkok terutama orang islam bersedia dengan bebrapa alat memasak untuk sehari dua sebelum kita tahu seluk beluk jalan kerana disana amat susah berkomunikasi untuk bertanya kedai makan halal. Kalau kita bernasib baik kita akan terjumpa orang pattani yang pandai bertutur bahasa kita dan sanggup menjadi pemandu pelancung dan bawa kita ke tempat2 yang bagus dan tidak tertipu.

Tempat2 yang menarik yang saya pergi ialah pertunjukan kabaret di hotel Asia, floating market (tempat ni kena banyak bertanya dan compare harga sebb banyak sangat agen ) monkey show(kurang menarik) saya tak galakkan tenguk sebab di Malaysia ,tak boleh challenge persembahan di A Famosa Melaka.Elephant ride ,bayarannya agak mahal tetapi sesiapa yang benar2 teringin mungkin ok kot.

Transport antara satu tempat ke satu tempat di sekitar Bangkok lebih baik naik teksi bermeter ,ia jauh lebih murah dari naik tut tut atau motor roda tiga tu . Paling bestnya tut tut yang ada tempat duduk untuk dua orang boleh naik seramai yang mungkin ,tak ade masaalah dengan polis trafik..manakala teksi juga kami boleh naik sampai lima orang ..huuh betul2 jimat kalau di bahagi per kepala.

Dan paling best perjalanan kali ini ialah bila anak2 dapat kawan baru dan salah sorangnya orang Thai sendiri yang sanggup bawa kami berjalan hujung minggu .Dia jadi tukang tranlate dan tukang bargain untuk kami....kami panggil dia Su...nice meeting u Su!

Sebab kami duduk di sana sampai New Year ..barulah kami tahu bahawa di sana New Year sudah jadi sambutan rasmi .Adat disana bila new year bertukar2 hadiah...pihak hotel juga telah hadiahkan kami anak patung comel bersama chocholate .... patutlah Su excited sangat nak beli barang hadiah untuk adik2 dan kawan nya...sebelum berpisah esuknya..aku just bagi kerongsang biru pada su tanda terima kasih...i hope she likes it.

Satu lagi pelancung harus tahu ,jangan sekali2 guna teksi yang di panggil oleh pihak hotel, jangan malas nak jalan sedikit dengan luggage yang banyak..bak kata orang berat sama dipikul ringan sama dijinjing ...setengah km tak jadi halnya ....bezanya besar harga teksi di luar lebih kurang 4.90x2 rm manakala dari hotel untuk 7 orang 120rm.Check bilik betul2 takut ada barang yang tertinggal sebab once kita keluar barang tu sure lesap!

ALLAHUAKBAR

Pada mulanya niat nak tulis pengalaman ke Bangkok tapi biarlah cerita kemudian. ini pasal nama Allah yang hendak digunakan oleh orang kristian yang buat aku rasa panas dan melegak .Apa kuasa yang aku ada kecuali berdoa agar umat Islam taermasuk ahli keluarga ku sedar akan bahayanya dakyah orang kafir laknatullah.

Peganglah kuat-kuat pada amanat Rasul kita bahawa Islam itu bersaudara , dan kafir itu musuh Allah. Walau Allah sudah menganggap mereka MUSUH NYATA masih tidak malu hendak mengguna kalimah Allah pengganti panggilan tuhan mereka.

Mereka akan menyesatkan kita kerana awal2 lagi sudah menganggap Tuhan kita orang islam sama dengan tuhan mereka orang kafir kristian ,nauzubillahiminazzallik...Tuhan mereka mempunyai anak ,mana mungkin ,BODOH!

Aku disini tetap berdiri di belakang orang2 Muslim yang menentang penggunaan nama Allah untuk tuhan orang Kristian kecuali mereka beramai2 mengaku tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad dan Isa SAW itu pesuruh Allah SWT dan Islam itu yang sebenar2nya agama Allah.