Pages

Wednesday, November 09, 2011

Majlis Pertunangan Anak Saya



Alhamdulillah ,majlis pertunangan berjalan sungguh lancar dan hampir sempurna . syukur pada Allah swt kerana cuaca baik ,saudara-mara pun hampir semua datang sebelah saya dan suami untuk membantu.

Saya yakin semua tetamu gembira dan puas hati. saya sempat tanya bakal besan macamana dengan makanan hari tu katanya ramai yang bertambah ,alhamdulillah mungkin juga terlalu lapar entahlah.

Di sini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg hadir terutama saudara-mara dan sahabat tolan anak2. Rasa meriah sangat dan paling hiba apabila bapa saya dalam keadaan kakinya belum baik kerana terjatuh datang dan masuk duduk antara orang ramai beserta dulang2 hantaran mereka ,saya tak dapat menahan air mata dan curi2 masuk dalam bilik sambil menahan sebak..alhamdulillah tak lama mungkin dalam satu minit saya dah ok.

Gambar2 pertunangan insyaallah saya akan upload dari fb anak tak lama lagi ,sekian semoga dicucuri rahmat semua.
http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/09/update.html

Saturday, October 15, 2011

Kehidupan

Bila manusia hidup berpuluh-puluh tahun dengan pengisian kehidupan tiba-tiba datang satu ketika dia merasa kekosongan tanpa memori indah dlam kehidupannya .Memori itu sendiri mesti diisi dengan keindahan kehidupan dan dikongsi dengan orang2 terdekat ,ia dilihat dari sudut keredhoan dan kepuasan melalui kehidupan itu sendiri.

A bit nervous

Salam, tinggal 2 minggu je lagi persiapan hari pertunangan anak dara saya yang sorang tu...saya dah buat yang terdaya walaupun mungkin tidak yang terbaik .Rasanya macam boleh buat lebih baik tapi tak boleh pun.

Minggu lepas saya rasa gementar sanagt sebb banyak benda yang tak settle, seperti tempahan makan untuk 200 orang tetamu , bunga fresh yang saya belum order ,gubahan yang tak siap2 dan benda2 kecil seperti kat mana nak cari daun sireh atau cara dan waktu terbaik nak petik daun2 hijau sepanjang jalan ke ijok tu ....dah pakat dengan ayum katanya waktu subuh ,good idea sebb kalau lepas magharib takut serempak jembalang tanah pulak.

Hari ini dah back to normal again sebb dah confirmkan dengan catering makanan cuma risau juga dia tak mahu duit deposit katanya bayar waktu dah hantar semua makanan dan khemah tu.Hmmm fikir yang baik2 ok walaupun emak saya ajar suruh fikir yang buruk dulu sebagai back up atau sediakan payung sebelum hujan.Kemudian sireh pun dah tahu mana nak dapat ..begitu juga soal rumah yang perlu untuk tempatkan adik -beradik kalau ramai yang datang.

Harap2 semua berjalan dengan baik ...gambar nanti akan di upload kemudian ,insyaalllah..

Wednesday, October 05, 2011

Garisan kehidupan.

Jika kehidupan hanya satu garisan lurus maka dua kehidupan umpama dua garisan lurus samada garisan itu akan bertemu atau tidak terpulang. Tapi aku dan dia seperti dua garisan yang sama2 menegak atau melintang ,seiring tidak akan bertemu dan terus di atas garisan lurus.

Monday, September 19, 2011

Kami serupa...16th Sept-bekas asrama convent taiping.

Seronok dapat jumpa kawan2 lama yang membesar bersama2 di bawah satu bumbung asrama. Lepas berpuluh tahun tak jumpa dan berkumpul dan apabila sampai ke detik pertemuan ini kami saling melihat,teka apa jadi...masing2 lawan ketawa geli hati melihat perubahan ketara kami .Namun ada yang tidak berubah langsung iaitu perangai KAMI!




Thursday, August 18, 2011

Buat apa yang perlu...

Sambungan entry yang terdahulu ....sebenarnya aku masih dengan prinsip mahu melakukan sesuatu tanpa pembaziran ,jadi aku decide untuk gunakan bekas2 kaca di bawah ni untuk gubahan hantaran anak aku tak lama lagi ...aku yakin benda2 ni nanti dapat digunakan untuk isi nasi dan lauk oleh besan aku kelak :)








Rasanya masa berputar begitu pantas , hari ni dah masuk minggu ke dua berpuasa.Masa beredar bermaksud umurku juga bertambah. Badanku tahun ni rasa sedikit lemah dari tahun lepas,mungkin juga kerana ubat batuk dan antibiotik yg aku ambil kerana aku terkena bronchiatic yg mungkin dijangkit dari suamiku. Oleh kerana paru2 ku memang tak eluk jadi aku mudah terjangkit.

Apapun aku bersyukur pada Allah kerana mampu meneruskan puasa dan sembahyang tarawikh yg aku lakukan sendiri di rumah. Rasanya memang aku seperti sendiri mengadap tuhan dan akan terus sendiri mengadapNya ,moga Allah beri aku kekuatan. Alangkah bagusnya kalau aku pergi ketika aku seperti kain putih yang bersih.

Oh ya selain kesibukan ku menyediakan apa2 yang perlu untuk hari pertunangan dan perkahwinan anak perempuan ku ,aku juga rasa lega sangat kerana akan memiliki apartment murah di Puchong. Apartment tu aku niatkan untuk anak2 ku tinggal dari pada menyewa baik beli dan bayar loan bank dan akhirnya boleh jadi harta sendiri. http://www.iproperty.com.my/propertylisting/646331/Puchong_Apartment_ForSale

Aku tahu ,apartment tu tak la besar sangat tapi kalau dibandingkan dengan bilik hotel yang aku dok tidor di KL selama ini ,ia memang jauh lebih besar dan akan jadi lebih selesa Insyaallah ,sebab aku nak buat sedikit ubah suai .Aku harap dengan yg sedikit ini akan memberi erti yg besar untuk anak2ku.Pertama ,kita mesti buat simpanan ,kedua kita mesti buat harta, ketiga kita kena pasti dengan keputusan yang kita buat....





Thursday, July 21, 2011

Persiapan

Kawan aku yang dah ramai menantu cakap kalau sorang dah mula kawin nanti tunggulah yang lain2 akan turut. Aku macam tak boleh terima teori tu dari segi saintifik tapi dari segi lojik boleh lah sebab salah satu menunjukkan kalau sorang dah cukup dewasa untuk kahwin anak2 lain pun mestilah sebaya dan dah cukup umur juga. Mungkin juga benar ada teori berjangkit .Bila sorang dah kahwin yang lain pun teringin nak kahwin.

Cukuplah bab jangkit-mengjangkit tu. Sebenarnya hari ni aku nak ceritapasal anak no 3 aku yang the only perempuan dlm 5 adik beradik dah nak kahwin awal tahun depan...siapa yang terbaca entry ni dan rasa ingin datang memeriahkan hari bersejarah anak ku tu datanglah ,tunggu aku post kan entry jemputan bila tiba masanya.

Sebenarnya dalam merealisasi kan impian anak ku nak masuk gerbang perkahwinan aku mahu yang terbaik sekali gus yang terindah. Konsep ku yang pertama ialah santai dan mesra. Banyak hal yang aku lihat sewaktu hari bahagia pengantin nampak kaku macam patung! Pelamin di gubah begitu indah tapi hanya tatapan untuk ketika beberapa minit ketika makan .

At first i wished the wedding to be in the garden ,the bride n bridegroom can walk freely around the tables of relatives n guests but then i dont like the ideas of lot of 'khemah' in the garden .Cant avoid the khemah because of the weather in Malaysia .Sometimes it shine sparkling hot and sometime it rains heavily.

Satu lagi yang merimaskan aku sewaktu hari perkahwinan apabila aku terpaksa bawa balik beg goodies yang penuh benda manisan.Dah sah menggalakkan kencing manis untuk orang2 berumur macam aku.Telur is ok tapi leceh sikit nak rebus beribu2 biji sewaktu kenduri jadi aku lebih suka bagi cendera hati yang boleh disimpan untuk kenangan.Kalau boleh aku langsung tak mahu ada beg kertas sebb aku tak suka orang banyakkan sampah.

Yang penting aku nak makanan sewaktu khenduri tu sedap sebab tahu2lah orang datang memang dah pasang niat nak makan. Jadi bab makanan aku amat cerewet sikit. Aku mahu semua yang hadir suka dan dapat makan dengan puas,insyaallah.Kalau boleh aku nak dua2 nasi putih pun ada nasi minyak pun ada walaupun buat aku selalu confius nak makan yang mana satu tapi biasanya dua2 aku letak sebelah2 dalam pinggan aku.Pembasuh mulutnya samada cendul atau bubur kacang yg mesti cukup lemak dan manisnya.

Akhir sekali aku dah tak suka pada adat2 tepung tawar dan sebagainya seperti berinai yang melampau tapi entahlah bila dah ada bunga pahar atas pentas tu mesti lah kena bagi pada orang dan pada siapa yg harus di beri bila bunga tu duduk atas pentas mestilah pada mereka yg naik untuk merinjis.

Oh ya ,walaupun aku nak buat ala2 islamik dengar lagu2 spiritual iaitu nashid tapi hari tu bukan aku yg nak kahwinkan jadi lagu2 mungkin dipilih oleh ankku yang suka sentimental love songs.

Bersambung kot,insyaallah.

Saturday, July 16, 2011

Kelab Taat Suami

Tak tahu kenapa hati aku terbakar bila mendengar ayat yg keluar dari mulut somebody tu. Sakit hati bukan kepalang.Rasa tak disayangi satu hal dan rasa tak dihargai yg menyakitkan hati. Tak ada nada kelembutan yang dapat mendamaikan sanubari seorang insan yang akan menemaniku sampai mati. Jadi aku terfikir sejenak jika aku tua nanti ,will my life be a bed of roses? Complain,complain dan terus complain....

Memang aku tak sebagus family kamu kalau memang family kamu bagus sangat tapi kenapa menghina dari mana aku datang. Kalau sekadar bandar tempat tinggal kera dan monyet ,aku dah puas berak kencing di situ dan satu lagi aku cuma tinggal di kampung selama solid 3 -4 tahun saja so apa kena mengena perangai aku dengan kampung jika rumah aku semak ,jika aku tak suka make up ,atau jika aku malas!

Lagi satu aku suka orang kampung berbanding dari pekan so jangan kutuk aku sekarang kalau dari dulu dah tahu aku memang orang kampung!!

Terima seadanya? Ikhlaskah atau terpaksa telan semua rasa ketidak puasan. Sekarang rasa macam satu beban untuk menunjuk yang aku tak kisah semua itu sedangkan aku kisah dan aku terguris dengan sifat tidak pernah puas kamu.Bila kamu menghurmati seseorang ,orang itu akan menghurmati kamu semula dengan tak payah kamu harap atau minta, itulah keikhlasan namanya.

Mungkin sudah masanya antara kita mengadap wajah ke khiblat ,menjernihkan hati cuba memenuhi kekosongan yg menjarakkan hati kita atau terus biarkan apa yg menjadi jurang perbezaan ini sebagai satu cabaran kehidupan untuk bersabar.

Nota~ 4 hari aku mogok !

Saturday, July 02, 2011

Susah mahu membenci...



Sudah lama aku meminati lagu2 nashid dari kumpulan Indonesia ni .Baru2 ini bila rindukan lagu2 untuk santapan rohaniku aku akan kembali ke u tube mencari lagu2 nasyid dan aku dapati lagu ini sudah diberi nafas baru....any comments?

Biar aku simpan pendapatku dalam diriku sendiri .

Thursday, June 30, 2011

Merisik Khabar

Aku pernah terfikir dulu ,apa akan berlaku jika ditakdirkan aku bertemu semula wajah2 yang ingin aku temui. Mungkin selepas 5 tahun ,10 tahun 15 tahun . Dan sungguh aku pernah tulis dulu apa yang terdetik dalm hatiku seperti doa yang tersembunyi dan aku telah temui bekas teman ku melalui face book semalam .Kali akhir dia datang temui aku bila anak ku yang nombor 2 tu lahir dan aku masih ingat lagi perkataan punk yang terpantul dari mulutnya bila melihat rambut anakku yang terpacak tu.

Waktu itu dia masih bujang dan aku sudah beranak dua. Kedatangannya kerumah ku sebagai seorang jiran dan sahabat dan sesungguhnya hati kami bersih terasa keikhlasannya menemui untuk mengucapkan tahniah pada ku..tak lama kemudian dia pula berkahwin dengan wanita pilihannya..kalau tak salah, aku dah berhenti kerja waktu itu dan mengikuti suami ku ke Johor..namun aku sempat titipkan sejadah bewarna merah...suatu yang aku tidak sedari ialah aku sedang sakit ketika itu dan berat badan ku menurun secara mendadak dan aku selalu batuk dan berkahak!

Aku pernah berpeluang berjumpanya dengan isterinya bila ada kenduri di kampung, cuma ketika dia datang mahu berbual dengan ku ,seperti biasa tekak ku berkahak dan aku terpaksa bangun untuk meludah ..aku harap dia tidak anggap aku sengaja memalukan dia.Waktu itu aku duduk berdepan dengan isterinya ,sungguh kalau aku sudah lama kenal tentu aku sudah menegurnya tapi kami belum kenal dan aku tentu rasa kekuk sebab satu kampung sedang memerhatikan gelagat ku. Bagi ku isterinya mempunyai semua kulaiti yg seorang perempuan mahu .

Dan seterusnya berita demi berita aku dengar seperti dia pernah accident, dia naik haji ,dia dapat cahaya mata~ senua itu buat aku tumpang gembira. Bila bapanya meninggal dunia ,familinya berpindah pulang ke kampung asal mereka..dan sejak hari itu aku tidak lagi mendengar beritanya ,namun aku yakin satu hari nanti kami akan bertemu jika bukan kerana kenduri mungkin kerana kematian .

Akhirnya apa yang berlaku pada hari kenduri anak abang ku di sepang tempohari ,aku berpeluang berjumpa adiknya dan dari situ kami bertukar alamat face book dan dari situ terpampang nama abangnya dan aku akhirnya dapat melihat gambar2 keluarga nya,,, lagi sekali aku tumpang gembira ~

Kalau orang lain bertanya kan aku tentang perasaan bertemu semula bekas teman lama aku akan jawab tiada ada perasaan istimewa cuma hanya ada perasaan yang kami pernah kenal dan pernah berkawan sama seperti dengan kawan2 ku semasa akau belajar dahulu cuma lucunya dulu pernah terfikir yang aku akan jadi isterinya ~senyum*~ inilah yang dikatakan jodoh tak sampai!

Wednesday, June 22, 2011

Kematian bah 2

Walaupun aku pada zahirnya nampak kejam kerana meninggalkan jenazah tapi hati aku tenang. Aku tahu jenazah apak akan ditemani ramai sanak saudara dan cucu2nya. Apatah lagi esuk adalah hari Jumaat. Sudah tentu masjid akan dilempahi ramai orang yang bersholat Jumaat.

Bila pulang ,suamiku menceritakan suasana sebenar. Bagaimana jenazah apak diuruskan oleh orang-orang yang biasa memandikan jenazah. Ia dimandikan dengan tertib hampir 2 jam ditolong oleh anak dan cucu.Sesudah selesai mandi jenazah tidak terus disembahyangkan dan di kebumikan seperti yang disuruh oleh pak su tetapi menunggu habis sholat jumaat baru di sembahyangkan.Dari sinilah perasaan tidak puas hati pak su lalu dijaja bahawa jenazah tidak dimandikan dengan sempurna dan lambat ditanam bermakna jenazah tersiksa.Katanya dia belajar dan apa orang lain tidak?

Dua minggu kemudian bila suami berjumpa dengan pak su masih mengungkit cerita tersebut ...sebenarnya setelah kami berbincang adik beradik kami yakin bahawa pak su terlalu iri hati kerana keluarga suami langsung tidak memerlukan pertolongannya dalam menguruskan jenazah. Dari apak(iaitu abngnya) sakit masuk hospital dia sudah salahkan anak2 apak kononnya menyiksa orang tua.

Tapi yang pelik apabila di beri tahu kematian apak pada malam tersebut dia tidak datang terus walaupun rumahnya bukan jauh.Kalau dia belajar tentu dia tahu kan?

Dan mak cik pun satu lagi sedang berkabung selama 4 bulan,bila aku tunjuk muka hairan
katanya ada dalam quran, ustazah pun cakap macam tu...aiit macam dalam edah pulak kataku..tapi lantaklah..penasihat nya ramai. Semua mengaku belajar.

Apapun aku teramat yakin apak mati dalam imam dah oh ya aku mimpikan apak ,dia kelihatan sihat walafiat,berbaju walaupun tak berkata sepatah apapun aku tahu apak mahu memberitahu ku yang dia selamat ,amiin,amiin.

Di sebalik kematian

Hari ini aku bukan nak bercerita apa yang berlaku pada si mati atau kepada roh si mati .Tidak juga yang bersangkut dengan kematian. Aku cuma nak cerita peristiwa sekeliling dan perangai manusia-manusia apabila berlakunya kematian.

Beberapa jam saja sebelum aku menaiki keretapi ekspress dari Taiping ke KLCentral ,bapa mertuaku sudah menunjukkan tanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami cuma dalam hati kecilku mengharap aku sempat berjumpa dengan nya dalam 4 hari akan datang. Ya, aku cuma musafir (ganti ayat melancong) , ke Vietnam selama 4 hari 3 malam ,tiket penerbangan ku pada 20 hb May pukul 9 pagi dan pulang semula pada 23 hb May.

Tapi seminggu sebelum tu aku dan suami sudah berada di Taiping apabila mendapat berita yang bapa masuk hospital.Cerita yang aku dengar ,bapa tarik dan muntah. Waktu mak cik panggil Kak Siti ,salah sorang kakak ipar yang tinggal di Simpang dan suaminya ,mereka tidak dapatbuat apa-apa. Kemudian mereka menalipon Kak Ani, adik perempuan mereka yang tinggal di Taman Hijau.

Bila Kak Ani datang dia terus talipon suaminya yg berada di Serawak minta pandangan. Maka bermulalah detik-detik Kak Ani menalipon doktor keluarganya sehinggalah dia ke hospital memanggil ambulan kerana sedar risiko bapa jika dibiar di rumah tanpa rawatan.

Doktor dapati bapa ada radang paru-paru dan urat saraf di bahagian kepalanya juga sedikit bengkak. Oleh kerana usia apak melebihi 90 tahun doktor tidak merawat/bagi ubat untuk dua penyakit sekali gus jadi doktor tumpukan pada paru2nya dahulu.

Semasa hari pertama di hospital ,apak meracau ,cakap tak henti-henti ,semua kisah2 lama timbul ada yang sanak saudara boleh paham ada yang tidak. Aku dan suami sampai pada waktu petang . Sewaktu aku tunggu sudah masuk hari ke dua dan apak banyak tidur mungkin kerana letih atau mungkin kerana ubat.Kami bergilir2 menunggu apak ,sebelah siang orang perempuan sebelah malam ( lebih panjang) orang laki2.

Sewaktu apak di hospital operasi mengemas bilik tidur dijalankan dengan paksaan oleh anak-anak. Ini menimbulkan kemarahan mak cik. Macam2 ayat keluar dari mulutnya siap dengan sumpah seranah. Aku sebagai menantu cuma jawab ,biarlah mereka kemas kan bagus bila apak balik dapat tidur dalam bilik bersih..bukan membuang barang2 lama yg dah tak perlu tu bermakna kita doakan dia mati tapi minta agr dia bertambah sihat bila duduk dalam bilik bersih. Memang nampak mak cik bengang dan kecewa kerana sorang pun tak menyebelahinya lainlah kalau ada Pak Su (adik apak) dan isterinya.

Selepas 4 hari di hospital apak sudah sedar dan dibenarkan balik. Semasa dia sampai kerumah ayat nya asyik bertanya ini di mana ? Kami pimpin tangannya ke bilik air kerana dia mahu sholat. Oleh kerana usianya sebegitu apak sudah nyanyuk dan cara dia ambil air sembahyang hanya sekadar basah tapak tangan dan mukanya.Kemudian dia sholat..waktu itu dzohor aku tidak tahu apa niatnya tetapi apak sembahyang dua rakaat dan kalimah2 yang disebut jelas dan lancar.

Kak Miah dan Kak Siti seperti biasa akan memberinya minum dan makan ,serta ubat melalui straw. Kemudian apak kerap mahu buang air besar syak kami di hospital apak tidak buang air besar selama 4 hari di sana.Dan akhir sekali apak mengeluarkan najis warna gelap .Ketika itu aku ,kak miah dan kak siti sudah tahu ia satu petanda. Mak cik tidak dapat menerima bila kami bercakap pasal tanda2 kematian.

Ketika itu sejam sebelum keretapi aku akan bertolak dan aku tanya kak miah ,mestikah aku tunggu atau aku teruskan perjalanan ku. Sebagai orang yg paling tua dalam keluarga suamiku ,kalau ya katanya yang lain tidak akan menyoal.

Sebelum pergi aku mohon maaf ,antara apak ingat dan lupa dia mengannguk. Yang aneh bila aku tanya mak cik ,tak mahukah minta maaf sebab apak sudah sedar .katanya dia tak ada dosa dengan apak....mudah2an.Aku pergi dengan hati tenang ,satu kerana aku sempat menjaga apak walaupun sekejap, kedua aku sempat memohon maaf dan ketiga sebab ada kak miah, guru al quran ,anak sulung di sisi apak.Sorang anak yg soleh lebih baik dari beratus yg tidak.

Sebaik aku jejak kaki dekat KLC(lebih kurang 6 jam kemudian) ,kak miah bagi tahu apak sudah kerahmatullah .Innalillahiwainnailaihirrajiuun. Aku teruskan perjalanan.

next entry.

Monday, June 13, 2011

Kenapa

Sekarang ni kes buang bayi di tahap yg mengerikan hampir setiap hari ada saja berita tentang bayi malang ni...apakah salah satu sebb jadi macamni kerana kos perkahwinan terlalu tinggi.

Mungkin ramai orang berpendapat tahap pergaulan yang terlalu bebas, atau kurangnya pendidikan agama dan lain2 tapi aku rasa asemua tu tak berapa tepat walaupun tidak pula tak betul. Contohnya kerana pergaulan yang bebas inilah yang senang menemukan uda dan dara maka aku nampak segi positifnya tak perlu nak guna orang tengah .

Manakala kurang didikan agama juga bukanya masaalah kerana ramai lagi agama lain selain agama kita tetapi jarang kita dengar mereka buang anak.Alasan yg aku ada mungkin walaupun ada berlaku dalam peratus yang kecil atau besar atau jarang2 atau mungkin banyak,mereka akan gugurkannya awal2 ~Jadi apakah sebab kurang agama atau sebab ada duit?Kalau tak berpuas hati cuba selidik lagi kebanyakan yg terlanjur tu wanita2 yang beragama yang bertudung labuh yang takut malu dicaci masyarakat. Kalau jenis yang memang tak kisah ,peduli apa orang kata.

Bagi aku semua persoalan tentang duit ,walaupun si laki2 ada kerja dan boleh lepas tembolok sendiri tapi masih ibu-bapa tidak mahu lepas kan anak dara mereka berkahwin dengan nya kerana khuiatir dengan masa depan yang kelam. Tapi kalau ibu-bapa tu benar2 beragama ,tidakkah mereka yakin rezki tu pada kuasa Allah swt.

Aku nak kaitkan satu contoh paling rapat dengan aku ,bapa aku sendiri. Dia belum bekerja ketika Datukku kahwinkannya atas alasan tidak mahu dia jahat. Oleh kerana Keluarga sebelah bapak dan keluarga sebelah emak berkawan maka berlangsunglah perkahwinan tersebut. Sampai ibuku mengandungkan anak yg kedua bapak ku masih belum punya kerja sehinggalah kemana dia pergi dia kena sindir.

Manakala ibuku yg memendam rasa hina pernah berkata padaku .. dia terpaksa heret perutnya sekejap kerumah mertua sekejap kerumah sendiri hanya untuk tumpang makan dan tidur katanya dia rasa nasibnya tak ubah macam seekur kuching tanpa tuan ~lebih tepat macam kucing kurap.Bukan kerana emak ayahnya tak boleh bagi makan,,sebab datuk nenek ku orang bertanah dan berada tetapi kerana maruah.

Dipendekkan cerita akhirnya bapa masuk tentera dan kehidupan ibu akhirnya berubah sehinggalah lahirnya kami semuanya rasa tak kurang apa2pun.

Kemudian sejarah berulang apabila kakak dipinang oleh kekasihnya yang hanya bersekolah setakat darjah enam dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bukan itu saja dari keluarga yang tidak berharta. Of courselah emak dan ayah tak setuju kerana mereka sendiri pernah alami dulu tetapi bak kata orang dulu2 cinta itu buta dan dek kerana takut jadi macam cerita laila majnun maka dengn berat hati emak dan ayah terpaksa menrimanya ..dan alhamdulillah sampai sekarang happy jer keluarga mereka walaupun abang ipar hanya jadi tukang kebun dan jaga sekolah. Untuk hidup kakak pun pernah suatu ketika dulu ambil upah menjahit kemudian kerja kilang dan sekarang jaga budak...yg penting mereka tetap boleh hidup macam orang lain.Jadi sebab itulah aku kasihan pada orang2 muda yang ada niat ikhlas nak berkahwin secara sah tetapi terhalang kerana tak der duit nak kumpul..bagi aku kalau mereka dah rasa nak kahwin dan sanggup bertanggung jawab atas pahit getir yang akan mereka lalui selepas berkahwin apasalahnya kita izin dan tolong mereka mendirikan masjid.

Untuk arwah ibu~ sampai sekarang bapa masih ingat jasa ibu kerana bersabar ,mudah2an ibu mendapat tempat yang paling baik disana kerana dapat keredhoan seorang suami dan itulah janji Allah swt .

Tuesday, May 17, 2011

Aku balik kampung

Hari ni tak sangka aku berjaya buat satu keputusan sepontan dengan menaiki bus dari Taiping ke Bagan Serai dan turun naik teksi terus ke Kuala Kurau bertemu bapaku. Hmmm .

Bas yang aku naik tu tak berubah langsung dari umur aku belasan tahun sampai lah separuh abad ni. Bas tak der pendingin udara jadi tingkap yg pakai sorong tu dan pintu nya sentiasa terbuka agar angin masuk. Bila hujan lebat air hujan akan curi2 masuk dari celah2 cermin yg sudah renggang disebabkan getah yang sudah tertanggal. Mata aku juga tertumpu pada lantai bas bila bas itu menerjah air yang bertakung di atas permukaan jalan,air akan bersembur masuk dari celah2 papan yang merekah tak ubah seperti perut sampan bapa aku yang pernah bocor satu ketika dulu.

bersambung.

13 jun,
Sebenarnya Taiping ke Kuala Kurau tu bukannya jauh sangat tapi nak ke sana tu yg macam jauh. Nak ajak suami dia asyik dengan style dia la kalau tak interesting atau tak penting beratlah montotnya bangun.

Hari tu sebab bapa Taiping sakit dan masuk hospital maka aku tak ikut suami pulang ke Batang Berejuntai ,aku stay seminggu. Masa aku keluar jalan kaki ke bank aku melintasi stesyen bas yg bukannya jauh dari rumah pun .Sebab aku ni agak ngok sikit aku tak tahu yg kat stesyen bas tu macam2 destini ada, nak ke bruas ,parit buntar,kuala kangsar ,banyak tempat ada dan tiba2 bas nak ke parit buntar sedang bergerak aku apa lagi terus je naik ~

Sampai depan rumah bapak seluar putih yang aku pakai dah lebam dan ada list hitam kat ujung kaki. Maklumlah hari hujan ,jalan becak.Mula2 ingat nak balik petang tu juga tapi mestilah tak jadi bila dah jumpa bapak ngan mak de Kurau, Aku tak perlu risau kalau tiba di Kuala Kurau waktu apapun makanan mesti sentiasa ada sebab rumah bapak sejak mak de ada macam kedai semua macam stok ada..waktu tu aku rasa lega yg tersangat amat kerana dapat rehat dari mendengar celoteh mak de taiping~hmmm.

Saturday, May 07, 2011

Bila Terdetik di Hati,Yg baik itu menjadi Doa

Salam semua penghuni alam. Agak lama juga tidak menulis dalam blog ni jadi macam banyak cerita yang mahu di tulis. Cuma ingat atau tidak.

Oh ya, mula2 sebelum terlupa nak bagi tahu anak bongsu ku dapat tawaran menyambung pelajarannya ke UM macam kakaknya dulu cuma kakaknya masuk hanya beberapa minggu saja sebelum dapat tawaran dari Telekom dan berpindah ke Universiti Multimedia.
Kali ini dia pula cuma belum tahu samaada akan kekal di situ atau berpeluang dapat tempat lain juga.
Hari Isnin ni dia dipanggil temuduga untuk tawaran menyambung pelajaran ke Korea,dapat atau tidak Wallahualam~ perasaan ku berbelah bagi sebab satu ,dari segi Bahasa yang amat asing dan kedua course engineering agak susah. Aku prefer dia ambil kursus yg agak senang seperti IT atau Accounting di Australia.

Apapun sebagai ibu aku yakin semuanya sudah tertulis dan aku redho sambil terus berdoa Allah swt kurniakan yang terbaik untuk anak2 aku. Tiba2 je aku teringat kat anak aku no 4 abang pada anak bongsu aku ni. Dia pun nak exam hari Isnin..kasihan dia kalau lah aku boleh jadi halimunan dan pergi tolong dia jawab soalannya tentu aku dah buat.Tapi apakan daya ,semua tu mustahil ...aku harap anak2 aku akan berjaya Amin.

Aku dah dapat guru tajwid,isteri kpd tok penghulu kawasan aku .Jiran aku yg kenalkan. ,Alhamdulillah banyak2. Aku dah mula kenal dua tiga orang luar.Apa yang bestnya tiap2 hari kecuali Sabtu dan Ahad ada kelas dan setiap hari Jumaat baca Yasin sama2. Suaranya sedap dan mendayu2 dan berhiba2 depan Allah swt maka aku rasa seperti aku pun baru dapat rahmatNya.

Minggu depan dia sekeluarga akan buat Umrah... gembiranya .Suatu hari nanti aku harap Allah akan perkenankan keinginanku ...berUmrah bersama dengan ahli keluargaku ,Insyaalllah.Entah kenapa aku yakin Allah yg Maha Pemurah seperti mendengar dan memperkenankan keinginan ku satu persatu walaupun bukan serta merta..Maha Suci Allah aku sentiasa bersyukur pada Mu.

Dan satu lagi aku nak tulis di sini yang aku akan melancung ke Vietnam pada 19hb ni dengan keluarga Ifran,boy friend si kakak. Rasa pelik sikit sebab memang selama ni aku teringin juga nak melancung dengan kumpulan pelancung Islam dan target aku ialah ke negara Cina ,tiba2 jer aku dapat tawaran ke Vietnam tetapi aku rasa Allah Maha mendengar sebb orang yang mengajak ni dari keluarga si Ifran maka aku dapat izin dari suami ku untuk pergi..haha.pelik kan?

Tahun ini banyak hal yang buat aku rasa teruja..selain cerita2 di atas aku teruja dengan kedatangan kawan aku dari Serawak bulan Jun ni ,aku juga teruja dengan persiapan family day hujung tahun ini dan juga hari re union kawan2 Convent ku dalm bulan Julai ini.

Ya Allah kami hanya merancang Kamu yang menentukan ,Amin.

Friday, April 08, 2011

SIME DARBY HUMAN RESOURCE~SUCKS


Kemudian aku tanya lagi boleh tak sambungkan dengan sesiapa saja yang aku boleh bertanya pasal award anak pekerja ...lantas dia sambungkan aku semula pada satu nombor dan kali ini baru aku dengar suara orang tapi malangnya ia dari division Yayasan Sime Darby dan tidak dapat membantu kerana pekerja Sime Darby hanya diuruskan oleh Human Resource Department.Namun kerana ingin membantu dia telah bagikan dua no direct lines yang mana bila aku talipon bertanyakan salah seorang masaalah ku dia tidak dapat menjawab kerana tak tahu lantas memberi ku no operator dan extension yg aku telah talipon berkali2 sejak petang semalam.

Aku cuma nak minta penjelasan dari mereka tentang requirements yg tercatat untuk keputusan SPM dibawah ~kalau pahaman aku anak aku layak tapi kenapa awal2 lagi kena reject atas alasan anak aku ada 2 A- pada non-core subjects. Cuma nak tanya kalau tak boleh ada langsung A- kenapa tak tulis saja pada requirements tu minimum 9As tak perlu lah nak tekankan'A' pada core subjects pulak....pas tulis * 'A' refer for A or A+



2011 - EMPLOYEES' CHILDREN'S EDUCATION EXCELLENCE AWARD, MALAYSIA

Introduction



11%
WELCOME!

This application form is to be completed by Children of Sime Darby Employee and/or the operating subsidiaries of the Sime Darby Group (excluding associate companies) who has successfully completed and achieved outstanding results for the 2010 National Examinations and the Pre-University Examinations.

If you have not achieved the minimum requirement shown below, you are not eligible for the Award. Kindly exit the survey.
Image as described above
There are several sections to this form and you are required to complete each section. You may not be able to save the form as draft, hence it is recommended that you draft your answers to the Quizes on another format before you copy and paste your answers into this online form.

Clicking the "Next" button saves answers but clicking the "Previous" button DOES NOT saves answers.

Once you have completed the form, submit the hardcopies of your documents and a recent passport-sized coloured photograph of yourself. Inform your Father or Mother to print the Cover Note (available in the simedarby website, e-Portal and Lotus Notes workspace). Your Father or Mother must sign on the cover note, before submitting to their Division's Human Resources Department.

"GOOD LUCK!!"

SAMBUNGAN~ bila suami call Mr Raymond dengan angkuh dia berkata ada budak yg dapat 8A+ with 1 A- pun dia dah reject malahan katanya ramai yg dia dah reject....habis tu kalau semua 8 A+ tiba2 yg minus tu one of the required core subjects contohnya BM maka betullah kena reject atau serbab kau bengang dengan satu kes macam tu kau ubah ikut suka hati kau je...mananya slogan WALK the TALK !! Selain nak dengar yg anak kita was from RMC active dalam sports and curriculum ,dia cuma jawab," macam tu apa dah jadi dengan ramai budak2 yg dia dah reject ,"so dia suruh suami tulis pada bigger Boss yg sampai sekarang e mail suami tak ada balasan ~punyalah Haram jadah layanan mereka .

Yang lebih ralat sebab anak dah talipon bahagian plantations katanya result anak ikut requirements yg diiklankan dalam Sime Darby Portal memang layak ,so apa harus seorang ibu harus buat ,nak pergi terjah pejabat Human Resource dan bertengkar soal ni yg aku rasa seperti mahu jer pergi kalau suami tak larang asalkan hati puas kerana rasa ditipu oleh manusia baghal dan lokek yg perasan Sime Darby tu kepunyaan Datuk mereka!Perasan mereka ada kuasa, macamlah mereka tu otak cemerlang sangat ,simple english pun di pesung sebegitu.Kasihan betul anak aku ...

26hb April ini di Stadium Titiwangsa ,Yayasan Pendidikan Titiwangsa akan bagi anugerah cemerlang 2011 ,RMC dah buat lebih awal .....kenapa SIME DARBY SUCKS ! pinjam ayat amad shah hehe. Memang Human Resource Sime Darby teruk suka
PUTAR FUCKTA....




Saturday, April 02, 2011

1 Malaysia

Satu malaysia konsep sebenarnya dah lama juga isitu sejak Datuk Najib jadi PM. di Malaysia ni kita suka kenalkan diri kita sebagai orang India ,orang Cina ,orang Melayu ,orang Asli ,orang Iban dan lain2.

Lepas tu kita kenalkan diri kita ikut daerah pulak macam orang Perak ,orang Kedah atau orang Kelantan. Bangsa lain mungkin guna ayat dari Ipoh ,KL , JB.Pun tak salahkan kan.Bila kita keluar negara baru kita guna ayat we are from Malaysia....cantik kan!

...selama ini memang begini pun dan tak ader cacat pun dengan memperkenalkan diri sebegini cuma sejak kebelakangan ni apabila ahli2 politik menjadi bertambah aktif dan kemaruk. Perkara yang selama ini cantik dah jadi kurang cantik .

Undang2 negara dicabar~buatan manusia la katakan~undang2 Tuhan lagipun manusia sanggup tentang ini kan pula buatan manusia ye tak?Kononnya Malaysia terlalu perkauman,racist tak adil dan lain2.Sebab keadaan dah kurang harmoni dan kurang cantik maka kerajaan reka slogan baru 1 Malaysia .

Sebenarnya aku tak rasa terubah kat mana2 pun dengan slogan satu malaysia ni tapi kalau difikir secara lebih luas seperti untuk Sabah ,Serawak dan Semenanjung di padukan jadi satu Malaysia yes aku setuju sangat tapi kalau di gunakan sekadar nak satukan 3 kaum ni..india ,cina dan melayu ~tak der maknanya slogan tu buat aku!

Sekarang ni kat mana jer aku pusing ada je tanda peta malaysia dalam angka 1 ,itu dah jadi macam logo rasmi satu malaysia. Dan tak kurang kontroversi juga bila logo 1 malaysia ni tak boleh ditampal di kawasan milik pembangkang sebarangan.Apapun yg aku tahu tiap2 kali pihak kerajaan buat slogan baru ada jer orang business buat untung, kan?Untuk pembangkang pula ader saje yang mereka nak kutuk ...dulu slogan malaysia boleh ,semua boleh ,sampaikan rasuah pun boleh ...kini giliran satu malaysia ,sikit2 bila tak dapat apa yg mereka mahu mereka kutuk slogan 1 malaysia PEMBOHONG pas tu guna ayat power mereka ditindas ,didiskriminasi ,dipinggirkan ,dihapuskan ,macam2 di.

Dalam aku tercari2 satu contoh yang bagus untuk aku gunakan slogan 1 Malaysia ni tiba2 jer aku terbaca satu blog ni pasal kes tayangan perdana 18sx ~katanya dulu pelakon V ,tak mengaku lepas siasatan terpaksa ubah pengakuan, kemudian pelakon S ,pun macam tu mula2 tak mengaku lepas dah semua rakyat malaysia tenguk melalui u tube ,dia terpaksa mengaku dan minta maaf dengan bini dia secara terbuka....dan sekarang dan paling hangat ialah pelakon A ...masih belum mengaku tetapi sudah disahkan oleh IGP bahawa pelakun felem 18sx ini memang dia! Hidup 1 Malaysia ,semua kaum ada!

Wednesday, March 30, 2011

Dosa Wanita



Melalui ceramah video di atas buat aku menilai semula dosa2 aku terhadap suami walaupun nampak seperti perkara biasa dalam kehidupan seharian manusia yg sudah bergelar suami-isteri tetapi besar maknanya di sisi Allah swt.

Contohnya hari itu atau pada suatu pagi yang tenang di saat suami mengadap sarapannya.
Aku yang tahu suami akan ke Subang Jaya memberitahu aku dan anak aku ingin ikut .Tujuan kami nak ikut nak singgah Parkson nak beli baju kemeja anak yang kononnya akan dipakai untuk interview jika ada kelak.

Tapi entah kenapa aku terima jawapan ,anak kita ni terlalu mewah kan ,macamana dengan orang yang bergaji seribu ,dua ribu ....

Mungkin sebab nada tu seperti nada orang memberi komen jadi aku pun jawablah dengan komen....Orang yang gaji seribu mestilah buat cara yang bergaji seribu ,maksudnya lepas spm je anak2 mereka tak payah sambung belajar ,boleh cari kerja masuk polis ke tentera ke ,jururawat ke...tak perlu keluar duit banyak2...kalau abah kata beli talipon itu mewah atau beli komputer tu mewah ramai lagi yang lebih mewah dari itu ...banyak lagi yang aku cakap macam tak der full stop sampai suami aku tarik muka ,dia cakap dah lah kalau itu yg aku maksudkan...aku cuma nak bincang apa yang dimaksudkan MEWAH tu tapi kesudahannya aku tak dapat jawapan apa2 sebaliknya suami aku yang sakit hati....

Maka nya aku lebih rela diam dari mengeluarkan pendapat....atau mungkin aku yang tidak pandai berkata2.

Thursday, March 10, 2011

Cari Rumah

Dalam bulan ni memang aku ngan anak-anak kecuh nak beli apartment dekat PuchongPerdana tu...

Sebab utama nak beli ,kan anak2 aku dah bekerja .Pulak tu semua dapat area dekat2 Puchong tak termasuk yang sedang belajar di Cyber tu .

Jadi aku fikir dari dok kasi duit kat tuan penyewa baiklah aku beli jer aprtment dan aku jadi tuan penyewa yang baru...

Cari punya cari dalam internet juga meronda di kawasan2 yg perlu maka berkenanlah dengan satu apartment di Rosana Villa ni.

Sekali pandang je kawasan tu aku dah jatuh cinta. Ia terletak di tingkat satu ,sesuailah sangat untuk orang separa umur ni memanjat untuk exercise,cun2 je nafasnya boleh tahan. Tingkat satu juga ada keistimewaannya kalau banjir kilat pun barang dah pasti selamat. Dan yg ketiga ada viewing point tak macam di tingkat bawah tak nampak apa2...tapi apartment tu punya viewing point memang cantik ,depannya ada padang permainan dan sebuah surau.Cantik !

Harganya pun tak mahal ...dah jumpa ejen dengan lawyer dah bagi pun 3 K deposit tapi sayang aduh sayang tiba2 jer ada masaalah yg timbul kes air yang selalu kena potong ,bukan sehari tetapi berminggu...patutlah banyak sangat apartment yang kosong~selama ni aku tertanya2 kenapa? Nak dapat aprtment 3 bilik tidur dan dua bilik air pada harga yg ditawarkan memang agak mustahil sekarang ni.

Pada mulanya kami ingat dia nak jual sebab tak suka dengan jirannya yang suka tanam pokok dan letak barang sampai penuh depan pintu ,rupa2nya tekaan aku melesit ada lagi masaalah yang lebih besar.
Sedih betul tapi biar menyesal dahulu dari kemudian jadi aku hantar mesage pada ejen untuk tarik diri.Bagusnya kalau dapat ejen yg bagi semula deposit kalau pembeli tak jadi nak beli properti tersebut~orang yg beriman percaya rezki yang halal ditentukan oleh Allah swt .

Agaknya kerana melihat betapa kami beriaya2 mahu membeli apartment kecil yg suami dari mula tak berapa berkenan (taste suami kononnya lain) maka dengan tiba2 dia pun teruja nak cari rumah kawasan yang sama amaka terjumpalah rumah seperti photo di atas ,corner lot~harga paling rendah ditawar ialah 420K.

Tanah tu memang luas tapi masaalaahnya dalam rumah tu terlalu basic ,tak ada kitchen cabinet atau apa2 extra kecuali grill. Dari segi nilai tanah mungkin masih untung kalau niat kami untuk menjualnya tapi niat sebenarnya kami hendak duduk dan banyak benda yang perlu kami renovate seperti tukar pagar dawai dan pintu gate tu..jadi kami tak boleh keluarkan belanja tu.Jadi kami tawar dengan harga sebenar rumah pada harga asal dia beli tapi ofcourse dia tak boleh bagi sebab dia terikat dengan over draft loan dan interest.

Dan satu lagi ia ada lapisan yg ketiga(2.5 storey) yang kami fikir untuk apa dan siapalah rajin nak memanjatnya nanti.....


Sambil suami dok negotiate dengan owner rumah atas tu aku layari internet lagi dan mencari apartmrnt sederhana yg aku mampu untuk aku buat investment masa tua sebab first one aku dah cancell.Then aku jumpa this apartmrnt in bandar Hilr Melaka dalam Mudah.com . Siap ada swimming pool lagi dan harga di tawar sangatlah mencengkam perasaan. Yg anehnya dia cuma bubuh gambar bangunan yg ada swimmping pool ajer. lain2 seperti no talipon ,alamat peribadi semuanya tak ada ....yg ada cuma nama pang ...jadi aku beranikan diri tulis dalam email yg tersedia dlm laman web itu ...tanya samada masih available atau tidak dan keesukan harinya aku dapat reply dari nya seperti dibawah ni....

Hi,
My holiday apartment is still available and ready for selling. This is the first time I am offering a property for sell.I have been relocated by my company to Italy on January. I am the only owner of it, the price that i am willing to let it go is : RM56,000.00. Currently I am not in Malaysia as I have a long terms contract here in Italy.


I heard many stories about buyers and about people without any respect for other people’s property, that’s why I am looking for serious buyer to sell it .

The apartment is fully finished to a high standard with nice beautiful wood floors,low maintenance fee,modern fitted kitchen(quite large). It also comes with: washing machine, dishwasher,cable ready,TV set and DVD player,internet connection,parking place.You will get these things without any additional cost,just i want to be sure i will have a sure buyer .

One last thing, if you are interested in buying,I will ask for a refundable security/warranty deposit of 20% for reservation. If you don't agree with that is pointless going any further,i have many potential customers interested .

Please Note : First who will show his seriousness , first served.This is the priority.

Looking forward to hearing from you soon if you want to know the terms of sale.


Lepas tu aku balas ,cakap aku berkenan tapi aku kurang pengalaman dan minta nasihat dari dia macamana aku nak beli apartment tu sedang kan dia ada di luar negara.

Of course lah aku dapat next rteply siap bagi photostate ic dan salinan pekeso lagi bawah nama
Zaitun Md Yusuf.Katnya dia akan sediakan pre contract Purchase n Sale agreement dan akan buat temu janji untuk tunjuk apartmrnt tu dan waktu tu aku kena sediakan another 20 % deposit untuk Lawyer dan bayar baki samada tru cash atau loan dan dia akan serahkan kunci apartment tu...

Anak aku kata its too good to be true sebab lokasi nya bagus...suami aku kata mungkin scam...tapi hati kecil aku berkata it is true ...cuma aku tak meneruskannya sebab aku tak nampak faedah dari apa yang aku akan beli tu. Kalau aku nak buat homestay siapa yang akan jaga kunci sebab aku tak ada famili di sana... kalau aku nak buat apartment bercuti ~ berapa kerap aku akan bercuti ke sana.Jadi atas faktor di atas aku terus tak balas e mailnya dan hari ini selepas 5 hari iklan apartmrnt tu dah hilang~ mmm ...mungkin juga scam !

Apapun sekarang tengah mengorat rumah lain pula semi D...mungkin petang ni nak pergi lihat rupa rumah tu dari jarak terdekat dan terperinci...

Tuesday, March 08, 2011

Dulu dan Sekarang ~jarak 30Tahun

Siapa sangka sudah berpuluh-puluh tahun berpisah tiba-tiba boleh buat re-union ,kena ucap terima kasih pada cendiakawan yg reka internet dan laman2 bermasyarakat secara siber ni seperti face-book ,friendster dan lain-lalin.

Bila jumpa balik kawan2 semaja remaja dulu dan kini yg sudah jadi Datuk dan Opah ,sungguh perasaan ini bercampur-baur.

Mula2 jumpa mesti lah sesi tanya nama dan mengecam. Dalam berpuluh tu ada juga yg Allah swt bagi dengan keadaan yg awet muda langsung tak berubah dan sekali gus boleh cam!

Tapi ramai yang sudah berubah ..bukan saja dari segi fizikal tetapi dari segi rupa,maklumlah umur 20 jadi 50!
Yang membuat aku ketawa ialah kenangan ketika zaman dulu yang sexi pun sudah pakai tudung labuh ,alhamdulillah dan yg rocker rambut panjang pun dah berkopiah kerana sudah naik haji ,Alhamdulillah.

Kebanyakan dari mereka menyandang jawatan tinggi ,maklumlah umur2 begini .Ada juga yang berkecimpung dalam perniagaan.

Banyak cerita yang kami kongsi . Banyak cerita yang aku baru tahu seperti ex GM from SD yang kena pecat dulu rupa2nya salah seorang dari kawan kami. Mati aku tak kenal wajah itu yg dulunya paling handsome dan ramai teman.

Aku ambil peluang upload gambar dahulu dan sekarang untuk tenguk perbezaan.

Sekian ,mudah2an teman panjang umur jumpa lagi.


Tuesday, March 01, 2011

Pusing kena Saman

Semalam 28 Februari , hari terakhir tawaran POTONG separuh harga saman trafik. Sebelum tu pada hari Jumaat ,aku dah pergi Balai Polis Kuala Selangor .Aku bayar saman kereta yg berdaftarkan nama aku dan suami kemudian aku sempat talipon anak aku Ahmad Shah minta no ICnya .

Berduyun manusia , suami aku yg jenis tak suka menunggu pergi sebelah pagi tapi terus balik jadi aku minta untuk pergi semula selepas zohor.Kadang2 ada hikmahnya waktu2 sebegini ,kita belajar bersabar ,betul tak? Dalam ramai2 ni ada juga orang yg cuma main politik tanamkan rasa benci pada kerajaan tapi rata2 aku lihat ramai yg sokong tindakan tersebut kerana salah sendiri.

Semalam ,oleh kerana aku tahu anak2 aku yg spesis tak ambil berat @ selalu terlupa aku terus pergi ke pejabat pos untuk bayar satu lagi saman bawah nama anak ku Azlan Shah.Di samping tu aku juga nak masukkan semula duit asb yg aku draw kemudian nak photostate buku tu tunjuk baki semasa .Lepas tu nak minta bank statement dari May Bank.Semua tu untuk di poskan pada anak perempuanku.

Bagi aku semua tu penting aku kena buat hari tu juga tak boleh lengah .

Nak jadi cerita aku ni jenis yang suka kalau nak keluar samaada pagi betul sebelum pejabat buka atau kalau tengahari ,mesti lepas zohor. Jadi hari tu aku pergi Pejabat Pos pukul dua tengahari ,dapat no 2280. Duduk situ lebih kurang 30 min...tanya orang sebelah..katanya dia datang pukul 9 pagi tadi...masyaallah. Lepas tu kerani buat announcement ,sistem down ..cubalah tunggu sampai pukul 5 petang.Maksudnya sampai tutup pejabat.

Aku keluar ,start kereta dan bertolak ke Kula Selangor untuk ke Balai Polis..sampai sana orang lagi berduyun....polis yg di pondok polis bagi tahu perkara yg sama..jadi mahu atau tidak aku pusing semula ke May Bank. Masa sampai bank dah pukul 4 ptg..sebab hujung bulan ,boleh tahan juga customers hari tu. Dalam 15minit Ayum yang baru balik dari Cyber Jaya talipon yang dia dah sampai Bus Stop Batang Berjuntai...

Aku nak suruh dia bayarkan saman Abngnya tapi dia tak de duit yg cukup....15 minit sebelum pukul 5 baru aku bertolak ke BB ...sampai sana pintu pejabat pos dah ditutup tapi orang dalamnya masih ramai..aku terpaksa tunjuk no giliranku pada aci yg jaga pintu tu barulah dia benarkan aku masuk...waktu itu no giliran yg terpapar baru 2171,lebih kurang 100 orang lagi dihadapan ku...

Akhirnya aku suruh Ayum ganti tempat aku sebab dah hampir pukul 6 petang aku nak balik sembahyang. Pukul 7 malam baru Ayum call katanya DAH SELESAI...

Ya anak2..lepas dari detik ini ,SEMUA SAMAN mesti ditanggung oleh DRIVERS yg bawa kenderaan tu..bukan lagi pada OWNERS kenderaan tersebut.

Sunday, February 13, 2011

SIMPLE CONGAK

Hari tu ,jenuh juga nak berhujah dengan suami bahawa beli rumah pakai loan lebih berbaloi dari beli cash. Pendapat suami beli cash , tak payah bayar interst atau bunga pada bank . Aku pula kata interest akan ditanggung oleh penyewa. Tapi suami pula berpendapat kalau rumah dibayar tunai, terus jadi hak milik sendiri dan boleh sandarkan pd bank kalau mahu buat overdraft(bermaksud hutang) . Dan hujahnya lagi, kalau disewakan ,sudah tentu tiap2 bulan akan dapat wang tunai bersih sebanyak RM 500 tanpa tolak hutang.

Secara kasar nampak pendapat suamiku lebih bagus tapi mari kita buat simple congak.

Katalah harga apartment yang hendak dibeli bernilai 60 ribu .Rujuk di sini untuk loan rumah http://www.iproperty.com.my/propertylisting/646331/Puchong_Apartment_ForSale
Untuk 20 tahun dengan Interest rate 6.3% anda bayar loan sebanyak Rm469 se bulan dan anda boleh sewakan pada orang dengan harga Rm 500 sebulan.

Manakala duit cash anda masukkan dlam ASB dan biarkan selama 20 tahun.Dengan average dividen 8% se tahun, cuba anda kira di sini http://www.moneychimp.com/calculator/compound_interest_calculator.htm Dalam masa 20 tahun wang tunai anda yang sebanyak 60k itu akan menjadi RM 279,651.

Dalam 20 tahun akan datang ,apartment pun dapat ,duit dalam asb pun berlipat. Aku panggil serampang dua mata.

Bayangkan kalau aku ikut kata suami ,setiap bulan kutip sewa RM 500 ,aku terpaksa tunggu 120 bulan bersamaan 10 tahun untuk dapat semula duit RM60 000.Dan untuk mengumpul RM 279 000 aku terpaksa tunggu lagi selama 438 bulan bersamaan 36.5 tahun.

Jadi nasihat aku , bukan semua pinjaman itu tidak berfaedah....

Wednesday, February 09, 2011

Jangan Ralat

Sekarang aku mengikuti laman ini.....
http://www.auctions.com.my/

Mungkin aku agak terlambat tapi biarlah terlambat dari langsung tak cuba. Kalau rezki aku ada dalam beberapa bulan ni aku akan memiliki harta atas nama aku sendiri iaitu sebuah apartment murah .Umur aku sekarang memasuki 51tahun.
Kerana aku dah hidup agak lama, mahu juga aku berpesan pada wanita2 kat luar sana melalui pengalamanku kalau cari pacar tu carilah yang senang berbincang yang sekurang2nya jenis yang mahu mendengar dan bertimbang rasa.Kalau dapat yang memahami perasaan perempuan lagi bagus.
Anak aku kata nasib isteri tak bekerja memang sedemikian ,pendapatnya selalu di kotak-katikkan tapi sebenarnya yg aku tahu banyak juga wanita yang tidak bekerja mendapat penghurmatan yang tinggi.Arwah ibuku sendiri salah seorang darinya.
Kedudukannya dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu amat selesa.Kami hurmati dia dan jarang membantah ,malahan banyak idea2nya yang kami terima kerana bagus. Aku cuma boleh fikirkan satu sebab kenapa dia dianggap sebagai orang penting dan istimewa dalam keluarga ,ya sebab bapaku amat menghurmati dia.Bapa biarkan dia mengurus kewangan keluarga dan anak-anak.Dari situ aku sudah pelajari ,bukan berapa banyak yang kamu dapat buat kamu jadi berada tetapi berapa banyak yang kamu simpan.Bila seorang ibu punya harta dia tidak akan melutut pada anak2nya dan jadi hamba anak!
Sama juga dengan seorang kawanku ini suri rumah dan ibu kepada empat orang anak. Suaminya siap menyimpan duit untuk hari tua isterinya supaya dia tidak menyusahkan anak2nya kelak~pernah dengar tak? Ya,sungguh.
Dan seorang lagi hamba Allah yang membeli rumah atas sebidang tanah ,dan sama2 bersusah payah melangsaikan hutang sehingga makan pun ala-ala kais pagi makan pagi kais malam makan malam,Dan apabila duit bank langsai dibayar dan geran menjadi milik mereka ,suami terus tidak teragak-agak menukar nama kepada isterinya ~pernah jumpa tak laki2 sedemikian? Ya, ada!
Untunglah kalau dapat suami yang beringat mewasiatkan harta serta menyediakan tabung andaikata kalau terjadi apa2 pada dirinya seperti di sini , http://suratwasiat.blinkweb.com/ bukan yang selalu risau takut isterinya kahwin lain atau kalau kaya isteri akan lupa diri nya.Jenis apa pula yang hanya suka bercakap di bibir saja tetapi tidak mengotakannya.
Jadi, wanita2 di luar sana bukan kerana kalau kamu tak bekerja tetapi kalau kamu bekerja pun dan kamu dapat pasangan yang jenis tak merancang dengan baik sama juga ruginya.
Macamlah aku bagi contoh boy friend kamu merancang untuk kahwin dengan kamu kemudian dia usahakan cari duit melamar kamu ,cukup setakat itu. Dan lepas kahwin tiba-tiba kamu mengandung ,siapa nak bayar rawatan, ubatan dan susu ,lampin anak,sebab dia tak merancang lebih dari itu. Kerana tak merancang dia akan cari jalan mudah ,mungkin meminjam atau suruh kamu yang bayar semua tu.Sekarang kamu paham maksud akukan?
Dan aku nak nasihatkan sangat2 ,tolonglah, jangan banyak MEMINJAM .
Lagi satu aku nak pesan kat semua wanita yang belum kahwin cari pacar yang benar-benar ikhlas dan akan sayang ahli keluarganya sampai mati.Maksudnya bila dia dah dapat anak dia akan bekerja sungguh-sungguh untuk melengkapkan segala keperluan anaknya membesar dengan sempurna . Dia tak pernah ralat walaupun dirinya hanya tinggal sehelai sepinggang demi anaknya berjaya .Dulu kita selalu dengar ibu-bapa bergolok bergadai kerana tiada PTPN.Tetapi sekarang lebih kepada keperluan asas seperti kereta , tempat tinggal atau harta.
Mereka tak hanya berkata aku sudah bagi kamu pelajaran dan akan berhenti di situ dan mengharap balasan dan aku namakan itu kurang ikhlas kerana apa yang dilakukan baru perkara mesti atau wajib bagi seorang bapa. Tetapi mereka yang ikhlas akan pandang lebih jauh dari itu seperti menolong anak-anaknya menggapai sesuatu yang sukar supaya jadi mudah walaupun terpaksa menyusahkan dirinya.
Dan akhirnya aku akan berkata kepada semua wanita iaitu kamu ,kita hanya dapat merancang tetapi yang menentukan jodoh kita ialah Sang Pencipta ,jika setelah kamu berusaha tetapi masih juga dapat pasangan yang kurang bertanggung jawab, aku cuma nasihatkan kamu ,gunalah kebijaksanaan akal yang Allah beri,mudah2an ada penyelesaianya,Insyaallah.

Wednesday, February 02, 2011

Duit

Agak lama tak menulis...macamana nak jadi penulis ni....Ada orang bila update blognya siap bagitahu semua orang suruh jenguk dan baca tapi aku lain ,kalau ikutkan aku mahu rahsiakan blog aku ni walaupun memang ada satu yang aku hide untuk semata2 aku sahaja yang boleh baca dan tahu..tetap aku tak dapat nak luahkan 100% peratus yg aku rasa ,mungkin terlalu perasan orang akan baca dan buat andaian buruk.

...aku baru tahu yang aku mungkin dalam kategori introvert http://www.suite101.com/content/the-introvert-a13661 .Orang introvert ni rupa2nya perlu pada satu2 ketika bersendirian untuk recharge tenaganya. Dia cepat letih bila berada dalam kelompok o rang ramai untuk waktu yang lama dia lebih banyak menyimpan jawapan dalam otaknya dari dicurahkan...patutlah aku kadang2 rasa aman bila bersendirian. Dan jenis malas nak menjawap dan bertanya, lebih suka mendengar.

Sifat manusia Allah jadikan macam2 ragam .Ada yang phobia perasan orang asyik kutuk kalau orang lihat asal usulnya dari kampung atau miskin namun ada juga yang bangga dan menghargai kenangan silam.

Begitu juga orang yang kedekut dan boros tak kena tempat. Memang normal kalau kita rasa sayangkan duit takut habis .Kadang2 terpaksa keluarkan juga untuk membeli keperluan atau sesuatu yang kita suka dan teringin kesekian lama. Kita tidak berdaya melawan kehendak yang amat kuat. Akhirnya nafsu dan perasaan kita berlawan~ jika berjaya melawan nafsu selamatlah duit kita ketika itu.Teringat kata-kata Imam Ghazali nafsu kalau di ajar untuk tunduk walaupun sukar sekalipun ia dapat ditundukkan~contohnya nafsu makan berlebihan atau nafsu membeli barang2 mahal.Yang amat susah katanya lagi ialah permaianan iblis pada hati kita dalam sedetik ia boleh menawan kita untuk berkata dusta.

... rezki yang diberi Allah swt pada kita atasnya ada hak orang lain.Maksudnya betapa susah nya kita bekerja untuk mendapatkan rezki tersebut bila sudah dapat ,hasilnya bukan 100% milik kita. Janganlah takut duit yg kita dapat tidak akan cukup kerana secara otomatik jika kamu kedekut dan haloba ,ia tidak mungkin akan cukup. Bagi orang yang suka menderma mereka akan rasa aman ,fikiran mereka jadi lapang dan jiwa mereka tenang ,secara langsung mereka lebih bahagia.Dan sudah tentu simiskin akan menghurmati si kaya kerana mengingati mereka atau simpati pada mereka,tidaklah ada perang atau tunjuk perasaan~sesungguhnya Allah SWT iti Maha adil dan bijaksana.

Aku dah mulai rasa letih menulis jadi sebelum nokhtah terakhir aku nak bagi tahu anak ku yg bongsu baru je talipon , setengah bulan gajinya dah masuk sebanyak 500rm ,dia masih tak boleh bayar hutang aku kerana ada barang yang dia nak beli,aku kata it's ok bayar bila ada duit lebih tapi yg penting jangan belanja semua. Begitu juga anak perempuanku sms mengatakan gajinya dah masuk ...i said alhamdulillah.

Tuesday, January 18, 2011

DARAH

Darah aku ialah group B positive. Aku hairan juga kenapa darah manusia lain-lain tapi aku cuma fikir ia adalah kuasa Allah SWT disamping kita tak boleh tipu kalau kita ini betul-betul anak emak-bapak kita atau tak ...tiba2 teori aku lari lagi bila anak saudara lahir dengan group blood yg very-very rare sampai doktor bagi dia pakai rantai yg ada gambar ular berlengkar dan wajib digantung dekat leher kerana takut jika sesuatu berlaku seperti accident ,doktor boleh tahu .Dan jenisnya memang susah untuk mendapatkan donor.

Kita selalu dengar lain jenis darah lain tindak balasnya pada ubat ,sebenarnya sama juga pada makanan yang kita ambil.Aku baru tahu bahawa makanan yang kita ambil ada yang boleh jadi booster untuk darah kita(menguatkan) dan ada juga yang mejadi racun walhal makanan itu pada asalnya memang baik .Daging ayam dan makanan laut yg bercengkerang tidak eluk dimakan oleh orang dari darah group B.Tomato kegemaranku juga tidak bagus untuk darah aku dan banyak lagi yang aku baru tahu.

Untuk tahu lebih lanjut sila google link di bawah......

http://www.dadamo.com/bloodtype_B.htm

http://thenaturalhealthplace.com/Articles/BloodTypeB.html

Thursday, January 13, 2011

Jatuh sakit dan nasib

Entah kenapa aku tak boleh lupa topik bualan aku ngan kakak ipar ketika berada di Taiping minggu yang lepas. Kak Miah pun ada balik sebab apak kurang sihat. Jadi biasalah kalau Kak Miah balik ,Kak Ani dan Kak Siti pun mesti datang ,maklumlah nak jumpa kakak sulung mereka.

Aku pulak balik sebab ikut suami nak ambil lap top yang tertinggal . Masa Kak Siti ngan Kak Miah asyik berborak ,Kak Ani pun sampai dan yang aku pelik Kak Siti terus diam tak bercakap. Muka Kak Ani pula tak berapa manis. Lepas Kak Ani balik baru aku tahu yang dia dan Kak Siti ada krisis tapi aku malas nak tanya nanti panjang cerita .

Kak Ani dan Kak Miah berborak pasal herba life dan aku tak nafikan mereka nampak sihat tapi aku tetap ada pandangan aku sendiri .Dari yang sihat berubah cerita pada orang yang tak sihat dan doa .Kata Kak Miah kita jangan doakan panjang umur tetapi berdoa pada keberkahan. Seperti rezki yang berkah ,hidup yang berkah ,amalan yang berkah. Sebabnya memang benar kalau dipohon umur yang panjang lambat laung kita sendiri akan jemu menenti mati.

Kak Siti yang cacat pendengaran kata aku bertuah sebab perfect tapi aku rasa aku tak perfect~bandingkan wajah dan kulit kita tapi aku malas nak cakap hal remeh jadi aku cakap lebih baik kita ada kecacatan atau kurang sihat sebab kita akan insaf akan diri kita yang bersifat lemah dan kekurangan dan terhindar dari jadi angkuh dan suka menghina orang.

Aku juga beri pandangan ku pasal penjual insuran yang suka takut-takutkan manusia agar mereka beli insuran ,tetapi sebenarnya bila benar-benar sakit tak lah semudah mana nak dapat duit yg dijanjikan...ada yang kena reject kononya kita sembunyikan fakta yg dulu dah ada sejarah penyakit darah tinggi ,sinus, batuk ,sakit tekak dan lain2. Bukankah penyakit itu boleh sembuh dan apa kaitannya dengan penyakit barah.

Jadi aku luahkan pendapat ku tak guna beli insuran sekarang sebab satu suami masih bekerja dan syarikat tanggung semua bil hospital .Kedua kononnya nanti kalu suami dah pencen umur lingkungan 57 tahun dan susah nak beli insuran sebab fakta umur dan tanda-tanda awal penyakit.Dan bayangkan insuran pun hanya sanggup cvover sehingga umur seseorang menjangkau 65 atau 68 tahun.Bayangkan 10 tahun sahaja yang tinggal untuk berinsuran dan dalam 10 tahun itu tak boleh kita berdoa pada Tuhan agar kita tidak kena penyakit yang berat yang kita tak sanggup tanggung.

Aku tak jelaskan pada mereka cuma aku bagi contoh ,ada orang yang banyak duit seperti arwah isteri ex PM kita dulu pergi sampai keluar negara untuk mengubati barah tetapi gagal. Aku bagi contoh dua jiran ku sebelah kanan dan kiri rumah(masih bekerja) ..juga meninggal kerana barah.Aku bagi contoh ibu saudara mereka yg berumur 83 tahun tidak mahu melalui kemo dan redho dengan penyakitnya akhirnya meninggal .Dan ada juga orang berjaya seperti Kak Miah .Aku anggap qadho-qadar seperti kalau kita bertuah kita dapat detect awal ,penyakit kita boleh sembuh tapi kalau kita tak perasan dan agak terlambat~duit berjuta pun tak boleh membantu.

Kak Ani cerita kawannya juga pulih seratus peratus dan denagn duit insuran dia boleh beli rumah dan kereta~jadi aku cuma tanya dia insuran apa yang sampai boleh beli kereta dan rumah? Ada ke insuran yang boleh cover bil hospital lepas tu boleh beli kereta dan rumah lagi??Sebab cerita yg sebenarnya tak lah macam tu ada yang terpaksa pakai lawyer lagi kerana pihak insuran tak mahu bayar claim ~alasan nya mudah ,kita sembunyikan fakta. Tak Percaya? Silalah percaya....

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/14/starprobe/7568479&sec=starprobe

Wednesday, January 12, 2011

Pertunangan

Bila aku sebut orang dulu-dulu bertunang lebih tertib dari sekarang ,anak aku mencelah mengatakan aku kena ikut peredaran masa. Ada salah paham kot ,sebab aku jenis yang ikut peredaran masa tetapi mestilah berlandaskan agama. Maksud aku apa yang aku tegur atau rasa tidak puas hati apabila sesuatu perbuatan itu sudah tergelincir dari suruhan Allah.

Namun kalau difikir semula apa yang tidak tergelincir pada zaman sekarang. Era sekarang era remaja laki-laki dan perempuan sering berpandangan dan bergurau-senda. Zaman sekarang tidak ada mata-mata antara mereka .

Orang dulu-dulu merisik ,beri tanda, masuk meminang dan akhirnya bernikah kerana PERLU ikut urutan. Kalau dahulu orang merisik kerana mereka tidak tahu samaada bakal yang hendak dipinang mungkin dalam diam-diam sudah ada pilihan hati.Orang dulu merisik kerana ingin tahu apakah mereka layak memetik bunga di taman orang. Kerana takut menanggung malu jika mereka tidak berjaya ,khidmat orang tengah akan digunakan untuk merisik.

Tetapi sekarang rasanya perbuatan merisik digantikan dengan datang berkenal-kenalan kerana sudah tidak ada apa lagi yang hendak dirisik .

Kalau dulu bertunang bermakna sudah ada ikatan ada hak milik sementara . Sementara berjanji mengadakan segala persiapan supaya ikatan boleh pindah jadi milik sah. Persiapannya seperti dahulu,mas kahwen ,wang dan barang hantaran ,tak berubah.Dan laki-laki mestilah mempunyai pekerjaan yang supaya mampu menjaga isterinya kelak.

Bertunang juga sebagai tiket untuk mendapat izijn bertemu dengan bakal isterinya ~agar dapat berkenal2an supaya nanti tidak kekok.Begitu juga Aku berpendapat pada zaman dahulu bertunang menjadi wajib untuk mengelak orang lain dari menaruh harapan.Adalah haram meminang wanita yang sudah bertunang ,ia automatik mengelak konflik .

Perbezaan yang sungguh ketara antara zaman ku dan sekarang,kalau dulu berita pertunangan akan bergerak dari bibir ke bibir tetapi sekarang dari hujung jari sahaja~ apapun selamat bertunang ,semoga selamat sampai ke jinjang pelamin ke dua untuk anak saudara ku Nur Atiqah!