Pages

Wednesday, January 12, 2011

Pertunangan

Bila aku sebut orang dulu-dulu bertunang lebih tertib dari sekarang ,anak aku mencelah mengatakan aku kena ikut peredaran masa. Ada salah paham kot ,sebab aku jenis yang ikut peredaran masa tetapi mestilah berlandaskan agama. Maksud aku apa yang aku tegur atau rasa tidak puas hati apabila sesuatu perbuatan itu sudah tergelincir dari suruhan Allah.

Namun kalau difikir semula apa yang tidak tergelincir pada zaman sekarang. Era sekarang era remaja laki-laki dan perempuan sering berpandangan dan bergurau-senda. Zaman sekarang tidak ada mata-mata antara mereka .

Orang dulu-dulu merisik ,beri tanda, masuk meminang dan akhirnya bernikah kerana PERLU ikut urutan. Kalau dahulu orang merisik kerana mereka tidak tahu samaada bakal yang hendak dipinang mungkin dalam diam-diam sudah ada pilihan hati.Orang dulu merisik kerana ingin tahu apakah mereka layak memetik bunga di taman orang. Kerana takut menanggung malu jika mereka tidak berjaya ,khidmat orang tengah akan digunakan untuk merisik.

Tetapi sekarang rasanya perbuatan merisik digantikan dengan datang berkenal-kenalan kerana sudah tidak ada apa lagi yang hendak dirisik .

Kalau dulu bertunang bermakna sudah ada ikatan ada hak milik sementara . Sementara berjanji mengadakan segala persiapan supaya ikatan boleh pindah jadi milik sah. Persiapannya seperti dahulu,mas kahwen ,wang dan barang hantaran ,tak berubah.Dan laki-laki mestilah mempunyai pekerjaan yang supaya mampu menjaga isterinya kelak.

Bertunang juga sebagai tiket untuk mendapat izijn bertemu dengan bakal isterinya ~agar dapat berkenal2an supaya nanti tidak kekok.Begitu juga Aku berpendapat pada zaman dahulu bertunang menjadi wajib untuk mengelak orang lain dari menaruh harapan.Adalah haram meminang wanita yang sudah bertunang ,ia automatik mengelak konflik .

Perbezaan yang sungguh ketara antara zaman ku dan sekarang,kalau dulu berita pertunangan akan bergerak dari bibir ke bibir tetapi sekarang dari hujung jari sahaja~ apapun selamat bertunang ,semoga selamat sampai ke jinjang pelamin ke dua untuk anak saudara ku Nur Atiqah!

No comments: