Pages

Thursday, June 30, 2011

Merisik Khabar

Aku pernah terfikir dulu ,apa akan berlaku jika ditakdirkan aku bertemu semula wajah2 yang ingin aku temui. Mungkin selepas 5 tahun ,10 tahun 15 tahun . Dan sungguh aku pernah tulis dulu apa yang terdetik dalm hatiku seperti doa yang tersembunyi dan aku telah temui bekas teman ku melalui face book semalam .Kali akhir dia datang temui aku bila anak ku yang nombor 2 tu lahir dan aku masih ingat lagi perkataan punk yang terpantul dari mulutnya bila melihat rambut anakku yang terpacak tu.

Waktu itu dia masih bujang dan aku sudah beranak dua. Kedatangannya kerumah ku sebagai seorang jiran dan sahabat dan sesungguhnya hati kami bersih terasa keikhlasannya menemui untuk mengucapkan tahniah pada ku..tak lama kemudian dia pula berkahwin dengan wanita pilihannya..kalau tak salah, aku dah berhenti kerja waktu itu dan mengikuti suami ku ke Johor..namun aku sempat titipkan sejadah bewarna merah...suatu yang aku tidak sedari ialah aku sedang sakit ketika itu dan berat badan ku menurun secara mendadak dan aku selalu batuk dan berkahak!

Aku pernah berpeluang berjumpanya dengan isterinya bila ada kenduri di kampung, cuma ketika dia datang mahu berbual dengan ku ,seperti biasa tekak ku berkahak dan aku terpaksa bangun untuk meludah ..aku harap dia tidak anggap aku sengaja memalukan dia.Waktu itu aku duduk berdepan dengan isterinya ,sungguh kalau aku sudah lama kenal tentu aku sudah menegurnya tapi kami belum kenal dan aku tentu rasa kekuk sebab satu kampung sedang memerhatikan gelagat ku. Bagi ku isterinya mempunyai semua kulaiti yg seorang perempuan mahu .

Dan seterusnya berita demi berita aku dengar seperti dia pernah accident, dia naik haji ,dia dapat cahaya mata~ senua itu buat aku tumpang gembira. Bila bapanya meninggal dunia ,familinya berpindah pulang ke kampung asal mereka..dan sejak hari itu aku tidak lagi mendengar beritanya ,namun aku yakin satu hari nanti kami akan bertemu jika bukan kerana kenduri mungkin kerana kematian .

Akhirnya apa yang berlaku pada hari kenduri anak abang ku di sepang tempohari ,aku berpeluang berjumpa adiknya dan dari situ kami bertukar alamat face book dan dari situ terpampang nama abangnya dan aku akhirnya dapat melihat gambar2 keluarga nya,,, lagi sekali aku tumpang gembira ~

Kalau orang lain bertanya kan aku tentang perasaan bertemu semula bekas teman lama aku akan jawab tiada ada perasaan istimewa cuma hanya ada perasaan yang kami pernah kenal dan pernah berkawan sama seperti dengan kawan2 ku semasa akau belajar dahulu cuma lucunya dulu pernah terfikir yang aku akan jadi isterinya ~senyum*~ inilah yang dikatakan jodoh tak sampai!

Wednesday, June 22, 2011

Kematian bah 2

Walaupun aku pada zahirnya nampak kejam kerana meninggalkan jenazah tapi hati aku tenang. Aku tahu jenazah apak akan ditemani ramai sanak saudara dan cucu2nya. Apatah lagi esuk adalah hari Jumaat. Sudah tentu masjid akan dilempahi ramai orang yang bersholat Jumaat.

Bila pulang ,suamiku menceritakan suasana sebenar. Bagaimana jenazah apak diuruskan oleh orang-orang yang biasa memandikan jenazah. Ia dimandikan dengan tertib hampir 2 jam ditolong oleh anak dan cucu.Sesudah selesai mandi jenazah tidak terus disembahyangkan dan di kebumikan seperti yang disuruh oleh pak su tetapi menunggu habis sholat jumaat baru di sembahyangkan.Dari sinilah perasaan tidak puas hati pak su lalu dijaja bahawa jenazah tidak dimandikan dengan sempurna dan lambat ditanam bermakna jenazah tersiksa.Katanya dia belajar dan apa orang lain tidak?

Dua minggu kemudian bila suami berjumpa dengan pak su masih mengungkit cerita tersebut ...sebenarnya setelah kami berbincang adik beradik kami yakin bahawa pak su terlalu iri hati kerana keluarga suami langsung tidak memerlukan pertolongannya dalam menguruskan jenazah. Dari apak(iaitu abngnya) sakit masuk hospital dia sudah salahkan anak2 apak kononnya menyiksa orang tua.

Tapi yang pelik apabila di beri tahu kematian apak pada malam tersebut dia tidak datang terus walaupun rumahnya bukan jauh.Kalau dia belajar tentu dia tahu kan?

Dan mak cik pun satu lagi sedang berkabung selama 4 bulan,bila aku tunjuk muka hairan
katanya ada dalam quran, ustazah pun cakap macam tu...aiit macam dalam edah pulak kataku..tapi lantaklah..penasihat nya ramai. Semua mengaku belajar.

Apapun aku teramat yakin apak mati dalam imam dah oh ya aku mimpikan apak ,dia kelihatan sihat walafiat,berbaju walaupun tak berkata sepatah apapun aku tahu apak mahu memberitahu ku yang dia selamat ,amiin,amiin.

Di sebalik kematian

Hari ini aku bukan nak bercerita apa yang berlaku pada si mati atau kepada roh si mati .Tidak juga yang bersangkut dengan kematian. Aku cuma nak cerita peristiwa sekeliling dan perangai manusia-manusia apabila berlakunya kematian.

Beberapa jam saja sebelum aku menaiki keretapi ekspress dari Taiping ke KLCentral ,bapa mertuaku sudah menunjukkan tanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami cuma dalam hati kecilku mengharap aku sempat berjumpa dengan nya dalam 4 hari akan datang. Ya, aku cuma musafir (ganti ayat melancong) , ke Vietnam selama 4 hari 3 malam ,tiket penerbangan ku pada 20 hb May pukul 9 pagi dan pulang semula pada 23 hb May.

Tapi seminggu sebelum tu aku dan suami sudah berada di Taiping apabila mendapat berita yang bapa masuk hospital.Cerita yang aku dengar ,bapa tarik dan muntah. Waktu mak cik panggil Kak Siti ,salah sorang kakak ipar yang tinggal di Simpang dan suaminya ,mereka tidak dapatbuat apa-apa. Kemudian mereka menalipon Kak Ani, adik perempuan mereka yang tinggal di Taman Hijau.

Bila Kak Ani datang dia terus talipon suaminya yg berada di Serawak minta pandangan. Maka bermulalah detik-detik Kak Ani menalipon doktor keluarganya sehinggalah dia ke hospital memanggil ambulan kerana sedar risiko bapa jika dibiar di rumah tanpa rawatan.

Doktor dapati bapa ada radang paru-paru dan urat saraf di bahagian kepalanya juga sedikit bengkak. Oleh kerana usia apak melebihi 90 tahun doktor tidak merawat/bagi ubat untuk dua penyakit sekali gus jadi doktor tumpukan pada paru2nya dahulu.

Semasa hari pertama di hospital ,apak meracau ,cakap tak henti-henti ,semua kisah2 lama timbul ada yang sanak saudara boleh paham ada yang tidak. Aku dan suami sampai pada waktu petang . Sewaktu aku tunggu sudah masuk hari ke dua dan apak banyak tidur mungkin kerana letih atau mungkin kerana ubat.Kami bergilir2 menunggu apak ,sebelah siang orang perempuan sebelah malam ( lebih panjang) orang laki2.

Sewaktu apak di hospital operasi mengemas bilik tidur dijalankan dengan paksaan oleh anak-anak. Ini menimbulkan kemarahan mak cik. Macam2 ayat keluar dari mulutnya siap dengan sumpah seranah. Aku sebagai menantu cuma jawab ,biarlah mereka kemas kan bagus bila apak balik dapat tidur dalam bilik bersih..bukan membuang barang2 lama yg dah tak perlu tu bermakna kita doakan dia mati tapi minta agr dia bertambah sihat bila duduk dalam bilik bersih. Memang nampak mak cik bengang dan kecewa kerana sorang pun tak menyebelahinya lainlah kalau ada Pak Su (adik apak) dan isterinya.

Selepas 4 hari di hospital apak sudah sedar dan dibenarkan balik. Semasa dia sampai kerumah ayat nya asyik bertanya ini di mana ? Kami pimpin tangannya ke bilik air kerana dia mahu sholat. Oleh kerana usianya sebegitu apak sudah nyanyuk dan cara dia ambil air sembahyang hanya sekadar basah tapak tangan dan mukanya.Kemudian dia sholat..waktu itu dzohor aku tidak tahu apa niatnya tetapi apak sembahyang dua rakaat dan kalimah2 yang disebut jelas dan lancar.

Kak Miah dan Kak Siti seperti biasa akan memberinya minum dan makan ,serta ubat melalui straw. Kemudian apak kerap mahu buang air besar syak kami di hospital apak tidak buang air besar selama 4 hari di sana.Dan akhir sekali apak mengeluarkan najis warna gelap .Ketika itu aku ,kak miah dan kak siti sudah tahu ia satu petanda. Mak cik tidak dapat menerima bila kami bercakap pasal tanda2 kematian.

Ketika itu sejam sebelum keretapi aku akan bertolak dan aku tanya kak miah ,mestikah aku tunggu atau aku teruskan perjalanan ku. Sebagai orang yg paling tua dalam keluarga suamiku ,kalau ya katanya yang lain tidak akan menyoal.

Sebelum pergi aku mohon maaf ,antara apak ingat dan lupa dia mengannguk. Yang aneh bila aku tanya mak cik ,tak mahukah minta maaf sebab apak sudah sedar .katanya dia tak ada dosa dengan apak....mudah2an.Aku pergi dengan hati tenang ,satu kerana aku sempat menjaga apak walaupun sekejap, kedua aku sempat memohon maaf dan ketiga sebab ada kak miah, guru al quran ,anak sulung di sisi apak.Sorang anak yg soleh lebih baik dari beratus yg tidak.

Sebaik aku jejak kaki dekat KLC(lebih kurang 6 jam kemudian) ,kak miah bagi tahu apak sudah kerahmatullah .Innalillahiwainnailaihirrajiuun. Aku teruskan perjalanan.

next entry.

Monday, June 13, 2011

Kenapa

Sekarang ni kes buang bayi di tahap yg mengerikan hampir setiap hari ada saja berita tentang bayi malang ni...apakah salah satu sebb jadi macamni kerana kos perkahwinan terlalu tinggi.

Mungkin ramai orang berpendapat tahap pergaulan yang terlalu bebas, atau kurangnya pendidikan agama dan lain2 tapi aku rasa asemua tu tak berapa tepat walaupun tidak pula tak betul. Contohnya kerana pergaulan yang bebas inilah yang senang menemukan uda dan dara maka aku nampak segi positifnya tak perlu nak guna orang tengah .

Manakala kurang didikan agama juga bukanya masaalah kerana ramai lagi agama lain selain agama kita tetapi jarang kita dengar mereka buang anak.Alasan yg aku ada mungkin walaupun ada berlaku dalam peratus yang kecil atau besar atau jarang2 atau mungkin banyak,mereka akan gugurkannya awal2 ~Jadi apakah sebab kurang agama atau sebab ada duit?Kalau tak berpuas hati cuba selidik lagi kebanyakan yg terlanjur tu wanita2 yang beragama yang bertudung labuh yang takut malu dicaci masyarakat. Kalau jenis yang memang tak kisah ,peduli apa orang kata.

Bagi aku semua persoalan tentang duit ,walaupun si laki2 ada kerja dan boleh lepas tembolok sendiri tapi masih ibu-bapa tidak mahu lepas kan anak dara mereka berkahwin dengan nya kerana khuiatir dengan masa depan yang kelam. Tapi kalau ibu-bapa tu benar2 beragama ,tidakkah mereka yakin rezki tu pada kuasa Allah swt.

Aku nak kaitkan satu contoh paling rapat dengan aku ,bapa aku sendiri. Dia belum bekerja ketika Datukku kahwinkannya atas alasan tidak mahu dia jahat. Oleh kerana Keluarga sebelah bapak dan keluarga sebelah emak berkawan maka berlangsunglah perkahwinan tersebut. Sampai ibuku mengandungkan anak yg kedua bapak ku masih belum punya kerja sehinggalah kemana dia pergi dia kena sindir.

Manakala ibuku yg memendam rasa hina pernah berkata padaku .. dia terpaksa heret perutnya sekejap kerumah mertua sekejap kerumah sendiri hanya untuk tumpang makan dan tidur katanya dia rasa nasibnya tak ubah macam seekur kuching tanpa tuan ~lebih tepat macam kucing kurap.Bukan kerana emak ayahnya tak boleh bagi makan,,sebab datuk nenek ku orang bertanah dan berada tetapi kerana maruah.

Dipendekkan cerita akhirnya bapa masuk tentera dan kehidupan ibu akhirnya berubah sehinggalah lahirnya kami semuanya rasa tak kurang apa2pun.

Kemudian sejarah berulang apabila kakak dipinang oleh kekasihnya yang hanya bersekolah setakat darjah enam dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bukan itu saja dari keluarga yang tidak berharta. Of courselah emak dan ayah tak setuju kerana mereka sendiri pernah alami dulu tetapi bak kata orang dulu2 cinta itu buta dan dek kerana takut jadi macam cerita laila majnun maka dengn berat hati emak dan ayah terpaksa menrimanya ..dan alhamdulillah sampai sekarang happy jer keluarga mereka walaupun abang ipar hanya jadi tukang kebun dan jaga sekolah. Untuk hidup kakak pun pernah suatu ketika dulu ambil upah menjahit kemudian kerja kilang dan sekarang jaga budak...yg penting mereka tetap boleh hidup macam orang lain.Jadi sebab itulah aku kasihan pada orang2 muda yang ada niat ikhlas nak berkahwin secara sah tetapi terhalang kerana tak der duit nak kumpul..bagi aku kalau mereka dah rasa nak kahwin dan sanggup bertanggung jawab atas pahit getir yang akan mereka lalui selepas berkahwin apasalahnya kita izin dan tolong mereka mendirikan masjid.

Untuk arwah ibu~ sampai sekarang bapa masih ingat jasa ibu kerana bersabar ,mudah2an ibu mendapat tempat yang paling baik disana kerana dapat keredhoan seorang suami dan itulah janji Allah swt .