Pages

Tuesday, September 11, 2012

Pengalaman Di Tanah Suci

Dah seminggu aku pulang ke tanah airku ,namun kenangan ketika berada di Tanah Suci tidak dapat aku lupakan malahan tidak dapat diganti dengan hari2 gembira aku bersama suamiku di Dubai dan Turki.

Aku mahu abadikan kenangan ku ke atas blog ini dan aku memanjat syukur pada Allah SWT sebanyak yg tidak terkandung dek badan  kerana mengizinkan aku sampai ke bumi Mekah . Allah murahkan rezki suamiku sehingga memudahkan aku yang tidak bekerja ini melangkah jauh .

 Pertama keinginan aku ke sana atas dasar takut pada Nya kerana dari segi kewangan aku ada dan kedua kerana aku ingin membuat persediaan awal sebelum mengerjakan haji yan dianggarkan pada tahun 2013 kerana aku maklum kekurangan ku dari segi mental dan fizikal jadi aku harus bersedia.

Pada awal perancangan aku mahu mengikut kakak ipar yang akan berada di Mekah sepanjang bulan Ramdhan sampai ke awal bulan Shawal tetapi terpaksa menukar rancangan kerana agennya tidak mahu mengurus perjalananku ke Dubai untuk menemui suami. Akhirnya aku talipon Syarikat Andalusia dan tetaplah tarikh perjalanan ku iaitu 13 Ogos KL -Madinah ,24 Ogos Jeddah - Dubai dan 4 Sept Dubai -KL.

Oleh kerana Andalusia tidak mengadakan waktu kursus pada bulan Ramadhan aku cuma berkesempatan pergi sekali dan tidak banyak yg dapat aku pelajari kecuali dari buku dan internet. Bila tiba waktunya aku benar2 menyerahkan diriku bulat2 pada Allah SWT dan berdoa mendapat kawan-kawan yang baik untuk membantu ku .Alhamdulillah Allah SWT perkenankan doaku sebelum aku bertolak lagi .Aku telah di hadiahkan dengan sehelai maxi putih,seluar putih dua helai ,stokin ,malahan tudung labuh pun aku tidak perlu beli .

Dalam perjalanan di airport aku sudah mendapat kawan sehinggalah masuk ke bilik hotel di Madinah dan Mekah semua mereka amat baik sering membantu tambahan kebanyakan mereka sudah ada pengalaman  datang dahulu .Kami bertolak ke Mekah pada 16 Ogos 10 pagi .Sepanjang berada di Madinah ,keadaannya amat damai dan tenteram setiap kali berada di Masjid Nabawi . Kami dapat masuk ke Raudhah walaupun lama menunggu dan berhimpit2. Aku bersembahyang didlamnya dalam keadaan yang penuh sesak dan kurang pasti akan hikmahnya namun aku tetap sholat dan berdoa agar mendapat ganjaran dari Allah swt. Yang aku tahu di situ ada makam Rasullullah dan para sahabat 2 Nabi alaihissalam cuma aku tidak pasti kedudukan sebenar makam2 tersebut ,apa yang aku nampak hanya tembuk dan di sebelah sana ada makam2  indah .

Disini aku mengucapkan terima kasih pada teman sebilik ku Zu ,walaupun dia tak baca blog ini kerana membantu aku memahami setiap kali ada sholat jenazah. Dia juga yang selalu membawa aku ke Masjid dan akhirnya aku buat keputusan untuk tinggal dalam masjid sambil tunggu waktu asar dan maghrib tiba kerana tidak suka berebut tempat apabila masuk waktu sholat.

Pada malam 27 yang terkenal dengan malam Lailatulkadar  ,aku tidak pulang ke hotel sesudah sholat zohor .  Untuk menghilangkan rasa mengantuk aku tidur dalam masjid dan apabila terjaga aku lihat masjid berkilau amat indah sekali ,untuk sedetik aku fikir Lailatulkadar yang lalu tetapi sebenarnya lelangit masjid itu di buka untuk mengeluarkan wap panas kemudian di tutup semula,Subhanallah unik sekali panorama ketika itu.

Gambar aku di Madinah dan Mekah memang amat kurang kerana aku tak berani bawa kamera kerana takut dirampas oleh penjaga masjid manakala talipon yg aku bawa pun jenis murah tanpa kamera.

Masa yang dinantikan untuk mengerjakan umrah akhirnya sampai juga .Kami menaiki bas pukul 10 pagi dan berhenti di Masjid Bir Ali untuk miqat,aku buat sholat jamak kasar dan sunat ihram lalu niat ihram .Sepanjang perjalanan kami mengucapkan labbaikallah hummalabbaik ...Setibanya di Mekah kami singgah dahulu di hotel untuk mengetahui no bilik kemudian terus melakukan tawaf baitullah ,saei dan tahallul.

Dalam kepanasan kami bertawaf ,aku banyak mengikuti sahabat ku ,kerana aku yg jenis pelupa amat susah untuk mengira berapa kali pusingan walau sudah bersedia dengan biji tasbih. Sekali lagi aku mengucapkan ribuan terima kasih pada Zu kerana membenarkan aku memegang tangannya .Setelah selesai tawaf dia terus membawaku ke Bukit Safa untuk saei walaupun aku ingin sangat untuk berihat dahulu kerana letih dan panas. Ketika masuk pusingan ke lima ,waktu maghrib sudah masuk ,kami terhalang kerana mereka yg bersaei berhenti untuk sholat di sepanjang laluan saei sedangkan wuduk kami sudah batal .

Selesai saja sholat maghrib kami terus menyambung saei kami .Pada saat kaki ku menjejak Bukit Marwah buat pusingan terakhir dan berdoa ..kawan ku sudah tidak kelihatan. Aku yakin kami sudah terpisah ,untuk pulang ke hotel sendirian terasa berat dan bimbang kerana baru hari pertama jejak kaki di bumi Mekah masih takut berjalan berseorangan. Aku menghantar sms pada kakak ipar bagi tahu keadaan ku dan di mana aku.Pada pendapatku ia mudah kerana sudah 5 tahun berturut-turut kakak aku datang ke Mekah tapi sangkaan aku melesit . Dengan lautan manusia setiap kali masuk waktu sholat ia jadi amat sukar untuk mencari aku sedangkan aku tidak tahu nama tiang dan bahagian mana di Masjidilharam itu.

Nak jadi cerita credit fon aku pun habis dan bateri pun tinggal nyawa2 ikan. Akhirnya kakak talipon suruh aku tunggu dekat lampu hijau antara bukit Safa dan Marwah jangan berganjak kemana2..waktu itu sudah masuk dan selesai sholat Tarawikh dan aku hanya buka puasa dengan beberapa biji kurma dan air zam-zam .Waktu ini aku benar2 lapar dan letih , terbayang keadaan di Masjid Nabawi dimana makanan untuk orang berbuka puasa amat lumayan ,roti saja berbagai2 ,kurma juga berjenis2 jadi buat aku terfikir bahawa bersyukurlah selalu bila ada rezki depan mata.

Akhirnya jumpa juga aku dengan kakak ipar dan alhamdulillah dia bawakan aku nasi berlaukkan ikan kering dan ikan bilis ...aku makan sampai habis. Dan dia juga yg guntingkan rambutku tnada tamatnya tempuh ihram.Kaetika ini imam sudah memulakan sholat sunat malam tahajud dan witir ,aku lakukan juga bersama kakak ipar dalam keadaan aku tersengguk2 ,malu sungguh . Selesai sholat kakak cuba hantar aku pulang ,aku cuma ingat jalan masuk dan separuh jalan kami bertanya nama hotel dan boleh katakan orang Arab sendiri tak tahu yg menolong kami ialah orang Malaysia sendiri apabila kami nampak beg andalusia yang mereka sandang .

Di hotel seperti yg aku jangkakan kawan2ku agak risau sehingga mengadu pada ustaz tapi ustaz bagi tempuh sampai Subuh..Syikin ,yang berkulit cerah dan masih muda pernah satu bilik semasa di Madinah  anggap ustaz ni  poyo sebb terlalu cool .Aku pulak rasa macam nak buat anak angkat je sebb suka sangat dengan orang tak banyak mulut ni dan aku cuba padankan dengan dia.

Di Mekah aku sebilik dengan orang lain pulak dan topiknya tetap sama bila kami cuba cari pasangan yang sesuai untuk ustaz muda yg jadi mutawwif kami tu.

Aku hanya buat umrah 2 kali ,walaupun umumnya boleh buat 3 kali  dan tawaf sunat 3 kali dan akhir sekali tawaf wida bersama kakak ipar sebelum sholat subuh.

Pada sunat tawaf yang ketiga iaitu dua hari sebelum pulang aku ikut sorang kawan aku ni pegawai polis ,kami sholat maghrib dan isya bersama2. Aku anggap orangnya agak aneh sebb dia kurang berbual dalam bilik kalau dia ada hanya untuk tidur manakla aku dan dua lagi asyik berbual sehinggalah aku batuk dan tak keluar suara langsung.

Aku dengar dia gembira menalipon anak saudaranya yang dia berjaya mengucup hajaratul aswad . Aku tak banyak menyoal bagaimana dia berjaya dan apa perasaan dia sebb aku jenis benyak mendengar dari menyoal .

Hari tu aku berpeluang siap sama awal dengan nya untuk ke Masjid jadi aku minta mengikutnya.Orangnya memang kencang apabila dia berjalan kita kena berlari mengikutnya. Dengan dia memang mudah dapat tempat yg selesa dlam masjid jika aku bandingkan dengan Zu sebab Zu suka datang ke Masjid pada waktu masuk sholat sudah hampir tapi tidak dia yang selalu awal.

Seperti hari2 lain dia akan singgah dulu di kedai untuk beli makanan berbuka puasa .Lepas sholat isya dia akan melakukan tawaf kemudian balik ke hotel terus tidur .Aku mengekorinya tanpa banyak soal. Cuma lepas sholat Isya dia suruh aku tidur dulu sebelum tawaf dan kerana memang mengantuk aku tertidur pulas.Bila bangun aku bagitahu yang aku kena ke WC untuk buang air kecil dan ambil wudhuk.

Tanyanya, "ada mimpi?" .Jawab ku,"tidak."

Seperti biasa kami akan turun ke penjuru hajaratul aswad dan berniat tawaf . Biasanya siapa yang ada di sebelahku akan menjadi tempat aku berpaut tangan tapi hari itu aku cuma mengikutinya ,mungkin aku segan ,mungkin juga aku dah confident sikit yang pasti mata ku akn lihat ke bawah di mana ada garisan mengelilingi kaabah supaya aku tidak tersasar dan akan angkat kepala ku sekali sekala untuk melihat penjuru kaabah .

Mungkin aku dalam keadaan masih mamai dengan tidurku yang nyenyak aku tidak perasan orang sekeliling ku. Aku juga tak perasan yang aku berada dilingkaran paling hampir dengan kaabah .Yang aku perasan aku sudah memasuki pusingan ke dua,"eh, cepatnya " kataku dalam hati tidak percaya .Badanku amat hampir dengan kaabah dan aku melihat manusia memegang kaabah. Tiba-tiba kawanku mencapai tangan kananku dan meletak pada kain kaabah tanpa aku menyentuh bahu sesiapa. Ketika aku mengangkat tangan ku dan bergerak kedepan semula aku seperti tergamam melihat sesuatu di depanku .

"Apakah ini hajaratulaswad ?" soalku dalam hati . Bila aku lihat ada tompok-tompok dalam bekas yang berlekuk itu baru aku tersedar ia memang batu hajaratul aswad terus aku meletakkan tangan kananku dan mengucup tangan ku tanpa berkata atau berdoa apa2 . Aku seperti orang bermimpi kerana manusia kembali ramai sedangkan sekejap tadi hampir kosong. Aku tak tahu samada ada orang tolong mengepung badan ku atau tidak sebab aku langsung tak bersentuh dengan sesiapa Subhanallah ...tak cukup rasanya dengan perkataan terima kasih ku Ya Allah.






Tuesday, May 29, 2012

Pilihan yg bukan pilihan

Lambang yg anda lihat akan terpantul kedalam otak dan kemudian akan keluar dalam bentuk data yang anda sendiri paham dan data itu di luahkan dalam bentuk ayat dari mulut anda dan ayat itulah yg akan di dengar oleh orang lain ..Jadi sesiapa nak luahkan pasal lambang itu di sini penulis amat mengalu2kan .Lebih banyak data terkumpul lebih jelas dan tepat lagi penerimaan lambang itu . Soalannya mudah adakah anda lihat lambang itu sebagai cross yg menjurus ternampak gereja atau lambang cross yg menjuruskan kepada tanda first aid atau pertolongan kecemasan. Jika jawapan yg pertama adakah anda melarang diri anda masuk walaupun anda tahu ia adalah signboard untuk klinik bukan untuk gereja .Sekian sekadar suka-suka. Ooops bilalah sikap orang Melayu akan berubah dan melihat pada perkara yang positive. Bila melihat anjing dan babi dirawat oleh Vet Melayu apa agaknya kata mereka?
https://www.facebook.com/pages/Kittys-Cottage-Klinik-Haiwan-Surgeri/239238409527164

Monday, May 28, 2012

MD Cottage ,Taiping Homestay

http://malaysia-homestay.com/web/index.php?action=listingview&listingID=1167

Salam ,baru tadi saya daftarkan rumah di Taiping ke dalam laman web malaysia homestay .

MD Cottage ,Taiping
No 391,Jalan Delima ,
Kg Jambu ,
Taiping .Perak

 http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/11/planters-creek-taiping-homestay.html

Nama MD adalah singkatan nama Mohd Dom iaitu nama bapa mertua saya . Rumah yang dibena lebih kurang pada tahun 1980 tu telah dibeli oleh suami dan akn diubah suai sedikit demi sedikit. Oleh kerana kami yang tinggal di Putra Jaya ini jarang pulang disebabkan sibuk dengan hal masing2 , saya  membuat keputusan untk menjadikannya rumah tumpangan supaya keceriaan dan kenangan yang ada dalam rumah itu suatu masa dulu terus hidup.

Rumah ini mempunyai 4 buah bilik tidur yang bersaiz sederhana . Tiga biliknya mempunyai katil queen size manakala satu bilik single saiz. Dia dilengkapi dengan semua peralatan asas seperti mesin basuh kain ,television, peti ais ,dapur ,periuk nasi dan flask air panas elektrik untuk kemudahan penghuni.

Hanya satu bilik saja di pasang penghawa dingin manakala tiga lagi hanya mempunyai kipas siling.Insyaallah gambar bilik tidur akan di upload apabila saya berpeluang pulang untuk mengambilnya.

Oleh kerana rumah ini terletak berhampiran Masjid Taiping ia amat sesuai untuk penginapan bagi saudara2 yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis perkahwinan. Atau bagi mereka yang mempunyai saudara yang sedang sakit di Hospital Taiping dan tidak mempunyai tempat tinggal maka tempat ini juga selesa untuk ditumpangi kerana ia terletak hanya lebih kurang 2 km sahaja dari hospital .

Taiping  TERKENAL dengan tempat-tempat makan yang SEDAP seperti kue teow Doli ,Yong Tow Foo dekat Bomba,,Laksa ,Popiah ,Pasembur, Mee Udang , Satey dan banyak lagi dan harganya amat MURAH berbanding dengan Kuala Lumpur dan lain2 tempat ..semuanya boleh sampai dalam masa 5 minit memandu.

Di samping itu banyak lagi tempat menarik untuk anda dan keluarga anda nikmati bersama seperti  Zoo Taiping,perkelahan air terjun di Batu Hampar ,mendaki  Max Well Hill atau berjalan-jalan di Muzium dan Taman Tasek Taiping. Boleh berjogging atau hanya ronda-ronda sambil menikmati keindahan nya sahaja.

Sekian dari saya dengan ucapan WELCOME to TAIPING!!

Wednesday, May 09, 2012

Hari ini pertama kali nak buat new entry pakai format baru. Ikutkan aku lebih suka yg dulu sebb lebih jelas dan tak banyak sangat settings apapun ikut je lah.




Atas ni video masa nikah saja nak masuk kan dalam blog untuk kenang2an dan susulan waktu bertunang dan nanti nak cari lagi satu video clip pasal love story mereka.




Ok sekian dulu nanti saya akan upload lgi bila dah jumpa.



Akhirnya dah jumpa ....

Friday, April 27, 2012

Final reminder to update your legacy Blogger account

Hello,

You are receiving this message because your email address is associated with an unmigrated legacy Blogger account. As we announced in April of last year, legacy accounts will no longer be accessible after May 30th, 2012 unless they are updated to the Google Account system. Any blog content associated with this account will also be unmodifiable after that date.

To transfer your blog to the Google Account system you need to visit the Legacy Migration page at http://www.google.com/appserve/mkt/ZV0s9QXJlxZjLH right now to make sure that your account and associated blogs are claimed. If you've forgotten the Blogger password that is associated with this email address, you can use our Account Recovery page at http://www.google.com/appserve/mkt/Kjtd6ZKhWEcfP7 to request password information to be sent via email.

For more information, please see our initial announcement we posted to our blog at http://www.google.com/appserve/mkt/PGdII2hdbDgqNc . If you have questions, please visit our Help Forum at http://www.google.com/appserve/mkt/RoVCngFcxPWJuD and create a message with [Legacy Account] in the subject line.

Regards,

The Blogger Team
Google
1600 Amphitheatre Parkway
Mountain View, CA 94043
----
This e-mail is being sent to notify you of important changes to your Blogger account.