Pages

Tuesday, May 29, 2012

Pilihan yg bukan pilihan

Lambang yg anda lihat akan terpantul kedalam otak dan kemudian akan keluar dalam bentuk data yang anda sendiri paham dan data itu di luahkan dalam bentuk ayat dari mulut anda dan ayat itulah yg akan di dengar oleh orang lain ..Jadi sesiapa nak luahkan pasal lambang itu di sini penulis amat mengalu2kan .Lebih banyak data terkumpul lebih jelas dan tepat lagi penerimaan lambang itu . Soalannya mudah adakah anda lihat lambang itu sebagai cross yg menjurus ternampak gereja atau lambang cross yg menjuruskan kepada tanda first aid atau pertolongan kecemasan. Jika jawapan yg pertama adakah anda melarang diri anda masuk walaupun anda tahu ia adalah signboard untuk klinik bukan untuk gereja .Sekian sekadar suka-suka. Ooops bilalah sikap orang Melayu akan berubah dan melihat pada perkara yang positive. Bila melihat anjing dan babi dirawat oleh Vet Melayu apa agaknya kata mereka?
https://www.facebook.com/pages/Kittys-Cottage-Klinik-Haiwan-Surgeri/239238409527164

Monday, May 28, 2012

MD Cottage ,Taiping Homestay

http://malaysia-homestay.com/web/index.php?action=listingview&listingID=1167

Salam ,baru tadi saya daftarkan rumah di Taiping ke dalam laman web malaysia homestay .

MD Cottage ,Taiping
No 391,Jalan Delima ,
Kg Jambu ,
Taiping .Perak

 http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/11/planters-creek-taiping-homestay.html

Nama MD adalah singkatan nama Mohd Dom iaitu nama bapa mertua saya . Rumah yang dibena lebih kurang pada tahun 1980 tu telah dibeli oleh suami dan akn diubah suai sedikit demi sedikit. Oleh kerana kami yang tinggal di Putra Jaya ini jarang pulang disebabkan sibuk dengan hal masing2 , saya  membuat keputusan untk menjadikannya rumah tumpangan supaya keceriaan dan kenangan yang ada dalam rumah itu suatu masa dulu terus hidup.

Rumah ini mempunyai 4 buah bilik tidur yang bersaiz sederhana . Tiga biliknya mempunyai katil queen size manakala satu bilik single saiz. Dia dilengkapi dengan semua peralatan asas seperti mesin basuh kain ,television, peti ais ,dapur ,periuk nasi dan flask air panas elektrik untuk kemudahan penghuni.

Hanya satu bilik saja di pasang penghawa dingin manakala tiga lagi hanya mempunyai kipas siling.Insyaallah gambar bilik tidur akan di upload apabila saya berpeluang pulang untuk mengambilnya.

Oleh kerana rumah ini terletak berhampiran Masjid Taiping ia amat sesuai untuk penginapan bagi saudara2 yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis perkahwinan. Atau bagi mereka yang mempunyai saudara yang sedang sakit di Hospital Taiping dan tidak mempunyai tempat tinggal maka tempat ini juga selesa untuk ditumpangi kerana ia terletak hanya lebih kurang 2 km sahaja dari hospital .

Taiping  TERKENAL dengan tempat-tempat makan yang SEDAP seperti kue teow Doli ,Yong Tow Foo dekat Bomba,,Laksa ,Popiah ,Pasembur, Mee Udang , Satey dan banyak lagi dan harganya amat MURAH berbanding dengan Kuala Lumpur dan lain2 tempat ..semuanya boleh sampai dalam masa 5 minit memandu.

Di samping itu banyak lagi tempat menarik untuk anda dan keluarga anda nikmati bersama seperti  Zoo Taiping,perkelahan air terjun di Batu Hampar ,mendaki  Max Well Hill atau berjalan-jalan di Muzium dan Taman Tasek Taiping. Boleh berjogging atau hanya ronda-ronda sambil menikmati keindahan nya sahaja.

Sekian dari saya dengan ucapan WELCOME to TAIPING!!

Wednesday, May 09, 2012

Hari ini pertama kali nak buat new entry pakai format baru. Ikutkan aku lebih suka yg dulu sebb lebih jelas dan tak banyak sangat settings apapun ikut je lah.




Atas ni video masa nikah saja nak masuk kan dalam blog untuk kenang2an dan susulan waktu bertunang dan nanti nak cari lagi satu video clip pasal love story mereka.




Ok sekian dulu nanti saya akan upload lgi bila dah jumpa.



Akhirnya dah jumpa ....