Pages

Monday, November 25, 2013

Kembara ~pt 1

Lepas melakukan kerja harian ku seperti mencuci pinggan mangkuk , membasuh pakaian kotor dan menyapu rumah ,aku  labuhkan badan ku  ke atas katil semula,Favorite spot aku ni sambil buka i pad dengar surah quran kemudian belek2 face book dan baca cerita terkini.

Tiba2 talipon genggam berbunyi, bila picit je simbol talipon kaler hijau tu ,dengar lah suara bisan aku.."Ani ,kamu nak pergi tenguk masjid ajaib tu tak?".
Aduh baru je balik dari Borubodur ni nak melancung lagi ,macamana nak bagitahu pada suami ...risau apa anggapan suami pd isterinya yg baik ni :)

Satu sifat semula jadi ku memang tak pandai nak beralasan . Hati memang nak pergi . Geng ibu2 ni macam dah serasi dengan aku ,dalam kumpulan ni aku paling muda tau ,tabik betul pada kakak2 ni semua masih gagah. Kata pepetah selagi tak mengembara bersama2 kita belum tahu hati budi manusia dengan jujur dah mengembara bersama baru lah kita tahu. Mereka seumpama saudara ku ,sama2 ambil berat.

Cerita pasal kembara ni aku agak lega bila beberapa persoalan yg berlegar dalam kepala ku terjawab,tentang tanah jawa yg rata2nya beragama Islam tetapi terdapat candi Borobodur yg amat besar , apakah agama Hindu terlalu kuat seperti di Tanah Melayu yang konon asalnya dibawa oleh Parameswara dari tanah Palembang .Sehingga aku terjumpa U tube menghuraikan surah Saba ,kisah Nabi Sulaiman dan gambar yang terpampang pada dinding Borobudor itu ialah kisah Nabi Sulaiman itu sendiri.

Aku jadi gembira dan tiba2 minat pada sejarah. Nak pendekkan cerita sekali lagi suami izinkan aku ikut geng ibu2.Kata mereka nenek brutal.14hb Nov bertolak dari Lcctkl 7.45am ke Surabaya ,tidur semalam di sana dan esuk tengaharinya menaiki kereta ke Malang.

Tahu tak aku bertolak dari Shah Alam 4.41 pagi sampai air port terus masuk waktu Subuh . Orang ke dua sampai Kak Normah pun dari Shah Alam ,dia pun sholat di airport. Sambil menunggu bisan dan kawan nyasorang lagi yang pilih untuk tidur di Hotel I Tune ,aku ,kak normah dan anak aku sbagai driversempat minum kopi dan roti di Pizaria restaurant.

Bila bisan dan kawannya sampai semua nampaknya berjalan lancar tapi bila ke tempat check in point beg kami tak boleh masuk katanya mereka dah tutup katanya kami dah lewat beberapa minit ,pekerja air asia tu cuba bagi alternative suruh salah sorang dari kami tinggal dan pergi next flight  bawa 3 buah beg pakaian yg tak boleh masuk kapal terbangtu.Aku volunteer tinggal...tapi waktu keputusan dibuat masa banyak hilang ketika memujuk dan negotiate supaya beg dan kami di lepaskan .

Akhirnya ketiga2 juga tak lepas walaupun dah dapat masuk dalam sampai ke gate nak keluar ke kapal terbang ,pilot enggan bagi green light.Kami berempat bersatu semula masih di LCCT ,kali ni ke customer service beli tiket baru dan bayar harga baki dari tiket kami yg mula2 ,pukul 9 pagi harga 600rm tolak harga tiket yg tak guan kena byr dalm 500rm ,yang paling murah ialah pukul 3 lebih kena tambah rm201 seorang. Tanya orang kat counter tiket tu katanya dlm pukul 12 dah boleh check in beg tu ,maksudnya kita boleh check in beg 3 jam awal ye bukan 30 min awal ye. Tapi bila pergi ke tempat timbang luggage tu tak boleh masuk sebb tiket tu bukan pukul tiga tapi 3.40 ,beza yg sangat ketara tau!Waktu ni dah dapat tahu tiket kami bertolak tu bukan pukul 7.45am tapi 7.20 am , patutlah rayuan tak dilayan.Dan kami kena tunggu 8jam lagi.Dan kali flight lewat hampir 2 jam.Haha macam dah lunyai ,rasanya.

Gambar trip yg dulu ,Borubodur , Masjid bawah tanah dan Taman Sari.






No comments: