Pages

Sunday, December 29, 2013

Tawaran Haji Tahun 2014




Dengan nama Allah ,segala pujian tidak mencukupi hendak aku puji ,segala kesyukuran tidak cukup untuk aku bersyukur ,segala alam terlalu kecil untuk ku bandingkan atas limpah kurnian mu . Tidak cukup sama sekali hanya seperti setitis embun di padang pasir . Engkau yang Maha agung Ya Allah ,Yg Maha berkuasa , Yang Maha Kuat ,Yang Maha Mengetahui Maha adil ,Maha Mendengar ,Maha Pemurah ,Maha Penyayang.Segala yang di bumi dan yang di langit ,yang kelihatan atau tidak, Milik Mu Ya Allah. Aku amat gembira yang Allah ,bakal menjejak kaki sekali lagi di tanah suci. Walau sudah banyak tempat yang aku pergi atas rahmat Mu tak akan sama ya Allah kecuali mengikut tapak2 kaki kekasih mu .Beri aku kesihatan dan kekuatan ya Allah  ,bagi aku kenikmatan berasa dekat dengan Mu ya Allah ,sekiranya waktu ku hampir datangkan aku dalam keadaan bersih ya Allah,bersihkan aku dari hutang dan dosa.Sesungguhnya aku hamba yang banyak berbuat salah,ampunilah aku ya Allah.

.

Thursday, December 12, 2013

Kembara London dan Paris bahagian akhir

Ada 3 minggu persediaan .Dalam satu blog nasihat supaya jgn bawa banyak baju , bawa baju yg perlu saja yang boleh mix n match(ini penting sebab kita banyak menggunakan train ,naik teksi bila perlu sebb selalu teksi pakai meter pun paling murah pernah bayar 20pound atau seratus ringgit , 60 pound paling akhir bila hendak ke airport sebb beg banyak .

Satu blog lagi  suruh bawa bekalan  makanan seperti maggie cup, beras ,biskut , kuah segera Brahims ,kicap ,sos dll juga periuk nasi dan flask air untuk isi kopi sbb cuaca di sana sejuk kopi mahal.Aku tak fikir pasal duit yg penting badan aku boleh sentiasa panas,tapi flask sampai akhir tak guna pun .Di sana bila kita berjalan kita akan berjalan sangat laju dari biasa jadi badan maintain panas ,tapi kita perlu bawa air mineral sebab tekak akan kering kita sentiasa haus.Dan botol air mineral tu jangan buang sebb bila nak ke toilet boleh guna buat  cuci najis ,semua toilet di sana hanya ada tisu paper tapi tak disediakan kepala paip dan paip getah  untuk menyuci hadas kecil atau besar.

Waktu jam kena tukar ,satu ikut yg sana satu waktu Malaysia jadi dapat tahu kenapa kita tibe2 berat mata sebab jet lag.Print waktu sholat ,cuba cari ruang untuk sholat .Kalau kita keluar pukul 12tghr boleh jamak awal ,kalau keluar pagi balik malam ,ini yg selalu miss zohor dan asar balik kena khadho. 

Paling beruntung siapa yang ada orang yang tinggal di London boleh jadi tour guide memang tak buang masa langsung ,tak termanggu2 nak tanya orang ,ada masanya keretapi terlambat atau keretapi guna rail sama tetapi menuju ketempat lain ,semua tu kena tahu .Kalau yang jenis tak kisah bedal je kemana pun tak apa ,adventure jugakan. Nasib kami baik sebab kawan anak yg sama2 menuntut di MMU cyber ada  di London tinggal bersama keluarga angkatnya menghabiskan cuti.

Di London banyak kedai makanan halal jadi tak perlu masak kecuali kalau benar2 nak safe duit. Satu perkara lagi di sebabkan sejuk dan banyak berjalan perut akan sentiasa lapar jadi digalakkan juga spare biskut ke roti ke dalam hand bag. Teringat kakak ipar yg  bawa kek London Roll dalam hand bag dia semasa ke Bangkok sebab dia ada gastrik dan Kak Normah yg sentiasa ada gula2 perasa buah dalam beg tangan dia sebab dia ada kencing manis ,tapi kalau ke UK musim sejuk memang harus ada makanan untuk alas perut kecuali mereka yg memang sudah tahu jalan nak cari kedai makan Halal. .Maggie Cup memang wajib bawa, bila balik penginapan biar waktu pagi atau malam perut akan lapar .

Tentang pakaian untuk musim sejuk, aku bawa dua pasang thermal wear satu tengkuk luas dan satu tengkuk turtle , baju kait benang bulu 3 helai seluar jeans sehelai (sangant membantu) , winter jaket 2 helai satu jenis wool satu yang macam plastik tu .Aku bawa sehelai maxi guna untuk sholat.Orang kata waktu sejuk tak berpeluh sebenarnya berpeluh juga bila kita masuk dalam building akan rasa panas,boleh berpeluh. Baju thermal jenama uniqlo memang nipis mudah cuci kat ketiak,pakai je sabun yg hotel bagi kemudian letak kat heater .cepat je kering dan bau wangi.

Akhir sekali bila dah berpeluang ke luar negara tu bawalah duit lebih sikit atau sediakan je credit card ,kalau tak tentu tak enjoy asyik dok kira baki duit dalam tangan .setiap kali kita bergerak yg pakai tiket train pun sekejap2 kami top up 10 pound sorang macam top up digi prepaid je rasanya tapi duit kita murah duit mereka mahal itu yg kalau ongkos kurang boleh tersangkut je mana2....kalau dah pasang niat nak shopping tu bawa je beg lebih yg boleh lipat2 tu dan juga kunci mangga lebih .

Oh ya satu lagi yg dapat membantu saya ketika melancung ke sana ialah senaman yang saya lakukan setiap hari di rumah. Saya pun tak sangka ada stamina yang cukup untuk berjalan berkilo-kilo meter jauhnya ,naik turun tangga ,lintas jalan dan lain2. Dan Alhamdulillah tak kena winter flu sebb saya berhati2 menutup hidung saya dengan scarf setiap kali keluar, anak saya demam ,suami saya berhingus dan batuk.Jangan lupa bawa ubat yg asas macam ubat demam ,batuk dan selsema.

Dari London ke Paris naik keretapi laju  Eurostar dlam 3 jam perjalanan. Dalam keretapi ni boleh bawa makanan dan minuman walau ada kantin ,semasa kat immigresen pun dia orang tak kisah kita bawa makanan.  Nak masuk Singapore saya tak tahu boleh bawa makanan atau tidak  ,lepas ke tidak saya tak tahu....Sekian selamat bercuti ...
                                       Periuk nasi yang tak pakai ,akhirnya tinggal dekat apartment mewah yang kami tumpang sebagai kenang2an. Kami bertuah sebab dapat tinggal 5 malam secara percuma di apartment kepunyaan keluarga kawan anak .

Duit syiling perlu sebb ada tandas yg berbayar ,nak yang tak berbayar kena singgah restoran order minuman ke atau makanan ke baru boleh guna toilet free.




Monday, December 09, 2013

Kembara London dan Paris pt2

Saya  suka  permandangan yang cantik-cantik seperti lukisan .Kalau ada kawan2  yg poskan gambar mereka makan angin ke luar negara tak kiralah asia ke eropah ke dlm internet memang saya suka .. ada masanya saya kagum dengan mereka yg selalu keluar makan angin ,dan saya rasa orang yang keluar makan angin walau bukan terdiri dari orang-orang business yg kaya raya tapi mampu simpan duit untuk berjalan .
                                        Pokok salah satu unsur semula jadi yang saya suka.
Rasanya terpulang pada individu sejauh mana mereka sanggup korbankan duit poket mereka untuk mendapat kepuasan melancung tu. Untuk melancung keluar negara semasa anak2  bersekolah langsung tak termimpi kecuali jalan2 dalam negeri.

Memang benarlah rezki tu Allah swt yang tentukan. Pertama kali aku dan anak2 naik kapal terbang bila suami kena posting ke Kalimantan Barat dalam tahun 1997-2003. Antara tahun ini kami sempat melancung ke Jakarta ,Bali dan Jogjakarta.

Sekali lagi dalam 2011 Allah beri lagi rezki dia dapat posting ke Liberia ,Afrika . Kali ini kami tidak ikut, 3 dari 5anak-anak  dah bekerja ,sorang tunggu hari convo dan sorang lagi di Korea menuntut..Lagipun suami boleh pulang 4 kali setahun manakala aku dan anak2 yg masih menuntut dapat sekali tambang pergi balik dalam setahun.

Masa suami brsuara supaya berjumpa  di London ,aku hanya menjawab ,Insyaallah. Suami yang tahu aku tidak tahan sejuk berulang kali bertanya ,mama boleh tahan ke? Dan yang buat aku bersemanagat lagi mahu pergi bila dia tanya samada aku berani atau tidak naik kapal terbang dan jumpa dia di sana. Jawab ku berani (tak mahu tunjuk lemah)asalkan tiket sudah dibeli .

Ada bebarapa perkara aku terpaksa buat keputusan sendiri spt suruh anak perempuan booking 2 tiket satu untuk aku dan satu lagi untuk anak lelaki ku yg bercuti untk menemani ku ,lagi pun dia memang layak dapat tiket tersebut.Kedua aku ambil 10 hari perjalanan ,kerana mahu cover dua tempat ,London dan Paris dan aku setuju menemui suamiku di penghujung perjalanan iaitu hari ke tujuh atau kelapan di London.Tarikh dah tetap tiket pun dah booking !

Kuasa Tuhan entah macamana suami yg mula2 kata nak duduk London 2 hari je tiba2 berubah hati booking hari yang sama tarikh kami sampai London dan pulang ke Malaysia juga pada hari yang sama...Alhamdulillah.

Masa untuk preparations..hehehe..bab ini aku memang suka .Mula2 tenguk weather forecast katanya tarikh aku sampai dalm 8-9degree celcius.Aku yg tak pernah tidur buka air cond terpaksa starts buka aircond dan berkurung dalam bilik sampai nak pening kepala ..itu pun baru 20degree celcius ...tak tahan tapi aku keep on bersejuk tiap2 hari setengah jam.

Cari baju ~shopping bab ni paling happy ~ shopping buat kita rasa macam orang kaya ok. Beli thermal wear uniqlo , baju sejuk dekat esprit, sarung tangan ,sarung kaki ,travelling bag ...apa saja yg boleh terfikir perlu.

Di samping tu search internet ..asyik2 yg berkaitan Eropah, London, Paris tak jemu2 ,jumpa macam2 blog .Ada yang bawa beras ,makanan, flask ,kopi dan macam2 tips.Semuanya aku ambil tapi sebenarnya dalam perjalanan yg sebenar tak sedemikian , bergantung. Dah letih mengetip sambung lain kali.
Tempat pertama suami suruh tunggu dia bila sampai di airport Heathrow ,London . Terminal 4 ialah Costa Cafe.



KEMBARA KE London dan Paris pt 1

Salam sejahtera dan salam sayang tuk sesiapa yg membaca  blog ini...hati tengah riang nak cerita pasal trip ke London dan Paris dari 26hb NoV hingga 5 DeC yg lepas.Panjatkan syukur yg banyak pada Allah swt .Terima kasih Tuhan..
Mula2 nak bagi tahu bukan semua isi blog yg kita baca kita kena ikut ..nak tahu sebab apa tunggu sampai habis saya tulis .

 Persiapan dari tarikh beli tiket ~ dalam 3 minggu ...plan asal ~suami yg bekerja kat Afrika suruh jumpa dia kat London tempat kapal terbangnya turun buat transit  ke Malaysia. Jadi pendek kata dia dah selalulah turun London.Jadi kali ni dia ajak istrinya nikmati kota London cuma masaalahnya dia tak mahu duduk lama di London cukuplah tuk 2 malam jadi tolong fikirkan sekejap untuk saya ....

Di bawah ni saya muat kan semua tempat penginapan kami semasa di London dan Paris.



Ada satu lagi apartment tempat kami bermalam sebelum kami bertolak pulang ,insyaalah saya akan upload bila jumpa nanti.


Sunday, December 08, 2013

Kembara ~Gunung BROMO

Maaf banyak2 kerana gambar kelabu dan tak banyak sebab keadaan saya yang terlalu sejuk dan gabrar (panic) . Kami mula perjalanan dari hotel Malang ke Gunung Bromo pukul 12 tengah malam sebab perjalanaambil masa 3 hingga 4 jam jadi kami akan sampai ke puncak sebelum matahari terbit . Dengan menaiki Jip 4 pacuan kami bergerak dengan keadaan mengantuk .. saya siap bawa bantal hotel sebiji untuk sendal kepala .

Dalam keadaan gelap dan separuh mengantuk kami pun sampai kekaki gunung ,di sini kami mula ternampak beberapa jip pacuan 4 roda yang lain dan satu demi satu muncul dan bergerak perlahan kerana jalan kaecil dan agak bahaya sebb basah.

Apabila melepasi lereng bukit/gunung kami sampai ke tanah datar ,ketika ini jip yang bergerak perlahan membontot satu sama lain mula beraksi laju seperti sedang racing. Jip kami tetap maintain dalam 70-80km phr ,aku agak bapak dari Malaysia dah bagi arahan pada si driver ni jaga ibu baik2.
Suasana waktu ini amat ceria dengan lampu dan bunyi hon.Saya suruh juga driver pandu laju sikit dengan alasan nak terkencing tapi katanya dia cuma bisa bawa selaju itu saja ..adoi.

Akhirnya sampai juga ke distinasi ,waktu itu jip kami antara 5-10 buah terawal sampai di kaki gunung  .Tempat pertama di tuju ialah kedai tuk buang air dan ambil wudhuk sbb subuh dah hampir masuk.Angin agak kuat dan cuaca amat sejuk aku terpaksa pakai dua lapis jaket kerana satu tak cukup untuk memanaskan badan aku ..orang lain cukupsatu.

Dari kedai makan tu kami menaiki anak tangga untuk ke puncak waktu tu masih gelap jadi driver bawa lampu suluh untuk menyuluh jalan ,kami tanyakan tempat musollah katanya ada di pertangahan jalan tapi tempat itu dijadikan tempat tidur ,perantau agaknya...kami tunggu sebentar sehingga dapat masuk dan sholat subuh. Ketika ini cuaca semakin sejuk jantung aku berdetak laju ,kata kak Nab dia pun mengalami keadaan yg sama.

Nafas aku tiba2 jadi kencang ,waktu ini aku cuma dapat bernafas melalui mulut asap keluar berkepal2. Badan seperti hoyong hayang dan aku berpaut pada badan kak normah kerana takut tumbang...Sampai di puncak ,orang semakin ramai ada yg sedang sholat berjemaah ada yang duduk atas bangku panjang yang banyak tersedia di situ ,tak sedar sewaktu kami berhenti shaolat orang sudah mulai ramai.Semua datang hanya mahu menyaksikan matahari terbit.

Aku pula tersilap catur kerana fikir matahari akan terbit bermaksud hari akan semakin psnas tapi tidak sedemikian . Keadaan semakin sejuk dengan angin semakin kuat buat aku jadi sesak nafas dan takut pitam dan menyusah kawan2 ku yg lain jadi aku minta izin mahu turun dan rihat di surau ,satu2nya rumah yg ada dinding empat ...kak Nab temankan aku turun walau aku rasa aku masih boleh bertahan sampai ke situ.

Kami brdua masuk dan menyandar di tepi dinding untuk bagi ruang orang lain sholat .Ada yang tayamum pakai tepuk dinding surau dan berjemaah. Tak sampai 15 minit rasanya orang dah mulai turun..rupa2 nya matahari tidak nampak di lindungi awan...

Sampai saja di bawah hujan mula renyai2 aku dan kak Normah ke toilet bila keluar kami tidak dapat mengecam jip kami oleh kerana terlalu banyak dan dalm anggaran ratusan buah ,kami mula panik dan terpaksa ikut akal sebb semasa sampai kami yg terdahulu jadi mustahil akan sebegitu jauh dari kedai jadi kami bearpatah balik ,akhir nya jumpa....

Gunung Bromo; sal;ah satu dari cabaran nya ialah hendak memanjat ke kawah gunung berapi nya yang tidak tersampai hajat ku ..Insyaallah kalau ada peluang kali ke dua aku akan pergi lagi dan kali ini aku akn benar2 bersedia ...