Pages

Sunday, December 08, 2013

Kembara ~Gunung BROMO

Maaf banyak2 kerana gambar kelabu dan tak banyak sebab keadaan saya yang terlalu sejuk dan gabrar (panic) . Kami mula perjalanan dari hotel Malang ke Gunung Bromo pukul 12 tengah malam sebab perjalanaambil masa 3 hingga 4 jam jadi kami akan sampai ke puncak sebelum matahari terbit . Dengan menaiki Jip 4 pacuan kami bergerak dengan keadaan mengantuk .. saya siap bawa bantal hotel sebiji untuk sendal kepala .

Dalam keadaan gelap dan separuh mengantuk kami pun sampai kekaki gunung ,di sini kami mula ternampak beberapa jip pacuan 4 roda yang lain dan satu demi satu muncul dan bergerak perlahan kerana jalan kaecil dan agak bahaya sebb basah.

Apabila melepasi lereng bukit/gunung kami sampai ke tanah datar ,ketika ini jip yang bergerak perlahan membontot satu sama lain mula beraksi laju seperti sedang racing. Jip kami tetap maintain dalam 70-80km phr ,aku agak bapak dari Malaysia dah bagi arahan pada si driver ni jaga ibu baik2.
Suasana waktu ini amat ceria dengan lampu dan bunyi hon.Saya suruh juga driver pandu laju sikit dengan alasan nak terkencing tapi katanya dia cuma bisa bawa selaju itu saja ..adoi.

Akhirnya sampai juga ke distinasi ,waktu itu jip kami antara 5-10 buah terawal sampai di kaki gunung  .Tempat pertama di tuju ialah kedai tuk buang air dan ambil wudhuk sbb subuh dah hampir masuk.Angin agak kuat dan cuaca amat sejuk aku terpaksa pakai dua lapis jaket kerana satu tak cukup untuk memanaskan badan aku ..orang lain cukupsatu.

Dari kedai makan tu kami menaiki anak tangga untuk ke puncak waktu tu masih gelap jadi driver bawa lampu suluh untuk menyuluh jalan ,kami tanyakan tempat musollah katanya ada di pertangahan jalan tapi tempat itu dijadikan tempat tidur ,perantau agaknya...kami tunggu sebentar sehingga dapat masuk dan sholat subuh. Ketika ini cuaca semakin sejuk jantung aku berdetak laju ,kata kak Nab dia pun mengalami keadaan yg sama.

Nafas aku tiba2 jadi kencang ,waktu ini aku cuma dapat bernafas melalui mulut asap keluar berkepal2. Badan seperti hoyong hayang dan aku berpaut pada badan kak normah kerana takut tumbang...Sampai di puncak ,orang semakin ramai ada yg sedang sholat berjemaah ada yang duduk atas bangku panjang yang banyak tersedia di situ ,tak sedar sewaktu kami berhenti shaolat orang sudah mulai ramai.Semua datang hanya mahu menyaksikan matahari terbit.

Aku pula tersilap catur kerana fikir matahari akan terbit bermaksud hari akan semakin psnas tapi tidak sedemikian . Keadaan semakin sejuk dengan angin semakin kuat buat aku jadi sesak nafas dan takut pitam dan menyusah kawan2 ku yg lain jadi aku minta izin mahu turun dan rihat di surau ,satu2nya rumah yg ada dinding empat ...kak Nab temankan aku turun walau aku rasa aku masih boleh bertahan sampai ke situ.

Kami brdua masuk dan menyandar di tepi dinding untuk bagi ruang orang lain sholat .Ada yang tayamum pakai tepuk dinding surau dan berjemaah. Tak sampai 15 minit rasanya orang dah mulai turun..rupa2 nya matahari tidak nampak di lindungi awan...

Sampai saja di bawah hujan mula renyai2 aku dan kak Normah ke toilet bila keluar kami tidak dapat mengecam jip kami oleh kerana terlalu banyak dan dalm anggaran ratusan buah ,kami mula panik dan terpaksa ikut akal sebb semasa sampai kami yg terdahulu jadi mustahil akan sebegitu jauh dari kedai jadi kami bearpatah balik ,akhir nya jumpa....

Gunung Bromo; sal;ah satu dari cabaran nya ialah hendak memanjat ke kawah gunung berapi nya yang tidak tersampai hajat ku ..Insyaallah kalau ada peluang kali ke dua aku akan pergi lagi dan kali ini aku akn benar2 bersedia ...





No comments: