Pages

Monday, December 09, 2013

Kembara London dan Paris pt2

Saya  suka  permandangan yang cantik-cantik seperti lukisan .Kalau ada kawan2  yg poskan gambar mereka makan angin ke luar negara tak kiralah asia ke eropah ke dlm internet memang saya suka .. ada masanya saya kagum dengan mereka yg selalu keluar makan angin ,dan saya rasa orang yang keluar makan angin walau bukan terdiri dari orang-orang business yg kaya raya tapi mampu simpan duit untuk berjalan .
                                        Pokok salah satu unsur semula jadi yang saya suka.
Rasanya terpulang pada individu sejauh mana mereka sanggup korbankan duit poket mereka untuk mendapat kepuasan melancung tu. Untuk melancung keluar negara semasa anak2  bersekolah langsung tak termimpi kecuali jalan2 dalam negeri.

Memang benarlah rezki tu Allah swt yang tentukan. Pertama kali aku dan anak2 naik kapal terbang bila suami kena posting ke Kalimantan Barat dalam tahun 1997-2003. Antara tahun ini kami sempat melancung ke Jakarta ,Bali dan Jogjakarta.

Sekali lagi dalam 2011 Allah beri lagi rezki dia dapat posting ke Liberia ,Afrika . Kali ini kami tidak ikut, 3 dari 5anak-anak  dah bekerja ,sorang tunggu hari convo dan sorang lagi di Korea menuntut..Lagipun suami boleh pulang 4 kali setahun manakala aku dan anak2 yg masih menuntut dapat sekali tambang pergi balik dalam setahun.

Masa suami brsuara supaya berjumpa  di London ,aku hanya menjawab ,Insyaallah. Suami yang tahu aku tidak tahan sejuk berulang kali bertanya ,mama boleh tahan ke? Dan yang buat aku bersemanagat lagi mahu pergi bila dia tanya samada aku berani atau tidak naik kapal terbang dan jumpa dia di sana. Jawab ku berani (tak mahu tunjuk lemah)asalkan tiket sudah dibeli .

Ada bebarapa perkara aku terpaksa buat keputusan sendiri spt suruh anak perempuan booking 2 tiket satu untuk aku dan satu lagi untuk anak lelaki ku yg bercuti untk menemani ku ,lagi pun dia memang layak dapat tiket tersebut.Kedua aku ambil 10 hari perjalanan ,kerana mahu cover dua tempat ,London dan Paris dan aku setuju menemui suamiku di penghujung perjalanan iaitu hari ke tujuh atau kelapan di London.Tarikh dah tetap tiket pun dah booking !

Kuasa Tuhan entah macamana suami yg mula2 kata nak duduk London 2 hari je tiba2 berubah hati booking hari yang sama tarikh kami sampai London dan pulang ke Malaysia juga pada hari yang sama...Alhamdulillah.

Masa untuk preparations..hehehe..bab ini aku memang suka .Mula2 tenguk weather forecast katanya tarikh aku sampai dalm 8-9degree celcius.Aku yg tak pernah tidur buka air cond terpaksa starts buka aircond dan berkurung dalam bilik sampai nak pening kepala ..itu pun baru 20degree celcius ...tak tahan tapi aku keep on bersejuk tiap2 hari setengah jam.

Cari baju ~shopping bab ni paling happy ~ shopping buat kita rasa macam orang kaya ok. Beli thermal wear uniqlo , baju sejuk dekat esprit, sarung tangan ,sarung kaki ,travelling bag ...apa saja yg boleh terfikir perlu.

Di samping tu search internet ..asyik2 yg berkaitan Eropah, London, Paris tak jemu2 ,jumpa macam2 blog .Ada yang bawa beras ,makanan, flask ,kopi dan macam2 tips.Semuanya aku ambil tapi sebenarnya dalam perjalanan yg sebenar tak sedemikian , bergantung. Dah letih mengetip sambung lain kali.
Tempat pertama suami suruh tunggu dia bila sampai di airport Heathrow ,London . Terminal 4 ialah Costa Cafe.



No comments: