Pages

Thursday, May 08, 2014

Sesuatu..

Assalamualaikum alam maya ,
Hampir 5bulan  hamba ni tak buat posting ,hari ni mungkin nak tulis sikit hal-hal yg masih berkisar dengan hj ,minggu depan adalah minggu terakhir kursus haji kemudian akan disusuli dengan pemeriksaan kesihatan dan buat visa , Minggu lepas ada  ujian 10 soalan dan aku betul 9 walaupun satu soalan yang salah itu aku anggap kilaf atau cuai dari membaca soalan dengn betul.Ada lagi ujian susulan minggu depan.Sampai sekarang aku memang benci ujian sbb kena berfikir , berfikir buat aku stress ,soalan buat aku nervous ,dua hal ni buat aku tak suka. Aku lebih suka situasi belajar dan menyoal sehingga aku dapat jwapan dan paham.

Dalam lima bulan kursus hj Alhamdulillah satu Ahad pun  aku tak pernah miss dan Alhamdulillah aku paham  ilmu yg disampaikan oleh ustaz Hashim dan ustazah siti Robiah. Dan atas kepahaman itu jelaslah Tawaf Wada aku tahun 2012  tidak sempurna dan aku terhutang  dam seekur kambing yang mesti dilakukan di Mekah kerana proses kena dam seekur kambing tidak boleh dilakukan di Tanah air.Insyaallah aku akan bayar masa buat hj nanti ,what if i die b4 that ,moga dari kalangan anak2ku yg mmbaca blog ini sila paham...

Cakap pasal anak2 , aku ada 5 orang anak , so gratefull to Allah swt atas pmberian ini ..sepanjang aku lalui hidup ini satu ketika apabila dia bergelar isteri aku diberi soalan macamana mama jaga lima org anak yang masih kecil , orang yang sama pernah suatu ketika dulu bersuara kenapa mm brhenti kerja ,kalau anak mm  cuma dua dari lima tentu lebih senang  (versi yg aku paham), bila besar kakak nak kaya.

Aku tak ingat apa jawapan sebenar yang aku bagi ,mungkin aku galakkan dia belajar supaya pandai untuk jadi kaya,tapi rasanya kalau soalan yg memilih antara punya dua orang anak dari lima siapa yang harus aku pilih sebab semuanya aku sayang semua nya telah mengisi laluan hidupku dan saat ini bila aku kenang kembali aku berpuas hati kerana aku berjaya miliki 5 tropi bukan 2.

I always say Alhamdulillah tiap kali mengingati rahmat Allah swt pada aku yg tidak sehebat manusia lain. Aku tidak hebat dari segi sifat cergas ,walau kedai depan matapun untuk keluar hari2 dari rumah jarang sekali . Aku masih ada sifat malu jika berjumpa jiran ,masih ada sifat tdak tahu apa nak buat jika tanpa tujuan ,masih suka berfikir banyak kali atas sesuatu perkara walaupun atas perkara yg kecil .Masih ragu2 melakukan sesuatu kerana tidak ada kepakaran untuk meyakinkan orang trutama yg memegang Mohor syarat2 masuk syurga. Apa yg mungkin orang tidak tahu aku masih ada sifat2  melawan dalam diri ini ,sifat ingin mencuba ,sifat ingin tahu dan sifat suka dibelai. Walau masa,statuskewangan dan umur berubah tapi satu pun dari sifat yang aku tulis di atas tidak berubah sehingga sekarang...


                                               Anak-anak adalah sebahagian dari cubaan dan ujian  hidup,samaada seorang ibu/ayah berjaya atau tidak akan di sukat melalui kejayaan anak-anak mereka ,sekarang baru aku paham bila ibu berkata dia tak pernah lupa mendoakan anak-anaknya ,sama seperti aku tidak pernah lupa  berdoa sehingga aku bermohon pada Subhanahuwatala biarlah doa ini terus berkekalan walaupun aku sudah tiada lagi atas dunia yg penuh keindahan ini.
Labbaikallah hummalabbaik....



 .


No comments: